PENGENALANKemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan
seluar, mahupun jeans. Stail rekaan kemeja yang sesuai akan
memberikan keselesaan kepada si pemakai.Kemeja boleh digunakan
sebagai pakaian harian, untuk rekreasi, untuk majlis-majlis formal
dan untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan
selesa dipakai akan menjadikan kemeja kelihatan segak dan tampak
bergaya. Kemeja juga amat sesuai dipakai bagi lelaki yang suka
bergaya yang ingin berfesyen tetapi masih mengutamakan
kriteria-kriteria moden dan santai. Jika dilihat pada masa kini,
terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi
kehendak serta citarasa setiap lelaki.Dalam penghasilan kemeja ini,
saya telah memilih untuk mereka kemeja moden. Fabriknya pula
daripada jenis cotton yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna
pula, saya memilih campuran warna terang dan gelap iaitu putih dan
hitam.PENCETUSAN IDEASebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara
pertama yang saya lakukan ialah melihat fesyen-fesyen terkini
kemeja daripada majalah, butik-butik dan juga internet. Melalui
gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan
melakar sebanyak yang mungkin lakaran kemeja yang akan saya
jahit.Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian
dan potongan yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu
besar dan tidak terlau kecil. Jadi, saya memilih untuk melakar
kemeja kanak-kanak/pra sekolah supaya sepadan dengan tubuh anak
kecil saya. Pada pendapat saya juga, seseorang yang memakai kemeja
ini akan kelihatan lebih bergaya dan menampakkan ciri-ciri
kekemasan.Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan lisu pada
bahagian hujung lengan supaya kelihatan lebih menarik. Ia juga akan
menambahkan unsur-unsur maskulin pada si pemakai .seperti anak saya
saya. Dari segi warna pula, saya memilih warna campuran putih dan
hitam bagi mewujudkan unsur moden dan menyerlah.
LANGKAH KERJA
MINGGUPERKARACATATAN
1 Perbincangan rekacipta stail pakaian Dijalankan secara
individu dan bertema Pakaian mempunyai ciri-ciri seperti:i. Kolar
lurusii. Lisuiii. Penjuru lipat tindihiv. Lengan padanan rata
2 Membuat pakaian Mengambil ukuran badan Menyediakan rekod
ukuran badan
3 Membuat pakaian Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan
Pola dilakar dengan merujuk ukuran badan yang telah diambil
4 Membuat pakaian Ubahsuai pola mengikut pilihan stail yang
telah direka Hasil Pola yang telah diubahsuai
5 Membuat pakaian Membentang dan menyusun atur pola Menggunting
pola dan kain Memindah tanda-tanda pola Mengemas bahagian tepi
fabrik dengan jahitan kemasan tepi Membuat rujukan mengenai
proses-proses jahitan
6 Membuat pakaian Belah sama rata Menjahit sampel Belah berzip
Belah berkun Belah kelepet sama lebar
7 Membuat pakaian Lisu beriring Menyediakan sampel jahitan Lisu
beriring Lisu terbalik Lisu setentang Sampel yang disediakan tidak
terdapat pada pakaian yang dijahit
8 Membuat pakaian Menyediakan lengan padanan rata Hasil Cantuman
lengan pada bahagian badan baju.
9 Membuat pakaian Menjahit butang dan lubang butang Menyediakan
sampel Kancing Butang katup Cangkuk dan palang mata Hasil Butang
dan lubang butang yang telah siap
10 Membuat pakaian Mengemaskan penyudah tepi Hasil Penyudah tepi
yang telah siap dikemaskan
LAKARAN
HURAIAN STAIL PAKAIANCORAKOleh kerana fabrik yang saya pilih
untuk rekaan kemeja ini adalah kosong, maka tidak terdapat corak
pada fabrik. Bagaimanapun, saya telah menggunakan campuran warna
(putih) iaitu pada kolar dan pergelangan lengan (kaf). Campuran
warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.
WARNAWarna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah gelap
(hitamt) dan terang (putih). Ini akan menimbulkan lagi keceriaan
yang ada pada fabrik yang saya pilih.
TEKSTUR FABRIKTekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian,
pembinaan, dan kemasan yang diberikan. Saya memilih fabrik yang
bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita dapat melihat dan juga
merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut. Fabrik yang
saya pilih adalah dari jenis cotton yang ringan dipakai dan tampak
kemas.
GARISAN DAN CANTUMANSaya memilih fabrik yang tiada corak dan
garisan. Saya memilih fabrik ini kerana ia tampak lebih
ringkas.
GARIS LEHERGaris leher berbentuk U sesuai digunakan dalam
rekabentuk pakaian kemeja saya. Garis leher ini juga sesuai untuk
saya yang sederhana tinggi. Saya memilih kolar gulung (kolar
kemeja) pada kemeja ini supaya nampak lebih kasual.
GARIS LENGANSaya memilih lengan panjang (kaf) untuk kemeja saya.
Ini akan menampakkan stail dan eksklusif pada si pemakai.
SENARAI UKURAN BADAN ///
BILBAHAGIAN BADANUKURAN (inci
A)GARIS LINTANG
1Leher 16
2Dada 28
3Pinggang 13.5
4Punggung28.5
5Bahu11
6Bidang belakang40
7Keliling hujung lengan4.5
8Keliling atas lengan (ketiak)5.5
B)GARIS MENEGAK
12Garisan tengah belakang19
13Labuh baju19
14Labuh lengan6
POLA YANG LENGKAP
Pola bahagian belakang Pola bahagian depan
Pola lengan pendek Pola dada kemeja
Polar kolar Atas Polar kolar bawah
FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
PEMILIHAN FABRIK:Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton.
Saya memilih fabrik ini kerana apabila dipakai akan berasa sejuk
dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup pada masa kini yang
aktif. Selain itu, fabrik dari jenis cotton juga sesuai untuk
digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.Fabrik
cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu
mahal. Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang kosong.
Walaubagaimanapun, saya telah menggunakan campuran dua warna fabric
iaitu hitam dan putih bagi menyerlahkan fabric yang sedia
ada.Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada
fabrik. Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan
rekaan pakaian yang elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi
drepnya. Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan sentuh
yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa
dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si
pemakai.Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna yang
gelap dan terang. Ini akan menyerlahkan lagi personaliti seseorang
maskulin.
Pemilihan bahan:
ALATAN JAHITANALATANKEGUNAAN
Roda surih
Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan
pemadan ke atas fabrik ataupun pola
Kapur
Membuat dan memindahkan garisan pemadan
Pensel
Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan tanda pola
Kertas karbon
Digunakan untuk memindahkan motif sulaman ke atas fabrik
Jarum peniti
Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama
sekali pada fabrik yang licin Menyemat kepingan fabric sebelum
menjahit Digunakan untuk kerja mengacu pakaian
Gunting fabrik
Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit
Menjahit lurus Menjahit sulaman Menjahit lubang butang dan semua
kerja mencantum fabrik
Penetas
Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan
Bod seterika
Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik
Seterika
Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata
Pita ukur
Mengukur dengan tepat ukuran badan
Pembaris sesiku
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau
fabrik Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher
dan lubang lengan
Pembaris lurus
Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola Mengukur
fabrik
PENGEKOSANKOS BAHAN UNTUK MEMBUAT KEMEJABILBAHANHARGA SEUNIT
(RM)KUANTITIHARGA (RM)
1Kain cotton 3.00 semeter2 meter6.00
3Butang 0.40 sebiji83.20
4Benang 0.80 segelung10.80
5Kain gam3.00 semeter meter1.50
JUMLAH11.50
KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUSBILPERALATANHARGA SEUNIT
(RM)KUANTITIHARGA (RM)
1Pembaris sesiku2.9012.90
2Pembaris lurus2.9012.90
3Gunting fabric9.0019.00
4Jarum peniti0.8010.80
5Kapur jahitan0.6010.60
6Pensel jahitan2.5012.50
7Penetas benang1.0011.00
8Pedeti/set gelendung/ sekoci5.0015.00
9Jarum mesin1.2011.20
JUMLAH25.90
LANGKAH MENJAHITSEBELUM MENJAHIT
1. Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri:
Kolar kemeja Kaf Lengan padanan rata Belah hadapan/belakang
2. Mengambil ukuran badan
3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas
kemudian membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan
4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga
memindahkan tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas
bahagian tepi fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.
Menyusun atur pola pakaian:
I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian
dalam dan juga luar fabrik.II. Kemudian, luruskan kedua-dua
bahagian hujung fabrik, luruskan ira serta ratakan fabrik.III.
Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.IV. Susun atur kepingan
pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan juga kelepet sama
lebar.
Menggunting fabrik:
I. Gunting fabrik dengan cermat.II. Pola ditanggalkan ketika
hendak mencantum kepingan fabrik.
SEMASA MENJAHIT
1. Menjahit lisu cekung badan hadapan Lipat di garisan tengah
lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan sebelah luar.
Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi lisu bermula dari hujung
tirus. Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin
2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan Lipat dan
tekan lisu dengan kemas dan cermat. Sematkan, dan jelujur pada lisu
yang telah ditanda. Jahit lisu dengan jahitan mesin. Kemudian,
cantum tampalan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.
3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Temukan
sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat,
jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka
kelim.
4. Menjahit kelim rusuk Temu sebelah luar badan hadapan dengan
sebelah luar badan belakang. Temukan garisan pemadan garis rusuk
badan hadapan dengan garis rusuk badan belakang. Semat, jelujur dan
jahit mesin. Tekan buka kelim
5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf kemejaI. Menyedia dan
meratakan kolar dan kaf: Temukan sebelah luar fabrik dan semat di
garisan pemadan Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis
pemadan Trim basi jahitan hingga 0.6cm Snip penjuru kolar dan kaf.
Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan
seterika Jelujur pada tepi kolar dan kaf Jelujur tegak pada tengah
kolar dan kaf.
II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan: Letakkan
kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan.
Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah hadapan dan
garis tengah belakang kolar serta kaf bertemu dengan garis tengah
belakang badan serta lengan Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang
garis leher dan jahit mesin Trim dan snip basi jahitan hingga
0.2cm
III. Mengemas kolar dan kaf : Masukkan basi kelim ke dalam kolar
dan kaf. Letak bahagian bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin Semat
serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah luar
Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan Tekan
dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata
6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rataI. Menyediakan dan
menjahit kelim lengan: Jelujur dua barisan di atas dan di bawah
garisan pemadan dengan jarak 0.3cm Temukan sebelah luar garisan
pemadan dan jelujur kasar Tekan garisan dengan jahitan mesinII.
Mencantum lengan: Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan
sebelah luar bertemu Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu
dan kelim rusuk dengan kelim lengan Semat dan jelujur di garis
pemadan bahagian lengan Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan
mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga
4cm untuk mengukuhkan kelim Kemudian, kemaskan bahagian hujung
lengan dan badan dengan kelepet
7. Menjahit butang dan lubang butangI. Menjahit butang: Jahit
dua lapis pada kedudukan butang Masukkan jarum melalui satu lubang
ke lubang yang lain Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit
berulang 3 atau 4 kali Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas
Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat Cucuk jarum dan tarik
keluar ke sebelah dalam fabrik Pada sebelah dalam, jahit insang
pari pada jahitan melintang
II. Menjahit lubang butang: Jelujur halus atau jahit mesin pada
garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan
snip di antara garisan lubang Mulakan jahitan dari hujung garisan
dengan jahitan lubang butang hingga ke hujung semula
SELEPAS MENJAHIT
1. Mencuci kemeja Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci
supaya bersih Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan
perlahan agar fabrik tidak rosak. Bilas dengan air bersih dan jemur
hingga kering
2. Menggosok dan mengemaskan kemeja Kemeja yang telah kering
boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja Laraskan kepanasan haba
seterika dengan jenis fabrik kemeja Kemudian, gosokkan pada seluruh
kawasan fabrik Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan
kemas
PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP
PANDANGAN HADAPAN
BAHAGIAN BELAKANG
SAFINA HASHIM 2015