Refleksi
Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini
dalam masa yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini,
saya kurang faham kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan
penerangan jelas yang telah disampaikan oleh pensyarah saya, iaitu
En. Razak bin Sulong. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas penjelasan beliau
tentang kerja kursus ini. Berdasarkan tugasan ini, saya dikehendaki
untuk menjalankan pengajaran mikro di padang berdasarkan Rancangan
Pengajaran Harian yang disediakan oleh saya. Dengan adanya ilmu
serta penerangan jelas oleh pensyarah En.Razak bin Sulong dan
bimbingan beliau saya dapat membina Rancangan Pengajaran Harian
dengan baik. Walaupun mendapat kekangan kefahaman semasa melakukan
RPH ini kerana RPH Pendidikan Jasamani tidak sama seperti RPH minor
Bahasa Tamil, tetapi setelah perbincangan bersama pensyarah dan
guru saya dapat menghasilkan RPH yang baik dan berjaya menjadikan
ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran yang baik di
padang. Pensyarah membantu saya untuk menyiapakan Rancangan
Pengajaran Harian dalam kerja kursus ini. Setelah menyiapkan RPH,
saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan tumpuan dan komitmen
yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam
menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini, saya
amat berharap jika saya bekerja bersungguh lagi saya dapat
menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali ini.
Sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan mestilah mempunyai
kekuatan dan kelemahan. Bagi RPH yang dijalankan ini, saya telah
mengesan beberapa faktor positif dan negatif yang telah
mempengaruhi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan. Selain itu
ketika melaksanakan pengajaran saya dapat mengetahui bahawa saya
dapat mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat
beberapa orang murid yang membuat nakal. Tetapi apabila saya
memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya dengan mudah
tanpa sebarang masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mikro ini, saya telah memilih tajuk kemahiran iaitu lompatan. Saya
menggunakan pelbagai alatan seperti gelung, kon besar, sederhana
dan kecil, tali skipping, dan kayu panjang. Kemahiran ini
menyebabkan murid-murid tidak mudah berasa bosan walaupun kemahiran
yang sama belajar sebelum ini. Setelah saya mendapat maklum balas
daripada pensyarah terhadap pengajaran saya, saya telah mengetahui
mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang saya perlu atasi.
Pensyarah En. Razak menegur mengenai aktiviti perkembangan iaitu
langkah 1. Beliau mengatakan bahawa aktiviti perkembangan mengambil
masa terlalu lama dan menggunakan alatan yang banyak. Hal ini
menyebabkan pengajaran mikro saya mengambil masa selama 45 minit.
Saya bersetuju dengan pendapat beliau kerana saya dapat melihat
sendiri reaksi murid-murid ketika langkah 1 tersebut dijalankan.
Oleh itu pada peringkat ini saya, seharusnya merancang aktiviti
perkembangan yang lebih bersesuaian pada tahap murid. Selain
daripada itu En. Razak turut menegur bahawa terdapat beberapa
arahan yang kurang jelas di RPH saya. Beliau mencadangkan saya
menambah lagi arahan-arahan yang perlu di dalam RPH saya supaya RPH
saya menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun
pihak lain membaca RPH tersebut. Sekali lagi saya bersetuju dengan
pandangan beliau mengenai kelemahan saya ini. Di sepanjang proses
saya menyiapakan tugasan ini, saya dapat melihat peluang-peluang
yang saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran,
interpersonal dan intrapersonal. Ketika proses pengajaran
dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk
bercakap di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Selain itu, saya
turut belajar cara untuk mengawal kelas terutamanya apabila
menghadapi dan keadaan kelas yang bising. Saya telah menggunakan
peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi
menjadi seorang pendidik yang cemarlang di masa hadapan kelak.
Tanpa cabaran maka kuranglah makna dan nikmat sesuatu perkara atau
aktiviti yang dilaksanakan. Bagi saya cabaran yang paling sukar
saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini adalah kebimbangan
mengenai kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan ketika proses
pengajaran dilaksanakan. Tetapi, terima kasih kepada En.Razak
banyak membantu dengan memberikan sepenuh kerjasama ketika proses
pengajaran. Selain itu cabaran yang saya hadapi adalah mengenai
masa. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan. Untuk menghasilkan RPH yang baik,
perancangan pengurusan masa adalah perlu. Oleh kerana saya turut
mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu disiapkan, saya merancang
masa yang perlu menyiapkan untuk RPH. Secara keseluruhannya,
tugasan ini memberikan saya suatu pengalaman dan pengetahuan yang
bermakna dalam menyedikan RPH. Akhir kata, saya amat berterima
kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapakan tugasan ini.
Gambar semasa pelaksanaan pengajaran mikro Memanaskan badan lari
dan lompat setempat
Lari sambil sentuh rumput mendengar arahan
Keterangan permainan Kumpulan Manggis
Membahagikan kumpulan lari zig zag
Lompat melepasi skittle lompat sisi melepasi skittle
Berjalan di atas bangku panjang melepasi halangan
Skipping lompat dalam gelung
Cooling down
11