Pada akhir tajuk ini, anda boleh: menghuraikan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan tidak langsung menyatakan fungsi dan jenis-jenis pasaran kewangan menyatakan ciri-ciri dan kepentingan instrumen kewangan menyatakan jenis-jenis instrumen kewangan berserta dengan contoh instrumen kewangan menyatakan jenis-jenis institusi kewangan menyatakan peraturan-peraturan kewangan serta tujuannya Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 1 Di Malaysia, sistem kewangan terbahagi kepada dua iaitu pasaran kewangan dan institusi kewangan yang menjalankan proses petukaran instrumen kewangan 2.0 Objektif
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pada akhir tajuk ini, anda boleh:
menghuraikan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan tidak
langsung
menyatakan fungsi dan jenis-jenis pasaran kewangan
menyatakan ciri-ciri dan kepentingan instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis instrumen kewangan berserta dengan
contoh instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis institusi kewangan
menyatakan peraturan-peraturan kewangan serta tujuannya
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 1
2.0
Objektif Pengajaran :
Pembiayaan Langsung – proses pertukaran bon / sekuriti antara pemberi
pinjaman dengan peminjam secara langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 2
Di Malaysia, sistem kewangan terbahagi kepada dua iaitu pasaran
kewangan dan institusi kewangan yang menjalankan proses petukaran
instrumen kewangan antara pihak yang mempunyai banyak dana
(surplus) dan pihak yang mempunyai sedikit dana (deficit).
2.0.1 Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak
Langsung
a. Pembiayaan langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti
(instrumen kewangan) antara pemberi pinjaman dengan peminjam secara
langsung (rajah 1). Proses ini akan berlaku di pasaran kewangan di mana
pemberi pinjam akan membeli sekuriti atau bon dari peminjam dalam
pasaran kewangan tanpa sebarang orang pertengahan. Contohnya, Abu
membeli bon dari Ali di pasaran kewangan. Perlu diambil perhatian
bahawa pertukaran wang tunai BUKAN dikenali sebagai pembiayaan
langsung kerana urusan tersebut perlu meliputi instrumen kewangan
seperti bon dan sekuriti.
b. Pembiayaan tidak langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti
antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak langsung (rajah 1).
Proses ini akan berlaku di perantaraan/institusi kewangan di mana pemberi
pinjam dan peminjam bertemu melalui perantaraan kewangan. Contohnya,
Ashiq menyimpan duit dalam bank (perantaraan kewangan) dan pihak
bank akan memberi pinjam duit tersebut kepada Ahmad. Dalam keadaan
ini, Ashiq dan Ahmad tidak berjumpa satu sama lain. Dalam keadaan yang
Pembiayaan Tidak Langsung - proses
pertukaran bon/sekuriti antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak
langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 3
lain, Ashiq menyimpan duit dalam bank dan pihak bank membeli sekuriti
atau bon dalam pasaran kewangan dengan menggunakan duit tersebut.
1. Terangakan proses pembiayaan langsung.
2. Terangkan proses pembiayaan tidak langsung.
3. Terangkan fungsi pasaran kewangan dalam proses pembiayaan
langsung.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4
Pembiayaan Tidak Langsung
Pasaran Kewanga
n
Pemberi pinjam – Penabung
Isi rumah
Firma perniagaan
Kerajaan
Orang asing
Peminjam – Pembelanja
Firma perniagaan
Kerajaan
Isi rumah
Orang asing
Pembiayaan Langsung
Pembiayaan tidak langsung
Pembiayaan langsung
Perantaraan/ Institusi
Kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4
Rajah 1: Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak Langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 5
2.1
PASARAN KEWANGAN
Definisi Fungsi Jenis-jenis
Kecairan untuk
proses jual beli
Pertukaran risiko
antara penjual dan
pembeli
Maklumat melalui
harga
Pasaran utama
vs
Pasaran kedua
Pasaran hutang
vs
Pasaran ekuiti
Pasaran tunai
vs
Pasaran terbitan
Pasaran wang
vs
Pasaran modal
Pasaran pertukaran
vs
Pasaran melalui kaunter
Pasaran Bon
Pasaran Stok
Pasaran
Pertukaran Asing
Pasaran ‘offshore’
Struktur
Pasaran kewangan – tempat dana ditukarkan daripada
golongan yang mempunyai lebihan dana kepada golongan yang mempunyai sedikit dana
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 6
2.1.1 Definisi Pasaran Kewangan
Pasaran di mana dana ditukarkan daripada golongan yang mempunyai lebihan
dana (surplus) kepada golongan yang mempunyai dana yang sedikit (deficit)
Dana tersebut dikenali sebagai aset bagi pemberi pinjaman dan liabiliti bagi
peminjam
Terdapat juga proses jual beli sekuriti, komoditi dan aset pada kos transaksi
yang rendah.
Peranan pasaran kewangan adalah asas bagi pembangunan sesebuah negara
Pasaran kewangan utama di Malaysia adalah seperti pasaran bon, pasaran stok,
pasaran pertukaran asing dan pasaran ‘offshore’.
Pasaran kewangan juga memainkan peranan dalam proses pembiayaan langsung
(direct finance)
Terdapat pelbagai struktur pasaran kewangan iaitu pasaran hutang, ekuiti, wang,
modal, komoditi, terbitan, pertukaran asing, OTC, utama dan kedua.
Setiap jenis pasaran memainkan peranan masing-masing dalam pasaran tersebut.
Pasaran kewangan juga mempunyai beberapa fungsi penting dalam ekonomi
memudahkan pemindahan dana antara dua pihak (negara)
membantu sesebuah negara untuk mengatasi masalah kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 7
2.1.2 Fungsi Pasaran Kewangan
Pasaran kewangan mempunyai beberapa fungsi iaitu:-
i. Kecairan
Pasaran kewangan membekalkan mekanisma untuk jual beli
sekuriti dengan lebih cepat dan murah
Sekuriti yang dijual beli dalam pasaran kewangan berbentuk
kecairan tinggi di mana individu boleh menjual beli sekuriti
tersebut dengan lebih cepat.
Disebabkan kecairan tinggi, sekuriti tersebut juga boleh dijual beli
dengan lebih murah.
ii. Menawarkan maklumat penting
Pasaran kewangan membenarkan interaksi antara penjual dan
pembeli untuk menentukan harga terhadap instrumen kewangan
yang hendak dijual beli.
Dengan adanya interaksi, maklumat penting terutamanya
maklumat tentang harga boleh ditukar antara penjual dan pembeli.
Maka, ia memudahkan seseorang individu untuk membuat
keputusan terhadap jual beli instrumen kewangan tersebut
berdasarkan harga.
iii. Pertukaran risiko
Dengan mekanisma jual beli instrumen kewangan, penjual dan
pembeli akan menukarkan risiko antara satu sama lain.
Jika, penjual menjual instrumen kewangan yang berisiko, maka
risiko instrumen kewangan tersebut ditukarkan kepada pembeli.
Apakah dimaksudkan dengan pasaran kewangan?
Nyatakan fungsi-fungsi pasaran kewangan
Apkah yang dimaksudkan dengan kecairan?
Pasaran bon - penting untuk ekonomi di mana syarikat & kerajaan meminjam untuk
membiayai projek
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 8
2.1.3 Empat Jenis Pasaran Kewangan Utama
a. Pasaran Bon
Pasaran ini penting untuk aktiviti ekonomi di mana syarikat dan
kerajaan meminjam untuk membiayai projek mereka.
Tujuan utama pasaran bon adalah menjadi orang pertengahan bagi
pelabur dan penyimpan
Pasaran bon dipantau oleh Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional
(NBMC)
Pasaran bon di Malaysia terdiri daripada bon kerajaan
(MTB,MGS) dan bon korporat atau swasta (PDS)
Kedua-dua bon sektor awam dan sektor swasta terkandung dalam
pasaran bon ini iaitu 55.5% disumbang oleh sektor awam dan 45.5% pula
disumbang oleh sektor swasta.
Pelbagai jenis sekuriti hutang terdapat di pasaran bon seperti bon
boleh ditukar (convertible bond), sekuriti disandar aset (asset backed
securities) dan sebagainya.
Pasaran bon juga menawarkan bon Islam dengan berdasarkan
hukum syariah
Contohnya, Pasaran Bon Ringgit di Malaysia (kerajaan) dan
PLUS (swasta)
b. Pasaran Stok
Pasaran ini membantu orang ramai untuk mendapat pendapatan
yang lain daripada pekerjaan seharian mereka.
Tempat ini juga dikenali sebagai tempat jual beli saham oleh
pelabur
Bursa Malaysia Berhad diperintah oleh Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Security Industry Act
1983) dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (Security Commission)
Pasaran stok – membantu orang ramai untuk mendapat
pendapatan lain daripada pekejaan seharian mereka
Pasaran Pertukaran Asing – tempat berlaku pertukaran
antara satu jenis mata wang dengan jenis mata wang yang
lain
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 9
Sebenarnya, saham dan stok adalah sama di mana ia boleh
digunakan saling berganti
Seseorang hanya boleh melabur stok melalui pertukaran stok di
mana proses jual beli stok akan berlaku di bawah beberapa peraturan dan
undang-undang
Tempat pertukaran stok Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia
Berhad (BMB)
Terdapat enam jenis stok di BMB iaitu stok biasa (ordinary
stock), stok utama (preferential stock), terbitan bonus (bonus issue), terbitan
hak (rights issue), terbitan (derivatives) dan jaminan (warrants)
c. Pasaran pertukaran asing
Pasaran di mana berlaku pertukaran antara satu jenis mata wang
dengan jenis mata wang yang lain.
Kadar pertukaran asing adalah harga satu jenis mata wang yang
dinyatakan dalam harga jenis mata wang yang lain
Terdapat dua jenis kadar pertukaran iaitu kadar ‘spot’ dan kadar
‘forward’
Kadar ‘spot’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pasaran semasa di mana proses jual beli perlu buat
dalam tempoh kurang daripada dua hari
Contohnya, proses pertukaran mata wang (money changer)
Kadar ‘forward’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pertukaran yang telah dipersetujui dahulu di mana
proses jual beli boleh berlaku dalam tempoh lebih daripada dua hari
Contohnya, perniagaan FOREX
Contoh pasaran pertukaran asing, Maybank, HSBC.
Pasaran ‘offshore’ – kumplan syarikat yang diiktiraf oleh
undang-undang sebagai entiti yang berasing serta dengan
liabiliti yang terhad
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 10
d. Pasaran ‘offshore’
Pasaran ‘offshore’ adalah kumpulan syarikat yang diiktiraf oleh
undang-undang sebagai satu entiti yang berasing serta dengan liabiliti yang
terhad
Pasaran ini berniaga dalam transaksi bukan ringgit dan dengan
bukan pemastautin sahaja
Pasaran ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan
ekonomi di Labuan dan meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat
perniagaan.
Pasaran ini dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia Berhad
Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) adalah
badan utama bagi kesemua syarikat-syarikat ‘offshore’ di mana terdapat 1,600
syarikat’offshore’
2.1.4 Struktur Pasaran Kewangan
a. Pasaran Hutang vs Pasaran Ekuiti
i. Pasaran Hutang
Pasaran yang menjual beli instrumen hutang seperti bon atau
gadaian
Pasaran hutang juga dikenali sebagai pasaran bon
Terdapat dua jenis sekuriti hutang iaitu sekuriti hutang awam
Pasaran pertukaran – pembeli & penjual sekuriti bertemu di suatu lokasi tertentu dengan
tujuan berdagang
Terdapat pasaran modal Islam (Islamic Capital Market) di Malaysia yang ditubuhkan khas untuk golongan Muslim yang ingin membuat pertukaran
atau proses jual beli instrumen kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 14
Tetapi, instrumen kewangan pasaran modal memberi pulangan
yang lebih tinggi berbanding pasaran wang
Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk
mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam
alat, teknologi dan loji iaitu mereka menerbitkan bon dan ekuiti untuk
membiayai projek dengan pulangan jangka panjang
Contohnya, Malaysian Central Depositary (MCD)
d. Pasaran Pertukaran vs Pasaran Melalui Kaunter (OTC)
i. Pasaran Pertukaran
Pasaran di mana pembeli dan penjual sekuriti (atau orang
tengah)
bertemu di suatu lokasi tertentu dengan tujuan berdagang
Pertukaran berlaku antara saham yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat besar
Pada masa sekarang, pasaran ini tidak begitu terkenal di
kalangan penjual dan pembeli saham serta pelabur kerana kewujudan cara
pertukaran melalui kaunter (OTC)
Contohnya, Bursa Malaysia Berhad (BMB)
ii. Pasaran Melalui Kaunter (OTC)
Pasaran melalui kaunter – peniaga dari lokasi yang
berbeza menjual beli sekuriti mereka
Pasaran tunai – pembeli saham / bon, membayar serta merta kepada penjual saham /
bon tersebut
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15
Pasaran di mana peniaga dari lokasi yang berbeza menjual
beli sekuriti mereka
Ia juga satu sistem perhubungan komputer di kalangan
peniaga berbeza yang mampu untuk membeli atau menjual inventori mereka.
Baru-beru ini, pasaran melalui kaunter semakin meningkat.
Keiasaannya, saham syarikat kecil diniagakan dalam
pasaran ini.
e. Pasaran Tunai vs Pasaran Terbitan
i. Pasaran Tunai
Pasaran di mana pembeli yang membeli saham atau bon,
membayar serta merta kepada penjual saham atau bon tersebut
Jika seseorang membeli bon korporat (corporate bond), dia
akan
berniaga di pasaran tunai di mana dia perlu bayar untuk bon tersebut pada
masa pembelian berlaku
Pasaran terbitan – proses perniagaan yang berlaku di bawah
beberapa syarat pada masa sekarang manakala pembayaran
dan penghantaran instrumen tersebut akan berlaku pada tarikh
tertentu masa depan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15
ii. Pasaran Terbitan Proses perniagaan yang berlaku di bawah beberapa syarat pada masa
sekarang manakala pembayaran dan penghantaran instrumen tersebut akan
berlaku pada tarikh tertentu masa depan
Terbitan termasuk kewangan masa depan dan pemilihan (options)
Kewangan masa depan merupakan pembelian sesuatu instrumen
kewangan pada tarikh tertentu masa depan dan harga yang ditentukan pada
awalnya.
Pemilihan adalah kontrak yang memberi hak kepada pemilik untuk beli
atau jual asset kewangan dalam suatu jangka masa dan pada harga yang
ditentukan.
Contohnya, Malaysia Derivative Exchange (MDEX)
Jelaskan tentang dua jenis pasaran utama di Malaysia.
Nyatakan perbezaan antara pasaran utama dengan pasaran kedua
Apakah kelebihan dan kelemahan pasaran ekuiti?
Jelaskan pasaran wang dan pasaran modal.
Apakah kelebihan pasaran OTC berbanding pasaran pertukaran?
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 16
2.2
INSTRUMEN KEWANGAN
Definisi
Ciri-ciri
Kegunaan
Penilaian
Jenis-jenis
Kecairan
Risiko
Hasil
Hubungan
kecairan, risiko
dan hasil
Untuk urusan
pembayaran dan
urusniaga
Memindahkan
risiko
Sebagai
penyimpan
nilai
Saiz
Masa
Kepastian
Instrumen pasaran
wang
Sekuriti pasaran
modal
Instrumen Kewangan – satu perjanjian bertulis di mana satu pihak berjanji untuk
memindahkan sesuatu yang bernilai kepada pihak lain pada masa depan; di
bawah syarat-syarat tertentu
Kecairan – kesenangan / kemudahan sesuatu aset dapat ditukar ke dalam bentuk wang
dalam jangka masa yang singkat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 17
2.2.1 Definisi Instrumen Kewangan
2.2.2 Ciri-ciri Instrumen Kewangan
a. Kecairan (liquidity)
Kesenangan atau kemudahan sesuatu aset dapat ditukar ke dalam bentuk
wang (akaun bank dan mata wang) dalam jangka masa yang singkat.
Sesuatu instrumen kewangan mestilah mempunyai tiga syarat untuk
dikategorikan sebagai mempunyai kecairan yang tinggi:-
Instrumen tersebut mestilah senang ditukar kepada wang.
Kos untuk penukaran (kos transaksi) haruslah rendah.
Harga atau prinsipal instrumen kewangan haruslah stabil.
Untuk memahami bagaimana pasaran kewangan menjalankan peranan penting
dalam menyalurkan dana daripada pemberi pinjam atau penabung kepada peminjam
atau pengguna, kita perlu mengetahui sekuriti-sekuriti (instrumen) yang terdapat
dalam pasaran kewangan.
Instrumen kewangan merupakan satu perjanjian bertulis di mana satu pihak
berjanji untuk memindahkan sesuatu yang bernilai (wang) kepada pihak lain pada
masa hadapan di bawah syarat-syarat tertentu.
Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang
risiko default dengan melayari
laman web
http://www.defaultrisk.com/
Risiko – kebarangkalian pemiliknya tidak mendapat kembali nilai penuh bagi
wang yang dilaburkan
Risiko ‘default’ – pelabur tidak menerima bayaran faedah secara kontrak dalam suatu jangka masa atau tidak dapat semula prinsipal
berpunca daripada kerosakan instrumen kewangan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 18
Pasaran sekunder yang sangat membangun di mana instrumen kewangan
senang dijualbeli, menyumbang kecairan.
Instrumen pasaran wang (jangka pendek) khasnya dengan harga yang lebih
stabil adalah lebih cair daripada instrumen pasaran modal (jangka panjang).
b. Risiko (risk)
Risiko dalam instrumen kewangan diterbitkan daripada kebarangkalian di
mana kemungkinan besar pemiliknya tidak mendapat kembali nilai penuh
bagi wang yang dilaburkan.
Suatu kemungkinan berlakunya sisihan antara pulangan yang dijangka
dan pulangan yang diterima oleh seseorang pelabur dalam tempoh tertentu.
Risiko dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
i Risiko ‘Default’
Merupakan risiko di mana pelabur tidak menerima bayaran
faedah secara kontrak dalam suatu jangka masa atau tidak
dapat semula prinsipal berpunca daripada kerosakan instrumen
kewangan.
Akaun simpanan mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah
berbanding municipal bon atau bon korporat kerana Syarikat
Insurans Deposit Pusat (Federal Deposit Insurance
Corporation) menjamin deposit simpanan dalam bank-bank
perdagangan sehingga $100,000 per akaun.
Risiko pasaran – harga sesuatu instrumen kewangan
akan berubah-ubah
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 19
Bon korporat mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah
berbanding dengan ekuiti korporat kerana pemegang bon akan
dibayar faedah sebelum pemegang saham jika mempunyai
masalah kewangan.
ii Risiko pasaran
Risiko di mana harga sesuatu instrumen kewangan akan
berubah-ubah.
Risiko yang berpunca daripada tanggapan berbanci para
pelabur terhadap turun naik harga saham ekoran daripada
perkembangan semasa.
Buku deposit simpanan di dalam bank perdagangan
mempunyai risiko pasaran yang lebih rendah berbanding
kebolehpasaran kerajaan jangka panjang atau bon
korporat.
Saham biasa memunyai risiko pasaran yang lebih tinggi
berbanding bon korporat kerana harga saham adalah
berubah-ubah setiap masa.
c. Hasil (yield)
Kadar pulangan sesuatu aset.
Dikira dalam bentuk peratusan setiap tahun.
Hasil semasa dikira dalam pulangan tahunan terhadap
sesuatu
instrumen (dalam RM) dibahagikan dengan harga atau prinsipal
pertama.
Hasil kepada kematangan (Yield to
maturity) adalah purata pulangan tahunan termasuk sebarang
keuntungan atau kerugian atas modal dalam tempoh matang
apabila nilai muka bon ditebus balik.
Untuk bon yang dibeli lebih rendah daripada nilai muka, hasil
kepada kematangan / kadar pulangan purata untuk jangka hayat instrumen
melebihi hasil semasa.
Instrumen pasaran kewangan di malaysia, diniagakan di pasaran untuk kadar faedah, pasaran ekuiti, pasaran untuk pelaburan dan pasaran wang saham/unit dana,
pasaran pertukaran asing dan pasaran kewangan yang lain.
Hasil – kadar pulangan sesuatu aset
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 20
Untuk bon yang dibeli melebihi nilai muka, hasil kepada
kematangan adalah lebih rendah daripada hasil semasa kerana kerugian dalam
modal pada tempoh matang
d. Hubungan Kecairan, Risiko dan Hasil
Pelabur pada mulanya akan menerima satu hasil yang lebih rendah dalam
pertambahan kecairan bagi sesuatu aset.
Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah berbanding
sijil deposit 3 tahun, di mana secara relatifnya tidak cair kerana bank akan
menghukum penyimpan yang mengaut keuntungan daripada sijil deposit (CD)
sebelum tempoh matang.
Risiko dan hasil berhubung secara positif.
Semakin besar risiko sesuatu instrumen kewangan, semakin tinggi
hasil atau pulangan daripada instrumen kewangan tersebut
Kecairan dan risiko berhubung secara negatif
Instrumen kewangan yang lebih cair adalah kurang berisiko kerana
boleh ditukarkan kepada wang dalam jangka masa pendek pada
satu harga yang paling hampir denga harga belian asal.
Hasil dan kecairan berhubung negatif
Pelabur biasanya menerima hasil yang lebih rendah begi instrumen
kewangan yang mempunyai kecairan tinggi
Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah
berbanding sijil deposit yang mempunyai tempoh matang selama 3
tahun, di mana sijil deposit adalah kurang cair kerana pihak bank
akan mengenakan caj atau denda kepada pendeposit yang
menyimpan wang dalam sijil deposit bank sebelum tempoh
matang.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 21
2.2.3 Kegunaan Instrumen Kewangan
Untuk urusan pembayaran atau urus niaga
Tetapi kurang cair daripada wang.
Sebagai penyimpan nilai
Adalah lebih baik daripada wang, tetapi mempunyai risiko yang
lebih besar.
Memindahkan risiko
Pembeli memindahkan risiko kepada penjual.
Contoh: polisi insurans, kontrak pada masa hadapan.
2.2.4 Menilai Instrumen Kewangan
Saiz (sizing)
Lebih banyak aliran tunai, lebih besar nilai instrumen kewangan
tersebut.
Masa (timing)
Semakin cepat penerimaan aliran tunai, semakin besar nilai
instrumen kewangan.
Kepastian (certainty)
Semakin kerap pembayaran dibuat, nilai instrumen kewangan lebih
besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen kewangan?
Nyatakan ciri-ciri instrumen kewangan.
Mengapakah instrumen kewangan digunakan dalam pasaran?
Instrumen pasaran wang – bersifat tempoh matang pendek,
kurang mengalami turun naik dalam harga dan merupakan pelaburan kurang berisiko
Bil Perbendaharaan – diterbitkan oleh benk pusat dan bersifat sekuriti hutang jangka
pendek, kecairan tinggi dan paling selamat bagi pelaburan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 22
2.2.5 Jenis-jenis Instrumen Kewangan
2.2.5.1 Instrumen Pasaran Wang
Oleh kerana tempoh matang dalam instrumen pasaran wang adalah
pendek, maka sekuriti hutang yang diniagakan dalam pasaran wang
kurang mengalami turun naik dalam harga.
Merupakan pelaburan yang kurang berisiko.
Pasaran wang telah mengalami perubahan yang besar sejak tiga dekad
yang lalu, dengan sebahagian besar jumlah instrumen kewangan
mengalami pertumbuhan yang cepat.
Jenis-jenis Instrumen Pasaran Wang
a. Bil Perbendaharaan (Treasury Bills)
Diterbitkann oleh bank pusat sesebuah negara sahaja.
Di Malaysia, bil perbendaharaan dilaksanakan oleh Bank Negara melalui tender
orang perseorangan, agensi kerajaan dan syarikat.
Paling selamat dan ada kalanya disifatkan sebagai pelaburan risiko-bebas kerana
ia disokong penuh oleh kerajaan.
Mempunyai darjah kecairan yang tertinggi di kalangan pelaburan yang ada di
negara kita.
Merupakan sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan dalam tempoh matang
selama 1 bulan / 3 bulan / 6 bulan untuk membiayai kerajaan.
Pemegang sekuriti akan membayar jumlah yang ditetapkan pada tempoh matang
dan tidak dikenakan bayaran faedah.
Tetapi, pemegang sekuriti membayar faedah dengan menjual bil pada harga yang
lebih rendah daripada jumlah yang dibayar pada tempoh matang.
Kertas dagangan – sekuriti pasaran wang yang diterbitkan
oleh bank dan juga syarikat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 23
Contoh: Pada Jun 2008, pemegang sekuriti membeli bil perbendaharaan bernilai
RM900 yang mempunyai tempoh matang 1 tahun dan menebus balik bil tersebut
pada Jun 2009 dengan nilai RM1000.
Tidak begitu popular di kalangan orang perseorangan kerana ia memerlukan wang
pokok yang besar dan biasanya antara $50,000 hingga $100,000.
Semakin lama tempoh kematangannya bererti semakin tinggilah kadar faedahnya.
Kerajaan dapat membayar balik hutang-hutang kerana ia dapat meningkatkan
cukai atau menerbitkan mata wang (wang kertas dan duit syiling) untuk
membayar hutang-hutang tersebut.
Bil perbendaharaan ditawarkan di bank-bank, isi rumah, syarikat-syarikat dan
juga pengantara kewangan yang lain.
Digemari oleh pelabur institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
tabung-tabung amanah dan syarikat-syarikat insurans kerana memenuhi keperluan
saluran pelaburan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
b. Kertas Dagangan (Commercial Paper)
Merupakan sekuriti pasaran wang yang diterbitkan oleh bank dan juga syarikat-
syarikat.
Ditawarkan oleh perbadanan swasta yang telah mempunyai nama dalam dunia
korporatnya.
Syarikat pengeluar akan menjual kertas dagangan kepada pelabur individu atau
institusi sama ada melalui rangkaian pasaran peniaga atau penjualan terus.
Biasanya, ia tidak digunakan untuk pelaburan kewangan jangka panjang tetapi
lebih kepada membeli inventori atau untuk menguruskan hasil modal.
Pada umumnya, dokumen ini dibeli untuk tujuan pembiayaan wang (jumlah yang
diterbitkan sering kali terlalu tinggi untuk pelabur individu).
Dianggap sebagai pelaburan yang selamat dan kurang berisiko.
Anda boleh melihat contoh kertas perdagangan
konvensional dan Islam dengan melayari laman web
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_7
aug08.pdf
(konvensional)
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_2
8may08.pdf
(Islam)
Sijil deposit bank – sekuriti hutang yang dijual oleh bank kepada pendeposit yang membayar suatu jumlah faedah tahunan berserta dengan harga asal pada tempoh
matang
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 24
Oleh itu, pulangan terhadap dokumen perdagangan tidak besar.
Terdapat empat jenis dokumen perdagangan iaitu nota perjanjian, draf, cek dan
sijil deposit.
c. Sijil Deposit Bank (Negotiable Bank Certificates of Deposit)
Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh bank kepada pendeposit yang
membayar suatu jumlah faedah tahunan serta membayar balik harga belian asal
pada tempoh matang.
Sijil ini adalah sumber tabungan atau pembiayaan yang penting untuk bank
perdagangan, syarikat-syarikat, institusi kebajikan dan juga agensi kewangan.
d. Penerimaan Bank (Banker’s Acceptance)
Merupakan satu draf masa (time draft) yang dikeluarkan dan diterima oleh pihak
bank.
Sebelum penerimaan, draf tersebut bukanlah tanggungan daripada bank; sekadar
suatu perintah oleh penyuruh bayar cek kepada bank untuk membayar suatu
jumlah wang tertentu pada tarikh tertentu kepada si pemegang draf tersebut.
Penerimaan berlaku apabila bank menerima, mengesahkan dan menandatangani
draf tersebut, dan draf itu akan menjadi satu liabiliti tidak bersyarat kepada bank.
Jika sesebuah bank tersebut terkenal dan mempunyai reputasi yang baik, draf