Rahsia Pendekar Bujang Lapok
Pada episod kali ini, Wayang Pacak akan menganalisamise en
scenedan maksud tersirat dari filem hitam putih karya arahan Tan
Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (Seniman Agung Negara)
Mengikut sebuah cerita benar, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri
P. Ramlee bertanyakan kenapa tegurannya kepada anak bangsa melalui
filemnya sebelum ini mendapat kritikan dan ditolak oleh penonton?
Mungkin teguran itu terlalu setepek tepat ke muka penonton.
Masyarakat pantang ditegur. Jadi, P. Ramlee dinasihat untuk membuat
teguran bersahaja dalam keadaan santai dan menghiburkan - maka
muncullah filem Pendekar Bujang Lapok untuk mencabar resepi
tersebut - (penulis WP sampaikan berdasarkan cerita buah mulut
tanpa fakta yang boleh dibuktikan)
ANALISA FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK - oleh Penulis Wayang Pacak
| WPMelihat pada tahun ditayangkan iaitu tahun 1958, selepas Tanah
Melayu mengecapi kemerdekaan dan mungkin penggambaran serta skrip
disiapkan setahun lebih awal, P. Ramlee seperti menyampaikan
sesuatu peringatan dalam nada sinis kepada penduduk Tanah Melayu
ketika itu.
Pembukaan filem Pendekar Bujang Lapok scene jeti penambang
miliki misteri tersendiri. Kisah sebuah kampung kuala yang
menghubungkan satu lagi kampung Pinang Sebatang di seberang menjadi
pengangkutan paling penting ketika itu. Siapa yang menguasai
perkhidmatan yang menguntungkan tersebut? Sudah tentulah Ahmad
Nisfu yang digambarkan P. Ramlee berpakaian seperti kolonial
British dengan topi serta baju menaiki kereta buatan eropah
Watak beliau disifatkan golongan pemikir nuansa filem sebagai
penjajah British dihormati di Tanah Melayu yang dibuktikan dengan
penampilannya.
Lihat pula kewujudan pengikut berpakaian baju putih berbelang
seragam seperti tentera secara ringkas. Mereka inilah digambarkan
bala tentera British sebagai pencacai yang memperkukuhkan lagi
kedudukan British di Tanah Melayu. Tetapi casting pelakon yang
dipilih semuanya adalah Melayu. Kenapa?
Satu babak yang mengkritik sikap kaum Melayu adalah babak
pisang. Salah seorang pencacai mencuri pisang dan pemilik pisang
berdialog, "..eh, jangan mencuri lah! kalau nak kita boleh bagi
lah.." lalu tanpa rasa malu, diambil lagi banyak tanpa rasa syukur
dengan apa ada ditangan yang telah dihalalkan oleh pemiliknya.
Tamak.
Adakah ini sikap Melayu yang cuba ditegur oleh P. Ramlee atau
sikap penjajah yang tak pernah puas mengikis segala isi bumi Tanah
Melayu?
Babak kemunculan Ramlee, Sudin, Ajis dengan membawa bungkusan
baju, pisau dan sebiji epal setiap orang. Apakah anda penonton
tidak merasa ralat dengan keadaan itu? Cuba kaji latar masa, tempat
dan perwatakan mereka digambarkan golongan miskin, homeless dan
tidak miliki apapun, tetapi mampu membeli sebiji epal setiap satu.
Apakah itu pelik?
Kenapa P. Ramlee tidak menyediakan buah mangga, manggis atau
buahan tempatan lain yang memang wujud di Tanah Melayu, bukannya
epal.
Mari kita perhatikan perbuatan setiap dari mereka terhadap epal
tersebut. Ramlee meniup seruling di depan epal beliau yang
bersemayam diatas beg kainnya. Jika anda tahu, apa tujuan utama
pemain serunai meniup ular tedung untuk mengajaknya menari? Apakah
perbuatan meniup epal ini ada kaitan? Sudin mengupas kulit epal
dengan pisau dalam keadaan seperti marah. Ajis makan epal tersebut
dengan lahap. Tapi, kenapa epal? Misteri bukan.
Ditengah-tengah masyarakat Melayu yang menjadi pengecut dikawal
penjajah itu, secara tak sedar, muncul pula kepahlawanan Melayu
berseorang - memakai pakaian dan topi lain dari yang lain - mula
tegas menegakkan haknya, iaitu Pendekar Mustar yang sejak awal tadi
sabar melihat samsengnya sikap penjajah.
Sekali ia disentuh, barulah Pendekar Mustar mengamuk - pantas
dua orang tumbang di luar. Tapi kenapa tidak pada awal tadi
lagi?
Perhatikan semua orang kampung, hanya melihat samseng penjajah
memukul saudara mereka yang jauh lebih tua tanpa berani bertindak
dan pengecut. Kenapa komuniti Melayu digambarkan seperti itu? Anda
pernah tahu bangsa lain yang lebih sensitif apabila salah seorang
dari mereka dijentik dan mereka bersatu menghalang dan menentang.
Tidak pada bangsa kita. Menjadi pengecut walaupun ramai - hanya
duduk melihat.
Tetapi pabila Pendekar Mustar berjaya menumbangkan dua tentera
penjajah ini, barulah bangsa Melayu ini berani lalu naikkan
semangat hampir kesemua orang kampung di atas jeti tersebut. Bila
melayu ini dianggap kalah, tiada siapa pun mahu menyokong, bila
tanpa diduga si melayu ini bangun bangga, mula semua datang
mengusap. Ini sikap kita bukan dalam bidang politik?
Memang pengarahnya P. Ramlee menempelek sikap itu pada kita.
Kalau kita lihat bangsa Jepun zaman dahulu melalui filem lamanya,
mereka digambarkan lebih tegas mempertahankan hak mereka. Apa hak
kita selama 500 tahun dijajah ini? Terdiam sahaja.
Dan adakah anda perasan, pelbagai reaction shot orang tua yang
hanya relax menghembus asap rokok membiarkan orang tua (pendekar
mustar) dibelasah di luar penambang?
Kenapa sejak awal tadi (establish shot) kita tidak langsung
melihat kelibat orang tua ini dan hampir kesemuanya adalah anak
muda kampung berbangsa melayu yang pengecut sahaja!
Dan kenapa reaction mereka disampaikan P. Ramlee dengan detail
(tight shot - MCU).
Cuba renung kembali, zaman dahulu punya filem - tight shot hanya
diambil pabila shot itu penting sahaja. Dan secara sedar,
kebanyakan scene biasa disampaikan hanya master shot (wide
shot).
Tetapi kenapa reaction lelaki-lelaki tua sebaya dengan Pendekar
Mustar disediakan dengan lighting, setup yang sempurna padahal
mereka hanya extra orang tua yang duduk melihat pendekar
dibelasah?
Pilihan shot dari pengarah adalah penting untuk minimizekan
budget serta kurangkan penggunaan reel filem pada ketika itu. Dalam
filem lama tanah Melayu, tight shot disediakan pada CU si watak
sedang dilemma, sedih serta gembira (melibatkan perasaan)Jika
sesuatu shot itu dipinta pengarah, sudah semestinya ia membawa
meseg berat yang tertentu.
Mereka (extra orang tua tersebut) digambarkan masyarakat Melayu
pada zaman tersebut atau zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu
yang tidak berani bangun menetang penindasan penjajah dan hanya
mampu melihat selama 500 tahun dijajah tanah bumi sendiri. Lalu
muncullah pahlawan Tanah Melayu zaman dahulu seperti Datuk Bahaman,
Dol Said serta Tok Janggut dan lain-lain.
Tanya pula kewujudan lelaki Singh yang tiba-tiba menjadi badang
menolong Melayu mengamuk dengan membuang mereka ke laut.
Anda kaitkan Singh ini dengan sejarah Tanah Melayu.Adakah anda
sedar apakah sejarah mencatit sesuatu berkaitan bantuan singh
kepada pertahanan Tanah Melayu?
Korek balik sejarah kita. Cuba anda perhatikan pabila Singh si
badang ini melontar setiap samseng penjajah ke laut, tetapi setiap
samseng termasuk kolonial tadi yang jatuh ke laut, tak pernah
nampak naik balik ke atas jeti untuk berlawan. Tetapi bila dia pula
dilontar, si badang Singh jugak yang tegar bersemangat untuk naik
ke atas jeti membantu Melayu.
Apakah ini sindiran terhadap sikap Melayu yang mudah 'jatuh' dan
susah untuk 'naik' dalam pelbagai perkara. Segalamise en sceneini
disampaikan secara kebetulan atau terancang oleh P. Ramlee?
Kalau ia hanya secara kebetulan, bagaimana pula scene Ramlee,
Sudin, dan Ajis sampai ke sekolah buta huruf, yang dieja dalam
bahasa jawi, menjadi aliff, miim, nunn dan wau (dibaca dalam jawi
menjadi UMNO) disebut sebagai sarkis? Dan kenapa didalam kelas
adalah orang tua yang baru sedar akan ilmu dan baru belajar mengeja
jawi?
Tidak perlu saya menghuraikan dengan lebih panjang lebar serta
menyebut fakta sejarah dengan lebih tepat, kerana kesemua meseg ini
memberi kita fikir sehingga hari ini tanpa kita sedar disebalik
ketawa.
*apa yang dilakukan oleh Ajis ini sama dengan sikap kita
kini?
Sekian. Catitan ini dari pemahaman saya, mungkin salah dan ada
benarnya. Setiap pembaca berbeza memahami sesuatu lukisan bergerak
yang dilakarkan ke layar dan perasaan menilai sesuatu hasil seni
yang halus inilah disebut sebagai nuansa.WP