1 UKASYAH BIN DZUL BAHAK Feedback, reinforcement, and intrinsic motivation MAKLUM BALAS, PENGUKUHAN DAN MOTIVASI INTRINSIK. Setiap orang suka dan mengharapkan kepada maklum balas. Pakar motivasi profesional menggunakan teknik asas berdasarkan prinsip pengukuhan iaitu dengan mewujudkan suasana yang menyeronokkan, pertumbuhan dan penguasaan. Pengukuhan ialah penggunaan ganjaran dan hukuman/dendaan yang meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya tindak balas yang sama pada masa hadapan. Prinsip ini bertunjang teguh di dalam teori modifikasi tingkah laku dan pelaziman operan. Seorang pakar teori behaviourisme, B.F Skinner, menyatakan pengajaran bersandar sepenuhnya di atas prinsip pengayaan. Sebagai contoh, Skinner (1968) menyatakan hujahnya bahawa pengajaran adalah susunan pengukuhan dalam proses pembelajaran. Guru mengurus dan menyusun pengukuhan yang dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Pemahaman tentang prinsip pengukuhan diperlukan untuk memberikan maklum balas yang membina kepada pelajar dan atlet. 1.0 Prinsip Pengukuhan Walaupun terdapat banyak prinsip yang berkaitan untuk mengubah tingkah laku, dua asas mendasari keberkesanan pengukuhan. Pertama, jika seseorang berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan mendapat ganjaran, ia akan terdorong untuk mengulangi perbuatan/perlakuan tersebut untuk memperoleh lebih banyak kesan positif. Kedua, jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan dan mendapat hukuman, ia akan cuba untuk tidak mengulangi perbuatan/perlakuan yang tidak menyenangkan tersebut agar mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang memberikan kesan negatif.
23
Embed
psikologi dalam sukan (maklum balas, pengukuhan, dan motivasi intrinsik
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
MAKLUM BALAS, PENGUKUHAN DAN MOTIVASI
INTRINSIK.
Setiap orang suka dan
mengharapkan kepada maklum balas.
Pakar motivasi profesional menggunakan
teknik asas berdasarkan prinsip
pengukuhan iaitu dengan mewujudkan
suasana yang menyeronokkan,
pertumbuhan dan penguasaan.
Pengukuhan ialah penggunaan ganjaran dan hukuman/dendaan yang
meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya tindak balas yang sama
pada masa hadapan. Prinsip ini bertunjang teguh di dalam teori modifikasi tingkah
laku dan pelaziman operan. Seorang pakar teori behaviourisme, B.F Skinner,
menyatakan pengajaran bersandar sepenuhnya di atas prinsip pengayaan. Sebagai
contoh, Skinner (1968) menyatakan hujahnya bahawa pengajaran adalah susunan
pengukuhan dalam proses pembelajaran. Guru mengurus dan menyusun
pengukuhan yang dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Pemahaman
tentang prinsip pengukuhan diperlukan untuk memberikan maklum balas yang
membina kepada pelajar dan atlet.
1.0 Prinsip Pengukuhan
Walaupun terdapat banyak prinsip yang berkaitan untuk mengubah tingkah
laku, dua asas mendasari keberkesanan pengukuhan. Pertama, jika seseorang
berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan mendapat ganjaran, ia akan
terdorong untuk mengulangi perbuatan/perlakuan tersebut untuk memperoleh lebih
banyak kesan positif. Kedua, jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak
menyenangkan dan mendapat hukuman, ia akan cuba untuk tidak mengulangi
perbuatan/perlakuan yang tidak menyenangkan tersebut agar mereka dapat
mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang memberikan kesan
negatif.
1
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Sebagai contoh, di dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang
fokus kepada kemahiran melakukan hantaran dalam bola sepak. Guru berkata,
“Hantar bola kepada kawan yang tidak dijaga oleh pihak lawan – teruskan
permainan yang baik!”. Pemain berkemungkinan tinggi berusaha mengulangi cara
hantaran tersebut untuk mendapatkan lagi penghargaan daripada guru. Sekarang,
bayangkan seorang pemain bola tampar yang melakukan servis lompat dan bola
tersangkut pada net. Jurulatih menjerit, “Gunakan kepala awak – berhenti daripada
melakukan servis yang sedemikian!”. Kemungkinan besar pemain tersebut tidak
akan mengulangi servis lompat lagi kerana cuba mengelak daripada dimarahi oleh
jurulatih.
2.0 Pendekatan untuk mempengaruhi tingkah laku
Terdapat cara positif dan negatif untuk mengajar dan membimbing.
Pendekatan yang positif berfokus kepada pemberian ganjaran kepada tingkah laku
yang sesuai/baik. Sebaliknya, pendekatan yang negatif berfokus kepada pemberian
hukuman kepada tingkah laku yang tidak diingini. Pendekatan secara positif adalah
untuk menguatkan keinginan tingkah laku yang baik dengan memotivasikan
pelajar/pemain untuk melakukan semua tingkah laku positif. Pendekatan secara
negatif pula adalah untuk menghapuskan tingkah laku negatif melalui hukuman dan
kritikan.
Kebanyakan jurulatih menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu positif dan
negatif dalam memberikan motivasi dan mengajar atlet-atlet mereka. Namun,
menurut Smith, 2006, pakar psikologi sukan bersetuju pendekatan utama dalam
sukan dan aktiviti fizikal sepatutnya positif. Bersikap positif membantu dalam
membina keyakinan dan harga diri yang membawa ke arah kejayaan (Pitino1998).
3.0 Panduan untuk menggunakan pengukuhan positif
Pakar psikologi sukan sangat mengesyorkan pendekatan positif untuk
motivasi bagi mengelakkan potensi berlakunya kesan negatif daripada hukuman
yang diberikan. Kajian menunjukkan bahawa ahli sukan yang bermain untuk jurulatih
yang berorientasikan positif lebih menyukai rakan sepasukan, menikmati
pengalaman yang lebih dalam bersukan, lebih menyukai jurulatihnya dan hubungan
sesama ahli pasukan semakin baik (Smith & Smoll, 1997). Pengukuhan boleh
2
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk secara lisan, pujian, senyuman atau
tingkah laku bukan lisan yang dapat meningkatkan keistimewaan, dan penggunaan
ganjaran.
3.1 Memilih peneguhan yang berkesan
Ganjaran yang diberikan haruslah bersesuaian dengan apa yang mereka
lakukan. Adalah lebih baik untuk mengetahui perkara yang disukai dan yang tidak
disukai oleh orang yang bekerja bersama anda dan pilih peneguhan yang berkesan
sewajarnya :
a) Peneguhan sosial : pujian, senyuman, tepuk di belakang, publisiti
b) Peneguhan material : trofi, medal, reben, baju-T
c) Peneguhan aktiviti : bermain permainan bukannya drill, bermain di posisi
yang berbeza, bermain dengan kumpulan yang lain, berehat
d) Perlawanan khas : pergi melihat permainan oleh golongan profesional,
mendengar kata-kata daripada atlet profesional
Seorang guru Pendidikan Jasmani mungkin memerlukan borang soal selidik
berkenaan dengan minat murid-muridnya bagi menentukan apakah jenis ganjaran
yang paling digemarinya. Kadang kala, mungkin anda boleh memberikan ganjaran
kepada setiap ahli pasukan atau kelas, bukan sekadar ganjaran kepada individu
atau pelbagaikan jenis ganjaran (ganjaran yang sama akan menjadikan ia bosan).
Ganjaran yang diterima daripada seseorang digelar sebagai ekstrinsik kerana
ia datang daripada sumber luaran seperti jurulatih atau guru. Selain itu, terdapat juga
ganjaran intrinsik yang datangnya daripada dalam diri sendiri. Contoh bagi ganjaran
intrinsik ialah bangga dengan pencapaian diri dan berasa kompeten.
3.2 Jadualkan pengukuhan dengan berkesan
Masa yang sesuai dan kekerapan boleh memastikan ganjaran adalah
berkesan. Pengkaji telah menunjukkan bahawa maklum balas yang berterusan tidak
hanya bertindak sebagai motivasi tetapi juga membekalkan pelajar maklumat
tentang bagaimana ia melakukan sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, apabila
sesuatu kemahiran atau sikap telah dikuasai, maka jadual pengukuhan boleh
dikurangkan secara beransur-ansur (Martin & Pear, 2003). Kajian (Schmidt &
Wrisberg, 2004) telah mendedahkan bahawa pemberian maklum balas bagi setiap
3
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
percubaan (berterusan – 100%) adalah jauh lebih baik bagi meningkatkan prestasi
semasa latihan berbanding pemberian maklum balas selepas percubaan lain telah
dilakukan (sekejap – 50%). Namun, dalam sebuah ujian yang telah dilakukan
melihat bahawa pelajar yang mendapat maklum balas selepas tamat sesi latihan
menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada murid yang menerima maklum
balas bagi setiap percubaan yang dilakukan. Pada asasnya, maklum balas bagi
setiap percubaan menyebabkan ia sangat bergantung kepada maklum balas. Selain
mengurangkannya jumlah maklum balas, jurulatih mungkin boleh meminta atlet
untuk membina maklum balas untuk diri sendiri.
3.3 Beri ganjaran kepada tingkah laku yang sesuai
Memilih tingkah laku yang sesuai untuk diberikan ganjaran merupakan
sesuatu yang kritikal. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada setiap kali
mereka melakukan sesuatu yang betul. Kebanyakan jurulatih dan guru lebih fokus
memberikan ganjaran kepada hasil sesuatu prestasi (contoh : kemenangan), tetapi
tingkah laku yang lain juga harus diberikan peneguhan.
3.3.1 Ganjaran juga diberikan kepada usaha yang hampir berjaya
Apabila seseorang mempelajari sesuatu kemahiran baru, khususnya yang
sukar, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ia mungkin mengambil
masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran dan perkara ini pastinya
sedikit sebanyak mengecewakan dan tertekan. Dengan memberikan sedikit
ganjaran terhadap usaha yang telah mereka lakukan, sebenarnya ia sangat
membantu dan bermakna. Teknik ini digelar sebagai membentuk, ia tidak menyekat
mereka untuk meningkat sehingga mereka semakin hampir dengan apa yang
diingini tercapai (Martin & Hrycaiko, 1983).
3.3.2 Beri ganjaran kepada prestasi, bukan hanya kepada hasil
Jurulatih yang menekankan kemenangan terdorong untuk memberikan
ganjaran hanya berdasarkan hasil. Kadang kala, hasil sesuatu permainan adalah di
luar kawalan pemain, sehubungan dengan itu jurulatih harus fokus kepada prestasi
atlet berbanding hasil prestasi.
4
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
3.3.3 Ganjaran diberikan kepada usaha
Jurulatih dan guru perlu mengiktiraf usaha sebagai sebahagian daripada
prestasi. Hal ini kerana, tidak semua orang boleh berjaya di dalam sukan. Apabila
sukan disertai oleh golongan muda, mereka mengetahui bahawa mereka mencuba
kemahiran baru dan sukar. Apa yang mereka mampu lakukan ialah mencuba
sedaya upaya dan jika hal ini dikenal pasti, mereka sebenarnya mereka tidak perlu
takut kepada apa-apa.
Menariknya, kajian yang dijalankan bersama golongan belia (Mueler &
Dweck, 1998) menunjukkan bahawa pelaku yang menerima tindak balas
berdasarkan usahanya (“Cubaan yang baik”) akan menunjukkan prestasi yang lebih
baik berbanding mereka yang menerima tindak balas berdasarkan keupayaan
(“Anda berbakat”), khususnya selepas gagal.
3.3.4 Ganjaran diberikan kepada kemahiran emosi dan sosial
Dalam keadaan tertekan untuk memenangi sesuatu perlawanan, pemain
mungkin mudah untuk melupakan cara permainan sesuatu perlawanan, pemain
mungkin mudah untuk melupakan cara permainan yang adil. Atlet yang mampu
menunjukkan tingkah laku yang baik dalam sukan, bertanggungjawab dan tahu cara
mengawal diri serta memberikan kerjasama sepatutnya diiktiraf dan diperkukuhkan.
Sebagai seorang ketua dalam bidang sukan atau aktiviti fizikal, kita mempunyai
peluang dan tanggungjawab yang besar untuk menggalakkan emosi positif dan
kemahiran bersosial. Seharusnya kita tidak terlepas pandang untuk memberikan
ganjaran kepada tingkah laku positif, terutamanya kepada golongan muda.
3.4 Berikan maklum balas kepada prestasi
Bantu peserta dengan memberikan maklumat dan maklum balas tentang
ketepatan dan kejayaan mereka dalam pergerakan yang dilakukan. Maklum balas
seperti ini kebiasaannya diberikan kepada peserta sejurus mereka selesai
melakukan sesuatu pergerakan.
Dalam memberikan maklum balas kepada atlet atau pelajar, maklum balas
tersebut harus diberikan dengan ikhlas dan bergantung kepada tingkah laku.
5
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Nyatakan kepada atlet cara melakukan sesuatu kemahiran dengan betul akan
menunjukkan bahawa anda prihatin dan mengambil berat dalam membantunya.
3.4.1 Manfaat memberikan maklum balas
Pemberian maklum balas terhadap prestasi akan memberikan manfaat yang
besar kepada peserta dalam pelbagai cara. Dua fungsi utama maklum balas adalah
untuk memotivasikan dan mengarahkan.
Maklum balas berbentuk motivasi adalah untuk memudahkan prestasi
dengan meningkatkan keyakinan, memberi ilham untuk melakukan usaha yang lebih
dan penggunaan tenaga, dan mencipta perasaan yang positif.
Maklum balas berbentuk arahan menyediakan maklumat tentang (a)
tingkah laku secara spesifik yang perlu ditunjukkan, (b) tahap penguasaan yang
patut dicapai, (c) tahap terkini penguasaan seseorang dalam kemahiran dan aktiviti
yang ingin dicapai.
3.4.2 Jenis-jenis maklum balas
Pujian secara lisan, mimik muka dan tepukan di belakang bahu adalah
cara mudah dan efektif untuk memberikan pengukuhan kepada tingkah laku yang
diingini. Kata-kata seperti “Bagus!” “Teruskan usaha yang bagus!” dan “Awak
semakin bagus!” boleh menjadi pengukuhan yang sangat bagus. Walau
bagaimanapun, pengukuhan tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila anda
mengenal pasti tingkah laku yang spesifik tentang orang yang berurusan dengan
anda.
4.0 Panduan untuk menggunakan hukuman
4.1 Sokongan terhadap hukuman
Hukuman pasti dapat mengawal dan mengubah tingkah laku negatif (Smith,
2006), dan ia mendapat sokongan daripada jurulatih dan guru yang menggunakan
hukuman sebagai untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi. Terdapat
beberapa hujah lain yang menyokong penggunaan hukuman dalam olahraga :
6
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
a) Individu yang menipu perlu dihukum kerana mereka tidak berkongsi,
membantu, dan bekerjasama dengan orang lain (Walsh, 2000)
b) Penipu, walaupun mendapat manfaat dalam jangka masa yang pendek, ia
akan mengalami kerugian di masa akan datang kerana kesalahan yang telah
mereka lakukan.
c) Memberikan hukuman kepada pesalah akan memberikan peringatan kepada
orang lain bahawa semua individu bertanggungjawab atas salah laku masing-
masing (Radzik, 2003)
d) Keputusan daripada 157 kajian menunjukkan bahawa individu yang
mengalami hukuman sebat yang mempunyai risiko yang kecil untuk
membangunkan masalah emosi dan tingkah laku (Paolucci & Violato, 2004).
4.2 Kritikan terhadap hukuman
Beberapa hujah-hujah yang berbeza telah dikemukakan untuk menunjukkan
bahawa hukuman yang teruk tidak mempunyai apa-apa asas sokongan dan
sebenarnya mempunyai kaitan dengan tingkah laku negatif. Berikut merupakan
beberapa hujah mengenai kritikan dalam hukuman :
a) Hukuman boleh menyebabkan menjatuhkan maruah dan malu, khususnya
apabila individu melihat imej mereka dijatuhkan di hadapan orang lain.
b) Hukuman biasanya meningkatkan ketakutan kepada kegagalan. Atlet yang
takut kepada kegagalan tidak akan bermotivasi dan tidak menikmati hasil
kemenangan. Kajian juga menunjukkan bahawa atlet yang mempunyai
ketakutan yang melampau kepada kegagalan bukan sahaja prestasinya
rendah malah boleh meningkatkan risiko mendapat kecederaan, kurang
menikmati pengalaman bersukan, dan tercicir.
c) Hukuman secara tidak sengaja boleh mengukuhkan tingkah laku yang tidak
diingini dengan menarik perhatian kepada kesalahannya.
d) Hukuman boleh mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan,
menghasilkan permusuhan dan kebencian antara jurulatih dan atlet.
4.3 Membuatkan hukuman menjadi berkesan
Sesetengah jurulatih beranggapan bahawa dengan memberikan hukuman
kepada atlet yang melakukan kesilapan akan menghapuskan kesilapan. Walau
7
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
bagaimanapun, jurulatih yang baik yang juga menggunakan hukuman kebiasaannya
pakar dalam strategi, pengajaran, atau analisis teknikal. Di sini terdapat beberapa
garis panduan untuk memaksimumkan keberkesanan dalam hukuman (Martens e
tal., 1981) :
a) Konsisten dalam memberikan hukuman kepada semua orang yang
melanggar peraturan yang sama.
b) Hukum tingkah lakunya, bukan menghukum orangnya. Beritahu kepada
pesalah laku bahawa tingkah lakunya yang perlu diubah.
c) Jangan menggunakan aktiviti fizikal untuk menghukum.
d) Jangan menghukum atlet kerana membuat kesilapan semasa mereka
bermain.
e) Jangan beri hukuman kepada ahli kumpulan lain terhadap kesilapan individu.
f) Pastikan hukuman yang diberikan bersesuaian dengan tahap umur.
g) Pastikan atlet mengetahui kenapa hukuman diberi.
5.0 Modifikasi tingkah laku dalam sukan
Terdapat berapa nama besar dalam literatur psikologi sukan : pengurusan