PROSES ZIKIR BICARA HATI Diagnosis Masalah Ya Zohir Allahumma Ya Zohir, nampakkan padaku punca masalah ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan masalah ini dan bukalah jalan penyelesaian dan kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam membantu hambaMu ini. Tips Memohon Ketenangan, Kedamaian Hati Dan Fikiran Ya Salam Ya Baasith Allahumma Ya Salam Ya Baasith, tenangkan dan lapangkanlah hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah. Tips Untuk Menerima Dan Redha Dengan Ujian/Masalah Hidup Ya Qodir Allahumma Ya Qodir, sesungguhnya masalah ini datang dariMu sebagai tanda kasihMu padaku dan daku redha atas ujian ini. Tips Membuka Hijab dan Memancarkan Cahaya Makrifat Ya Fattah Allahumma Ya Fattah Yang Maha Membuka, bukalah hijab yang menghijab antaraku denganMu. Ya Allah Ya Nuur Yang Maha Memancarkan Cahaja, pancarkan cahaya Makrifat dalam jiwaku agar daku mampu melihat sifat-sifat dan nama-namaMu di sebalik setiap manusia dan peristiwa. Tips Memohon Kesabaran Ya Sobur Allahumma Ya Sobur, kurniakanlah kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung ujianMu ini. Tips Memohon Hati Yang Sentiasa Hidup Dan Segar Ya Muhyi Allahumma Ya Muhyi, hidupkan dan segarkan jiwaku yang sering mati kerana melupaiMu, jadikan jiwa ini sentiasa mengingatiMu. Tips Berfikiran Positif Terhadap Kehidupan/ Masalah Ya Quddus Ya Jalil Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, sesungguhnya Engkau yang Maha Menyucikan lagi Maha Menjernihkan, sucikan dan jernihkan hatiku daripada perkara negatif dan berburuk sangka dalam memahami hakikat kehidupan. Tips Mempercepatkan Sesuatu Kerja Ya Awwal Ya Rashid Allahumma Ya Awwal, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Mempercepatkan setiap sesuatu, kami ini hambaMu yang tidak mampu mempercepatkan dan melajukan projek kami, kami merintih dan merayu kepadaMu agar dangan kehebatanMu, projek ini dapat disiapkan dengan segera untuk kebaikan manusia demi kerana mencari redhaMu. www.universityofasmaulhusna.com International University Of Asmaul Husna www.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna