RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 4TAHUNRPH
8
PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 4RANCANGAN PELAJARAN
HARIAN
TARIKH : 17 APRIL 2015 (JUMAAT)MASA: 1000 1100 PAGI (60
MINIT)BIDANG: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANAKTIVITI: DIORAMATEMA:
ALAM SEMULA JADITAJUK : DIORAMA DASAR LAUT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN
4Tahun:Tahun 4
Bidang:Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti:Diorama
Tema:Alam Semula Jadi
Tajuk:Diorama Dasar Laut
Masa:60 minit
Media:Alat: guntingBahan: pinggan kertas, krayon, biji manik,
gam bersinar, pencucui paip, kertas warna / kad manila, pen magik,
dan bahan lain-lain yang sesuai
StandardKandungan:1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual
iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang
terdapat pada objek buatan manusia atau alam semula jadi dalam
penghasilan diorama.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa
seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti
menghasilkan diorama.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber,
kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama.4. Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual
sejarah seni dan budaya.
Standard Pembelajaran:3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal,
memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama.
3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip Rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian bahan, warna dan saiz
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - objek3.2 Aplikasi Seni Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses
dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat gunting 3.2.1.2 Bahan pinggan
kertas, krayon, biji manik, gam, gam bersinar, pencucui paip,
kertas warna / kad manila, pen magik, dan bahan lain-lain yang
sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam
penghasilan karya3.2.2.1 Teknik gabungan pelbagai teknik (montaj,
origami, kolaj, lukisan dan lain-lain)3.3 Ekspresi Kreatif Murid
dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta
proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan diorama secara
kreatif. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2
Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3
Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
diorama3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai
dan menceritakan karya sendiri dan rakan
Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid dapat:1.
menghasilkan diorama dengan menggunakan media, proses dan teknik
yang betul mengikut kreativiti masing-masing.2. menyatakan bahasa
seni visual yang ada pada diorama.3. melakukan apresiasi seni
terhadap hasil karya sendiri dan hasil karya rakan.
Pengetahuan sedia ada:1. Murid-murid pernah melawat ke
akuarium.2. Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis hidupan laut
dari pelbagai media massa seperti buku cerita, surat khabar,
majalah, dan program televisyen sebelum ini.
Aktiviti P&P:1. Guru menjelaskan tentang definisi dan fungsi
diorama.2. Guru menjelaskan tentang teknik, alat dan bahan untuk
menghasilkan diorama.3. Guru menyatakan tentang penggunaan unsur
seni (bentuk dan ruang) dan prinsip rekaan (kepelbagaian, ritma dan
pergerakan) dalam penghasilan diorama.4. Murid-murid ditunjukkan
contoh-contoh karya diorama yang telah dihasilkan oleh guru.5.
Murid-murid menghasilkan diorama berpandukan langkah-langkah yang
telah ditunjukkan oleh guru mengikut kreativiti masing-masing.6.
Murid menjalankan apresiasi terhadap hasil karya.
EMK:1. Keusahawanan (hasil diorama boleh diolah menjadi hasil
yang lain, contohnya kad ucapan, magnet peti sejuk, hadiah, hiasan
meja, hiasan dinding, bingkai gambar, alat permainan, dan
sebagainya)2. Kreativiti dan inovasi (Fasa persediaan murid
memerhatikan pelbagai contoh yang telah dipamerkan oleh guru; Fasa
imaginasi - penjanaan idea pencantuman bahan-bahan yang pelbagai
supaya dijadikan diorama yang unik).3. Nilai murni (Menghargai
karya sendiri dan karya orang lain; Kerajinan semasa menghasilkan
karya diorama; Kebersihan semasa menjalankan aktiviti seni;
Keselamatan semasa menggunakan gunting atau alat tajam; Kitar
semula)
Bahan Bantu Mengajar:Pelbagai contoh diorama dasar laut,
tayangan slaid Powerpoint
Pendekatan P&P:Konstruktivisme1. Murid-murid menghasilkan
diorama yang cantik dengan menggunakan pelbagai teknik mengikut
kreativiti masing-masing.2. Murid-murid mempelbagaikan bahan dan
media untuk menghasilkan diorama yang berbeza dan unik.
Penilaian P&P:Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti
menghasilkan diorama dengan menggunakan pelbagai teknik berdasarkan
empat Standard Kandungan.
PERKARA/ LANGKAHSTANDARD KURIKULUMAKTIVITI P&P /
STRATEGIBBM/ CATATAN
Set Induksi (7 minit)3.1 Persepsi EstetikMurid boleh membuat
pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi:
3.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip Rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian bahan, warna, dan
saiz3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - objek
Persepsi Estetik1. Guru masuk ke dalam kelas dengan memakaikan
topi pelayar bagi menarik perhatian murid-murid.
2. Guru mengajak murid sama-sama menyanyikan lagu A Sailor Went
To Sea.3. Hidupan apa yang ada di dasar laut?Apakah jenis hidupan
laut yang dapat anda kenali?Guru menanya soalan secara rawak untuk
merangsang daya pemikiran murid.
4. Ikan amat cantik. Ia amat menakjubkan kerana mempunyai
pelbagai bentuk dan warna. Kita hanya meneroka satu per ratus
bahagian dasar laut, oleh itu mungkin banyak lagi jenis ikan yang
pelik dan aneh yang belum ditemui. Jadi, hari ini kita akan
menghasilkan sebuah diorama dasar laut yang ajaib.Guru
memperkenalkan aktiviti pada hari ini iaitu menghasilkan diorama
dasar laut yang ajaib.
5. Definisi DioramaDiorama bersifat tiga dimensi (3D),
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi berdasarkan
tema yang dipilih.Guru menyatakan definisi diorama melalui tayangan
slaid.
6. Guru mempamerkan diorama dasar laut yang telah
disediakan.
7. Guru menunjukkan murid contoh diorama dasar laut serta
membincangkan bahasa seni visual yang ada pada karya seperti ruang
dan kepelbagaian bersama murid.
Ruang: kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara objek
atau rongga dalam sesuatu objekKepelbagaian: penggunaan pelbagai
unsur seni untuk menghasilkan sebuah karya yang kreatif dan
menarik.
BBMKlip Video A Sailor Went To SeaSampel karya diorama dasar
laut (rujuk lampiran 1)Gambar Hidupan Laut (rujuk lampiran
2)Tayangan Slaid Powerpoint (rujuk lampiran 3)TKP1. Interpersonal
(interaksi dua hala)2. Visual ruang(pemerhatian terhadap contoh
hasil karya diorama dasar laut)TeknikSoal jawabKBMengenalpasti
(mengenalpasti bahasa seni visual yang ada pada hasil karya diorama
dasar laut) EMKKreativiti dan Inovasi(Fasa persediaan pemerhatian
terhadap contoh karya diorama dasar laut)Keusahawanan(Fungsi
diorama)TMKTayangan slaid Powerpoint
Langkah 1 (8 minit)3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan diorama.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media3.2.1.1 Alat gunting3.2.1.2 Bahan pinggan kertas, krayon, biji
manik, gam, gam bersinar, pencucui paip, kertas warna / kad manila,
pen magik, dan bahan lain-lain yang sesuaiAplikasi Seni1. Guru
menanya soalan sebelum memperkenalkan alat dan bahan yang digunakan
untuk menghasilkan karya diorama dasar laut.
Bolehkah siapa bagitahu cikgu bahan apa yang boleh kita pakai
untuk menghasilkan diorama dasar laut selain daripada kotak?Pinggan
kertasBerkas CD, dsb(sambil tunjuk BBM)Bahan apa yang anda perlukan
untuk menghasilkan latar dasar laut?Apa yang boleh anda gantikan
pasir?Macam mana dengan hidupan laut pula?
2. Guru menanya soalan untuk menjana daya pemikiran murid.
Bagaimana anda menggunakan bahan-bahan yang disediakan untuk
menghasilkan diorama dasar laut?
3. Murid memerhati carta langkah penghasilan diorama dasar laut
dengan teliti.Langkah 1:Mengguntingkan bahagian tengah pinggan
kertas bagi membentuk tingkap untuk diorama dasar laut. Murid-murid
mesti berhati-hati semasa menggunakan alat tajam seperti gunting.
Murid boleh menghasilkan tingkap yang pelbagai bentuk.
Langkah 2:Melakar dan mewarnakan pinggan kertas untuk membentuk
latar belakang dasar laut. Murid-murid boleh menggunakan teknik
kolaj juga.
Langkah 3:Menyediakan hidupan laut mengikut teknik yang sesuai,
contohnya lukisan, kolaj, montaj, model, asemblaj, dan sebagainya
(ikut kesesuaian dan bahan yang ada).
Langkah 4:Melekatkan biji manik ataupun bijirin yang
menggantikan pasir untuk membentuk dataran diorama. Menyusun
objek-objek mengikut kreativiti dan melekatkannya pada pinggan
kertas.
Langkah 5:Menyapu gam pada sisi tingkap dan melekat pada pinggan
kertas.
Langkah 6:Taa Daa~ Hasil diorama dasar laut yang cantik.
BBMContoh karya diorama dasar laut (rujuk lampiran
1)TeknikTunjuk caraEMK Kreativiti dan Inovasi(Fasa imaginasi
penjanaan idea: bagaimana saya mencantumkan semua bahan yang dibawa
menjadi satu diorama dasar laut yang seronok?)
Nilai KetelitianKebersihanKerjasama
Langkah 2 (35 minit)3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengetahui
dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
menggunakan dalam penghasilan diorama.3.3.1 Memilih dan
memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan bahasa seni
visual dalam penghasilan karya3.3.3 Mengaplikasikan proses dan
teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama
Ekspresi Kreatif1. Murid mendapatkan alat dan bahan daripada
guru mengikut kumpulan yang telah dibagi.2. Murid melapiskan meja
dengan surat khabar supaya tidak mengotorkan meja dan menjaga
kebersihan kelas dari semasa ke semasa.3. Murid menghasilkan
diorama dasar laut mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.4.
Guru membimbing murid dari semasa ke semasa.5. Murid yang tidak
sempat menghasilkan karya diorama dasar laut dibenarkan untuk siap
di rumah dan hantar pada keesokan hari.Aktiviti Pemulihan:Bagi
murid yang kurang mahir dalam teknik cantuman, mereka digalakkan
untuk menggunakan teknik penghasilan diorama yang lebih senang,
contohnya mewarna, menggunting dan menampal.Aktiviti
Pengayaan:Murid yang cepat siap digalakkan untuk menghiaskan
diorama dasar laut mereka supaya lebih cantik lagi dan memberikan
nama untuk lautan serta hidupan laut yang telah mereka terokai.
6. Murid mengemaskan meja dan buangkan sampah sarap ke dalam
tong sampah.7. Murid mempamerkan diorama dasar laut mereka di depan
kelas.BBMContoh karya diorama dasar laut (rujuk lampiran
1)TKPKinestetik(Menghasilkan diorama dasar laut mengikut kreativiti
masing-masing)EMKKreativiti dan Inovasi(Fasa perkembangan
penambahbaikan supaya diorama dasar laut menjadi lebih menarik ;
fasa tindakan pelaksanaan proses penghasilan diorama dasar laut
yang betul)Keusahawanan(Murid mendapatkan bahan dengan cara
bertukar sama kawan)NilaiKekemasanKebersihanKerjasama
Penutup (10 minit)3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat
apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai
dan menceritakan karya sendiri dan rakanApresiasi Seni1. Guru
memilih wakil kumpulan secara rawak untuk membuat persembahan
secara kreatif dengan intonasi yang sesuai di depan kelas bawah
bimbingan guru.
Contoh dialog:Murid A: Lapor!! Saya pelayar dari kapal Saya
telah menerokai sebahagian daripada dasar laut . Banyak jenis ikan
yang pelik-pelik ada dalam laut . Ada ikan , terumbu karang dan
sebagainya. Saya suka sangat dengan diorama saya. Saya nak
jadikannya hiasan bilik tidur saya.
2. Murid menghargai dan menceritakan pengalaman semasa
menghasilkan karya di bawah bimbingan guru.
Dapatkah anda fikirkan fungsi lain bagi diorama?Seronokkah
semasa menghasilkan diorama?Adakah anda puas hati dengan diorama
anda?
3. Guru membuat rumusan keseluruhan.
Sebenarnya diorama boleh dihasilkan daripada banyak lagi bahan,
tidak semestinya kotak sahaja. Cuba anda perhatikan dengan
sekeliling anda, anda akan mendapat idea dan manfaat. Jadikanlah
seorang prihatin dengan alam semesta dan juga mesra alam.
BBMHasil karya muridEMK Kreativiti dan Inovasi(Fasa tindakan
penambahbaikan)
Nilai MurniMenghargai karya sendiri dan karya rakanMesra
Alam
Lampiran 1 Sampel Karya Diorama Dasar Laut
PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH
Disemak oleh pensyarah pembimbing/guru pembimbing
Catatan:
Tandatangan :Nama : Tarikh :
Disemak oleh Guru Besar:
Catatan:
Tandatangan :Nama : Tarikh :
PENULISAN CATATAN REFLEKSI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KSSR TAHUN 4ISUBUKTITINDAKAN SUSULAN
Kekuatan:
Kelemahan:
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah
PembimbingCatatan: Catatan:
Tandatangan : Tandatangan :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :
8