1 RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E-PUSARA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1. PENGENALAN Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55 ekar dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60 jenazah sebulan samada yang berwaris atau tidak berwaris. 2.2 Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan pandangan berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang tenang dan damai. 2.3 Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat perasmiannya pada 20 Julai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia dan diharapkan ia dapat menjadi perintis kepada tanah perkuburan lain. 2.4 Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Antara perkara yang telah dilaksanakan ialah: i) Pembersihan Kawasan; ii) Penambahbaikan kemudahan Awam;
12
Embed
RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/834-raudhatul-sakinah.pdf · Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN)
DAN SISTEM E-PUSARA
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
1. PENGENALAN
Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi
mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan
Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek
rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot
kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55
ekar dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60
jenazah sebulan samada yang berwaris atau tidak berwaris.
2.2 Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan
adalah menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan
pandangan berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah
perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang
tenang dan damai.
2.3 Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat
perasmiannya pada 20 Julai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan
merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia dan diharapkan
ia dapat menjadi perintis kepada tanah perkuburan lain.
2.4 Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran
bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah
Perkuburan Islam KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Antara perkara yang telah
dilaksanakan ialah:
i) Pembersihan Kawasan;
ii) Penambahbaikan kemudahan Awam;
2
iii) Pembaikkan kerosakkan;
iv) Pencegahan pencerobohan;
v) Perlaksanaan peraturan kepungan kuburan yang seragam; dan