PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KULAI, JOHOR KHAIRIL BIN MAHALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH
DAERAH KULAI, JOHOR
KHAIRIL BIN MAHALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH
DAERAH KULAI, JOHOR
KHAIRIL BIN MAHALI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (MATEMATIK)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala
puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi
kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing
PM. Dr Othman Md Johan di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan
dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.
Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan,
sokongan dan dorongan yang diberikan. Terima kasih juga buat semua pensyarah,
rakan-rakan seperjuangan serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau
tidak langsung sehingga terhasilnya projek ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar bermasalah disiplin di tiga buah
sekolah di daerah Kulai. Seramai 60 pelajar daripada tiga buah sekolah terlibat dalam
menjawab soal selidik. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod
kesalahan disiplin di sekolah. Soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat
tentang persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperoleh kemudiannya
dianalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences 10.0 (SPSS)
untuk mencari nilai kekerapan dan peratus. Hasil keputusan kajian menunjukkan
bahawa faktor rakan sebaya menjadi penyumbang kepada masalah disiplin, ini
diikuti oleh faktor persekitaran sekolah, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar
dan yang terakhir adalah faktor latar belakang keluarga.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the factors that influences disciplinary
problem among students in three schools within the district of Kulai. A total of 60
students from three schools involve in answering the questionnaire. These students
were selected based on the students that involve in disciplinary problems in theirs
schools. A set of questionnaire was given to each students to gather data relevant to
the research questions. The data was analyzed by using Statistical Package for The
Social Sciences 10.0 (SPSS). It was found that the influence of friends was the
determinant factors in influence their discipline problems. It was followed by factor
school environment and followed by mass media. The fourth contribution factor is
due to the students attitudes and lastly followed by family’s background factors.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Definisi Konsep dan istilah. 10
1.8.1 Disiplin 10
1.8.2 Persepsi 11
1.8.3 Pelajar 12
1.8.4 Persekitaran Sekolah 12
1.9 Kesimpulan 13
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian teori-teori yang berkaitan 14
2.2.1 Teori perkembangan kognitif 14
2.2.2 Teori Psikoanalisis 16
2.2.3 Teori Humanistik – Maslow 17
2.2.4 Teori-Teori Pembelajaran Sosial 17
2.2.5 Teori Perkembangan Psikososial – Erikson 19
2.2.6 Teori Perkembangkan Moral – Kohlberg’s 20
2.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah
Disiplin 21
2.3.1 Pengaruh latar belakang keluarga 22
2.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 25
2.3.3 Pengaruh Media Massa 27
2.3.4 Faktor Diri Pelajar 29
2.3.5 Faktor Persekitaran Sekolah 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka bentuk kajian 35
3.3 Instrumen kajian 36
3.4 Kajian rintis 37
3.5 Populasi dan sampel kajian 38
3.6 Batasan kajian 39
3.7 Prosedur kajian 39
3.8 Analisis data 40
BAB IV ANALISIS DATA 42
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Latar belakang Responden 43
ix
4.2.1 Jantina responden 43
4.2.2 Bangsa responden 44
4.2.3 Susunan kelahiran responden 44
4.2.4 Bilangan adik-beradik responden 45
4.2.5 Tahap pelajaran tertinggi bapa responden 46
4.2.6 Purata pendapatan bulanan
keluarga responden 46
4.2.7 Status pekerjaan ibu 47
4.3 Kesimpulan Bahagian A 47
4.4 Analisis Bahagian B 48
4.4.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 48
4.4.2 Faktor pengaruh rakan sebaya 50
4.4.3 Faktor pengaruh media massa 51
4.4.4 Faktor pengaruh persekitaran sekolah 52
4.4.5 Faktor diri pelajar 54
4.4.6 Analisis Keseluruhan Bagi Punca-punca
Masalah Disiplin Pelajar. 56
BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN
CADANGAN 57
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 58
5.2.2 Faktor rakan sebaya 60
5.2.3 Faktor media massa 61
5.2.4 Faktor persekitaran sekolah 61
5.2.5 Faktor sikap diri pelajar 63
5.2.6 Kesimpulan 64
5.3 Cadangan Kajian 64
5.3.1 Cadangan kepada pelajar 64
5.3.2 Cadangan kepada guru 65
5.3.3 Cadangan kepada ibu bapa 66
x
5.3.4 Cadangan kepada sekolah 67
5.3.5 Cadangan kepada media massa 68
5.4 Cadangan kajian lanjutan 68
BIBILIOGRAFI 70
LAMPIRAN 74
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Kebolehpercayaan Item soal selidik 38
3.2 Markah Skala Penyelidik 40
4.1 Jantina responden 43
4.2 Bangsa responden 44
4.3 Susunan kelahiran responden 45
4.4 Bilangan adik-beradik responden 45
4.5 Tahap pelajaran tertinggi bapa responden 46
4.6 Purata pendapatan bulanan keluarga responden 47
4.7 Status pekerjaan ibu 47
4.8 Faktor latar belakang keluarga 49
4.9 Faktor rakan sebaya 50
4.10 Faktor media massa 52
4.11 Faktor persekitaran sekolah 53
4.12 Faktor sikap diri pelajar 55
4.13 Analisis keseluruhan bagi punca-punca masalah
disiplin pelajar bermasalah disiplin
56
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Perubahan Markat dan Skala 41
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 75
B Keputusan kajian rintis ‘Cronbach’s Alpha’ 81
C Surat-surat kebenaran menjalankan kajian 84
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini beberapa insiden salah laku pelajar sering kedengaran
melalui media masa negara. Kita sering dikejutkan dengan keganasan para pelajar
sekolah yang kian meningkat dan membimbangkan. Nampaknya masalah disiplin yang
membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih belum dapat diselesaikan malah ia
semakin menjadi dan mencemaskan.
Perdana menteri kita sendiri sudah mengatakan bahawa masalah disiplin di
negara kita kini sebenarnya sudah berada di tahap yang kritikal dan perlu dibendung
dengan seberapa segera. Berikutan ini pihak-pihak bertanggung jawab khususnya
Kementerian Pendidikan, sekolah dan ibu bapa harus berusaha memikirkan dan
melaksanakan langkah-langkah yang konkrit bagi menyelesaikan masalah ini.
Tetapi malangnya setiap pihak cenderung menuding jari antara satu sama lain.
Akibatnya masalah disiplin terus menjadi serius. Dalam menangani masalah ini, semua
pihak amat perlu memainkan peranan masing-masing. Apa yang penting sekarang ini
ialah semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan bentuk tindakan yang
sewajarnya sebelum segala-galanya menjadi parah dan tidak dapat dibendung lagi.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam perkembangan pendidikan dewasa ini, masalah pelanggaran disiplin
sekolah telah menjadi topik yang hangat sekali dibincangkan di dalam seminar-seminar,
persidangan dan konvensyen sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat
antarabangsa. Namun saban hari pelanggaran disiplin di kalangan pelajar terutamanya
pelajar-pelajar sekolah menengah masih berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru-guru dibebankan dengan dua
tanggungjawab iaitu mendidik anak bangsa dan di masa yang sama membanteras
pelanggaran disiplin dikalangkan pelajar. Keadaan yang wujud di sekolah sekarang ini
berlawanan dengan apa yang diharapkan dan sepatutnya diamalkan oleh seseorang
pelajar.
Kejadian salah laku pelajar agak membimbangkan ini merupakan penyebab
kepada kemerosotan disiplin pelajar di kalangan pelajar. Banyak laporan tentang
kesalahan-kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar disiarkan di akhbar-akhbar.
Satu daripada kes yang telah dilaporkan dalam akbar berita minggu iaitu pada 4 Jun
1999 menyatakan pihak polis telah menahan enam remaja termasuk dua pelajar SMK
Kulai Besar kerana disyaki terbabit dalam kejadian membakar bilik guru dan bilik
percetakan sekolah tersebut. Kejadian ini telah menunjukkan betapa seriusnya fenomena
salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah.
Hakikatnya sekarang, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah
semakin serius dan kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua
pihak harus memberi perhatian yang serius kerana pelajar merupakan aset negara yang
tidak ternilai pada masa depan. Jika masalah ini tidak dibendung dari peringkat akar
umbi lagi, maka negara akan menanggung akibat negatif yang besar pada masa depan.
nurut
meMenurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 mendapati terdapat
53 jenis salah laku yang membabitkan pelajar sekolah. Terdapat sebanyak 4,035,876 kes
3
salah laku berlaku di sekolah rendah dan menegah. Salah laku itu boleh dibahagikan
kepada sembilan kategori utama iaitu:
i. Jenayah – berjudi, melawan guru dan pengawas, peras ugut, kongsi gelap,
penyalahgunaan dan pengedaran dadah, memiliki senjata, mencabul kehormatan,
mengancam pelajar, menceroboh, tunjuk perasaan dan bertaruh.
ii. Kekemasan diri – berambut dan berkuku panjang, berjanggut dan berpakaian tanpa
mengikut peraturan sekolah.
iii. Ponteng – tidak hadir kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan
iv. Kurang sopan – kasar dan berbahasa kesat kepada guru, pengawas dan pelajar lain.
v. Mengabaikan masa – berkeliaran dan datang lewat perhimpunan.
vi. Merosakkan harta – melibatkan harta sekolah, kantin, guru dan pelajar-pelajar lain.
vii. Tidak jujur – menipu (membabitkan wang) dan tidak amanah.
viii. Lain-lain – menyimpan, menghisap rokok dan mengganggu kelas.
Menurut yang di Pertua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah,
bilangan kumpulan samseng ala gengster dan pelajar samseng meningkat terutamanya di
sekolah menengah harian pinggir bandar. Pelajar turut terlibat dalam kes salah guna
dadah, minum minuman keras, memiliki senjata api, menceroboh, berjudi dan membuli.
Pada tahun 1998 pula terdapat 8,439 buah sekolah menegah di Malaysia iaitu
6,972 buah sekolah rendah dan 1,467 buah sekolah menengah. Sebanyak 35.92%
daripada sekolah rendah dan 66.05% daripada sekolah menegah di Malaysia
menghadapi masalah disiplin. Ini bermakna 3,473 buah sekolah atau 41.15% sekolah
menghadapi masalah disiplin.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menegah
lebih serius berbanding dengan pelajar di sekolah rendah. Sepanjang sembilan tahun
iaitu antara 1990 hingga 1998, tidak ada sekalipun masalah disiplin melebihi 6.5% di
sekolah rendah tetapi di sekolah menengah pula peratusan masalah disiplin pula
melebihi 10% semua tahun kecuali pada tahun 1990.
4
meMenurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 menyatakan
bahawa di antara masalah disiplin yang terlalu kerap dilakukan ialah masalah ponteng
sekolah dan datang lewat. Dalam tempoh sembilan tahun itu iaitu dari tahun 1990
hingga 1998, kedua-dua masalah disiplin inilah bersilih ganti mengambil tempat pertama
dan tempat kedua dalam senarai jenis salah laku.
Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin di sekolah. Ini
ditambah pula dengan beberapa lagi kesalahan yang tidak kurang pentingnya seperi
mengancam guru, memeras ugut murid dan pelajar, memukul guru sering berlaku di
negara kita.
Pelajar sekolah menengah yang melakukan kesalahan tidak berdisiplin adalah
didapati terbabit dalam semua kategori salah laku iaitu jenayah, lucah, kekemasan diri,
tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku-musnah, tidak jujur dan lain-lain lagi.
(Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia 1998)
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1990)
menyatakan sekolah bukanlah sebagi badan pengajar sahaja. Sebaliknya, sekolah
mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya
bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui
peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial. secara amnya di
mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. Tujuan am penanaman kesedaran
tentang betul dan salah ke dalam diri kanak-kanak adalah untuk menghalang dan
mengelakkan mereka daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki dengan cara
larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman sekiranya
larangan itu tidak dipatuhi.
Nampaknya masalah yang membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih
belum dapat diselesaikan, malah semakin parah dan mencemaskan pelbagai pihak. Ibarat
api dalam sekam, jika dibiarkan marak tanpa kawalan sudah tentu mengundang padah
5
yang lebih buruk lagi. Kita janganlah mengambil sikap tunggu sehingga keadaan sudah
menjadi serius baru tindakan mahu diambil kerana dikhuatiri apabila sampai ke
peringkat itu kelak, segala-galanya mungkin sudah terlambat.
Walaupun masalah disiplin ini dikatakan sama tua dengan umur sekolah itu
sebagai satu institusi tetapi langkah-langkah haruslah diambil untuk mengatasinya. Kita
harus sedar bahawa untuk mengatasi sesuatu masalah kita haruslah mengenal pasti
punca-punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah itu.
Untuk membetulkan seseorang itu menjadi insan mulia yang terhindar daripada
masalah-masalah disiplin, ciri-ciri disiplin yang baik haruslah disemai sejak seseorang
pelajar itu masih kecil lagi. Kata pepatah Melayu, anak kecil itu ibarat sehelai kain putih,
bagaimana dididik dan diasuh begitulah corak hidupnya nanti.
Falsafah pendidikan negara adalah asas kepada usaha berterusan untuk
melahirkan individu-individu yang berilmu dalam masyarakat Malaysia. Bagaimanapun,
individu yang berilmu tanpa asas disiplin yang kukuh tidak dapat melahirkan masyarakat
yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan dari segi kerohanian, moral dan fizikal
( Omar 1986 ).
1.3 Pernyataan masalah
Penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar
bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin di sekolah menengah. Ini kerana
penyelidik berpendapat masalah disiplin sekarang ini semakin kerap terjadi dan
membimbangkan banyak pihak. Memandangkan pelajar masa kini adalah bakal peneraju
masa depan negara kita, maka penyelidik merasakan perlu dibuat kajian tentang faktor-
faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin
supaya pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru dan
6
masyarakat dapat membendung masalah ini daripada terus terjadi. Kajian ini juga
dilakukan sebagai kesinambungan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik
terdahulu tentang masalah disiplin.
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji lima faktor utama yang dirasakan
menjadi penyumbang utama kepada berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.
Faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor latar belakang keluarga pelajar, faktor
rakan sebaya, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar dan faktor persekitaran
sekolah.
Kajian yang dilakukan ini dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih di sekitar
daerah Kulai. Penyelidik berminat mengkaji sekolah-sekolah di kawasan ini kerana ingin
mengetahui lebih lanjut tentang faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin
melakukan kesalahan disiplin. Selain itu, kedudukannya yang hampir dengan kampus
akan memudahkan pengedaran borang selidik oleh penyelidik ke sekolah-sekolah ini.
Memandangkan penyelidik telah dua kali menjalankan latihan praktikal mengajar di dua
buah sekolah di daerah kulai dan ini memberi kelebihan kepada penyelidik kerana segala
maklumat yang dikehendaki dan segala urusan akan dapat dijalankan dengan lancar dan
mudah.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan
kesalahan disiplin iaitu :
i. Keadaan latar belakang keluarga.
ii. Pengaruh rakan sebaya.
iii. Pengaruh media masa.
7
iv. Sikap pelajar itu sendiri.
v. Pengaruh persekitaran sekolah.
vi. Mencari apakah faktor paling utama mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan kepada beberapa
persoalan penting. Persoalan tersebut ialah :
i. Apakah keadaan latar belakang keluarga pelajar bermasalah disiplin?
ii. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin?
iii. Adakah media masa mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin?
iv. Adakah sikap pelajar sendiri mempengaruhinya melakukan kesalahan disiplin?
v. Adakah pengaruh persekitaran sekolah mempengaruhi pelajar melakukan
kesalahan disiplin?
vi. Manakah di antara faktor yang utama mempengaruhi pelajar melakukan kesalahan
disiplin?