UITM CAWANGAN JOHOR Bil 4/ 2018 DISEDIAKAN OLEH CIK WAN NORADILLA WAN MOHD ZAIN SHARING SESSION “ PSYCHOLOGICAL FIRST AID ” Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menganjurkan program Psychological First Aid (PFA) pada 7 Februari 2018 bertempat di Bilik Seminar Sri Bendahara. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai asas mengenai PFA sebagai satu intervensi sokongan komuniti, meningkatkan kemahiran membantu dikalangan staf dalam membantu klien untuk menenuhi keperluan krisis dan membentuk satu golongan sokongan menolong dikalangan staf kepada universiti dalam menangani situasi kecemasan. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Rajwani Ismail (Pegawai Psikologi Kanan) . Program ini telah dihadiri oleh 93 orang staf terdiri daripada pensyarah dan kakitangan pentadbiran. Rata-rata peserta yang menghadiri program ini tidak pernah didedahkan dengan PFA dan sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dengan jumlah kehadiran yang diluar jangka ini. Keperluan kepada sesi perkongsian seumpama ini dilihat amat penting dalam membantu menangani masalah psikologikal di peringkat awal. Pendedahan awal mengenai perkara ini boleh membantu individu mengurangkan tekanan emosi, membantu memenuhi keperluan asas krisis dan memberi sokongan kepada individu supaya kembali kepada fungsi yang optima. Adalah diharapkan dengan pelaksanaan sesi perkongsian ini mampu memberi pendedahan awal mengenai PFA sebagai bantuan sokongan awal apabila berhadapan dengan situasi kecemasan seperti bencana alam, kemalangan, atau keadaan trauma.