RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1 Tingkatan : 5 Cempaka Bil. Pelajar : 30 orang Tarikh : 2 Mac 2011 Masa : 40 minit Mata Pelajaran : Geografi Tajuk : Dinamik penduduk Sub Tajuk : Taburan penduduk Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar (a) dapat : (Hasil Pembelajaran) 1. Mengenalpasti taburan penduduk Asia (b) (dalam masa 5 minit )(c) dengan tepat (d). 2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Asia (b) (dalam masa 7 minit)(c)dengan tepat (d) 3. Menghuraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk (b) beserta contoh yang sesuai sehingga memuaskan hati guru (d). Bahan Bantu Mengajar : Tayangan jadual perangkaan, peta dinding Asia, soalan- soalan yang telah dirancang, papan putih, maker.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
RANCANGAN PENGAJARAN BAGI SET PENGAJARAN 1
Tingkatan : 5 Cempaka
Bil. Pelajar : 30 orang
Tarikh : 2 Mac 2011
Masa : 40 minit
Mata Pelajaran : Geografi
Tajuk : Dinamik penduduk
Sub Tajuk : Taburan penduduk
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran pelajar (a) dapat :
(Hasil Pembelajaran)
1. Mengenalpasti taburan penduduk Asia (b) (dalam masa 5 minit )(c)
dengan tepat (d).
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
penduduk Asia (b) (dalam masa 7 minit)(c)dengan tepat (d)
3. Menghuraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi
taburan penduduk (b) beserta contoh yang sesuai sehingga
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari topik penduduk semasa
tingkatan 2.
PELAKSANAN P&P :
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI( 3 minit)
Bacaan doa
Mentafsir jadual
Guru meminta seorang pelajar lelaki untuk mengetuai bacaan doa.
Seorang wakil pelajar bangun dan mengetuai bacaan doa manakala pelajar lain mengaminkan.
Guru merangsang minat pelajar dengan menayangkan jadual perangkaan. (Rujuk Lampiran 1) Guru menarik perhatian pelajar dengan mengajukan beberapa soalan.Conto soalan :
1. Apakah negara yang mempunyai penduduk paling ramai?
2. Apakah negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi ?
3. Apakah negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling rendah?
Pelajar meneliti dan cuba mentafsir jad-ual berdasarkan soalan-soalanrangsangan daripada guru.
BBM: Tayangan jadual perangkaan
KBKK: mengenal pasti, menganalisis dan membanding beza
Kemahiran Generik :Kemahiran bahasa, kemahiran Interpersonal dan kemahiran intrapersonal
Nilai: Rasional dan disiplin
AKTIVITI 1 ( 7 minit)
Menerangkan konsep :
i) Penduduk padat
ii) Penduduk sederhana
iii) Penduduk jarang
Guru menjelaskan konsep taburan penduduk padat, sederhana dan jarang.
Pelajar mendengar sambil merujuk buku teks dan mencatat isi-isi penting. Guru mengedarkan lembaran kerja A kepada semua pelajar.
Guru memberi arahan kepada pelajar su-paya tidak mengisi lampiran tersebut se-hingga diberi arahan.
Guru menggunakan peta dinding Asia untuk menerangkan taburan penduduk di Asia.
Pelajar mendengar dengan tekun.
BBM: Peta dinding Asia, buku teks
KBKK: Mengingat dan mencirikan
Kemahiran Generik :Kecerdasan kinestetik
Nilai: Bertanggungjawab, menghormati guru
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI 2 ( 7 minit)
Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.
Guru menggunakan teknik sumbang saran untuk mendapatkan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk daripada pelajar.
Pelajar memberikan jawapan masing-masing satu-persatu.
Guru dan pelajar menilai dan memilih faktor-faktor yang tepat secara bersama.
Guru menghasilkan peta minda faktor yang mempengaruhi taburan penduduk dengan menggunakan hasil perbincangan.
Pelajar menyalin nota-nota penting.
BBM: Papan putih, maker
KBKK: Menjana idea,menganalisis
Kemahiran Generik :Kemahiran intrapersonal
Nilai: Keberanian,kebebasan, disiplin dan kerjasama
AKTIVITI 3 ( 20 minit)
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia beserta contoh.
Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan (satu kumpulan lima orang).
Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan Arahan :
1. Kumpulan 1 dan 2 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk padat.
2. Kumpulan 3 dan 4 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk sederhana.
3. Kumpulan 5 dan 6 menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi taburan penduduk jarang.
Guru meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk beserta contoh negara yang sesuai.
Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing.
Guru meminta wakil bagi setiap kumpulan untuk berpidato selama 3 minit bagi membentangkan hasil perbincangan setiap kumpulan.
membuat hipotesis, menumpukan perhatian, mereka cipta, membuat
kesimpulan.
Kemahiran Generik : Kemahiran bahasa, kemahiran interpersonal, kemahiran visual dan
kemahiran kinestetik.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar-pelajar telah mempelajari topik penduduk semasa
tingkatan 2.
PELAKSANAN P&P :
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI( 5 minit)
Menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran.
Guru membuat tayangan video tentang perbezaan taburan penduduk yang berlaku didunia.
Pelajar memahami dan memerhati dengan penuh teliti.
Guru meminta beberapa pelajar menghuraikan apa yang mereka faham tentang video yang ditunjukkan. Guru memberikan nota tambahan kepada pelajar.
BBM: Tayangan video, nota tambahan.
KBKK: Menumpukan perhatian
Kemahiran generik:Kemahiran visual
Nilai: Rasional
AKTIVITI 1 Pengenalan
kepada taburan
penduduk ( 5 minit)
Menerangkan konsep :
i) Penduduk padat
ii) Penduduk sederhanaiii) Penduduk
jarang
Guru meminta pelajar dalam masa 3 minit membaca tentang konsep taburan penduduk dengan merujuk buku teks dan nota tambahan.
Pelajar membaca dan memahami konsep.
Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang taburan penduduk beserta contoh yang sesuai.
BBM: Buku teks, nota tambahan.
KBKK: Memahami, membuat kesimpulan
Kemahiran generik:Kemahiran bahasa
Nilai: Rajin, menghormati, keberanian
AKTIVITI 2 ( 5 minit)
Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.
Guru menggunakan kaedah sumbangsaran untuk mencari faktor yang mempengaruhi taburan penduduk.
Pelajar mengutarakan idea mereka dengan pantas.
Guru dan pelajar berbincang untuk memilih faktor yang tepat.
Guru mengasingkan faktor-faktor yang tepat di tempat lain supaya pelajar mudah untuk mengambil nota.
BBM: Papan putih, maker
KBKK: Menjana idea
Kemahiran Generik:Kemahiran interpersonal
Nilai: Berani, menghormati, kerjasama
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI 3 ( 20 minit)
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk beserta contoh negara yang sesuai.
Guru membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan (1kumpulan 10 orang)
Guru meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan untuk satu membuat simulasi tentang faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk
TugasanKumpulan 1 : Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk padat dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.Kumpulan 2 : Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk sederhana dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.Kumpulan 3 :Merancang dan mempersembahkan satu lakonan tentang situasi dikawasan penduduk jarang dengan menggunakan faktor-faktor yang ingin ditekankan.
Guru meminta setiap kumpulan menyediakan seorang jurucakap untuk menerangkan faktor yang cuba ditonjolkan.
Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan menyatakan idea masing-masing untuk menjadikan simulasi dapat difahami.
Guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka.
BBM: Buku teks dan arahan guru
KBKK: Kemahiran menjana idea, mengenal pasti, mereka cipta