TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF KECIL BAGI MURID 1 PINTAR
MENGGUNAKAN TEKNIK NYANYIAN
NAMA PENGKAJI
NOR RAHIZAH BINTI A RAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH
1.0 PENDAHULUAN
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 1
Pintar di Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh, saya telahmengenalpasti
satu isu yang berkaitan dengan permasalahan murid di dalam mengenal
huruf. Perkara ini dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi slot aktiviti kelas iaitumengenal huruf Bahasa Malaysia
dijalankan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa beberapa orang murid
tidak memberi tumpuan kepada pengajaran saya..
Apabila saya meminta murid tersebut membaca, murid tersebut
hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon yang dikehendaki. Seakan
disoal semula untuk membatangkan suku kata tertentu, terdapat murid
yang tidak boleh membaca suku kata tersebut. Kemudian, apabila saya
menyoal seorang demi seorang untuk menyebut huruf, terdapat murid
yang hanya mendiamkan diri. Murid tersebut hanya dapat menyebut
huruf dengan bimbingan guru. Situasi ini juga dapat dilihat ketika
lembaran kerja diberikan dimana terdapat murid yang memerlukan
pemerhatian dan bimbingan yang lebih daripada guru ketika membuat
tugasan.
Saya telahmencuba strategi pengajaran seperti menggunakan kad
imbasan bewarna-warni bagi mengenalkan huruf kepada murid. Saya
percaya penggunaan warna mampu menarik minat murid. Namun begitu,
jangkaan saya adalah tidak benar kerana saya dapati prestasi murid
masih berada di takuk yang sama. Saya membuat refleksi kendiri
terhadap pengajaran saya pada setiap akhir slot pengajaran dan
pembelajaran. Saya dapati, saya hanya memperkenalkan huruf
satu-persatu menggunakan kad imbasan berwarna di dalam bilik darjah
dan muridmenyebut hurufberulang kali. Strategi ini mungkin akan
mengakibatkan murid menghafal huruf tanpa mengenalinya.
Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan strategi pengajaran
menggunakan teknik bermain puzzle huruf secara berkumpulan. Namun,
aktiviti ini juga kurang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah
murid yang tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf kecil ini. Selepas
saya membuat refleksi pada akhir pembelajaran, saya dapati bentuk
permainan yang telah saya rancangkan terlalu kompleks sehingga
murid tidak memahami arahan yang saya tuturkan. Kesannnya,
murid-murid tersebut tidak dapat mengecam huruf yang diperkenalkan
dan hanya mendiamkan diri semasa aktiviti dijalankan.
Kesimpulan daripada refleksi mendapati lemahnya penguasaan murid
dalam mengenal huruf adalah disebabkan kurangnya penjelasan serta
tumpuan terhadap pentingnya aspek mengenal huruf semasa proses
pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti luar bilik darjah. Saya
mungkin memandang remeh perkara ini kerana menyangkakan proses
mengenal huruf adalah terlalu mudah memandangkan kebanyakan murid
telah menjalani proses tersebut di alam pendidikan awal kanak-kanak
iaitu di tadika ataupun pra sekolah. Kelemahan ini juga merupakan
rentetan daripada kemungkinan pengajaran guru yang tidak dapat
menarik perhatian murid disamping kurangnya minat murid ini
terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Sekiranya
saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid sukar untuk
membaca dengan baik kerana asas kepada membaca itu bermula dengan
proses mengenal huruf.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian saya ini akan berfokuskan kepada masalah murid untuk
menguasai huruf kecil berdasarkan kemahiran asas bahasa iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Saya akan memfokuskan kajian ini kepada aspek
yang berikut:i. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil
menggunakan teknik nyanyian berdasarkan kemahiran asas dalam DSKP
Bahasa Malaysia Tahun 1. ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti
untuk meningkatkan kemahiran mengajar menggunakan teknik
nyanyian.
Secara umunya fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran
mengenal huruf. Berdasarkan masalah yang dikenalpasti, subjek
kajian masih belum mahir dalam mengenal pasti huruf kecil
sebaliknya hanya menghafal secara lisan. Mereka dapat menyebut
huruf hanya melalui nyanyian lagu huruf mengikut urutan sama ada
mengikut lagu yang diperdengarkan ataupun nyanyian bersama
rakan-rakan. Namun, apabila huruf tersebut dicerakinkan secara
rawak, mereka tidak dapat mengenalpasti huruf tersebut.
Rentetan daripada masalah tersebut adalah penting bagi seorang
guru untuk mengkaji cara yang berkesan bagimembantu murid mengenal
huruf berdasarkan kemahiran asas di dalam kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini
dengan lebih terperinci, saya akan menjalankan empat langkah
tinjauan awal dengan menjalankan ujian diagnostik mengenal huruf
kecil a hingga z, mendapatkan maklumat guru mata pelajaran lain
dengan kaedah menemubual, menjalankan pemerhatian berstruktur dan
menjalankan ujian menggunakan lembaran kerja.
Hasil daripada beberapa langkah tinjauan masalah tersebut,
didapati lima orang murid lemah dalam kemahiran asas mengenal huruf
kecil. Antara kesilapan mereka ialah salah menyebut huruf,
mendiamkan diri, tidak melengkapkan lembaran kerja dantidak tahu
menulis huruf denganmengkoordinasikan mata dan tangan dengan betul.
Situasi ini mendorong saya untuk menjadikan lima orang murid ini
sebagai subjek kajian.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Khususi. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf
kecil h, m, n, r, u dan y di kalangan murid bermasalah dengan
menggunakan teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya". ii. Meningkatkan
kemahiran muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan
betul.
3.2 Soalan kajian1. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya"
dapat membantu murid mengenal huruf kecil h, m, n, r, u dan y?
2. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu
muridmenyebuthuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?
3. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu
muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?
4.0 TINJAUAN LITERATUR
Sebagai tindakan, saya akan memilih untuk menjalankan elemen di
dalam Model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan menjalankan kajian
tindakan bagi mengubah amalan saya dalam pengajaran Bahasa
Malaysia. Ia melibatkan empat elemen utama seperti berikut.
Satu kitaran kajian
Rajah 1 Kitaran Kajian Model Kurt Lewin (1946)
Saya akan merancang untuk mengubah amalan pengajaran menggunakan
teknik nyanyian yang bertajuk 'Bentuk Diri Saya' sebagai cara
mengenalkan bentuk huruf dengan lebih berkesan. Aktiviti nyanyian
adalah salah satu aktiviti yang menggunakan suara. Menurut Zoltan
Kodaly di dalam buku Pengenalan Pendidikan Muzik yang ditulis oleh
Khairul Bariah et. al (2006), suara adalah alat muzik semula jadi
yang berkesan. Maka nyanyian dapat membantu guru menerapkan muzik
di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mudah namun mampu
menarik minat murid-murid.Tambahan itu, Schneider & Pressley
(1989) juga menyatakan kualiti dorongan (nyanyian) mungkin akan
merangsang kanak-kanak untuk memberi lebih tumpuan dan lebih
berminat tentang subjek yang dipelajari.
Seterusnya, di dalam proses ini saya akan menyediakan beberapa
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memastikan penyampaian isi
pelajaran yang lebih berkesan dan mampu menarik minat murid dalam
mengekalkan minat mereka. Menurut penyataan Meimon (2009) dalam
kajiannya yang bertajuk "Celik Huruf: Lancar Baca" penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) sangat membantu dalam kajiannya. Atan Long
(1982) pula menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar terdiri daripada
pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai
cara, misalnya dalam bentuk buku, carta atau diletakkan pada slaid
dan dipancarkan. Oleh yang demikian, saya akan menyediakan beberapa
BBM seperti kad huruf, puzzle huruf yang berwarna-warni, carta lagu
dan lembaran kerja untuk membantu keberkesanan teknik nyanyian
ini.5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid lelaki dari kelas
1Pintar, Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh. Kelima-lima subjek kajian
berumur tujuhtahun. Tiga orang daripadanya menerima pendidikan
prasekolah dan dua orang daripadanya menerima pendidikan di tadika.
Aspek pemilihan subjek kajian akan dibuat melalui empat langkah
tinjauan awal iaitu melalui ujian diagnostik mengenali huruf a
hingga z (kad imbasan), temubual guru mata pelajaran Tahun 1
Pintar, pemerhatian menggunakan senarai semak dan melalui ujian
lembaran kerja. Antara ciri-ciri subjek kajian tersebut ialah,
mereka lemah dalam menguasai huruf kecil h, n, m, r, u dan y, mudah
keliru, sukar mengingat, sering berkhayal dan hilang tumpuan semasa
di dalam kelas.
Subjek kajian 1 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang
berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat
orang adik beradik (mempunyai tiga orang abang). Beliau berasal
daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja
sebagai pekerja kilang manakala ibunya seorang suri rumah.
Berdasarkan temubual dengan guru kelas, bapa subjek kajian sentiasa
sibuk dengan pekerjaan manakala adik beradik beliau yang juga masih
bersekolah memerlukanperhatian daripada ibunya. Oleh itu, beliau
kurang mendapat perhatian terutamanya dalam pelajaran. Di dalam
kelas, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang aktif bermain dan
gemar mengganggu rakan. Beliau juga sukar memberikan perhatian di
dalam kelas sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
Subjek kajian2 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak ketujuh daripada tujuh orang
adik beradik. Beliaumempunyai seorangabangyang menerima pendidikan
khas masalah Syndrom Down. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya
seorangsuri rumah tangga. Walaupun beliau mempunyai masa yang
banyak bersama keluarga, namun semasa di dalam kelas, beliau
seorang yang pasif dan sering menyendiri. Oleh itu, beliau tidak
suka bergaul dengan rakan-rakan. Beliau juga sukar untuk memahami
arahan yang diberikan.
Subjek kajian 3 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang
berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga
orang adik beradik (mempunyai seorang kakak yang berumur sembilan
tahun dan seorang adik yang berumur satu tahun). Beliau berasal
daripada keluarga yang berstatus ekonomi sederhana. Bapa beliau
adalah seorang pengawal keselamatan manakala ibunya bekerja sebagai
operator disebuah kilang. Beliau adalah seorang kanak-kanak yang
pendiam dan pemalu. Sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),
beliau kurang memberi respon terhadap pertanyaan guru. Beliau juga
sering termenung seperti berada di dunianya sendiri. Walaupun
dipanggil ke hadapan dan diajukan soalan, sukar bagi beliau untuk
menjawab pertanyaan guru. Namun, beliau berani meluahkan pendapat
dan berkomunikasi dengan rakan sewaktu sesi bermain.
Subjek kajian4 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur
tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik
beradik. Beliau berasal daripada keluarga berstatus ekonomi
sederhana. Bapanya bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang
manakala ibunya seorang suri rumah. Beliau seorang yang kemas,
rajin namun pemalu. Tambahan itu, beliau tidak banyak bercakap di
dalam kelas dan hanya mendiamkan diri apabila diajukan soalan.
Hasil dariapada temu bual bersama guru kelasnya beliau menunjukkan
keinginan melibatkan diri di dalam aktiviti P&P bersama
rakan-rakan namun beliau kurang berkeyakinan dan hanya merenung
rakan-rakan yang berkemahiran di dalam aktiviti tersebut.
Subjek kajian 5 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang
berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak keempat daripada lima
orang adik beradik. Beliau mempunyai seorang adik lelaki yang masih
kecil. Subjek kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi
sederhana. Bapa beliau berkeja di sebuah perbadanan swasta manakala
ibunya seorang suri rumah tangga. Latar belakang pendidikan
keluarga beliau berada di tahap sederhana. Beliau sangat aktif
ketika bermain dan ketika menjalankan aktiviti fizikal. Namun
pencapaian di dalammata pelajaran kurang memuaskan. Ini disebabkan
subjek kajian sukar mengingat sesuatu yang dipelajari, sering
berkhayal dan mudah hilang tumpuan di dalam kelas.6.0 PELAKSANAAN
KAJIAN
Seakan merancang pelan tindakan, saya akan menjalankan teknik
nyanyian'Bentuk Diri Saya' ini ke atas lima orang subjek sasaran
kajian saya dengan menjalankan pra tindakan iaitu memperkenalkan
lirik lagu seperti memperdengarkan lagu yang akan dinyanyikan.
Seterusnya, aktiviti bercorak intervensi ini dijalankan selama dua
kali seminggu dengan mengambil masa 30 minit setiap satu sesi
semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, ketika
murid-murid lain membuat latihan bertulis. Subjek kajian diasingkan
daripada rakan yang lain semasa menjalankan intervensi supaya murid
yang lemah tidak merasa terasing dan jauh ketinggalan dari rakan
yang lain.
Kaedah nyanyian Bentuk Diri Saya ini memberi peluang kepada
murid meneroka pembelajaran melalui muzik dan pergerakan dalam
mengenal huruf di dalam Bahasa Malaysia. Jadual 1 menunjukkan
langkah-langkah bagi pelaksanaan teknik nyanyian'Bentuk Diri Saya'
di dalam bilik darjah. Kesemua subjek kajian akan diberikan
lembaran kerja terlebih dahulu bagi mengesan penguasaan awal.
Berdasarkan perancangan yang akan dibuat, Subjek kajian akan
menyanyikan lagu 'Bentuk Diri Saya' yang dipelajari dengan
menggerakkan tubuh badan mereka mengikut bentuk huruf. Ini
bertujuan menguji ingatan murid berkenaan huruf yang akan mereka
pelajari.
Mereka turut diberikan puzzle huruf dan akan menyentuh permukaan
huruf bagi mengenalpasti bentuk sesuatu huruf mengikut lirik lagu.
Seterusnya, mereka akan menulis bentuk huruf di atas kertas.Langkah
seterusnya, muridakan diuji dengan ujian menggunakan lembaran kerja
dengan membulatkan huruf yang disebutkan oleh guru. Berikut adalah
ringkasan pelaksanaan aktiviti nyanyian Bentuk Diri Saya yang akan
dijalankan.
Jadual 1Kaedah Menyanyi Bentuk Diri Saya
LangkahAktiviti
Langkah 1Murid diberikan lembaran kerja terlebih dahulu untuk
mengesan penguasaan murid sebelum intervesi dijalankan.
Langkah 2Guru menunjukkan demonstrasinyanyian 'Bentuk Diri
Saya'.
Langkah 3Pusingan 1Murid menyanyikan lagu dengan melakukan
gerakan badan mengikut bentuk huruf mengikut lirik lagu 'Bentuk
Diri Saya'.
Langkah 4
Pusingan 2Murid menyanyikan lagu sambil merasa menggunakan deria
sentuhan menyentuh bentuk huruf di atas puzzle.
Langkah 5Pusingan 3Murid menyanyi sambil menulis bentuk huruf di
atas kertas yang disediakan mengikut lirik lagu.
Langkah 6Murid diberi lembaran kerja untuk melihat penguasaan
murid mengenal huruf selepas intervensi dijalankan.
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Sepanjang proses pelaksanaan aktiviti, saya juga akan
menggunakan beberapa instrumen bagi menilai perubahan pada
pencapaian murid sekaligus menilai kesan pengajaran guru terhadap
murid.Antara instrumen yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur
menggunakan senarai semak, ujian menggunakan lembaran kerja dan
temubual berstruktur bersama guru mata pelajaran lain.
Indikator di dalam borang pemerhatian senarai semak ini akan
dibina berdasarkan standard pembelajaran yang terkandung di dalam
DSKP Bahasa Malaysia Tahun 1, sementara hasil temubual bertujuan
melihat sejauh mana keberkesanan menggunakan teknik ini (temubual
guru). Lembaran kerja akan digunakan sebagai ujian sebelum dan
selepas intervensi bagi melihat kesan pengajaran guru terhadap
penguasaan murid. Selain itu, lembaran kerja turut diberikan
sebagai latihan pengukuhan kepada murid.Berikut adalah bahan yang
akan saya gunakan bagi mengumpul data atau maklumat kajian
sepanjang proses pelaksanaan tindakan:
Pemerhatian Berstruktur (Senarai Semak) Ujian (Lembaran Kerja)
Temubual Berstruktur (Guru Matapelajaran lain)Proses mereflek
setiap tindakan yang dilaksanakan adalah sangat penting bagi
membantu guru menilai kesan teknik pengajaran terhadap murid
sebelum dan selepas intervensi. Oleh sebab itu, saya akan berusaha
mengenalpasti punca masalah sepanjang proses pengajaran dengan
mengambil kira faktor murid, guru dan bahan bantu mengajar.
Di akhir pelaksanaan tindakan saya akan menganalisis semua
maklumat yang akandikumpulkan menggunakan instrumen yang akan
dibina. Hasil analisis dapatan akan diinterpretasikan dalam bentuk
perisian persembahan dan juga graf. Hasil dapatan membantu saya
menilai setiap kekuatan dan kelemahan amalan pengajaran saya
sendiri. Selain itu, hasil dapatan ini juga membantu guru untuk
merancang tindakan seterusnya.
Jadual Pelaksanaan Tindakan
BilAktivitiTempohPelaksanaan
1Mengenalpastimasalahdanpengumpulan data awal1 minggu
2Menulis proposal kajian2 minggu
3Merancangtindakan individu/kumpulan1 minggu
4Melaksanakantindakan1 minggu
5Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 12 minggu
6Melaksanakantindakan1 minggu
7Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 22 minggu
8Melaksanakantindakan 3 1 minggu
9Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 32 minggu
10Ujian untuk mengesan perubahan murid1 minggu
11Refleksikajian1 minggu
12Menulislaporankajian2 minggu
13Pembentangandapatankajian1 minggu
8.0SENARAI RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2010), Siri Pendidikan:
Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori
dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), Buku Manual Tindakan:
Putrajaya.
Fauziah Tahiruddin. 2000. Penggunaan kit bacaan bergred dalam
menangani masalah membaca murid pemulihan tahun satu; Latihan
Ilmiah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ishak Haron. (1979). Mudah Membaca Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.
Meimon (2009).CelikHuruf: Lancar Baca. BukuKoleksiKertasKerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112.
Nani Menon (2007). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2003). MembacaTeori&Aplikasi. Pahang: PTS
Publication & Distribution.
Khairul Bariah Haroen (2006).Pengenalan Pendidikan Muzik.
Pengalaman Muzikal.Open University Malaysia.
9.0LAMPIRAN
A Senarai SemakBUjian diagnostik (Senarai Semak)C Temubual
Berstruktur bersama GuruDLembaran Kerja
LAMPIRAN A
Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasaiTandakan ( X) dan
catatkan tarikh jika murid belum menguasai
Nama murid : .. Nama Guru : .
HASIL PEMBELAJARAN
Ulasan/ Tarikh
Ulasan/TarikhUlasan/Tarikh
KEMAHIRAM MENDENGAR
1.
Mendengarucapanselamatdanmemberiresponssecarabertatasusila
2. Mendengardengansepenuhperhatian.
3. Mendengardanmemberiresponsterhadapperbualan, permintaan,
ataulagu.
KEMAHIRAN BERTUTUR
4. Berinteraksisecarasopandanbertatasusila.
5. Memberikanarahankepadarakansecarabertatasusila.
6. Menjawabsoalandenganayat yang mudahdansesuai.
KEMAHIRAN MEMBACA
7. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "r"
8. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "m"
9. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "u"
10. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "y"
11. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "n"
12. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "h"
KEMAHIRAN MENULIS
13. Memegangalattulisdengancara yang betuluntukmenulis.
14. Mengkoordinasikanpergerakanmata-tanganmengikutarah yang
betul.
15. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "r"
16. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "y"
17. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "n"
18. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "m"
19. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "h"
20. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "u"
Peratus
(%)
LAMPIRAN B
PENGESANAN TAHAP MENGENAL HURUF KECIL (a-z) MURID-MURID TAHUN 1
PINTARSEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOHBil.
Responden
Huruf
abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
1.R1
2.R2
3.R3
4.R4
5.R5
6.R6
7.R7
8.R8
9.R9
10R10
11R11
12R12
13R13
14R14
15R15
16R16
17R17
18R18
19R19
20R20
21R21
22R22
23R23
24R24
25R25
LAMPIRAN C
SOALAN TEMUBUAL GURUTarikh:Nama Guru :Nama
Penemubual:Bil.SoalanJawapan
1.Adakah kaedah nyanyian "Bentuk Diri Saya" ini membantu murid
mengenal huruf h, m, n, r, u dan y dengan lebih mudah?
2.Pada pandangan cikgu, adakah kaedah nyanyian "Bentuk Diri
Saya" dapat meningkatkan penguasaan murid mengenal huruf h, m, n,
r, u dan y?
LAMPIRAN D-1
Nama :Hari : Tarikh:
Bil.Bulatkan huruf berdasarkan arahan guru.Tulis semula huruf
yang dibulatkan.
1.r m n y hu
2.r m ny h u
3.r m n y h u
4.r m n y h u
5.r m n y h u
6.r m n y h u
LAMPIRAN D-2
Nama: Hari:Tarikh:Warnakan huruf mengikut arahan guruyrmh1.
urmn2.
nhyu3.
nyrh4.
unrm5.
mrhy6.