Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah disediakan bertujuan untuk memandu pembangunan tanah dalam Jajahan Tanah Merah hingga tahun 2020. Rancangan tempatan ini akan digunakan sebagai panduan oleh Majlis Daerah Tanah Merah dan orang awam dalam urusan untuk memajukan sesuatu tanah, tukar syarat tanah, pecah sempadan tanah di samping menjadi rujukan kepada cadangan-cadangan projek oleh agensi kerajaan. Cadangan Pembangunan Semula Kompleks Niaga Bukit Bunga Pusat IKS Mukim Maka Tapak pelupusan sampah Kg. Bendang Keladi Rumah mampu milik di Tanah Merah & Bukit Bunga Tebatan banjir Sg. Maka, Sg. Alor Jaba, Sg. Kepat, Sg. Manal, Sg. Tualang Bah & Sg. Kelantan Loji rawatan kumbahan berpusat di Bandar Tanah Merah dan Bukit Bunga Tanah Merah Central Ternakan Burung Walit di Pusat Bandar Tanah Merah Pameran ini bermula 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja di pusat-pusat pameran berikut: 1. Majlis Daerah Tanah Merah, 2. Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah 3. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan Bagaimanakah caranya : Cadangan, rayuan dan bantahan boleh dibuat melalui borang- borang yang disediakan di tempat semakan yang dinyatakan atau melalui laman web http://www.townplan.gov.my http://www.mdtm.kelantan.gov.my . Anda dijemput hadir untuk membuat semakan dan meneliti cadangan pembangunan yang dirangka serta mengambil bahagian dalam usaha Majlis Daerah Tanah Merah merancang daerah ini. Anda juga berpeluang membabitkan diri dan memberi pandangan supaya pembangunan di tempat anda berlaku seiring dengan hasrat masyarakat dan penduduk setempat. BANDAR KITA TANGGUNGJAWAB KITA ! Bandar Utama Bandar Tanah Merah Penduduk Tahun 2010 116,880 orang Tahun 2020 142,650 orang Keluasan 86,760 hektar Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab dalam Perancangan Bandar dan Desa di negara ini. Selain daripada penyediaan Rancangan Fizikal Negara dan Dasar-dasar Perancangan Negara, ianya juga bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merancang kawasan seperti Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Sekolah pondok TM riverfront Perumahan