-
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID 5 INTAN BAGI TAJUK
RANTAI MAKANAN MENGGUNAKAN ECOLOGY PYRAMIDA
SERTA PERMAINAN MY FOOD.
Oleh :
Mohamad Kamil Faizzudin Bin Mashor@Nasir & Pn. Suriany Binti
Mat Noor
Jabatan Sains IPG Kampus Dato Razali Ismail
[email protected] & [email protected]
ABSTRAK
Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan, pengkaji
mendapati murid menghadapi masalah dalam tajuk rantai makanan.
Justeru itu,
kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam membina
rantai makanan. Hasil daripada tinjauan masalah yang dilakukan,
murid tidak dapat membezakan antara pengeluar, pengguna primer,
pengguna sekunder dan
pengguna tertier dalam sebuah rantai makanan. Hal ini
memnyebabkan murid
tidak dapat membina rantai makanan dengan baik. Justeru itu,
kajian ini telah dilakukan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Intan
dalam meningkatkan
kefahaman membina rantai makanan dengan menggunakan Ecology
Pyramida serta permainan MyFood. Seramai 5 orang murid yang terdiri
daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kelas 5 Intan
dari Sekolah Kebangsaan Ladang
telah dipilih sebagai peserta kajian. Perancangan tindakan
memfokuskan kepada
penggunaan alat bantu mengajar Ecology Pyramida serta permainan
MyFood terhadap peserta kajian tersebut. Instrumen yang telah
digunakan sepanjang menjalankan kajian ini ialah pemerhatian, soal
selidik, analisis dokumen dan juga
ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan perubahan
berlaku kepada
murid-murid tersebut selepas intervensi dijalankan. Mereka sudah
dapat memahami tajuk tersebut serta dapat membina rantai makanan
dengan baik
selepas intervensi dijalankan. Cadangan bagi menambah baik
kajian ialah
menambahkan bilangan haiwan di kawasan tertentu.
Kata Kunci : Meningkatkan, kefahaman, rantai makanan, Ecology
Pyramida,
permainan MyFood.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada minggu ketiga, pengkaji telah mengajar tajuk Rantai Makanan
kepada murid tahun 5 Intan
di Sekolah Kebangsaan Ladang. Pengkaji mendapati bahawa masalah
utama murid 5 Intan ini
ialah mereka tidak dapat menguasai kemahiran mengelas bagi tajuk
Rantai Makanan. Murid
sering tertukar antara pengeluar, pengguna primer, sekunder dan
tertier dalam sebuah rantai
makanan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membina sebuah
rantai makanan dengan baik.
-
Di samping itu, murid tidak dapat menguasai tajuk tersebut
dengan baik menyebabkan
kurangnya minat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini menjadikan pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu,
pengkaji telah merancang kaedah
untuk membuat satu alat bantu mengajar yang dapat menarik minat
murid-murid dalam tajuk
Rantai Makanan. Pengkaji telah memilih 5 orang peserta kajian
hasil daripada ujian diagnostik
yang dijalankan. Pengkaji memilih murid-murid yang mendapat
markah paling rendah dalam
ujian tersebut. Peserta kajian ini tidak dapat menguasai tajuk
Rantai Makanan dengan baik
menyebabkan mereka mendapat markah rendah dalam ujian
dianostik.
Oleh hal demikian, setelah pengkaji mempertimbangkan kesemua
faktor di atas, pengkaji membuat keputusan untuk mengaplikasikan
alat bantu mengajar dengan menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai bagi tajuk rantai makanan bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam
mengelas haiwan mengikut kelas pengguna dalam rantai makanan.
Melalui alat bantu mengajar tersebut dapat membantu murid untuk
mengelaskan haiwan dalam kelas pengguna seperti
pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier.
Penggunaan alat bantu mengajar ini
juga dapat merangsang minat murid serta proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih seronok.
SOROTAN LITERATUR
Mok Soon Sang (2008), alat bantu mengajar biasanya digunakan
untuk menarik perhatian murid
serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Selain itu alat
bantu mengajar juga dapat
membantu murid dalam membuat pengelasan bagi sesuatu tajuk.
Dalam tajuk Rantai makanan, murid dapat membuat pengelasan haiwan
dengan menggunakan alat bantu mengajar ini. Alat
bantu mengajar amat penting dalam sesi pengajaran kerana dapat
membantu guru untuk
menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Alat bantu mengajar
boleh terdiri daripada pelbagai bahan yang dicipta. Sesetengah alat
bantu mengajar hanya diperbuat daripada bahan kitar semula
tetapi dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan baik.
Shahabudin (2007), tujuan menggunakan bahan bantu mengajar
adalah bagi membolehkan
pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah. Hal ini
kerana bahan bantu mengajar
mengandungi pelbagai gambar menarik yang dapat merangsang murid
untuk memahami
sesebuah isi pengajaran. Selain itu, imej atau gambar lebih
mudah diingat daripada perkataan.
Hal ini kerana murid lebih tertarik kepada gambar berbanding
dengan perkataan. Gambar-
gambar yang menarik dapat menarik perhatian murid untuk belajar
topik tersebut. Contohnya,
topik rantai makanan akan lebih menarik untuk diajar jika
disertakan dengan gambar-gambar
haiwan. Murid juga dapat membuat pengelasan haiwan dalam topik
Rantai makanan dengan
lebih baik lagi.
Piaget dalam Haliza (2009), menyatakan tahap operasi konkrit
adalah tahap ketiga dalam
perkembangan kanak-kanak. Pada tahap ini murid banyak
mempelajari dan memperolehi
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria
penglihatan dan deria sentuh.
Seperti yang sedia maklum bahawa murid belajar melalui pelbagai
cara. Mereka dapat
menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Murid dapat menggunakan
pelbagai deria mereka untuk membuat pengelasan dalam topik
Rantai Makanan seperti deria
penglihatan.
-
Sivaraja ( 2011), dalam kajiannya menyatakan bahawa pendekatan
visual melalui penggunaan
gambar akan dapat membantu memudahkan proses pengelasan dan
meningkatkan keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan. Dengan
menggunakan gambar-gambar yang mempunyai
pelbagai warna dapat menarik perhatian murid untuk membuat
pengelasan kepada sesuatu objek.
Murid juga dapat mengenalpasti persamaan dan perbezaan sesuatu
objek melalui penggunaan gambar berwarna. Ini akan memudahkan murid
untuk mengenalpasti perbezaan tersebut.
Rahil Mahiyuddin (2009), pendekatan main sambil belajar sebagai
sebuah situasi yang dilakukan
secara spontan dengan arahan. Melalui kaedah permainan, murid
juga dapat membuat pengelasan dengan baik bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan bermain dalam pengajaran ini juga dapat
meningkatkan respon murid terhadap sesuatu situasi. Murid akan
lebih tertarik untuk belajar
melalui pendekatan yang dilakukan ini. Hal ini kerana murid
berpeluang untuk melibatkan diri dalam permainan tersebut sekaligus
dapat menarik perhatian mereka untuk memahami subjek
tersebut.
Jean Piaget dalam Mok Sook Sang (2008), aktiviti dan permainan
yang menarik mampu
memberi pemahaman yang lebih berkesan kepada murid. Hal ini
kerana murid dapat membina
pemahaman yang baru daripada sesebuah permainan yang dilakukan
oleh guru. Murid akan
membina pemahaman mereka sendiri setelah bermain permainan
tersebut. pembelajaran juga bukan hanya tertumpu kepada bilik
darjah sahaja. Malah, konsep belajar sambil berhibur juga
mampu meningkatkan kualiti pembentukan dan pendidikan kepada
kanak-kanak.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman
murid 5 Intan Sekolah
Kebangsaan Ladang Kuala Terengganu dalam tajuk Rantai Makanan
dengan menggunakan
Ecology Pyramida serta permainan MyFood.
Objektif
1.Meningkatkan minat murid 5 Intan dalam topik rantai makanan
menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood..
2.Membantu meningkatkan kemahiran murid 5 Intan dalam membina
Rantai Makanan
menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood.
3.Membantu meningkatkan kefahaman murid 5 Intan dalam topik
Rantai Makanan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan
MyFood
Persoalan Kajian
1.Adakah penggunaan Ecology Pyramida serta permainan MyFood
dapat meningkatkan minat murid dalam topik Rantai Makanan?
2.Bagaimanakah penggunaan Ecology Pyramida serta permainan
MyFood dapat meningkatkan kemahiran murid 5 Intan dalam membina
Rantai Makanan?
3.Bagaimanakah Ecology Pyramida serta permainan MyFood dapat
meningkatkan kefahaman murid 5 Intan bagi topik Rantai Makanan?
-
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 5 Intan yang terdiri
daripada 3 orang lelaki dan 2
orang perempuan. Kesemua peserta kajian dipilih berdasarkan
kepada pencapaian dalam ujian
diagnostik dan markah ujian TOV dan OTI. Pengumpulan data telah
dibuat dengan
menggunakan beberapa instrumen yang berbeza seperti pemerhatian,
soal selidik, analisis
dokumen serta ujian pra dan pasca.
Dalam instrumen pemerhatian, pengkaji telah membuat pemerhatian
terhadap tingkah laku
peserta kajian di dalam kelas. Pengkaji juga telah membuat
pemerhatian terhadap hasil kerja
murid, kerjasama dalam kumpulan, kepatuhan kepada arahan guru
serta penglibatan murid
dalam aktiviti yang dirancang sebelum dan selepas penggunaan
intervensi. Semua tingkah laku
murid telah dicatat dan direkodkan. Pengkaji telah membuat
banding beza antara sebelum dan
selepas intervensi dilaksanakan. Bagi instrumen soal selidik
pula, pengkaji telah mengedarkan
borang soal selidik kepada semua peserta kajian. Borang soal
selidik tersebut digunakan untuk
mengukur minat serta kemahiran murid sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Pengkaji
telah merekodkan hasil soal selidik tersebut di dalam jadual dan
graf supaya perbezaan dapat
dikenalpasti dengan mudah.
Pengkaji juga telah membuat analisis dokumen terhadap hasil
kerja murid di dalam kelas.
Pengkaji telah memberi lembaran kerja kepada peserta kajian
untuk menilai sejauhmanakah
kemahiran murid dalam membina rantai makanan. Semua hasil kerja
murid telah dianalisis oleh
pengkaji untuk membuktikan bahawa berlaku peningkatan terhadap
kemahiran membina rantai
makanan. Berlaku peningkatan yang positif terhadap hasil kerja
murid yang ditunjukkan selepas
intervensi dijalankan. Bagi ujian pra dan pasca pula, pengkaji
telah menjalankan ujian tersebut
kepada kesemua peserta kajian. Dalam ujian yang dilaksanakan
berlaku peningkatan yang positif
yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum intervensi
dilaksanakan dan selepas intervensi
dilaksanakan. Markah ujian pra dan pasca ini telah direkodkan di
dalam jadual dan juga graf
untuk memudahkan perbandingan dibuat oleh pengkaji.
-
SPESIFIKASI INTERVENSI
Dalam meningkatkan kefahaman murid 5 Intan bagi tajuk Rantai
Makanan, pengkaji telah
membina alat bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk
menerangkan tajuk tersebut kepada
murid-murid. Alat intervensi yang dimaksudkan ialah Ecology
Pyramida serta Permainan
MyFood. Alat bantu mengajar ini amat sesuai digunakan oleh guru
dalam mengajar tajuk
Rantai Makanan kerana alat ini mempunyai keistimewaan yang
tersendiri. Ecology Pyramida
telah dibina oleh pengkaji bagi menerangkan perbezaan antara
pengeluar, pengguna primer,
sekunder dan tertier pada murid-murid. Memandangkan piramid
tersebut mempunyai empat
permukaan yang berbeza, pengkaji telah membuat empat habitat
yang berbeza bagi rantai
makanan. Terdapat rantai makanan di kawasan sawah padi, kolam,
padang serta ladang bagi
memudahkan murid untuk membezakan haiwan yang terdapat dalam
rantai makanan tersebut.
Alat ini boleh digunakan dalam fasa penstrukturan idea dalam
pengajaran sains di sekolah. Guru
boleh menyuruh murid untuk mengenalpasti haiwan yang terdapat di
kawasan habitat yang telah
dibina pada piramid tersebut. Selain itu, Ecology Pyramida ini
juga amat menarik kerana
mempunyai gambar-gambar yang berwarna. Ini akan dapat menarik
minat murid untuk belajar
tajuk tersebut. Selain itu, alat intervensi ini juga bersaiz
besar untuk memudahkan murid-murid
mengenalpasti haiwan. Murid akan lebih jelas dengan
gambar-gambar yang dilekatkan pada alat
intervensi tersebut.
Rajah 1 : Ecology Pyramida
-
Dalam pada itu juga,bagi menguji kefahaman murid dalam membina
rantai makanan, pengkaji
juga telah membuat satu permainan yang dinamakan sebagai
permainan MyFood seperti gambar diatas. Permainan ini mengkehendaki
murid untuk membina rantai makanan berdasarkan
habitat yang diberikan. Murid akan membina rantai makanan
menggunakan alat tersebut dan
guru akan memeriksa rantai makanan yang dibina oleh murid samada
betul atau tidak.
DAPATAN KAJIAN
Dengan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood telah
dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam membina rantai
makanan. Murid telah dapat mengenalpasti
pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna
tertier dengan baik.
Rajah 2: Papan permainan MyFood
Rajah 3: Rantai Makanan yang telah dibina oleh
murid
-
DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian ini pengkaji telah menggunakan beberapa
instrumen seperti pemerhatian,
soal selidik, analisis dokumen serta ujian pra dan pasca. Bagi
instrumen pemerhati pengkaji telah
merekodkan hasil pemerhatian yang telah dilakukan di dalam
jadual 1. Dalam menilai minat peserta kajian ini, pengkaji telah
menggunakan 5 kriteria untuk menilai sejauhmanakah
peningkatan minat yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum
dan selepas intervensi
dijalankan.
Jadual 1 : Kriteria Minat Murid
Bil Kriteria Minat Murid Kekerapan sebelum intervensi (%)
Kekerapan selepas Intervensi
(%)
1. Memberi fokus di dalam kelas 30 90
2. Seronok belajar dengan kaedah pengajaran guru.
40 80
3. Membuat aktiviti yang diberikan
oleh guru. 40 70
4. Bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
50 70
5. Memberikan kerjasama yang baik
kepada guru dan rakan-rakan 50 90
Daripada hasil analisis pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji
mendapati peserta kajian telah
dapat memberi fokus yang baik di dalam kelas. Pengkaji telah
memerhatikan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid di dalam kelas dan merekodkan tingkah
laku yang ditunjukkan tersebut.
Pengkaji mendapati murid telah dapat memberi fokus di dalam
kelas dengan baik kerana berlaku komunikasi dua hala iaitu di
antara pengkaji dan juga peserta kajian. Sebelum penggunaan
intervensi kepada peserta kajian, mereka tidak memberi respond
kepada soalan yang ditanya
oleh pengkaji, namun selepas penggunaan intervensi tersebut
peserta kajian sudah dapat memberi respon terhadap kesemua soalan
yang ditanya oleh pengkaji.
-
Bagi istrumen kedua pula pengkaji telah menggunakan borang soal
selidik. Berikut merupakan
kekerapan dan peratus peserta kajian menjawab soal selidik
ini.
Jadual 2 : Analisis borang soal selidik
Bil Item Pengajaran sebelum
intervensi
Pengajaran selepas
intervensi
1. Saya amat menyukai mata pelajaran
Sains.
YA TIDAK
3(60%) 2(40%)
YA TIDAK
5(100%) 0(0%)
2. Saya berasa seronok belajar Sains
2(40%) 3(60%) 5(100%) 0(0%)
3. Saya suka mempelajari Topik Rantai
Makanan selepas menggunakan
Ecology Pyramida serta permainan
MyFood.
4(80%) 1(20%) 5(100%) 0(0%)
4. Saya amat suka aktiviti yang diberikan
oleh guru semasa mengajar tajuk Rantai
Makanan menggunakan Ecology
Pyramida serta permainan MyFood
3(60%) 2(40%)
5(100%) 0(0%)
5. Saya amat tertarik dengan cara
pengajaran guru.
2(40%) 3(60%)
4(80%) 1(20%)
Daripada analisis soal selidik yang dijalankan, pengkaji
mendapati perubahan yang positif
berlaku terhadap peserta kajian. Minat peserta kajian telah
meningkat jika dibandingkan sebelum
penggunaan intervensi dan selepas penggunaan intervensi.
Buktinya peningkatan yang telah
dicatatkan dalam item 1 sehingga item 5. Bagi item 1 sehingga 5
pengkaji telah membuat
kategori tahap pencapaian minat peserta kajian. Bagi item 1
sehingga 4 pengkaji telah
mengkategorikan dalam tahap amat berjaya kerana telah mencapai
tahap 100 peratus dalam soal
selidik yang dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan tahap
minat murid amatlah
mendukacitakan kerana pengkaji mengkategorikan dalam tahap
kurang memuaskan.
Kebanyakkan peserta kajian tidak menyukai mata pelajaran sains
dan tajuk Rantai Makanan,
namun setelah intervensi dijalankan minat peserta kajian telah
meningkat. Jawapan positif
daripada peserta kajian ini menunjukkan mereka lebih berminat
belajar tajuk Rantai Makanan
dengan menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood.
-
Bagi analisis dokumen pula, pengkaji telah menganalisis lembaran
kerja yang diberikan kepada
peserta kajian. Hasil kerja murid disemak dan dibuat
perbandingan bagi menilai keberkesanan
alat bantu mengajar yang telah digunakan. Berikut merupakan
hasil kerja murid sebelum dan
selepas alat bantu mengajar ini digunakan.
SEBELUM INTERVENSI
Sebelum intervensi dilaksanakan, peserta kajian satu tidak dapat
membina rantai makanan
dengan baik. Peserta kajian 1 tidak dapat menyusun susunan
hidupan dengan betul. Ini
menunjukkan peserta kajian ini tidak faham untuk membina rantai
makanan dengan betul.
Namun, selepas intervensi dijalankan peserta kajian 1 sudah
menunjukkan perubahan yang
positif. Peserta kajian ini telah dapat membina rantai makanan
dengan betul. Peserta kajian ini
sudah dapat melukis anak panah dengan baik.
SELEPAS INTERVENSI
PK 1: SUSUNAN HIDUPAN TIDAK BETUL
PK 1: SUSUNAN HIDUPAN DAN ANAK PANAH BETUL
-
Dalam analisis ujian pra dan pasca juga menunjukkan perubahan
yang positif terhadap kesemua
peserta kajian. Pengkaji telah membuat perbandingan markah ujian
pra dan pasca terhadap peserta kajian. Perkara ini dilakukan bagi
menentukan keberkesanan alat bantu mengajar yang
telah digunakan oleh pengkaji terhadap kesemua peserta kajian.
Pengkaji telah merekodkan
markah dan tahap pencapaian peserta kajian seperti dalam jadual
3 di bawah.
Jadual 3 : Markah Ujian Pra dan Pasca
PESERTA KAJIAN
PRA %
GRED PASCA %
GRED PENINGKATAN %
M1 13 E 50 C 37
M2 40 C 65 B 25 M3 46 C 60 B 14 M4 26 D 65 B 39 M5 33 D 45 C
12
Dalam ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian 1
telah meningkat markah dalam kedua-dua ujian tersebut. Dalam
ujian pra peserta kajian 1 hanya
mendapat gred E sahaja namun dalam ujian pra peningkatan telah
ditunjukkan dengan
peningkatan kepada gred C. Ini menunjukkan bahawa Ecology
Pyramida serta permainan
Myfood telah membantu meningkatkan prestasi peserta kajian 1
dalam tajuk rantai makanan.
Peserta kajian 1 juga telah menyatakan bahwa dia lebih faham
belajar menggunakan alat
intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji.
KESIMPULAN
Penggunaan alat intervensi Ecology Pyramida serta permainan
MyFood telah dapat
membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian dalam tajuk
rantai makanan. Ini kerana
setelah penggunaan intervensi tersebut kepada semua peserta
kajian, pengkaji mendapati bahawa
berlaku perubahan yang positif terhadap peserta kajian. Perkara
ini dibuktikan dalam dapatan
kajian yang telah dinyatakan. Minat peserta kajian juga telah
bertambah hasil penggunaan alat
intervensi ini. Menurut Lim King Hong (2010), mengatakan minat
adalah satu yang anda
lakukan dengan penuh perasaan suka. Hasil daripada pemerhatian
yang telah dibuat, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian amat suka terhadap alat yang
digunakan oleh pengkaji semasa
mengajar tajuk rantai makanan ini. Perkara ini juga ditunjukkan
dengan
Dalam pada itu juga, Ecology Pyramida serta permainan MyFood ini
juga amat istemewa
kerana dilengkapi dengan gambar-gambar yang menarik dan
berwarna. Perkara ini dapat
memudahkan murid untuk membuat perbezaan dan membina sebuah
rantai makanan. Selain itu,
permainan MyFood juga dapat membuatkan murid berasa seronok
untuk belajar. Nurul Amirah
dan Zaidatun (2009), permainan merupakan ekspresi kendiri yang
kreatif dan perkembangannya
paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan
memperoleh pengetahuan baru
berdasarkan permainan yang dijalankan. Kanak-kanak sememangnya
amat menyukai permainan
lebih-lebih lagi permainan tersebut dapat mencabar diri mereka
untuk menjadi semakin baik.
-
Kajian ini juga telah meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan kerana kajian ini melibatkan
kreadibiliti dan juga kesungguhan guru dalam menyiapkan kajian
ini. Guru menunjukkan
kesungguhan yang tinggi dalam mengumpul data-data yang
diperlukan. Guru juga perlu bersabar
dengan karenah murid-murid serta peserta kajian sepanjang
menjalankan kajian ini. Hal ini
kerana terdapat segelintir murid yang tidak dapat memberikan
kerjasama yang baik kepada guru.
Justeru itu, guru perlu lebih kreatif dalam mengawal dan melayan
karenah murid-murid ini.
Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan kerana kajian ini
dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.
Pengaji mencuba pelbagai
kaedah dan juga strategi yang sesuai bagi memastikan masalah
pembelajaran murid dapat diatasi
dengan baik. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan pelbagai
instrumen bagi meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Kajian ini
juga boleh dijadikan rujukan
kepada guru-guru lain jika menghadapi masalah yang sama. Guru
dapat merujuk kaedah dan
strategi yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Maka, hal ini akan memudahkan
kerja guru bagi menyelesaikan masalah pembelajaran
murid-murid.
Dalam kajian ini juga, pengkaji mendapati beberapa kelemahan dan
kekurangan yang perlu
ditampung supaya kajian akan datang menjadi lebih baik. dalam
kajian ini pengkaji hanya
menggunakan Ecology Pyramida serta permainan MyFood dalam topik
Rantai Makanan
sahaja. Maka, pengkaji mencadangkan agar penggunaan intervensi
ini digunakan dalam
pengajaran topik- topik lain. Memandangkan intervensi ini
menggunakan pelbagai warna dan
gambar-gambar yang menarik, maka pengkaji juga mencadangkan
supaya intervensi ini
digunakan kepada murid-murid tahap 1. Hal ini kerana penggunaan
gambar dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar.
Seterusnya, cadangan lain ialah agar penggunaan instrumen
diperbanyakkan lagi dalam kajian
seterusnya. Instrumen yang dapat ditambah lagi seperti temu bual
bagi mendapatkan respon
yang lebih mendalam lagi tentang keberkesanan intervensi yang
dijalankan. Akhir sekali,
pengkaji ingin mencadangkan agar tempoh masa kajian dipanjangkan
lagi mendapatkan data-
data kajian yang lebih tepat dan sesuai.
-
RUJUKAN
Haliza Hamzah & Samuel J. N (2009). Perkembangan
Kanak-kanak. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lee Kim Hong (2010). Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam
sukatan
pelajaran pengajiam cina KDPM, Maktab Perguruan Raja Melewar
Mok S.S (2008). Psikologi pendidikan & pedagogi murid dan
alam belajar.
Selangor Darul Ehsan; Penerbit Multimedia Sdn. Bhd
Nurul Amirah Razali dan Dr Zaidatun Tasir (2009). Rekabentuk
Sistem
Pembelajaran konsep nombor berasaskan Pendekatan Permainan
Prosiding seminar pendidikan kanak-kanak. Halaman 106-121
Rahil Mahiyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009).
Amalan
Pengajaran Berkesan. Siri Pendidikan Guru. Shah Alam :
Karisma Publication Sdn. Bhd.
Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad.
(2007). Pedagogi :
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur:
PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd
Sivaraja a/l Subramaniam (2011). Mempertingkatkan kemahiran
membuat
pengelasan menggunakan kit pembelajaran. Tesis Sarjana Muda
Tidak
Diterbitkan. IPG KDRI Kuala Terengganu, Terengganu.
Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad.
(2007). Pedagogi :
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur:
PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.