MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20 1 MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA 1. Pengenalan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menawarkan empat program iaitu Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan Kerja Sosial. Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduannya sejak konvokesyen pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999. 2. Latihan Praktikum Latihan Praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Psikologi bagi semua program di SPKS. Latihan Praktikum dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Latihan Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar untuk mengintergrasi ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk: i. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi; ii. Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu tinggi. 3. Objektif Umum Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya: • Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam program pelbagai bidang; • Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan negara; • Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara;
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
1
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM
PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA
1. Pengenalan
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan
menawarkan empat program iaitu Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Psikologi
Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan
Kerja Sosial. Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduannya sejak
konvokesyen pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999.
2. Latihan Praktikum
Latihan Praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi bagi semua program di SPKS. Latihan Praktikum
dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar
sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah.
Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga,
Latihan Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana
Muda. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar
untuk mengintergrasi ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk:
i. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang
akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi;
ii. Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan
sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap
dan bermutu tinggi.
3. Objektif Umum
Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya:
• Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam
program pelbagai bidang;
• Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk
pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan
negara;
• Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang
berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara;
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
2
• Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna antara Universiti Malaysia Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, swasta, badan-badan
profesional dan masyarakat.
4. Status Dan Jam Kredit
Latihan Praktikum ini merupakan satu alternatif wajib kepada pelajar di bawah
program ini yang mana pelajar boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan
Praktikum tetapi menggantikannya dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum
diperuntukkan sebanyak enam (6) jam kredit. Prestasi pelajar dalam Latihan
Praktikum akan dikira dalam PNGK dalam proses pengijazahan.
5. Tempoh
Tempoh Latihan Praktikum ini tidak kurang dari dua belas (12) minggu bagi
program tiga tahun yang dijalankan pada semester akhir di penghujung sesi.
6. Prosedur
Sebelum menjalani Latihan Praktikum, pelajar-pelajar perlu melengkapkan perkara-
perkara berikut:-
i. Mendaftar, mengikuti dan LULUS Teras Sekolah peringkat 10000, 20000 dan
30000.
ii. Mendaftar, mengikuti dan LULUS empat (4) kursus berikut:
a. PA10203 - Psikologi Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak b. PA20403 - Pengenalan Kepada Keibubapaan dan Keluarga Bukan
Tradisional
c. PA30903 - Analisis Keluarga Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya
d. PA30803 - Penaksiran Fizikal dan Kognitif Kanak-Kanak
e. PA31003 - Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak
iii. Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan tempat bagi Latihan Praktikum
lebih awal untuk mengelakkan pelajar tercicir daripada mendapat tempat
praktikum pada saat-saat akhir.
iv. Pelajar perlu menyediakan satu proposal kepada Penyelaras Latihan
Praktikum dan juga tempat praktikum. Proposal ini harus mengandungi
rangka kerja pelajar tersebut sepanjang menjalani praktikum termasuk
cadangan mini kajian. Perbincangan dengan Penyelia Lapangan adalah perlu
untuk menyediakan proposal ini.
v. Pelajar juga perlu mengikuti satu bengkel kecil sebelum mengikuti Latihan
Praktikum. Dalam bengkel ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai
cara menulis laporan akhir di samping perkara-perkara berikut:
a. Teknik berkomunikasi
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
3
b. Ketrampilan diri
c. Perlakuan dan etika kerja
d. Memahami struktur organisasi
e. Memahami keperluan organisasi dalam menangani masalah-masalah
dan tekanan-tekanan sosial
f. Mengetahui ekspektasi organisasi dan masyarakat amnya terhadap
peranan pelajar Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga
g. Pelajar membentangkan proposal (cadangan) Latihan Praktikum
Bengkel ini akan dikendalikan oleh tenaga akademik dan juga penceramah
jemputan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
vi. Mendaftar untuk menjalani Latihan Praktikum satu semester sebelum menjalaninya dengan mengisi borang yang disediakan oleh Bahagian
Perkhidmatan Akademik, UMS, dan disahkan oleh Penyelaras Latihan
Praktikum yang dilantik oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.
vii. Mengisi dan menghantar Buku Catatan Latihan Praktikum serta menulis
Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang disediakan oleh
program dan sekolah.
viii. Pelajar hendaklah mengisi Buku Catatan Praktikum sebagai rekod aktiviti
harian di tempat latihan dengan disahkan oleh Penyelia Lapangan Latihan
Praktikum.
ix. Pelajar hendaklah menyediakan Laporan Latihan Praktikum yang telah
dijalankan dan hendaklah menyerahkan kepada Penyelia Akademik Latihan
Praktikum pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar juga dikehendaki memberikan salinan laporan tersebut kepada Penyelia
Lapangan Latihan Praktikum.
7. Peranan Penyelia Akademik (PA)
Peranan Penyelia Akademik (PA) yang dilantik oleh pihak sekolah untuk tugas-tugas
berikut:-
i. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif penempatan sesuatu
organisasi.
ii. Berbincang dengan Penyelia Lapangan mengenai latihan kerja
pelajar.
iii. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar semasa
menjalani Latihan Praktikum.
iv. Menyelia pelajar-pelajar di bawah penyeliaan sekurang-kurangnya
satu (1) kali sepanjang tempoh Latihan Praktikum.
v. Menilai prestasi Latihan Praktikum pelajar pada akhir semester dengan melihat kepada laporan bertulisnya, prestasi di organisasi
dan maklum balas daripada pihak organisasi yang terlibat.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
4
vi. Membuat laporan penilaian terhadap organisasi (borang LP3/SPKS)
vii. Mengisi borang penilaian pelajar melalui borang penilaian yang
disediakan oleh pihak sekolah (borang LP2/SPKS).
8. Peranan Penyelia Lapangan Praktikum (PLP)
Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) adalah individu yang dilantik oleh organisasi
terbabit di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani Latihan Praktikum.
Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai bersama antara pihak
sekolah dengan pengurusan organisasi terbabit. PLP akan bertanggungjawab
memastikan pelajar menjalani Latihan Praktikum dalam tempoh yang ditetapkan. Bidang tugas PLP ialah seperti berikut:-
i. Membincangkan keperluan penempatan pelajar di organisasi
berkenaan bersama-sama Penyelia Akademik.
ii. Memberi khidmat nasihat kepada pelajar selama menjalani Latihan
Praktikum.
iii. Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian akhir Latihan
Praktikum melalui borang LP1/SPKS yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.
iv. Menyemak dan mengesahkan Buku Catatan Praktikum pada hari
terakhir bekerja (latihan) pada setiap minggu. Penyelia Lapangan
Praktikum hendaklah menyemak dan mengesahkan Buku tersebut dan menyerahkannya semula kepada pelajar pada hari pertama
bekerja (latihan) pada minggu berikutnya.
9. Peranan Pelajar
Pelajar yang mengikuti Latihan Praktikum mestilah:-
i. Mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar yang disediakan oleh pihak
sekolah (borang LP4/SPKS).
ii. Melaporkan aktiviti-aktiviti dalam Buku Catatan Praktikum.
iii. Berbincang dengan penyelia lapangan masing-masing sebelum
melaksanakan sesuatu aktiviti.
iv. Berbincang dengan PA dan PLP mengenai kesesuaian aktiviti dan
matlamat Latihan Praktikum.
v. Menyediakan Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
vi. Menyerahkan Laporan Akhir tersebut kepada PA pada tarikh yang
telah ditetapkan.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
5
vii. Menyerahkan salinan Laporan Akhir tersebut kepada PLP pada
tarikh yang telah ditetapkan.
viii. Memelihara martabat dan imej universiti serta mematuhi peraturan
organisasi/agensi di mana pelajar ditempatkan. Pelajar juga harus
sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada Peraturan-
Peraturan Pra-Siswazah Universiti Malaysia Sabah.
10. Penilaian
Prestasi pelajar yang menjalani Latihan Praktikum dinilai berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut:
Bahagian A:
� Latar belakang organisasi,
struktur pentadbiran, aktiviti-
aktiviti organisasi, fungsi dan
objektif organisasi
� Penilaian pelajar terhadap organisasi tersebut
� Perancangan intervensi
� Tindakan intevensi
� Kesimpulan dan saranan
20 MARKAH
4 Markah
4 Markah
4 Markah
4 Markah
4 Markah
Bahagian B:
� Mini Kajian (12-15 muka surat tidak termasuk Rujukan &
Lampiran)
� Pembentangan**
30 MARKAH
20 Markah
10 Markah
Bahagian C:
� Laporan Penilaian Penyelia
Lapangan
� Laporan Penilaian Penyelia
Akademik
� Laporan Harian
� Laporan Mingguan
50 MARKAH
10 Markah
10 Markah
10 Markah
10 Markah ** Semua pelajar WAJIB hadir semua sesi pembentangan.
Penyelia Akademik bertanggungjawab mengumpulkan kesemua Borang Penilaian,
Buku Catatan Mingguan, serta Laporan Akhir untuk pengiraan markah dan penentuan gred sebelum diserahkan kepada Penyelaras Program. Gred yang telah
disahkan oleh Penyelaras Program akan dimajukan kepada Dekan Sekolah untuk
disahkan di peringkat sekolah sebelum dimajukan kepada Bahagian Perkhidmatan
Akademik, Universiti Malaysia Sabah.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
6
11. Arahan kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Praktikum
i. Anda dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang
telah dikenalpasti sebagai Penyelia Lapangan Praktikum yang
dihubungi oleh Penyelaras Praktikum sekolah.
ii. Anda hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan
organisasi/institusi.
iii. Sewaktu melaporkan diri dan menjalani Latihan Praktikum, anda
hendaklah sentiasa berpakaian kemas. Patuhi kehendak organisasi
(misalnya; jika perlu memakai tali leher, pelajar perlu memakainya).
Dalam kebanyakan keadaan, seluar jean dan baju ‘T’ tidak boleh dipakai kecuali mendapat kebenaran dari organisasi/institusi.
iv. Datang bertugas awal dan menepati waktu kerja organisasi/institusi
di mana anda ditempatkan. Sentiasa mematuhi waktu keluar masuk
organisasi/institusi di mana anda ditempatkan. Jika terpaksa berada
di tempat lain, tinggalkan pesanan/maklumkan kepada Penyelia
Lapangan anda.
v. Perlu diingatkan bahawa masa kerja di organisasi swasta dan
kerajaan adalah berlainan. Anda perlu menunjukkan sikap
bekerjasama serta membuktikan keupayaan anda untuk memenuhi keperluan tugas anda.
vi. Anda hendaklah melakukan tugas-tugas sama ada diarahkan atau
tidak dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika menghadapi masalah, anda janganlah teragak-agak untuk memberitahu Penyelia
Lapangan anda atau Penyelia Akademik.
vii. Setiap tugasan yang diarahkan perlu dilakukan seberapa segera
bersesuaian dengan mutu dan kehendak organisasi. Anda juga
disarankan supaya memperbanyakkan bacaan bagi mendapatkan
maklumat mengenai organisasi di mana anda ditempatkan.
viii. Anda perlu bersikap ramah, berbudi bahasa, bersedia untuk bekerja
dan jangan takut untuk bertanya sekiranya tidak tahu.
ix. Anda dikehendaki mencatatkan aktiviti dan tugas-tugas harian
Latihan Praktikum dalam Buku Catatan Praktikum. Tarikh anda
menjalankan tugas-tugas tersebut juga perlu dicatatkan. Buku
Catatan Praktikum ini hendaklah diserahkan bersama Laporan Latihan Praktikum kepada Penyelia Akademik sekembalinya dari
praktikum.
x. Anda hendaklah menyerahkan Borang Penilaian (Borang LP1/SPKS)
kepada Penyelia Lapangan anda semasa melaporkan diri. Terangkan
kepada penyelia tersebut bahawa pihaknya perlu menyerahkan
borang tersebut kepada Penyelaras Akademik untuk tujuan pemarkahan apabila tempoh latihan tamat. Laporan ini adalah SULIT
dan anda tidak dibenarkan untuk melihatnya.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
7
xi. Segala hasil maklumat yang diperolehi semasa menjalani latihan
hendaklah difailkan dengan teratur untuk dilampirkan bersama
Laporan Praktikum anda.
xii. Sebarang perubahan jadual Latihan Praktikum yang hendak
dilakukan seperti cuti (tidak digalakkan kecuali terpaksa), anda
hendaklah memberitahu Penyelia Lapangan terlebih dahulu dan
dapatkan kebenarannya. Anda hendaklah mematuhi dan mengikuti
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi/institusi di
mana anda ditempatkan.
xiii. Sekiranya anda sakit atau memerlukan rawatan kesihatan, anda
boleh pergi ke klinik panel/hospital kerajaan/klinik-klinik yang lain yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Segala resit
rawatan perlu disimpan untuk tujuan tuntutan. Ini adalah tertakluk
kepada kontrak anda dengan organisasi di mana anda ditempatkan
(sebagaimana yang tercatat dalam surat tawaran).
xiv. Organisasi tidak bertanggungjawab membayar elaun harian atau
perjalanan anda dalam menjalani tugas semasa Latihan Praktikum.
Bagaimanapun, anda boleh menerima saguhati yang diberi oleh
pihak organisasi.
xv. Anda hendaklah bersedia untuk menerima kunjungan Penyelia Akademik dan bersedia menerangkan kepadanya mengenai latihan
yang anda jalani.
xvi. Perlu diingatkan bahawa sebagai pelajar universiti, anda merupakan pembawa imej Universiti Malaysia Sabah. Oleh itu anda perlu
mengawasi tingkah laku anda dan menjaga nama baik Sekolah
Psikologi dan Kerja Sosial dan juga Universiti Malaysia Sabah.
xvii. Semasa menjalani Latihan Praktikum, anda masih lagi terikat dengan
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1984) dan
peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Tindakan
tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana
akta dan peraturan universiti.
12. Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum Sekolah
Psikologi Dan Kerja Sosial
a. Para pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai Latihan Praktikum yang telah tamat mereka jalani.
b. Penulisan laporan ini akan dimulakan apabila tamat tempoh latihan.
Bagaimanapun, pelajar-pelajar yang terlibat dinasihatkan supaya
menyediakan bahan-bahan, data, rajah-rajah dan apa jua maklumat yang
difikirkan relevan dengan lebih awal, iaitu sebaik sahaja mereka
memulakan latihan tersebut.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
8
c. Catatan harian latihan boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat
laporan berkenaan.
d. Laporan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada Penyelia
Akademik (PA) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah
Psikologi dan Kerja Sosial.
e. Panduan bagi format laporan ditunjukkan dalam buku manual ini.
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
9
FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN PRAKTIKUM
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
BAHAGIAN A (Organisasi)
Tajuk
Penghargaan
1.0 Pendahuluan
2.0 Latar belakang organisasi:
• Objektif/falsafah penubuhan
• Aktiviti utama/deskripsi tugas/tanggungjawab
• Jenis perkhidmatan
• Pencapaian organisasi
3.0 Penilaian pelajar terhadap organisasi:
• Perkara yang disentuh ialah penerangan bagaimana organisasi
tersebut mencapai matlamat perkhidmatannya.
• Fungsi-fungsi khusus jabatan-jabatan/unit-unit tertentu.
• Membincangkan secara terperinci mengenai aktiviti di jabatan di
mana pelajar ditempatkan. Melalui pemerhatian, para pelajar
diharapkan dapat mengetahui:-
o Prestasi organisasi
o Bagaimana organisasi bertindak menangani sesuatu kes sosial
o Menilai kelemahan dan kekuatan organisasi secara kritis dan
membina
4.0 Perancangan intervensi (berdasarkan perancangan oleh organisasi)
5.0 Tindakan intervensi (berdasarkan cadangan pelajar dan pelaksaanan aktiviti
yang sesuai seperti bengkel, seminar dan lain-lain)
6.0 Kesimpulan dan saranan
** Buku/ bahan rujukan sepanjang membuat laporan tentang organisasi :
i. Laporan tahunan;
ii. Dokumen; iii. Buku Akademik ;
iv. Lampiran;
v. Gambar-gambar di organisasi berkenaan (sekiranya dibenarkan);
vi. Gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan (sekiranya ada).
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20
10
BAHAGIAN B (Mini Kajian)
1.0 Pendahuluan
2.0 Permasalahan kajian
3.0 Tujuan kajian
4.0 Hasil kajian
5.0 Perbincangan hasil kajian
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Pembentangan
** Buku rujukan sepanjang membuat mini kajian:
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGrawHill.
Semua buku rujukan bagi kursus Teras Sekolah Sepunya, Teras Sekolah Psikologi dan
Teras Program yang berkenaan boleh digunakan.
BAHAGIAN C (Laporan)
i. Penilai:
• Laporan penilaian Penyelia Lapangan
• Laporan penilaian Penyelia Akademik
ii. Pelajar:
• Laporan Harian
• Laporan Mingguan
• Laporan Akhir (lengkap)
** Buku rujukan sepanjang membuat laporan harian/ mingguan:
Mohd. Sharani Ahmad (2008). Intervensi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.