Diriwayatkan daripada Uthman b Affan r.a katanya: “Rasulullah saw bersabda: Sebaik- baik kamu ialah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya”-Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari. Ia suatu motivasi oleh Rasulullah saw kepada umatnya supaya kita sentiasa mendampingi al-Qur’an. Malah, membaca al-Qur’an bukan sekadar beroleh pahala ianya bakal menjadi syafa’at pada hari kiamat nanti. Membaca dan mengajarkan merupakan suatu kesinambungan kepada proses pembelajaran berterusan. Jelas, membaca al-Qur’an bukan ibadah bermusim dan terikat dengan majlis keagamaan sahaja. Diriwayatkan dari Umar bin al-al-Khattab ra, Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Bacalah al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” -Riwayat Muslim. HIKMAH AL-QUR’AN TURUN SECARA BERANSUR-ANSUR Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H EDISI 3/2013 Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kupan tabung tersebut masih berjalan di peringkat Bahagian KPM. Hasil kupan akan diserahkan kepada anak-anak yam dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bersempena dengan Majlis Iſthar KPM pada 2 Ogos 2013 nan. Rebutlah pelu- ang menambah saham akhirat berganda tersebut. SYIAR RAMADAN Tidak cukup dengan membaca ayat-ayat al- Qur’an, kita diseru untuk mengamalkan isi kandungannya. Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Barangsiapa yang membaca al- Qur’an dan mengamalkan kandungannya, Allah memakaikan kepada kedua-dua ibu bapanya pada hari kiamat sebuah mahkota yang sinarnya lebih baik daripada sinaran matahari di rumah-rumah dunia. Maka apa pula sangkaan kamu terhadap orang yang mengamalkan dengan ini (al-Qur’an)- Riwayat Ibn Abi Daud. Jelas, nikmat apakah lagi yang ingin kita dustakan. Janji Allah sangat jelas untuk hambanya yang ikhlas. Justeru, rebutlah peluang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini untuk membaca al-Qur’an dan menghayati kandungannya seterusnya diamalkan di dalam kehidupan. MULAKAN HARIMU DENGAN AL-QUR’AN 1 Menetapkan ha Nabi. “Dan ap-ap berita daripada Rasul-Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hamu dengannya”-(Hud: 120) 2 Berperingkat dalam mendidik umat Ini terbuk dalam pengharaman arak. Perintah pengharamannya di- turunkan secara beransur-ansur bermula dengan ayat menceritakan keburukan arak, dijauhkan daripada solat kemudian barulah diharamkan secara mutlak. 3 Memudahkan para sahabat untuk menghafaz. 4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. INFO MAJLIS IFTAR JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E 12, Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Warga Bahagian KPM dijemput hadir INFO TABUNG IHYA’ RAMADAN KPM
4
Embed
RAMADAN - moe.gov.my · PDF file4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. ... JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Diriwayatkan daripada Uthman b Affan r.a katanya: “Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya”-Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari.
Ia suatu motivasi oleh Rasulullah saw kepada umatnya supaya kita sentiasa mendampingi al-Qur’an. Malah, membaca al-Qur’an bukan sekadar beroleh pahala ianya bakal menjadi syafa’at pada hari kiamat nanti. Membaca dan mengajarkan merupakan suatu kesinambungan kepada proses pembelajaran berterusan. Jelas, membaca al-Qur’an bukan ibadah bermusim dan terikat dengan majlis keagamaan sahaja.
Diriwayatkan dari Umar bin al-al-Khattab ra, Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: Bacalah al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” -Riwayat Muslim.
HIKMAH AL-QUR’AN TURUN SECARA BERANSUR-ANSUR
Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H
EDISI 3/2013
Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah
pun dilancarkan pada 28 Jun yang
lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu
KPM.
Kutipan tabung tersebut masih
berjalan di peringkat Bahagian
KPM.
Hasil kutipan akan diserahkan
kepada anak-anak yatim dan
pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan bersempena
dengan Majlis Ifthar KPM pada 2
Ogos 2013 nanti. Rebutlah pelu-
ang menambah saham akhirat
berganda tersebut.
SYIAR RAMADAN
Tidak cukup dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an, kita diseru untuk mengamalkan isi kandungannya.
Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca al-Qur’an dan mengamalkan kandungannya, Allah memakaikan kepada kedua-dua ibu bapanya pada hari kiamat sebuah mahkota yang sinarnya lebih baik daripada sinaran matahari di rumah-rumah dunia. Maka apa pula sangkaan kamu terhadap orang yang mengamalkan dengan ini (al-Qur’an)-Riwayat Ibn Abi Daud.
Jelas, nikmat apakah lagi yang ingin kita dustakan. Janji Allah sangat jelas untuk hambanya yang ikhlas. Justeru, rebutlah peluang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini untuk membaca al-Qur’an dan menghayati kandungannya seterusnya diamalkan di dalam kehidupan.
MULAKAN HARIMU DENGAN AL-QUR’AN
1
Menetapkan hati Nabi.
“Dan tiap-tiap berita daripada Rasul-Rasul itu, kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya”-(Hud: 120)
2
Berperingkat dalam mendidik umat
Ini terbukti dalam pengharaman arak. Perintah pengharamannya di-
turunkan secara beransur-ansur bermula dengan ayat menceritakan
keburukan arak, dijauhkan daripada solat kemudian barulah diharamkan
secara mutlak.
3 Memudahkan para sahabat untuk menghafaz.
4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung.
INFO MAJLIS IFTAR
JAMAIE KPM
Tarikh
2/8/2013
Tempat
Dewan Serbaguna,
Aras 9, Blok E 12,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
Putrajaya.
Warga Bahagian KPM
dijemput hadir
INFO TABUNG IHYA’
RAMADAN KPM
Page 2
SIDANG EDITORIAL:
Penasihat:
Tn Hj Abdullah b Md Din
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Pengerusi:
Pn Hjh Kamariah Bt Isa
Timbalan Pengarah,
Pengurusan Dakwah dan Syiar
Islam
BPI KPM.
Ketua Editor:
Tn Hj Mohamad Zaki b Husin
Ketua Sektor Dakwah &
Kepimpinan
BPI KPM
Pen. Ketua Editor :
Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh
Ketua Sektor Pembangunan
Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM
Editor:
Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid
Ust Ahmad Zulfakor b Darusa
Ust Mohd Sayuti b Omar
Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.
Penulis:
Ust Ruzain Syukur b Mansor
Wartawan:
Ust Hairon b Zainal Abidin
Ust Abd Rahman b Che Soh
Ust Alhuzaee b Sulaiman
Ust Mohd Hamidi b Zakaria
Nuzul Qur’an berlaku pada malam
Jumaat 17 Ramadan tahun ke 41
k eputeraan nabi Muhammad SAW.
Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari
Lohmahfuz ke langit dunia dan
disimpan di Baitul Izzah. Dari situlah
ia diturunkan secara beransur-ansur
kepada Rasulullah SAW Selama lebih
kurang 32 tahun.
Al-Qur’an mula diturunkan pada
malam Lailatul Qadr.
Wahyu dimasukkan ke dalam hati
rasulullah SAW. Baginda tidak
melihat seseorang pun, hanya mera-
sa wahyu itu berada di dalam
hatinya.
Dalam keadaan yang lain, malaikat
Jibril memperlihatkan dirinya se-
bagai seorang lelaki, lalu
menyampaikan wahyu hingga
Rasulullah SAW mengetahui benar-
benar dan menghafalnya.
Akan berbahagialah pada hari kiamat nanti, orang yang rajin berpuasa
dan membaca al-Qur’an. Ini kerana mereka akan mendapat syafaat
daripada ibadah dan pembacaan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Puasa dan al-Qur’an memberi syafa’at kepada para
hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah
menghalanginya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat
pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafa’at kepadanya.
Al-Qur’an pula berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya
daripada tidur pada malam hari, maka izinkanlah aku memberikan
syafaat kepadanya.
Maka diterimalah syafaat puasa dan al-Qur’an, lalu para hamba (yang
rajin berpuasa dan membaca al-Qur’an di dunia) masuk ke dalam
syurga”- Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu al-Dunya, al-Tabrani
Justeru, pilihan di tangan kita, pilihlah untuk membaca al-Qur’an,
kerana dengan membacanya kita meraih keberkatan .
SYAFAAT PUASA DAN AL-QUR’AN
INFO NUZUL AL-QUR’AN
Nama lain bagi al-Qur’an
antaranya :
An-Nur (Cahaya yang menerangi)
Al-Furqan (membeza antara hak
dan batil)
Al-Zikr (memberi peringatan)
Wahyu pertama –Iqra’ sebagai
menyatakan penekanan kepada
budaya membaca dan penerokaan
ilmu.
Peristiwa nuzul Qur’an mempunyai
signifikan yang sangat besar kepada
umat Islam.
Membaca al-Qur’an ada hubungkait
dengan budaya memahami,
menyelidik, mengkaji, mencipta
seterusnya mengangkat martabat
agama Islam ke suatu mercu
kecemerlangan.
EDISI 3/2013 1 malam=1000 bulan
Jawapan: Dalam sebuah hadis disebutkan “Melihat mashaf itu ibadah dan melihat wajah kedua-dua ibu bapa itu ibadah.”-Riwayat Abu Daud.
Dalam hadis yang lain disebut “Bacaan seseorang tanpa melihat mashaf 1000 kali ganda dan bacaan dengan melihat mashaf lebih besar lagi darjatnya sehingga 2000 darjat.” (Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi)
Hadis di atas merupakan saranan yang kuat untuk kita bukan sekadar melihat al-Qur’an tetapi membacanya. Al-Qur’an bukannya perhiasan tetapi panduan hidup yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebaik-baiknya di dalam kehidupan kita.
Jawapan: Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan disebabkan musafir atau sakit, dia wajib megqadha’nya sebelum tiba Ramadan yang berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqada’nya sehingga masuk bulan Ramadan yang lain, dia berdosa dan wajib mengqada’nya serta membayar fidyah.
Fidyah ini dengan memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat. Hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkauinya. Secupak bersamaan 1/3 kati Baghdad iaitu kira-kira 600 gram.
Namun, orang yang sakit berterusan hingga masuk bulan Ramadan yang lain, dia wajib mengqada’ puasanya sahaja tanpa membayar fidyah.
Perempuan yang yang mengandung atau yang menyusui bayinya, jika berbuka kerana bimbang akan kesihatan kandungan atau bayinya, wajib mengqada’ puasanya dan mem-bayar fidyah secupak makanan kebiasaan penduduk negerinya bagi hari-hari yang mereka tidak berpuasa.
Soalan: Adakah benar melihat al-Qur’an itu
ibadah?
Soalan: Apakah yang dinamakan dengan Qadha’ atau fidyah puasa