i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2018
Editor:
Dr. Hazrul Shahiri
Dr. Mohd Adib Ismail
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Cetakan Pertama / First Printing 2018
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ii
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 13, 2018.
Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
KATA PENGANTAR / PREFACE
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 13 2018 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 13 2018. Selain itu, ia memberi peluang kepada yang
tidak berkesempatan untuk menghadiri persidangan kali ini untuk sama-sama
mengutip ilmu dari kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan. Persidangan ini
merupakan acara tahunan Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang kepada para penyelidik, pembuat dasar dan
individu membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dan berbincang
mengenai isu semasa berkaitan ekonomi Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0
Menuju Negara Berpendapatan Tinggi’. Tema ini menyokong usaha dalam
merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dalam
berdepan cabaran revolusi industri 4.0. Bagi mencapai sasaran tersebut,
perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu berlaku secara
holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan tanpa
mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat futuristik
yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di masa akan
datang.
Sebanyak 80 kertas kerja telah dimuatkan dalam prosiding ini yang disusun
berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang ditentukan. Tema-tema tersebut
disusun dalam beberapa tema umum berasaskan bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi
dan Kewangan Islam, ii) Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak, iii) Pembangunan
Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia iv) Kelestarian Fiskal dan Kewangan, v)
Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa, vi) Ekonomi Pelancongan dan
Alam Sekitar, vii) B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat. Kepelbagaian
tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi peluang yang seluasnya
kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi pelbagai hasil penyelidikan
dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat kepada penggubal dasar dan
pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
v
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 13 2018
Abu Hanifah Ayob Mustazar Mansur
Azmafazilah Jauhari Nafisah Mohammed
Azrina Abdullah Al-Hadi Noorasiah Sulaiman
Doris Padmini S. Selvaratnam Norain Mod Asri
Fathin Faizah Said Norlin Khalid
Hairunnizam Wahid Norshamliza Chamhuri
Hazrul Izuan Shahiri Riayati Ahmad
Lai Wei Sieng Roziana Baharin
Liew Chei Siang Siti Hajar Mohd Idris
Mohd Adib Ismail Tamat Sarmidi
Mohd Ali Mohd Noor Zulkefly Abdul Karim
Mohd Nasir Saukani
vi
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 13 2018
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
13th PERKEM 2018
26 – 27 September 2018
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2018
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2018 ialah “Menggarap Cabaran Revolusi
Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 13 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 13 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vii
SUB-TEMA / SUB-THEMES
1. Ekonomi dan Kewangan Islam
2. Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak
3. Pembangunan Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia
4. Kelestarian Fiskal dan Kewangan
5. Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa
6. Ekonomi Pelancongan dan Alam Sekitar
7. B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat
viii
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
1
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Produk Halal Secara
Talian
Mathew Anak Ching & Mohd. Ali Mohd. Noor
1 - 13
2 Do Bankruptcy Profiles of Islamic Banks Differ Across Organizational
Structure? Evidence from Malaysia
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida, Ahmad Azam
Sulaiman@Mohamad
14 – 27
3 Penglibatan Pekebun Kecil Sawit dalam Perniagaan dan Keusahawanan:
Kajian di Teluk Intan, Perak
Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid
28 – 42
4 Bitcoin Risks from Shariah Perspective
Safiah Binti Mohamad, Mariani Abd Majid, Nik Abdul Rahim Nik
Abdul Ghani
43 – 53
5 Faktor Penentu Kecekapan dan Produktiviti Firma Pembekal Barangan
Makmal di Malaysia
Zafirah Chek, Mohd Ali Mohd Noor
54 – 60
6 Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia
Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor, Mariani Abdul Majid
61 -75
7 Kefahaman Konsep Asas Takaful Terhadap Agen Takaful Di Sekitar
Bangi, Selangor
Nur Syairah Bt Mohamed Haris, Hendon Bt Redzuan
76 – 83
8 Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Jongkong Dan Dinar
Emas Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia
Muhammad Syafiq Ramlan, Mohd Ali Mohd Noor
84 – 89
9 Investment Account Platform (IAP): Opportunities and Challenges
Farah Athiqah Farit, Mariani Abdul Majid, Shifa Mohd Nor
90 – 102
11 Pulangan Pelaburan Dalam Pendidikan Lanjutan Ke Atas
Perkembangan Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Jaswan Mulop
111 –122
ix
TEMA 2 : ZAKAT, WAKAF DAN DANA KHALAYAK
1
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat Oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian Di Perkampungan Orang Asli
Daerah Sepang, Selangor. Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
173 - 185
2 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu
Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
186 - 199
3 Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor
Nur Amirah Binti Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
200 - 214
4 Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan Dan Implikasinya
Dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap
Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan
Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
215 - 227
5 Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian Dalam
Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Jabatan Agama Islam Melaka,
Melaka
Siti Zulaikha Binti Nasir, Hairunnizam Bin Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
228 –244
6 Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat Serta Peranan Masjid :
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) Cyberjaya
Nur Farahanis Abas, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
245–258
12 Gerbang Pembayaran e-Dagang dalam Segmen Pembayaran P2B
Menurut Perspektif Islam
Muhammad Azim Ismail, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
123 –134
13 Does Tourism Induce Crime in Malaysia? Questing After Truth
Through Empirical Investigation
Mori Kogid, Dullah Mulok, Jaratin Lily, Rozilee Asid
135 –142
14 Permintaan Terhadap Takaful: Sorotan Literatur
Nuraeni Buwathy, Rubayah Yakob
143 - 152
15 Waqf Based Pension Model: A Conceptual Proposition
Muhammad Ubaidillah Mustaghfirin, Mohd Adib Ismail, Mohd Ali
Mohd Noor
153 –172
x
7 Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain Dalam Pengurusan Zakat Di
Negeri Sembilan
Nur Syahirah Binti Mohd Noh, Mohd Ali Mohd Noor, Mohd Shahid Bin
Mohd Noh
259–267
9 Isu Pemilikan Dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
284–294
10 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman Desa
Asnaf Fakir Miskin di Perlis
Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Mohd. Ali Mohd Noor,
Hairunnizam Wahid
295–305
11 Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan Di Kalangan
Usahawan Di Selangor: Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat
Ahmad Syakir bin Rurol Mukhan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
306–313
13 Pembangunan Tanah Wakaf Secara Penswastaan : Kajian Terhadap
Projek Menara Imarah Wakaf oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan
Norliza Md Nuruddin, Hairunnizam Wahid, Aisyah Abdul-Rahman
329 –341
14
15
16
17
18
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan
Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM)
Nur Farahana Saripudin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian
Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat
Selangor
Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin, Hairunnizam Wahid
Peranan Institusi Masjid Dan Pondok Dalam Memberikan Kefahaman
Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Di
Mukim Kenering Dan Gerik, Perak
Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi, Hairunnizam Wahid
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian
terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir Miskin: Kajian kes
Di Raub Pahang
Nur Shahida Samsudin, Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid
342 –352
353-365
366-376
377-388
389-398
xi
19
20
21
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan Dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji
Kamarul Azlan Bin Mustaffa, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh,
Perak
Mohamed Hanif Mohamed Nor, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama
Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah
Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida
Basnan, Azizah Mohd Harun, Ainol Basirah Abdul Wahab
399-410
411-423
424-438
TEMA 3 : PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN SUMBER MANUSIA
1
Do Technological Change and Human Capital Lead to Economic
Growth? Evidence from Indonesia Mutia Wahyuni, Doris Padmini S. Selvaratnam, Roziana Bahrin
439 - 446
2 Potensi Kebolehpasaran Bakal Siswazah Fakulti Ekonomi Dan
Pengurusan (FEP), UKM
Nur Ain Darol Baha, Mustazar Mansur, Mohd Adib Ismail
447 –459
3 Analisis Hubungan Antara Pekerja Asing Dan Pengangguran Di
Malaysia
Siti Nor Silmi Nordin, Ishak Yussof , Hazrul Izuan Shahiri
460–471
4
Mismatch and Unemployed in Malaysia Labour Market
Rusmawati Said, Salwaty Jamaludin, Normaz Wana Ismail, Ahmad
Zubaidi Baharumshah
472 –484
5 Pengaruh Pusingan Kerja Terhadap Perkembangan Kerjaya Pegawai
Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Kamal Azri Husin, Hazrul Shariri, Azrina Abdullah Al-Hadi
485 –496
6 Pusing Ganti Pekerja Kilang Elektrik dan Elektronik (E&E)
di Pulau Pinang
Nur Alia Amalina Zainol Abidin, Abdul Rasyid Kasim, Jacqueline Liza
Fernandez
497 –507
7 Dominasi Buruh Indonesia Dalam Operasi Perladangan Di Felda:
Dekomposisi Gaji Antara Kumpulan Buruh Lain
Ahmad Fitri Hakim Ibrahim, Hazrul Izuan Shahiri , Azrina Abdullah Al-
Hadi
508-521
xii
8 Factor Accumulation vs TFP Growth in Asia: A Panel Cointegration
Analysis
Subramaniam Munusamy, Yogambigai Rajamoorthy, Seena Biju
522-528
9 Kesan Gaji Minimum Ke Atas Produktiviti Buruh: Analisis Antara
Industri
Mohd Khairol Rasit, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Saukani
529-543
10 Determining Factors Of Labour Participation In The Agriculture Sector
In Malaysia
L Vani Loganathan, Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
544-553
TEMA 4 : KELESTARIAN FISKAL DAN KEWANGAN
1
Determinants of Capital Expenditure (CAPEX) in Malaysian Palm Oil
Industries: Panel Data Analysis
Afza Asyura Mohd Hisham, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
554-565
2 Fiscal Discipline In The ASEAN-3: New Evidence From Nonlinear
ARDL Approach
Lee Chee Loong, Riayati Ahmad, Norlin Khalid, Zulkefly Abdul Karim
566 –588
3 Pengurusan Kewangan Efektif Tadika
Izad Firdaus Yaakob, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin
589 - 602
4 Penilaian Prestasi Perbankan Islam Melalui Pendekatan Analisis Camel
Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad, Nur Syakirah Mustapha Kamal,
Wardah Al-Hamra Kamaruzaman
603 –614
5
The Fiscal Policy Reaction Function in Malaysia: The Asymmetric
Impact of Debt and Output Gap to Primary Balance
Wan Farisan Wan Sulaiman, Zulkefly Abd. Karim, Norlin Khalid,
Riayati Ahmad
615 - 625
6 Impak Skim Subsidi Terhadap Pengeluaran Padi Di Kawasan Muda:
Pendekatan ARDL
Zulkifli Abdul Rahim, Nor Asmat Ismail
626 –634
7 Personal Bankruptcy and Household Consumption Patterns in Malaysia
Toh Siaw Mien, Rusmawati Said
635 –652
8 Factors Affecting Microcredit Quality In Malaysia
Thilagarani Selvaraj, Zulkefly Abdul Rahim, Aisyah Abdul-Rahman,
Norshamliza Chamburi
653 –660
9 The Government Revenue and Expenditure Causal Nexus: A Bootstrap
Rolling Window Approach
Riayati Ahmad, Norlin Khalid
661 –672
xiii
TEMA 5 : INTEGRASI EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
1 Indeks Keterangkuman Kewangan: Kaedah Bukan-Parametrik Dan
Parametrik
Rosmah Nizam, Zulkefly Abdul Karim, Tamat Sarmidi, Aisyah Abd
Rahman
673 –685
2 Kejayaan Dan Kegagalan Francais Malaysia Di Pasaran Antarabangsa
Noor Diyanti Adzhari, Mohd Hizam Hanafiah, Noorasiah Sulaiman
686 –699
3 Determinants Of Online Shoppping Behaviour Among Generation Y
Towards Taobao
Annie Yong Ing Ing, Nuraishah binti Raimee, Wong Teck Keong,
Mahendra Kumar a/l Chelliah, Jeya Santhini a/p Appannan, Chan Kar
Wai, Lee Wan Joey
700 –707
4 Driving Forces for SMEs in Thriving the Digital Economy in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin, Yogambigai a/p Rajamoorthy ,
Goh Yann Ling
708 - 714
5 Customs Tax And Its Role In Iraq Budget
Ahmed Kadhum Jawad Al-Sultani, Tamat Sarmidi, Junaidah Hasan
715- 725
6 Impact of the Global Financial Crisis on Foreign Direct Investment in
Malaysia
Mustafa Ibrahim, Lai Wei Sien, Harul Izwan
726– 735
7 Kesan Upah Minimum ke atas Guna Tenaga dan Harga Pengguna:
Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh dan Jam Bekerja
Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye, Tamat Sarmidi
736 –753
8 Produk Negara Thailand sebagai Jualan Utama di Sempadan:
Satu Tinjauan di Arked Niaga Padang Besar, Perlis
Siti Noridayu Abd. Nasir
754 –760
TEMA 6 : EKONOMI PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR
1
Persepsi Masyarakat Terhadap Status Hotel Patuh Shariah Berdasarkan
Piawaian Malaysia: Satu Kajian Di Hotel Tenera Bangi, Selangor
Abdul Rahman Hamzah, Hairunnizam Wahid
761 –774
2 Malaysia Sebagai Negara Oic Dalam Industri Pelancongan Islam : Satu
Kajian Empirikal
Muhammad Aminuddin Abdul Majid, Norlin Khalid
775– 789
xiv
TEMA 7 : B40, KOS SARA HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
1
Assessing On The Impact Of Higher Housing Price On Fertility
Wang Li Wong, Chin Lee, Kelly Kai Seng Wong
790– 801
2 An Analysis On Income Distribution Among Household In Malaysia
Using Multilevel Modelling
Imee Shahnaz Mohd Bashah, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd
Saukani
802- 814
3 Kemudahan Asas Peralatan Rumah Dalam Kalangan Isirumah Fakir
Dan Miskin: Kajian Di Selangor
Siti Nasibah Md Nor, Hairunnizam Wahid
815– 828
4 Persepsi Pelajar Fakulti FEP Terhadap Perkhidmatan Bas UKM”
Wan Nuur Wan Mansor, Norain Binti Mod Asri, Norshamliza Binti
Chamhuri
829 – 842
5 Faktor-Faktor Budaya Dan Sosial Ke Atas Perbelanjaan Belia Melayu
Bandar
Nur Jannah Bukhari, Kim Keum Hyun, Aida Idris
843 – 853
6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jumlah Pinjaman Isi Rumah Di
Malaysia
Fatin Syarmimi Hasan, Norlin Khalid
854 – 866
7 Perkhidmatan Berasaskan Teknologi Kewangan (Fintech): Kajian Ke
Atas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I Plus)
Siti Madiah Binti Salim, Rubayah Yakob, Mohd Hafizuddin Syah B.A.M
867 – 883
8 Analisis Tahap Pengetahuan Golongan Isi Rumah B40 Terhadap
Perlindungan Takaful Mikro
Suriadi Uddin, Hafizuddin-Syah, B.A.M1, Rubayah Yakob
884 – 898
9 Kesan Upah Minimum Ke Atas Guna Tenaga Dan Harga Pengguna:
Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh Dan Jam Bekerja
Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye , Tamat Sarmidi
899 – 917
10 Cabaran Penyediaan Rumah Mampu Milik Oleh Koperasi
Di Malaysia
Mohd. Nusi Abdul Rahman, Shahida Shahimi, Mohd. Adib Ismail
918-927
Prosiding PERKEM Ke 13 (2018)
ISSN: 2231-962X
173
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat Oleh Lembaga
Zakat Selangor (LZS): Kajian Di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang,
Selangor.
NORHAPIZAH ISMAIL
Universiti Kebangsaan Malaysia
DR HAIRUNNIZAM WAHID
Universiti Kebangsaan Malaysia
DR MOHD ALI MOHD NOOR
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Zakat adalah rukun Islam ketiga di mana setiap Muslim perlu membayarnya sama ada zakat fitrah, harta,
pendapatan dan sebagainya. Pengurusan zakat dilihat berjaya sekiranya agihan zakat diterima oleh setiap asnaf
dan majoriti yang menerimanya merasa berpuashati dengan penerimaan bantuan tersebut. Fokus kajian ini
adalah tertumpu kepada masyarkat Orang Asli daerah Sepang, Selangor iaitu di Kampung Orang Asli Jenderam
Hilir, Kampung Orang Asli Sungai Buah, Surau mansuriah dan juga Kampung Orang Asli Sungai Melut. Kajian
ini adalah bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan yang diterima, proses permohonan dan agihan
bantuan, maklumat bantuan serta untuk melihat maklum balas berkenaan dengan kelas agama yang dianjurkan
oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan iaitu melalui
borang soal selidik dan temubual di mana sampel kajian kepada 17 asnaf dimana empat daripadanya ialah asnaf
mualaf dan selebihnya di bawah kategori asnaf fakir dan miskin.
KataKunci: Bantuan zakat, Orang Asli, Lembaga Zakat Selangor (LZS)
ABSTRACT
Zakat is the third pillar of Islam where is every Muslim needs to pay it regardless of whether zakat fitrah,
wealth, income and so on. Zakat management is seen as successful if the distribution of zakat is accepted by
each asnaf and the majority who accept it are satisfied with the receipt of the aid. The focus of this study was on
the Orang Asli community in Sepang, Selangor which is Kampung Orang Asli Jenderam Hilir, Kampung Orang
Asli Sungai Buah, Surau mansuriah and Kampung Orang Asli Kampung Melut. The study aims to look at the
forms of aid received, application process and distribution of aid, information of aid and lastly to view feedback
on religious classes organized by the Selangor Zakat Board (LZS). Therefore, this study uses field research
methods through questionnaires and interviews where the sample of the study is 17 asnaf where four are asnaf
mualaf and the rest are under the consisted of poor and needy recipients.
Keywords: zakat aid, Orang Asli, Selangor Zakat board (LZS)
PENGENALAN
Masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti yang membentuk sebahagian daripada populasi masyarakat
Malaysia dengan anggaran jumlah penduduknya di antara 140,000 hingga 180,000 orang. Bancian yang telah
dijalankan oleh Banci Penduduk dan Perumahan 2000, menunjukkan seramai 132,873 masyarakat Orang Asli
iaitu mewakili sejumlah 0.5 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Daripada jumlah tersebut, JAKIM
(2007) telah menganggarkan seramai 30,000 orang daripada masyarakat Orang Asli menganut Islam. Antara
lain, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2012, jumlah Orang Asli
sekitar selangor adalah berjumlah 17, 875 orang. Dimana lelaki adalah seramai 9,254 orang dan perempuan
sebanyak 8,333 orang yang diwakili oleh 73 kampung. Daripada jumlah tersebut seramai 746 orang adalah
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
174
dibawah kategori miskin. Seterusnya, data taburan Orang Asli mendapati terdapat tiga kategori kaum Orang
Asli di Selangor iaitu 5,073 orang kaum senoi, 1,2511 orang melayu proto dan 3 orang Negrito.
Berdasarkan angka yang telah dinyatakan, jelas bahawa masyarakat Orang Asli juga perlu diberi
perhatian oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan. Hal
ini bertepatan dengan potongan ayat al quran dari surah at Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-
pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang
yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai
sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Ayat ini memberi penjelasan secara terperinci kumpulan yang layak menerima bantuan agihan zakat
antaranya ialah fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba), gharimin (berhutang), fisabilillah (orang yang
berjuang mempertahankan agama Allah) dan ibnu sabil (orang Islam yang kehabisan belanja semasa
memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak).
Keutamaan pembahagian zakat mengikut asnaf bertujuan untuk memastikan kesemua asnaf dilayan dengan
sewajarnya.
Oleh itu, usaha penambahbaikan telah dilakukan oleh LZS agar kesemua masyarakat Islam dilayan
secara sama rata. Pada 1 April 2017, urusan agihan dan bantuan zakat bagi asnaf mualaf telah dipindahkan
daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi pewartaan
terhadap pindaan Peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan Pengajaran Mualaf Tahun 2017 dalam warta Kerajaan
Negeri Selangor, pada 16 Mac 2017. Tujuan pemindahan tersebut adalah untuk menyelaras dan membuat
penjajaran semula fungsi serta aktiviti asnaf mualaf bagi urusan agihan, bantuan kebajikan dan pendidikan
kepada kira-kira 12,000 asnaf mualaf. Disamping itu, pemindahan ini adalah bagi mengatasi masalah
pertindihan tugas, menambah baik sistem perkhidmatan pelanggan yang sedia ada dan mengelak kelewatan
bantuan kepada asnaf mualaf. Sebelum ini, urusan agihan dan bantuan kepada asnaf mualaf dikendalikan oleh
pihak MAIS di 10 pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Selangor akan diselaraskan serta diuruskan oleh LZS
yang mempunyai 27 cawangan di seluruh negeri. (harian metro; Selangor kini, 2017).
Maklumat yang dikeluarkan di dalam Portal Lembaga Zakat Selangor mencatatkan kenaikan jumlah
kutipan dan agihan sepanjang tahun. Hal ini menunujukkan semakin meningkat kesedaran orang ramai akan
kepentingan menunaikan zakat dan mereka juga percaya kepada institusi zakat Selangor. Pada tahun 2012
jumlah kutipan zakat adalah bernilai RM 451.3 juta, 2013 meningkat kepada RM 517.3 juta, 2014 sebanyak RM
582.2 juta berjaya dikutip. Seterusnya pada tahun 2015 jumlah kutipan terus meningkat sebanyak RM 627.2 juta
dan pada tahun lepas iaitu tahun 2016 jumlah kutipan yang diterima oleh LZS ialah RM 673.7. Kesemua jumlah
kutipan ini telah diagihkan kepada asnaf yang layak menerima zakat seperti fakir, miskin, amil, muallaf,
gharimin, fisabilillah, riqab dan juga ibnu sabil. Pada tahun 2012, jumlah agihan adalah RM 407.7 juta, tahun
2013 meningkat kepada RM 463.4 juta. Peningkatan agihan turut berlaku pada tahun 2015 iaitu kepada RM
595.7 juta. Pada tahun 2015 jumlah agihan meningkat kepada RM 676.0 juta dan catatan pada akhir tahun 2016
menunjukkan agihan meningkat kepada RM 697.4 juta.
Pengagihan bantuan ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan jasmani semata-mata malah ia juga
bertujuan untuk memenuhi keperluan rohani individu. Mohammad Nidzam Abd. Kadir (2011) menyatakan
bantuan awal ini adalah untuk tujuan sokongan moral daripada saudara seagama. Rosbi Abd Rahman (2011)
dalam kajiannya mendapati bahawa bentuk bantuan yang diberikan kepada asnaf fakir atau miskin adalah
berbentuk produktif seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan sara hidup, bantuan makanan, pendidikan,
kesihatan dan lain-lain dan bantuan tidak produktif seperti bantuan modal perniagaan, kursus motivasi, ceramah
agama dan banyak lagi. Mahyuddin Haji Abu Bakar & Abdullah Haji Abd.Ghani (2011) dalam kajianya
menyatakan pengagihan zakat kepada Mualaf dapat membantu menguatkan iman mereka dan mewujudkan rasa
kekitaan orang Islam untuk membantu mereka yang memerlukan seperti kumpulan ini. Menurut Mohd. Faisol
Ibrahim, & Musani, S (2010), pengagihan zakat boleh menguatkan ekonomi dan menigkatkan sosial mereka
(untuk mempertahankan kepercayaan dan pemikiran mualaf) dengan mengurangkan beban kemiskinan mereka
dan pada masa yang sama membuat mereka merasa diterima di kalangan masyarakat Islam. Disamping itu,
kajian oleh Fuadah Johari et al (2013) mendapati bahawa terdapat 31 jenis program yang telah dilaksanakan
oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk memastikan mualaf bersedia menghadapi pelbagai cabaran
cabaran sebagai saudara baru.
Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang diterima oleh asnaf Orang Asli
di perkampungan Orang Asli daerah Sepang, Selangor di bawah kategori asnaf mualaf dan asnaf fakir miskin
dengan mengenal pasti bentuk dan nilai bantuan yang diterima bagi membuktikan wujudnya manfaat kepada
mereka dan memberi keyakinan kepada pembayar zakat bahawa setiap zakat yang dikeluarkan oleh mereka
diagihkan dengan sewajarnya dan bukanya hanya tertumpu kepada orang melayu sahaja sebaliknya mualaf dari
kaum atau bangsa lain seperti Cina, India dan Asli juga turut merupakan penerima bantuan tersebut. Kajian ini
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
175
turut mengkaji persepsi penerima bantuan zakat terhadap layanan pegawai, kelas atau program yang dianjurkan
oleh LZS serta melihat tahap kepuashatian mereka terhadap bantuan yang diterima.
Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan masyarakat Orang Asli
berkenaan dengan bentuk-bentuk bantuan dan jumlah bantuan yang diagihkan oleh LZS serta untuk memberikan
maklum balas kepada pihak yang berwajib seperti LSZ, JAKOA dan juga Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)
dalam menangani isu ketidakpuashatian Orang Asli terhadap bantuan yang diberikan sekiranya ada. Kajian ini
disusun seperti berikut iaitu bahagian pertama ialah pengenalan dengan kajian lepas. Bahagian seterusnya ialah
metodologi, hasil kajian, implikasi dasar dan akhirnya disudahi dengan kesimpulan.
KAJIAN LEPAS
Masyarakat asli merupakan masyarakat minoriti di Malaysia yang baru mengenali Islam dan mereka
memerlukan bantuan serta bimbingan daripada masyarakat Islam lain untuk memahami ajaran Islam. (Mohamad
Zulkifli Abdul Ghani et al, 2014) memperlihatkan pendekatan dakwah kepada masyarakat Asli sewajarnya
berasaskan lima prinsip asas maqasid al-syariah iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal,
memelihara keturunan dan memelihara harta sebagai asas pemahaman Islam kepada masyarakat ini. Kesedaran
untuk hidup beragama dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih ditahap sederhana. Padzal Haji Mokhtar
(1997) dalam kajiannya menyatakan sebilangan kecil Orang Asli menganut agama seperti Agama Islam,
Kristian, Bahai dan Buddha, manakala sebahagian besarnya masih berpegang kepada ‘agama’ atau kepercayaan
tradisi mereka iaitu Animisme. Terdapat enam faktor penentu masyarakat Orang Asli memasuki Islam iaitu
disebabkan faktor perkahwinan, bantuan kewangan, mendapat ilham daripada laungan azan, pengkajian,
pengaruh, minat terhadap islam (Ahmad Fauzi Shahar et al, 2017).
Oleh itu, reformasi dalam pengurusan zakat telah dilaksanakan oleh institusi zakat setiap negeri di
Malaysia ini untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir dalam mendalami dan menghayati ajaran
Islam. Justeru itu, seramai 30 peserta di kalangan saudara baru Orang Asli telah menjalani Kursus Pemantapan
Akidah Mualaf selama tiga hari anjuran Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Mualaf. Tujuan program ini
dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada peserta kefahaman Islam dengan lebih jelas dan juga
memantapkan akidah di kalangan mualaf. Matlamat program ini tercapai bila mana para peserta perlu
mengambil Ujian Kefahaman Islam dan Latihan Praktikal bagi mendalami Agama Islam dengan lebih
terperinci. Disamping itu, para peserta juga turut diberi pendedahan dengan aktiviti seperti Ceramah, Slot
Tazkirah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Praktikal Solat (MAIS, 2015). (utusan, 2016); melalui Asnaf
Zakat Mualaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Orang Asli diberikan pendidikan agama melalui
kelas bimbingan fardu ain di 38 perkampungan Orang Asli sebanyak lapan kali sebulan. Program latihan mualaf
turut dirancang mengikut keperluan semasa seperti kelas dakwah yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah
Negeri Sembilan dan di 18 masjid seluruh daerah. Mualaf yang baharu memeluk Islam juga diwajibkan
menghadiri Kursus Asas Kefahaman Islam selama enam hari yang diadakan setiap bulan. Usaha dakwah kepada
Orang Asli terus dilaksanakan dengan pelbagai cara antaranya mewujudkan Pelan Strategi Dakwah Negeri
Sembilan, Proses Perakayasaan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(Mampu), Kumpulan Inovasi dan Kreatif peringkat Negeri Sembilan serta Anugerah Inovasi Islam Kebangsaan
2016.
Seterusnya, agihan bantuan zakat juga disalurkan kepada asnaf Orang Asli mualaf dan fakir atau
miskin agar mereka tidak merasakan diri mereka disisihkan. Pelbagai jenis atau bentuk bantuan telah
diperkenalkan untuk asnaf fakir atau miskin dan juga asnaf mualaf. Antaranya ialah bantuan pendidikan,
bantuan perubatan, elaun kewangan bulanan dan sebagai. Pihak MAINS telah memberikan sumbangan bantuan
makanan kepada 630 keluarga Orang Asli Islam di 68 perkampungan Orang Asli seluruh Negeri Sembilan bagi
membantu meringankan beban mereka. Seterusnya, Orang Asli turut layak memohon skim bantuan lain seperti
bantuan hari raya, dermasiswa serta bantuan am merangkumi sara hidup, perkahwinan, hutang, pembelian
motor, pelajaran, perubatan dan sebagainya (utusan, 2016). Seterusnya, (berita harian, 2017) melaporkan
maklumat, LZS telah menyerahkan susu khas dan lampin dewasa kepada seorang asnaf yang menghidapi sakit
saraf muka dan lemah otot di Jalan Gombak Batu 8.
Objektif pemberian bantuan adalah untuk memenuhi keperluan harian setiap Muslim yang berada di
bawah kategori asnaf. Sedikit sebanayak dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam
aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi (Manan, 2003). Mohd Parid Syeikh Ahmad (2001)
pula mendapati pengagihan zakat perlu mencapai tahap kecukupan dan keselesaan hidup penerima zakat dan
keluarga yang dibawah tanggunganyya. Selain itu, menurutnya agihan tersebut perlu mencapai kadar tertentu
yang menjamin kualiti hidup yang berterusan. Sekiranya jumlah kutipan adalah banyak, maka jumlah agihan
yang akan diterima oleh asnaf zakat turut meningkat dan ini akhirnya akan memberi kesan positif kepada asnaf
zakat dalam aspek ekonomi seperti peningkatan jumlah bantuan dan jenis bantuan zakat, peningkatan jenis dan
jumlah bantuan modal kepada asnaf yang memungkinkan mengeluarkan asnaf terutamanya asnaf fakir dan
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
176
miskin dari masalah kemiskinan (Chapra, 1992) atau sekurang-kurangnya secara relatif dapat meningkatkan
kualiti hidup asnaf (Hairunnizam Wahid et al. 2011).
Isu birokrasi menyebabkan asnaf merasakan sukar untuk menerima bantuan daripada institusi zakat. Di
mana proses kelulusan untuk setiap permohonan bantuan zakat mengambil masa agak lama bergantung kepada
bentuk-bentuk bantuan yang dimohon. Swaibatul Aslamiah Hj. Husain et al (2015) dalam kajiannya
menjelaskan bahawa prosedur kutipan dan agihan adalah tatacara yang diwujudkan bagi memastikan jumlah
pungutan dan agihan diurus dan dikendalikan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan serta
diperakaunkan dengan sempurna Namun, masih terdapat segelintir masyarakat memandang serong dengan
institusi zakat kerana tempoh masa kelulusan mengambil masa yang lama. Muhammad Syukri Salleh (2006)
dalam kajiannya mendapati wujudnya isu birokrasi yang menyukarkan asnaf untuk mendapatkan bantuan
disebabkan oleh asnaf perlu mengisi borang yang seterusnya menimbulkan masalah dalam sistem pengurusan
dan seterusnya menyebabkan ramai asnaf yang berkelayakan tidak memperoleh bantuan selayaknya dan amaun
bantuan adalah tidak relevan. Ia disokong dengan kajian yang dibuat oleh Hairunnizam Wahid et.al (2009);
mendapati majoriti responden beralasan kaedah pengagihan zakat adalah tidak jelas iaitu sebanyak 36.7 peratus
diikuti masalah maklumat pengagihan yang tidak menyeluruh (32%), pengagihan tidak menyeluruh mengikut
asnaf (19.7%), jumlah pengagihan wang yang tidak mencukupi (6.4%) dan akhirnya masalah-masalah lain (5%).
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh institusi zakat bagi menangani masalah kemiskinan di Negara
Malaysia dengan memastikan kesemua pihak dapat dibantu berdasarkan kelayakan yang sewajarnya.
Walaubagaimanpun, masih wujud keadaan di mana masih terdapat asnaf yang tidak mendapat bantuan. Keadaan
ini berlaku kerana pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenal pasti asnaf secara tepat terutamanya golongan
fakir dan miskin. Hal ini terjadi kerana kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan
zakat terlalu besar. Semakin luas kawasan dipertanggungjawabkan, semakin besar jurang perhubungan antara
pusat pengurusan zakat dengan pembayar zakat (Muhammad Syukri Salleh, 2006). Oleh itu, dalam kajiannya
beliau telah mencadangkan kepada institusi zakat membuat kaedah penyetempatan zakat dengan mengecilkan
kawasan tanggungjawab dan mengendurkan pemusatan yang sedia ada (Muhammad Syukri Salleh, 2006).
Tambahan pula, terdapat kajian yang membuktikan wujud hubungan yang signifikan antara persepsi
penyetempatan pengagihan zakat dan peranan masjid sebagai cawangan institusi zakat (Hairunnizam Wahid et
al, 2012).
Masalah berbangkit seperti ini juga merupakan penyumbang kepada kurang kepercayaan masyarakat
terhadap institusi zakat yang akhirnya mereka bertindak untuk menyerahkan zakat terus kepada asnaf. Abdullah
Ibrahim (1999); situasi ini bertambah buruk apabila orang ramai akan membayar zakat secara terus kepada asnaf
disebabkan oleh salah faham terhadap institusi yang menguruskan dana zakat tersebut. Sanep Ahmad et al
(2006) mendapati lebih buruk lagi jika orang ramai tidak mahu membayar zakat harta tetapi hanya membayar
zakat fitrah sahaja. Perbuatan seperti ini adalah salah di sisi agama kerana setiap daerah atau penempatan telah
dilantik amil untuk mengutip zakat. Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam ucapannya menetapkan
hukum menyerahkan terus kepada asnaf adalah haram kerana mengikut hukum syarak, apabila wujud badan
yang dilantik oleh kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat
kepada badan itu. Tujuaanya adalah kerana badan badan tersebut sudah ditugaskan untuk mencari dan
mengumpulkan asnaf yang ada serta menyampaikan secara adil hasil zakat (harian metro, 2016).
Masalah ketidakcukupan dan ketidakpuashatian pembayar dan penerima bantuan boleh diatasi
sekiranya masyarakat di Negara Malaysia ini tidak hanya menyalahkan institusi zakat yang menguruskan dana
zakat tanpa mengambil tahu situasi sebenar yang berlaku dan penerima bantuan juga haruslah bukannya
mengharapkan bantuan daripada orang ramai semata-mata. Menurut Mohd Ali Mohd Nor et al (2004) dalam
kajiannya berpendapatan bahawa faktor keimanan dan pengetahuan zakat juga mempengaruhi pembayaran
zakat. Sekiranya tahap keimanan dan tahap pengetahuan tentang zakat meningkat, maka seseorang akan
semakin cenderung untuk membayar zakat. Institusi zakat perlu menitikberatkan nilai keagamaan dalam diri
asnaf memandangkan ia amat penting dalam mengubah sikap asnaf berubah diri ke arah yang lebih positif
(Hairunnizam Wahid et al., 2010). Dalam kajiannya yang lain pula mendapati bahawa asnaf telah menunjukan
perubahan sikap yang positif dimana majoriti asnaf yang berminat menyertai bidang keusahawanan turut ingin
melibatkan diri dalam aktiviti dan khidmat sosial (Hairunnizam Wahid et al. 2011).
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menjalankan temu bual dan soal selidik kepada
penerima bantuan zakat di perkampungan Orang Asli daerah Sepang. Seramai 17 orang penerima zakat telah di
temubual dimana 4 daripadanya adalah penerima bantuan zakat di bawah kategori mualaf Orang Asli dan
selebihnya iaitu 14 orang adalah asnaf fakir atau miskin. Temubual ini dijalankan pada bulan November 2017 di
kediaman Asnaf sendiri Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Buah, Jenderam hilir, Sungai Melut dan Surau
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
177
Mansuriah. Pertanyaan yang diajukan terdiri daripada tiga bahagian, bahagian A adalah berkenaan dengan latar
belakang responden dan bentuk bantuan yang diperoleh beserta jumlah, bahagian B ialah pandangan asanf
terhadap agihan bantuan zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor dan akhir sekali bahagian C
ialah komen serta cadangan penambahbaikan.
Kajian ini telah mengadaptasikan kajian yang dibuat oleh (Mokhtari, K., & Sheorey, R, 2002); kajian
mengukur strategi membaca pelajar ESL untuk membentuk tahap kepuashatian responden iaitu nilai min di
bawah 2.4 adalah tahap kepuashatian rendah, nilai antara 2.5 hingga 3.4 adalah sederhana dan nilai min
melebihi 3.5 adalah tahap kepuashatian yang tinggi. Penerima zakat ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur
dan jantina. Ketika menjalankan temu bual, pengkaji mendapati sukar bagi pengkaji mendapatkan maklum balas
responden kerana kebanyakkan daripada mereka tidak tahu membaca dan ia memakan masa yang lama untuk
menyiapkan borang soal selidik tersebut. Namun, tiada masalah dalam proses temu bual kerana kesemua
responden juga berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.
HASIL KAJIAN
Profil responden: Penganalisisan data dibuat untuk mengenalpasti bentuk bantuan yang diterima oleh Orang
Asli sekitar daerah Sepang, Selangor. Daripada kajian yang dilakukan menunjukkan taburan jantina adalah
kurang seimbang antara responden lelaki dan perempuan iaitu lelaki 11.76 peratus dan wanita 88.24 peratus
disebabkan oleh kaum lelaki pergi bekerja. Responden tertinggi adalah berumur antara (21-30) dan (31-40) iaitu
35.29 peratus, responden berumur 41 tahun ke atas adalah sebanyak 23.53 peratus dan responden berumur 20 ke
bawah adalah yang paling sedikit iaitu hanya 5.88 peratus. Hasil daripada borang soal selidik yang diedarkan,
terdapat berbezaan suku kaum dalam masyarakat Orang Asli di sini iaitu Temuan sebanyak 82.35 peratus,
Mahmeri 11.76 peratus, dan Melayu Proto sebanyak 5.88 peratus. Dapatan kajian juga memaparkan peratusan
Orang Asli yang telah lama memasuki Islam iaitu selama 6 tahun ke atas ialah 76.47 peratus, (4-5) tahun
sebanyak 17.65 peratus dan (1-3) tahun hanya 5.88 peratus (Lihat Jadual 1).
Soal selidik ini telah dijalankan kepada empat-empat buah tempat iaitu KOA Jenderam Hilir, Sungai
buah, KOA Sungai Melut dan Surau Mansuriah. Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh LZS kepada Orang
Asli di daerah Sepang daripada LZS adalah seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan umum persekolahan,
bantuan berkhatan, elaun kehadiran kelas agama, kursus dan latihan, bantuan perkahwinan dan saguhati hari
raya (jadual 2) di bawah kategori asnaf mualaf dan juga fakir atau miskin. Merujuk jadual 2, KOA Jenderam
Hilir mewakili 5 orang responden dimana purata bantuan yang diterima adalah; elaun kehadiran kelas RM 206,
elaun kursus dan latihan serta elaun kewangan hanya sorang sahaja daripada lima orang responden yang
memperoleh bantuan ini iaitu sebanyak RM 120 dan RM 200. Seterusnya, agihan ini turut dinikmati oleh asnaf
di Surau Mansuriah. Purata bantuan kewangan bulanan yang diterima adalah sebanyak RM 350, elaun kelas
agama RM 322.50, bantuan raya RM 483.33. Manakala, agihan purata yang diperoleh oleh masyarakat Orang
Asli di KOA Sg buah bagi bantuan kewangan bulanan adalah sebanyak RM 400, bantuan persekolahan RM 750,
elaun perkahwinan pertama kali adalah sebanyak RM 2,000, elaun kelas agama RM 372, dan purata sanguhati
hari raya RM 400. Akhir sekali, KOA Sungai Melut hanya mewakili 2 orang responden sahaja. Purata bantuan
kelas yang diterima adalah sebanyak RM 400 dan bantuan raya adalah RM500 yang hanya diterima oleh
seorang responden.
Berdasarkan Jadual 3, jumlah bantuan adalah tidak tetap ia bergantung kepada tanggungan sesebuah
keluarga menurut IF 1, ada juga Orang Asli ini mendapat elaun perkahwinan bagi perkahwinan yang pertama
seperti IF 11 pada jadual 3. Seterusnya, terdapat juga informan yang tidak mengetahui jumlah bantuan
sebaliknya hanya mengetahui selepas cek di bank seperti yang dikatakan oleh IF 12. Antara lain ada diantarnya
menyatakan bahawa jumlah bantuan yang diterima bukanlah dalam angka yang besar tetapi mencukupi untuk
menampung sedikit perbelanjaan harian seperti yang dinyatakan oleh IF 2, IF 6 dan disokong oleh IF 15.
Majoriti kesemua responden mengatakan bahawa mereka hanya memperoleh bantuan kelas, elaun makanan dan
juga bantuan raya sahaja.
Pandangan informan-informan yang ditemubual berkenaan dengan prosedur permohonan di Jadual 4,
sesestengah mengatakan proses permohonan agak susah dan rumit. Hal ini kerana, menurut IF 1 terdapat
beberapa salinan ic yang diperlukan dan IF 5 dan IF 16 menyatakan proses ini memakan masa yang lama untuk
mengisi borang permohonan serta masa nak mendapatkan cop pengesahan setiap salinan dokumen seperti ic.
Tambahan pula terdapat juga informan yang mengalami masalah unttuk mengisi borang tersebut disebabkan
oleh kekurangan pemahaman dan membaca. Oleh itu, ustazah atau ustaz yang mengajar akan membantu mereka
untuk mengisi seperti yang dikatakan oleh IF 4. Ada juga diantara mereka menyatakan tempoh masa yang
diambil oleh pihak LZS untuk meluluskan agak lama tetapi pada pandangan IF 8 itu merupakan prosedur biasa
sebelum permohonan diluluskan. Seterusnya, disebabkan terdapat kekangan masa untuk menyiapkan dan
menghantar borang tersebut ke pejabat zakat, IF 9 merasakan kesukaran untuk beliau memohon bantuan kerana
akhirnya tiada jawapan yang diterima daripada LZS dan ia juga dinyatkan oleh IF 12 yang juga tidak memohon
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
178
bantuan perkahwinan pertamanya disebabkan oleh proses yang lama ini. Namun begitu, ada juga yang
meyatakan proses permohanan mudah dan merupakan prosedur biasa yang telah digunakan sejak dahulu lagi
seperti yang dinyatakan oleh IF 11 dan IF 8.
Disamping itu, purata informan menyatakan maklumat ataupun pengetahuan mereka tentang bantuan
ini adalah dibantu oleh makluman daripada ustazah atau ustaz yang mengajar semasa kelas dan juga diperoleh
daripada penggerak masyarakat (rujuk Jadual 5). Walaubagaimanapun, terdapat juga ketirisan dalam
menyampaikan maklumat bantuan ini seperti yang dinyatakan oleh IF 16 dimana beliau hanya mengetahui elaun
kelas agama dan bantuan raya sahaja, bantuan-bantuan lain tidak diketahui. Ada diantaranya juga sudah malas
untuk memohon kerana sering kali tidak mendapat maklum balas daripada LZS, IF 9.
Seterusnya, kajian ini juga melihat kepada kelas atau program agama yang dianjurkan oleh LZS yang
merupakan usaha LZS untuk membantu Orang Asli di sekitar Sepang tidak ketandusan dalam ilmu agama.
Kelas ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka lebih mememahami agama Islam dan mendalami ajaran
Islam serta di sini juga maklumat-maklumat bantuan dan bantuan makanan dan separuh daripada elaun kelas
agama diberikan. Rata-rata daripada mereka menyatakan keseronokkan belajar di kelas yang diadakan di surau
kampung-kampung tersebut kerana di situ mereka dapat belajar mengaji dan juga kelas fardhu ain contohnya
seperti yang dikatakan oleh IF 2 dan IF 6. IF 2 juga menyatakan keseronakkannya hadir ke kelas kerana
disamping belajar agama, bantuan juga dapat diterima olehnya. Disebalik itu, ada juga di antara mereka
mempunyai masalah kekangan masa ada juga yang tidak dapat hadir ke kelas seperti IF 4 dan IF 15 kerana ada
masalah kesihatan dan juga perlu menjaga anak-anak di rumah. Masalah susah untuk mengingati ilmu yang
diajar oleh ustaz juga wujud pada IF 9 kerana faktor usia seperti yang dikatannya. Seterusnya, IF 13 menyatakan
beliau seronok hadir ke kelas walaupun dia tidak memperoleh elaun kelas tersebut kerana informan tersebut
bukanya Orang Asli yang mendapatkan keistimewaan seperti itu. (jadual 6)
Jadual 7, menunjukkan soalan mengenai (1) jumlah bantuan, (2) proses bantuan, (3) maklumat bantuan
dan (4) layanan pegawai dan kelas. Jika dilihat secara purata keseluruhan, keputusan menunjukkan bahawa
responden/informan di Koa Jenderam Hilir berpuas hati tahap tinggi dengan agihan zakat untu Orang Asli oleh
LZS, iaitu min 3.55 dan kampung yang lain iaitu surau Mansuriah, KOA Sungai Buah dan KOA Sungai Melut
nilai min adalah 3.36, 3.34 dan 2.88 yang mana ia mewakili tahap puas hati sederhana. Berdasarkan soalan
kategori (1) jumlah bantuan; tahap kepuashatian responden/informan bagi keempat-empat tempat adalah pada
tahap sederhana. KOA Jenderam Hilir menunujukkan nilai min adalah 3.11 iaitu nilai min yan tertinggi
berbanding dengan kampong-kampung yang lain. Min purata bagi Sungai buah adalah 3.24 lebin tinggi
berbanding min surau Mansuriah iaitu 3.04. Manakala min bagi KOA Sungai melut adalh paling rendah iaitu
bernilai 2.71. Bagi soalan (2) proses bantuan; setiap kampong juga menyatakan tahap kepuashatian sederhana.
KOA Jenderam hilir memperoleh nilai min 3.3, surau Mansuriah 2.75, KOA Sungai Buah 2.92 dan KOA
Sungai Melut nilai purata min ialah 2.25. Nilai ini dipengaruhi oleh maslah untuk mengisi borang permohonan
zakat itu sendiri dimana majoriti diantara mereka tidak reti membaca dan ia akan mengambil masa untuk
memohon dan menghantar borang ke pejabat zakat Salak Tinggi.
Bagi soalan (3) maklumat bantuan; KOA jenderam Hilir memperoleh nilai min 3.24 iaitu nilai min
tertinggi diantara yang lain. Faktor yang memepengaruhi nilai min ini adalah kerana responden di kampung ini
mudah untuk mengakses maklumat daripada penggerak kampung yang aktif dan juga ustazah yang sangat
membantu. Manakala min bagi surau Mansuriah dan KOA Sungai Buah adalah sebanyak 3.00 dan KOA Sungai
Melut 2.90. Soalan 3 ini turut merupakan tahap puas hati responden adalah sederhana. Manakala soalan (4)
layanan pegawai dan kelas; tahap puas hati responden ialah pada tahap yang tinggi. Nilai min bagi KOA
Jenderam Hilir ialah 4.53, surau Mansuriah 4.67, KOA Sungai Buah 4.22, dan Kampung Sungai Melut nilai
minnya ialah 3.67. Maklum balas daripada responden kebayakkannya memuji pegawai yang menganjurkan
program di kampong tersebut dan ustaz/ ustazah yang mengajar.
Rata-rata keputusan menunjukkan bahawa informan bersetuju bahawa mereka berpuas hati tahap
sederhana terhadap jumlah bantuan yang diagihkan kepada Orang Asli. Selain itu, bagi soalan prosedur
permohoanan bantuan dan maklumat bantuan tahap puas hati berada pada tahap tinggi namun ada juga yang
berpuas hati tahap sederhana. Selanjutnya, dari segi layan pegawai daan kelas agama yang dianjurkan
menunjukkan tahap puas hati yang tertinggi kepada kesemua responden. Berdasarkan temu bual yang dilakukan
ini, hasil menunjukkan bahawa terdapat ramai lagi masyarkat Orang Asli tidak mendapatkan perhatian dari LZS
dari segi bentuk bantuan yang diperoleh dimana mereka hanya di dedahkan untuk bantuan elaun kelas dan
bantuan raya. Namun begitu, dari segi kelas agama yang dianjurkan sedikit sebanyak membantu Orang Asli di
perkampungan ini lebih memahami dan dapat mendalami agama Islam yang sebenar.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Penambaikkan secara berterusan ke atas bentuk-bentuk bantuan yang diagihkan kepada Orang Asli sewajarnya
dititikberatkan oleh LZS. Sepanjang kajian dijalankan, hanya sedikit sahaja bantuan yang diterima oleh mereka
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
179
iaitu hanya tertumpu kepada elaun kelas agama, bantuan makanan dan saguhati hari raya. Bantuan lain tidak
didedahkan kepada mereka. Maklum balas dari informan ada yang menyatakan bahawa tidak ada lagi
peruntukan untuk anak kurang upaya setelah beliau memasuki Islam lebih daripada lima tahun. Masalah
peruntukan bantuan ini harus diambil cakna oleh LZS agar nasib masyarakat Orang Asli islam turut diberi
perhatian. Tujuannya adalah supaya tiada lagi pihak-pihak yang menunding jari kepada LZS disebabkan agihan
yang tidak menyeluruh ini. Disamping itu, terdapat juga informan yang mahukan penambahbaikkan bantuan
persekolahan.
Seterusnya, nilai bantuan yang diperuntukkan oleh LZS adalah bersesuaian dengan jumlah tanggungan
dan juga pendapatan mereka. Dimana setiap ketua isi rumah diberikan suatu jumlah bantuan mengikut
kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak LZS setelah pegawai zakat menganalisa maklumat yang diberikan
oleh pemohon. Komen positif yang diterima daripada responden di daerah Sepang ini adalah mereka sangat
berpuas hati dengan bantuan yang diberikan kerana sedikit sebanyak bantuan yang diterima oleh mereka dapat
membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan harian. Walaupun ada juga yang mengatakan bantuan ini tidak
mencukupi tetapi mereka juga sedar asnaf di negeri Selangor ini kian bertambah.
Hasil kajian mendapati proses permohonan zakat berada pada tahap puas hati yang sederhana. Majoriti
informan adalah tidak bersekolah, hal ini menyukarkan mereka untuk memahami kandungan yang terdapat di
dalam borang permohonan tersebut. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan pihak lain seperti anak-anak, jiran-
jiran atau ustazah atau ustaz yang mengajar untuk membantu mereka mengisi borang tersebut. Sudah semestinya
proses ini mengambil masa yang agak lama disebabkan oleh masalah ini dan ada juga informan yang tidak
menerima maklum balas daripada pegawai zakat berkenaan dengan bantuan yang dimohon. Hasil temu bual
juga mendapati terdapat informan yang berkelayakan untuk memohon bantuan sebaliknya mengambil tindakan
untuk tidak memohon kerana beliau merasakan proses permohonan mengambil masa yang lama. Tempoh masa
yang diambil untuk pegawai meluluskan borang permohonan tersebut mengambil masa 2 hingga 3 minggu
sebelum bantuan di beri sama ada secara tunai atau di masukkan ke dalam akaun pemohon. Walaupun terdapat
masalah seperti ini, ada diantara informan yang memahami masalah kelewatan bantuan diterima kerana
responden sedar akan setiap maklumat yang diberikan oleh mereka perlu disemak dan diselidik terlebih dahulu
oleh pegawai zakat agar tiada penipuan maklumat diberikan untuk tujuan nilai bantuan dinaikkan.
Dari segi maklumat bantuan pula, majoriti informan daripada KOA Jenderam hilir memberi maklum
balas yang baik, mereka bersepakat menyatakan maklumat bantuan adalah sangat diketahui oleh mereka.
Maklumat bantuan diperoleh daripada jawatankuasa kampung yang sangat aktif memainkan peranan sebagai
penggerak masyarakat dan juga ustazah yang mengajar di surau batu 13 tersebut juga sangat membantu untuk
memberitahu tarikh atau masa bantuan akan diberikan kepada mereka. Sebaliknya bagi informan di Kampung
Orang Asli Sungai Melut dan Kampung Kampung Orang Asli Sungai Buah mereka tidak mengetahui secara
menyeluruh berkenaan dengan bantuan yang boleh dimohon oleh mereka. LZS sewajarnya mempelbagaikan
lagi kaedah penyampaian maklumat bantuan zakat kepada Orang Asli ini contohnya melalui media massa yang
lebih dekat dengan mereka.
Maklum balas yang positif diterima daripada informan berkaitan dengan kelas atau program agama
yang dianjurkan oleh LZS. Majoriti informan seronok mengikuti kelas tersebut kerana ustazah atau ustaz yang
mengajar dengan baik. Kelas agama seperti kelas fardhu ain dan kelas mengaji ini sangat membantu mereka
dalam menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan juga mendalami agama Islam lagi. Usaha LZS untuk
terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat kecil Orang Asli khususnya di Selangor harus dipuji kerana
secara tidak langsung ianya membantu mereka mengenali Islam dengan lebih baik. Penambahbaikan yang
dikehendaki oleh informan semasa temubual dijalankan ialah LZS perlu mewujudkan kembali kemudahan
pengangkutan untuk ke program atau kelas yang jauh daripada perkampungan mereka.
KESIMPULAN
Perlaksanaan agihan bantuan zakat kepada Orang Asli ini telah memberi peluang kepada asnaf-asnaf yang
kurang bernasib baik memperbaiki dan juga memenuhi keperluan hidup mereka. Berdasarkan kajian ini, bantuan
yang diberikan amat membantu ekonomi rumah tangga mereka dimana separuh daripadanya bekerja sendiri
untuk menampung keperluan hidup. Pelbagai jenis bantuan yang telah disalurkan oleh LZS dan juga pihak
JAKOA agar masyarakat Orang Asli mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain.
Sumbangan seumpama ini akan memberikan kesan yang positif kepada pembayar zakat kerana melalui
perkembangan-perkembangan seperti kajian ini, pembayar zakat dapat melihat usaha murni institusi zakat dalam
menyantuni golongan yang ketinggalan dari segi ekonomi dan sedikit sebanyak pemberi zakat mengetahui dana
zakat yang dikeluarkan oleh mereka diuruskan dengan sebaik mungkin. Kesaannya, dapat meningkatkan
keyakinan pembayar zakat untuk terus terus berurusan dengan institusi zakat-zakat di Malaysia tanpa ada
persepsi yang negatif. Perkara seperti ini bukan sahaja dapat membantu mewujudkan imej yang baik terhadap
institusi zakat malah dapat mengurangkan kritikan-kritikan yang tidak sewajarnya terhadap institusi zakat.
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
180
Disamping itu, laporan tahunan oleh institusi zakat yang dikeluarkan mampu memberi pengetahuan dan
maklumat kepada orang awam berkenaan dengan jumlah kutipan, pengagihan, jenis agihan zakat setiap tahun
dan lain- lain. Zakat yang dikeluarkan dan diagihkan merupakan simbol penyatuan ummah dan juaga dapat
membantu Negara dalam meningkatkan ekonomi sejagat. Diharapkan dengan wujudnya kecekapan dalam
agihan zakat kepada asnaf ini, mampu membasmi kemiskinan masyarakat Islam dan seterusnya negara akan
berada dibawah lindungan Allah SWT kerana telah menurut perintah yang di suruh-Nya.
RUJUKAN
Al quran
Ahmad Fauzi Shahar, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Mohd Hakim Arshad, Ahmad A’toa’ Mokhtar,
Zulkefli Aini. 2017. Faktor tarikan masyarakat orang asli memeluk Islam di Selangor. Persidangan
antarabangsa pengajian Islamiyyat kali ke-3 (irsyad 2017) 3rd International Conference on Islamiyyat
Studies.
Ayusliza Azizan. (2017, April 6). LZS urus bantuan, agihan untuk asnaf mualaf. Harian metro. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/node/219329
Abdullah Ibrahim. (1999). Agihan Zakat Menurut Prinsip Siasah Shariyyah. Kertas Kerja dibentangkan dalam
Kolokium Keberkesanan Zakat Negeri Selangor. Shah Alam.
Chapra, M.U. 1992. Islam and the Economic Challenge. Leicester, U.K.: The Islamic Foundation.
Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim & Ahmad Fahme Mohd Ali. (2014). Zakat
distribution and programme for sustaining Muallaf Belief and Thought. Sains Humanika, 66(1), 35-43.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2004). Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti
Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 1,
151-151-166.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat di
Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Jurnal Syariah, 17(1), 89-112
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan zakat oleh institusi zakat
kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 4(1), 141-170.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan
Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia (Localizing Governance of Zakat Management: The Role of
Mosque in Malaysia). Asian journal of Accounting and governance, 3, 71-83.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader. (2011). Pengaruh faktor keagamaan terhadap kualiti
hidup individu: Kajian kes asnaf fakir dan miskin di wilayah persekutuan kuala lumpur. Malaysian
Journal of Consumer and Family Economics, 14(1), 176-196.
Laporan zakat 2016.
Lizawati Madfa. (2017, April 6). Agihan dan bantuan asnaf mualaf kini bawah LZS. Selangor Kini. Diperolehi
daripada https://selangorkini.my
Mohd Fharkhan Abdul Ghapar. (2017, Ogos 19). Lembaga Zakat Selangor jejaki asnaf Orang Asli. Berita
Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/314472/lembaga-
zakat-selangor-jejaki-asnaf-orang-asli
Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Johaibi Bin Johan, Abu Dardaa Mohamad & Anuar Puteh. (2014). Dakwah
saudara baru orang asli dari perspektif Maqasid Al-syariah Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik
2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-disiplin.1-15
Mohammad Nidzam Abd. Kadir. (2011). Fiqah Mualaf: Antara Tuntuan dan Keutamaan. Kuala Lumpur:
Telaga Biru
Mahyuddin Haji Abu Bakar & Abdullah Haji Abd.Ghani (2011). Towards achieving the quality of life in the
management of zakat distribution to the rightful recipients (the poor and needy). International Journal of
Business and Social Science, 2(4).
Mohd. Faisol Ibrahim, & Musani, S. (2010). op. cit., Chapter 5.
Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani & Abdul
Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Nor, and Hairunnizam Wahid, and Nor Ghani Md. Nor, (2004) Kesedaran membayar zakat
pendapatan di kalangan kakitangan professional Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat: Jurnal
Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 26, 59-67.
Mohd Parid Syeikh Ahmad. (2001). Kaedah pengagihan dana zakat: satu perspektif Islam. Dalam Nik Mustapha
Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat; Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
181
Mokhtari, K., & Sheorey, R. (2002). Measuring ESL students reading strategies. Journal of Developmental
Education, 25 (3), 2-10
Padzal Haji Mokhtar. (1997) Dakwah Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Negeri Terengganu. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosbi Abd Rahman. (2011). Keberkesanan bantuan modal zakat ke arahpeningkatan taraf sosio ekonomi
golongan asnaf fakir dan miskin. Thesis PHD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor (tidak
diterbitkan)
Swaibatul Aslamiah Hj. Husain, Noor Azura Ahmad, Ahmad Seli & Rosenani Ahmad (2015). Kecemerlangan
Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Jabatan Audit Negara (Edisi Kedua). Putrajaya. Jabatan Audit
Negara
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid Adnan Mohamad (2006) Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap
pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of Management Studies, volume 13, No. 2,
175-19
2016. Kebajikan mualaf Orang Asli dipelihara, Unit Ukhuwah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan
istiqamah tunai amanah. Utusan Malaysia. Diperoleh daripada http://m.utusan.com.my
(2016, jun 14). Haram bayar terus zakat kepada asnaf: Mufti. Harian Metro. Diperoleh daripada
https://www.hmetro.com.my/node/147774
(2015, Oktober 28). Mualaf Orang Asli Jalani Kursus Pemantapan Akidah. Portal rasmi Majlis Agama Islam
Selangor. Berita Mais. Diperolehi daripada http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/berita/267-
mualaf-orang-asli-jalani-kursus-pemantapan-akidah
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
182
JADUAL 1: Demografi responden
Ciri-ciri responden Bilangan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 2 11.76
Perempuan 15 88.24
Umur (tahun)
20 dan ke bawah 1 5.88
21-30 6 35.29
31-40 6 35.29
41 dan ke atas 4 23.53
Tempoh memeluk islam
1-3 1 5.88
4-5 3 17.65
6 dan ke atas 13 76.47
Suku kaum
Temuan 14 82.35
Mahmeri 2 11.76
Melayu Proto 1 5.88
Status perkahwinan
Berkahwin 15 88.24
Janda/duda 2 11.76
Tahap Pendidikan
Tiada pendididkan 4 23.53
Peringkat rendah 10 58.82
Peringkat menengah 3 17.65
Sektor pekerjaan
Swasta 7 41.18
Tidak bekerja/ suri rumah 10 58.82
Sumber: borang soal selidik
JADUAL 2: Jenis/ bentuk bantuan yang diterima
Jenis/ bentuk
bantuan
Tempat
Bantuan
kewangan
bulanan1
(RM)
Bentuk
bantuan
umum
pelajaran
(RM)
Bantuan
berkhatan
(RM)
Bantuan
perkahwinan
(RM)
Elan
kehadiran
kelas
agama4
(RM)
Saguhati
hari raya5
(RM)
KOA Jenderam Hilir 200 Buku, yuran √ - 206 670
Surau Mansuriah6
350 - - - 322.5 483.33
KOA Sungai Buah 400 7502, yuran - 2,000
3 372 400
KOA Sungai Melut - Baju
sekolah
- - 400 500
Purata keseluruhan 316.66 - - - 325
513 Nota: 1 nilai purata bantuan untuk keseluruhan penduduk sesebuah kampung 2 bantuan awal tahun untuk kelengkapan sekolah
3 bantuan kepada sepasang pengantin untuk perkahwinan kali pertama sahaja 4 purata elaun kehadiran yang dihadiri oleh orang asli 5 nilai purata saguhati per responden yang ditemubual 6 Perkampungan sementara Orang Asli
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
183
JADUAL 3: pandangan berkenaan jumlah bantuan
Informan Maklumbalas
Informan 1 ‘…tidak tetap, begantung kepada jumlah tanggungan dan pendapat keluarga…’
Informan 2 ‘…tak banyak, tapi cukup untuk tampung perbelanjaan…’
Informan 5 ‘…entahla, kalau orang bagi ambik je, kalau tak ada takyahla…’
Informan 6 ‘…bantuan bulanan ikut tanggungan (anak masih bersekolah). Akak isi borang tiap- tiap
bulan. Lepastu, hantar borang tu sendiri dekat Salak Tinggi. Bantuan pelajaran hujung tahun
LZS bagi contohnya yuran dan buku. Bantuan pendidikan LZS tolong separuh kalau tak anak-
anak tak belajar, elaun kehadiran kelas ikut kehadiran. Ikutkan tak cukup tapi Alhamdullilah
cukupla sebab kos sekarang pon mahal…’
Informan 9 ‘…Entahla akak pon tak pasti, elaun kelas ada la dapat itu pon kalau datang mengaji, bantuan
raya akak tak dapat sebab malas nak mohon. hihi…’
Informan 11 ‘…bergantung pada tanggungan, saya mualaf jadinya saya mohon jugak bantuan perkahwinan.
Alhamdulillah dapat. Bantuan lain pon dapat contohnya elaun kelas, bantuan raya, elaun
makanan dan lain-lain…’
Informan 12 ‘…saya pon tak tahu, kena tengok dekat bank sebab ada bantuan yang di masukkan dalam
bank ada yang bagi tunai tapi selalunya saya dapat elaun kehadiran kelas dengan bantuan raya
je…’
Informan 15 ‘… ikut tanggungan, cukupla untuk tampung anak-anak sekolah dengan makan-minum
keluarga…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan
JADUAL 4: proses permohonan bantuan
Informan Maklumbalas
Informan 3 ‘…susah jugak sebab kena ada salinan ic semua tu…’
Informan 4 ‘…mudah, kalau tak tau nak buat macam mana serahkan je pada ustazah…’
Informan 5 ‘…susah sikit sebab banyak maklumat kena isi dengan kena sahkan salinan dokumen semua
tu…’
Informan 6 ‘…sangat susah sebab orang bukan mudah nak bagi tapi masa dapatkan bantuan cepat, kalau
mohon layak Alhamdulillah, kalau tak layak terima jela…’
Informan 8 ‘…dah memamg tu prosedurnya, ok je la…’
Informan 9 ‘…rumit, akak bekerja jadinya tak de masa nak siapkan borang, kadang-kadang dah minta tapi
senyap je, tak dapat la tu agaknya, tu malas nak minta dah…’
Informan 11 ‘…boleh la, senang je nak mohon dan dapatkan bantuan, Cuma kena tunggu dulula dokumen
kita untuk pegawai semak…’
Informan 12 ‘…rumit sebab tu saya tak mohon bantuan perkahwinan sebab banyak prosedur…’
Informan 16 ‘…susah juga nak siapkan borang permohonan sebab kena cop pengesahan, tempoh masa
permohonan dalam 2-3 minggu jugak. Bantuan sekolah dapat akhir tahun contoh baju sekolah,
yuran…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan
JADUAL 5: Pengetahuan berkaitan bantuan
Informan Maklumbalas
Informan 2 ‘…tahu sangat. Ustazah ada juga bagitahu, penggerak masyarakat kadang- kadang pon ada
bagitahu. Diorang datang rumah…’
Informan 6 ‘… susah baru nak mohon, nak kata tak tau tak la jugak. Tau masa datang kelas. Masa akak
tak kerja selalu mohon, sekarang dah kerja jarang nak mohon…’
Informan 9 ‘…tak tahu sangat. Akak tiada tanggungan, jadinya malas nak ambil tahu sebabnya kalau
mohon tak dapat pon. Banyak kali akak mohon, hantar borang tapi tak dapat jawapan. Tu yang
malas dah. Ada dapat pon untuk elaun kelas. Kena tanya ustaz kalau nak tahu apa-apa …’
Informan 16 ‘…tak tau juga, bantuan kelas dan bantuan raya tahu la…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
184
JADUAL 6: Kelas/ program agama yang dianjurkan LZS
Informan Maklumbalas
Informan 2 ‘…seronok, kalau pergi kelas dapatla bantuan, kalau tak pergi tak dapatla, kelas mengaji, fardu
ain ikut hari-hari tertentu…’
Informan 4 ‘…ustazah tak paksa kalau tak pergi, kelasnya seronok tapi sekarang acik sakit tu kadang-
kadang je pergi, kalau buat dekat surau Batu 13 ni acik datangla, kalau yang jauh tak datang
sebab tak ada pengangkutan…’
Informan 6 ‘…kadang fardhu ain, kelas mengaji. Program dekat Masjid Dengkil Akak pergi sendiri kalua
ada kursus/ceramah…’
Informan 9 ‘…kelas seronok tak pernah lagi pergi yang tak seronok, tapi akak dah berusia masa dalam
kelas ingat la, habis je kelas lupa dah apa yang belajar tadi. hahahaha…’
Informan 11 ‘…ustaz datang dekat surau, seronok kelas yang dibuat, kadang-kadang ada sediakan makanan
tu yang seronok…’
Informan 13 ‘…seronok, kalau akak datang tak dapat elaun pon sebab akak orang melayu, suami jela dapat
elaun kalau dating…’
Informan 15 ‘…seronok tapi akak jarang pergi sebab kekangan masa nak jaga anak- anak
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan
JADUAL 7: Tahap Kepuasan asnaf terhadap bantuan
Responden
Item
KOA
Jenderam
Hilir
Surau
Mansuriah KOA
Sungai
Buah
KOA
Sungai
Melut
Tahap puas
hati 1
(1) Jumlah bantuan
- Bantuan yang diterima
mencukupi 4.20 3.00 3.17 3.00
-Bantuan pendidikan meringankan
beban 2.80 3.50 3.67 3.00
-Tidak perlu bekerja lagi
1.80 1.50 2.33 1.50
-Bantuankesihatan meningkatkan 3.20 3.00 3.67 3.00
kualiti kesihatan
-Bantuan keusahawanan
membantu 2.80 3.00 3.00 3.00
mengembangkan perniagaan
- Mengurangkan beban seharaian 4.00 4.25 3.83 3.50
-Tidak kecewa jika jumlah 3.00 3.00 3.00 2.00
bantuan dikurangkan
Purata keseluruhan 3.11 3.04 3.24 2.71 Sederhana
(2) Proses bantuan
- Proses permohonan mudah
3.40 2.00 3.00 2.50
-Tempoh masa bantuan diterima
cepat 3.20 3.50 2.83 2.00
Purata keseluruhan 3.30 2.75 2.92 2.25 Sederhana
(3) Maklumat bantuan
- Mengetahui jenis atau bentuk
bantuan 4.20 3.00 3.67 3.00
-Menerima bantuan selain
daripada LZS 3.20 3.75 2.33 2.00
-Penerima bantuan kesihatan 2.40 3.00 2.67 3.00
-Membayar zakat fitrah
4.60 3.75 4.00 5.00
Purata keseluruhan 3.24 3.00 3.00 2.90 Sederhana
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)
185
(4) Layanan pegawai dan kelas
-Berpuas hati dengan layanan
pegawai 4.80 4.00 4.00 2.50
-Kelas agama membantu dalam 4.40 5.00 4.33 4.00
mengenali Islam
-Berminat dengan program agama 4.40 5.00 4.33 4.50
Purata keseluruhan 4.53 4.67 4.22 3.67 Tinggi
Purata keseluruhan 3.55 3.36 3.34 2.88
Nota: 1 Skala tahap kepuashatian; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi
Sumber: Maklumat soalselidik