1.0PENDAHULUAN
1.1 Konteks kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2009 dari
Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan
yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
dengan Pendidikan Pemulihan sebagai kursus major. Saya tidak
mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini kecuali setelah menjalani
tiga fasa praktikum. Saya telah menjalani praktikum yang ketiga di
SK. St. Patrick Tangga, Serian. Praktikum ini akan berlangsung
selama 3 bulan iaitu mulai 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012.
SK. St. Patrick Tangga merupakan sebuah sekolah luar bandar yang
terletak kira-kira 60km dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul
Razak (IPGTAR). Sekolah satu sesi (sesi pagi) ini mempunyai 16
orang guru termasuk guru besar, 3 orang pembantu tadbir dan 210
orang murid yang terdiri daripada suku kaum Melayu, Bidayuh, Iban,
Cina dan Kenyah/Suluk. Kebanyakan murid-murid tersebut merupakan
orang Bidayuh (177 0rang). Di sekolah ini, saya telah diamanahkan
untuk mengajar subjek Pemulihan Tahun 3 dan Matematik Tahun 4.
Pemulihan Tahun 3 (Bahasa Melayu) saya terdiri daripada 4 orang
murid. Kesemua mereka terdiri daripada lelaki. Saya akan bertemu
dengan mereka 3 waktu (1 jam) seminggu untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu iaitu hari Isnin setengah jam dan hari Selasa Sejam.
Murid-murid ini merupakan murid yang belum melepasi ujian saringan
LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi tahun 2011. 1.2 Refleksi
pengajaran dan pembelajaranPertama kali saya menjalankan pengajaran
dan pembelajaran dengan kelas pemulihan Tahun 3, saya telah
membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan yang berlainan iaitu
Kumpulan Merah (kemahiran perkataan V + KVK) dan Kumpulan Hijau
(kemahiran perkataan KVK + KVKK). Saya gemar membahagikan
murid-murid pemulihan yang mempunyai daerah kelemahan dan tahap
pencapaian yang sama dalam satu kumpulan. Saya percaya teknik
belajar berkumpulan dapat mengurangkan rasa bosan murid untuk
belajar. Selain daripada itu, belajar dalam kumpulan juga dapat
menimbulkan daya saing dalam kalangan murid-murid untuk mencapai
hasil pembelajaran yang lebih memuaskan. Mohd Yusof Othman (1998)
berpendapat bahawa satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha
untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan.
Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti
membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat
yang sama, atau kumpulan yang tidak formal. Belajar secara
berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar
bersendirian. Shahabuddin Hashim et.al. (2007) menegaskan bahawa
bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti
pembelajaran, gerak kerja kumpulan perlu diadakan supaya pelajar
dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan
yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu
yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu
kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan
strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru.
Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan
tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator
semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.Manfaat teknik belajar
berkumpulan ini juga disokong Ismail Zain (tahun) yang berpendapat
bahawa belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan
malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Pada 21 Februari 2012,
saya telah mengajar kemahiran perkataan V + KVK dengan murid-murid
Kumpulan Merah. Murid-murid diminta membaca kad ayat mudah yang
berkaitan dengan perkataan V + KVK. Kemudian, murid-murid perlu
menjawab lembaran kerja yang ada kaitan dengan perkataan V + KVK.
Sebagai contoh, latihan yang berkaitan dengan isi tempat kosong
bagi frasa atau ayat mudah (rujuk lampiran 1). Didapati mereka
dapat mengisi tempat kosong dengan perkataan V + KVK yang tepat.
Saya berasa amat gembira dengan pencapaian mereka. Saya beranggapan
bahawa mereka telah berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan
teknik latih tubi yang saya jalankan. Pada kebiasaannya, saya
mengamalkan teknik latih tubi dalam mengajar kemahiran menulis bagi
murid-murid pemulihan, iaitu membuat latihan dalam lembaran kerja.
Pada pendapat saya, teknik latih tubih amat sesuai untuk melatih
murid-murid pemulihan menulis perkataan dengan suku kata yang
tepat. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pengalaman saya
menjalani dua fasa praktikum sebelum ini. Menurut Kamaruddin Husin
(tahun, m/s 198), latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya ialah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin
kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk
pengajaran bahasa kedua.Apabila diselidik dengan lebih teliti
jawapan yang dijawab oleh mereka, saya berasa agak terkejut kerana
mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai masalah dalam
penulisan sesetengah huruf besar dan huruf kecil. Apabila mendapati
murid tersebut salah menulis huruf kecil saya menanya kepadanya,
apakah beza huruf kecil k dengan huruf besar K ? Respon yang diberi
oleh murid tersebut ialah K kepalanya lebih tinggi.
( Nota lapangan, 21 Februari 2012)
Saya tertanya-tanya sebab berlakunya kejadian sebegini dan
akhirnya saya dapat merumuskan bahawa perkara ini terjadi kerana
sebelum ini saya hanya memberi perhatian dan penekanan terhadap
ejaan perkataan V + KVK. Asalkan mereka dapat menulis perkataan V +
KVK dengan tepat, saya beranggapan objektif pengajaran dan
pembelajaran saya pada hari tersebut telah tercapai. Saya baru
menyedari saya tidak memberi perhatian dan penekanan terhadap
penulisan huruf murid-murid selama ini.
Penulisan huruf besar dan huruf kecil juga merupakan satu aspek
yang amat penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid tidak kira
murid pemulihan mahupun murid kelas perdana. Apabila saya mengesan
masalah tersebut, saya mula memberi perhatian terhadap penulisan
huruf mereka pada latihan yang seterusnya. 1.3 Refleksi nilai
pendidikan Melalui praktikum yang pertama dan kedua, satu amalan
telah terbentuk dalam diri saya sebelum bermula mengajar
murid-murid di kelas pemulihan. Setiap kali sebelum saya memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid pemulihan, saya
akan mengambil masa seminggu untuk menjalankan Ujian Dignostik
dengan mereka. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell
dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid
sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Tujuan saya melaksanakan ujian diagnostik ini ialah untuk
membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam tentang daerah
kelemahan murid-murid pemulihan.Untuk praktikum fasa ketiga ini,
saya masih mengekalkan amalan tersebut. Saya telah menjalankan
Ujian Diagnostik dengan murid-murid pemulihan dari Sekolah
Kebangsaan ST. Patrick Tangga, Serian pada minggu pertama praktikum
(30 Januari 3 Februari 2012). Selain daripada itu, saya juga
percaya kemahiran membaca dan menulis adalah sama penting dan harus
diajar pada masa yang sama agar penguasaan murid-murid terhadap
kemahiran membaca dan menulis berkembang dengan seimbang. Jadi,
dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama
sejam, saya akan menggabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis.
Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara
penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan
kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya,
kemahiran membaca dapat digabungjalinkan dalam kemahiran lain
seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran
dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau
beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat
digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani
atau mata pelajaran lain.Apabila saya menyedari murid saya
mempunyai masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil, saya
berasa agak terkejut kerana pada pandangan saya, murid tahun 3
seharusnya telah dapat menguasai kesemua huruf besar dan huruf
kecil walaupun mereka merupakan murid pemulihan. Untuk mengatasi
masalah tersebut, saya mengambil keputusan untuk mereka dan membina
alat bantu mengajar yang dapat membantu murid tersebut menguasai
huruf besar dan huruf kecil. Saya amat menitikberatkan penggunaan
alat bantu mengajar (ABM) semasa mengajar kerana saya percaya
bahawa alat bantu mengajar dapat menarik perhatian murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain penggunaan teknik
yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga
memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah
dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke
penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling
berkesan supaya objektif pengajaran tercapai.
(Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak
Abdullah, 1994). Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa
penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas
bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu.2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATIANAN
2.1 Isu Kajian Isu murid belum menguasai penulisan huruf besar
dan huruf kecil mula saya sedari apabila saya mengajar kemahiran
perkataan V + KVK pada 21 Februari 2012. Apabila saya menyemak
hasil kerja murid, saya mendapati salah seorang murid pemulihan
saya yang bernama Angel (nama samaran) telah mencampur adukkan
sesetengah huruf besar dan huruf kecil.Angel belum dapat menguasai
sepenuhnya amalan menulis huruf besar dan kecil. Beliau selalu
menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang salah dalam sesetengah
perkataan dan pada permulaan ayat. Apabila mendapati Angel salah
menulis huruf kecil saya menanya kepadanya, apakah beza huruf kecil
k dengan huruf besar K ? Respon yang diberi oleh Angel ialah K
kepalanya lebih tinggi.
( Nota lapangan, 21 Februari 2012)2.2 Tinjauan dan Analisis
Masalah Kajian ini bermula ketika saya menyemak hasil kerja Angel.
Berdasarkan latihan bertarikh 21 Februari 2012, Angel telah
menunjukkan kesilapan dalam mengaplikasikan huruf-huruf seperti
huruf k dan huruf g. Berikut merupakan contoh kesilapan yang
dilakukan oleh Angel dalam lembaran kerja yang saya berikan.
Berdasarkan latihan bertarikh 21 Februari 2012, Angel telah
menunjukkan kesilapan dalam mengaplikasikan huruf-huruf seperti
huruf k dan huruf g. Berikut merupakan contoh kesilapan yang
dilakukan oleh Angel.
Gambar rajah 1: Kad ayat mudah Daripada latihan tersebut, saya
mendapati Angel belum dapat menulis sesetengah huruf besar dan
kadang kala mencampur adukan huruf besar dengan huruf kecil. Beliau
bukan tidak memahami konsep huruf pertama setiap ayat mesti huruf
besar tetapi tidak tahu macam mana tulis huruf besar tersebut.
Masalah ini dapat dikukuhkan lagi dengan nota lapangan saya
berikut: Angel mempunyai masalah mengaplikasikan huruf besar dan
huruf kecil bagi ayat-ayat mudah. Dia sedar bahawa perkataan
pertama setiap ayat mesti huruf besar tetapi dia masih melakukan
kesilapan kerana dia keliru dengan bentuk huruf besar dan huruf
kecil bagi sesetengah perkataan. Sebelum ini saya tidak mengesan
masalah ini kerana latihan sebelum hanya melibatkan pembentukan
perkataan. Menulis perkataan berdasarkan gambar dan sebagainya.
Jadi, dia selalu menggunakan huruf kecil sahaja dan saya kurang
memberi perhatian terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil
kerana fokus saya hanya kepada kemahiran yang diajar pada hari
tersebut. Apabila sampai pembinaan ayat, baru saya mengesan masalah
ini.
(Nota lapangan, 27 Februari 2012)Setelah saya mengetahui Angel
mempunyai masalah dalam mengaplikasikan huruf besar dan huruf
kecil, saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan satu lagi
ujian yang berkaitan dengan huruf besar dan huruf kecil dengan
Angel. Tujuan menjalankan ujian ini ialah untuk mengesahkan bahawa
Angel benar-benar mempunyai masalah dalam membezakan sesetengah
huruf besar dan huruf kecil.Langkah pertama yang telah saya lakukan
ialah memberi ujian yang berkaitan dengan penulisan huruf besar dan
huruf kecil. Sampel kertas ujian Pra (Rujuk Lampiran 2) Berikut
merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam ujian
tersebut.
Bahagian A: Imlak ( 1.1 Huruf besar)
Gambar rajah 2: Bahagian A dalam ujian ( 1.1 Huruf besar)Dalam
bahagian A (1.1 huruf besar), Angel perlu menulis huruf besar yang
diperdengarkan. Melalui ujian bahagian ini, didapati Angel
mempunyai masalah dalam menulis huruf besar f huruf g, huruf k, dan
huruf n. Jadual berikut menunjukkan analisis kesilapan yang
dilakukan oleh Angel dalam bahagian A (1.1 Huruf besar).
Jadual 1:
Analisis kesilapan penulisan huruf besar AngelHuruf
besarBetulSalah
A/
B/
C/
D/
E/
FX
GX
H/
I/
J/
KX
L/
M/
NX
O/
P/
Q/
R/
S/
T/
U/
V/
W/
X/
Y/
Z/
Bahagian A: Imlak ( 1.2 Huruf kecil)Gambar rajah 3: Bahagian A
dalam ujian ( 1.2 Huruf kecil)Dalam bahagian A (1.2 huruf kecil),
Angel perlu menulis huruf kecil yang diperdengarkan. Melalui ujian
bahagian ini, didapati Angel mempunyai masalah dalam menulis huruf
kecil f, huruf k, dan huruf s. Jadual berikut menunjukkann analisis
kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam bahagian A (1.2 Huruf
kecil). Jadual 2:
Analisis kesilapan penulisan huruf kecil AngelHuruf
kecilBetulSalah
a/
b/
c/
d/
e/
fX
g/
h/
i/
j/
kX
l/
m/
n/
o/
p/
q/
r/
sX
t/
u/
v/
w/
x/
y/
z/
Bahagian A: Imlak ( 1.3 Huruf besar diikuti dengan huruf
kecil)
Gambar rajah 4: Bahagian A dalam ujian ( 1.3 Huruf besar diikuti
huruf kecil)Jadual 3:
Analisis perbandingan kesilapan penulisan huruf besar dan huruf
kecil AngelHurufBesarKecil
a//
b//
c//
d//
e//
fXX
gX/
h//
i//
j//
kXX
l//
m//
nX/
o//
p//
q//
r//
s//
t//
u//
v//
w//
x//
y//
z//
Petunjuk: (() menunjukkan murid dapat menjawab dengan betul.
(X) menunjukkan murid tidak dapat menjawab dengan betul.Jadual
4:
Kekerapan dan peratusan kesilapan penulisan huruf yang dilakukan
oleh Angel dalam bahagian A. Bil.AbjadKekerapan penggunaanJumlah
salahPeratus kesalahan
(()
1.FHuruf besar22100
Huruf kecil22100
2.GHuruf besar22100
Huruf kecil200
3.KHuruf besar22100
Huruf kecil22100
4.NHuruf besar22100
Huruf kecil200
5.SHuruf besar200
Huruf kecil2150
Berdasarkan analisis daripada Jadual 1, 2, 3 dan 4, Angel telah
menunjukkan ciri-ciri belum menguasai huruf besar dan huruf kecil
dalam bentuk huruf tunggal (abjad). Melalui ujian bahagian A ini,
saya dapat membuat perbandingan dan mengenalpasti bahawa Angel
betul-betul mempunyai masalah dalam menulis huruf f, huruf g, huruf
k, huruf n dan huruf s.
Jadual 5:
Peratusan kesilapan penulisan huruf tunggal (abjad) yang
dilakukan oleh Angel
Angel akan mencampur adukkan huruf besar k dengan huruf k kecil
begitu juga dengan huruf f. Apabila disuruh menulis huruf besar K,
Angel akan menulis huruf k kecil dan apabila diminta menulis huruf
besar F, Angel akan menulis huruf f kecil. Selain daripada itu,
Angel belum dapat menulis huruf besar bagi huruf g, dan huruf n.
Apabila disuruh menulis huruf besar G dan huruf besar N, Angel
hanya membesarkan saiz huruf kecil g dan n. Angel juga belum dapat
menguasai sepenuhnya huruf besar S dan huruf kecil s. Masalah ini
dapat dilihat dalam ujian Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D di
bawah. Bahagian B: Imlak (Suku kata)
Gambar rajah 5: Bahagian B dalam Ujian (menulis suku kata)
Dalam bahagian B, Angel perlu menulis suku kata yang
diperdengarkan dan mengisi tempat kosong dengan suku kata yang
tepat. Melalui ujian bahagian B, didapati Angel mempunyai masalah
dalam mengaplikasikan huruf s. Angel akan menggunakan huruf besar s
pada belakang sesuatu suku kata. Sebagai contoh, suku kata nas
ditulis sebagai naS.Bahagian C: Imlak (Perkataan) dan menulis
perkataan berdasarkan gambar.
Gambar rajah 6: Bahagian C ( menulis perkataan)
Dalam bahagian C, Angel perlu menulis perkataan yang
diperdengarkan dan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
tepat berdasarkan gambar. Melalui ujian bahagian C ini, didapati
Angel mempunyai masalah dalam mengaplikasikan huruf k dalam
perkataan. Angel akan menggunakan huruf besar k di huruf akhir
perkataan. Sebagai contoh: KataK dan KeK.
Bahagian D: Imlak (Ayat) dan mengisi tempat kosong bagi ayat
mudahGambar rajah 7: Bahagian D ( menulis ayat)Dalam bahagian D,
Angel perlu menulis ayat yang diperdengarkan dan mengisi tempat
kosong dengan perkataan yang tepat pada ayat mudah. Melalui ujian
bahagian D, didapati Angel mempunyai masalah yang serius dalam
mengaplikasikan huruf n, huruf g, huruf k dan huruf s dalam
penulisan. Angel akan menggunakan huruf kecil untuk memulakan ayat.
Hal ini berlaku bukan atas sebab beliau tidak tahu perkataan
pertama perlu huruf besar tetapi disebabkan oleh beliau tidak tahu
macam mana tulis huruf besar bagi huruf-huruf tersebut. Hal ini
dapat dibuktikan melalui penulisan ayat-ayat lain yang tidak
melibatkan huruf-huruf yang beliau mengalami masalah. Angel dapat
menulis huruf besar bagi setiap perkataan pertama dalam ayat.
Sebagai contoh, Ini baju Raju, Raju suka makan nanas dan
sebagainya.
Jadual berikut menunjukkann analisis kesilapan yang dilakukan
oleh Angel dalam bahagian D (Imlak (Ayat) dan mengisi tempat kosong
bagi ayat mudah).
Jadual 6:
Analisis kesilapan penulisan huruf dalam ayat mudah yang
dilakukan oleh AngelBil.AbjadKekerapan penggunaanJumlah salahJumlah
betul Peratus salah
(()
1.A510510
2.B110110
3.C0000
4.D1010
5.E7070
6.F0000
7.G102820
8.H1010
9.I280280
10.J8080
11.K96367
12.L1010
13.M5050
14.N2852318
15.O0000
16.P5050
17.Q0000
18.R6000
19.S1810856
20.T3030
21.U150150
22.V0000
23.W0000
24.X0000
25.Y2020
26.Z4040
Sepanjang saya menjalankan Ujian Pra dengan Angel, saya telah
membuat pemerhatian terhadap setiap tingkah laku dan jawapan yang
diberi secara lisan oleh Angel. Tingkah laku dan jawapan lisan
daripada Angel telah dicatat dalam jadual (Lampiran 3). Jadual 7
berikut menunjukkan beberapa contoh peristiwa yang dapat
membuktikan Angel mempunyai masalah dalam menulis huruf besar dan
huruf kecil bagi huruf f, huruf g, huruf k, huruf n dan huruf
s.
Jadual 7:Catatan pemerhatian terhadap respon Angel semasa Ujian
Pra.PeristiwaCatatan
Kertas ujian Pra diedarkan kepada Angel. Angel menulis huruf
yang diperdengarkan. Apabila disebut huruf besar K. Angel berhenti
menulis dan termenung. Angel lama berfikir kemudian baru menulis
huruf kecil k sebagai huruf besar. Berfikir
Apabila sampai bahagian menulis huruf besar F, Angel menulis
tanpa berfikir huruf kecil f. Saya menanya kepada Angel, Apakah
perbezaan antara huruf besar F dengan huruf kecil f?. Angel
menunjukkan kepala huruf f dan berkata : Huruf besar kepala dia
bengkok, huruf kecil kepala dia lurus.Penuh keyakinan
Apabila menulis huruf besar N, sekali lagi Angel menghadapi
masalah. Dia menulis dengan penuh keyakinan. Saya menanya kepada
dia apakah perbezaan antara huruf besar N dengan huruf kecil n.
Jawapan yang diberi oleh Angel ialah n besar lebih tinggi dan n
kecil lebih pendek (rendah). Tanpa berfikir banyak
Apabila menulis huruf besar G, sekali lagi Angel menulis huruf
besar yang salah. Apabila disoal tentang perbezaan huruf besar G
dan huruf kecil g, jawapan yang diberikan oleh Angel ialah huruf
besar G ekornya berada di atas garisan dan huruf kecil g berada di
bawah garisan. Penuh keyakinan
Langkah yang ketiga yang saya gunakan ialah temu bual. Saya
telah melaksanakan satu temu bual dengan guru pemulihan dan guru
mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga. Temu bual ini dilakukan
secara tidak berstruktur. Berdasarkan temu bual (rujuk lampiran 4
& 5), saya mendapat pengesahan daripada guru pemulihan bahawa
Angel ini benar-benar mempunyai masalah dalam membezakan
huruf-huruf tersebut. Saya: Angel ni ada masalah dengan sesetengah
huruf besar dan huruf kecilkan?
Guru: Ya huruf besar yang paling tak dapat. Dia lupa bentuk
huruf besar.
Angel ini kenal huruf tetapi dia tidak ingat macam mana huruf
besar. Dia besarkan huruf kecil untuk jadi huruf besar. Saya: Ya
kalau melihat daripada ujian ini, huruf k macam terbalik huruf
besar dan huruf kecil kan cikgu? Cikgu: Betul sebab mungkin bagi
dia K besar itu lebih tinggi kepalanya. Kalau k kecil lebih pendek
kepalanya.
(GP 08032012)
Masalah Angel juga telah dikukuhkan dengan temu bual bersama
guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3. (Rujuk Lampiran 4)Saya:
Cikgu, selama 3 tahun cikgu mengajar Angel, adakah cikgu mengesan
masalah penulisan huruf besar dan huruf kecil Angel?
Guru: Ya ada. Angel ini dari Tahun Satu lagi sudak mempunyai
masalah Membezakan sesetengah huruf besar dan huruf kecil. Dulu,
banyak huruf yang dia tidak dapat tulis dengan betul. Sekarang
sudah kurang sikit. Huruf yang dia masih sentiasa melakukan
kesilapan ialah huruf S, huruf K, huruf F, huruf G dan huruf n.
Bagi huruf n ini dia memang tidak pernah menulis huruf besar bagi
huruf n. Setiap kali menulis huruf besar n dengan huruf kecil
n.
(GBM 09032012)3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan
dengan objektif membantu murid menguasai penulisan huruf besar dan
huruf kecil bagi huruf f, g, k, n dan s dengan menggunakan Kaedah
2C1D.
4.0 KUMPULAN SASARAN Subjek kajian saya terdiri daripada seorang
orang murid pemulihan daripada kelas Tahun 3 SK St. Patrick Tangga,
Serian. Angel berumur 9 tahun dan dilahirkan di Hospital Umum
Serian pada 23 October 2003. Angel merupakan anak bongsu di dalam
keluarga. Dia berbangsa Bidayuh dan beragama Kristian. Bahasa
ibunda dan bahasa pertuturan di rumah Angel ialah Bahasa Bidayuh.
Jadual 8:
Maklumat tentang kumpulan sasaran yang saya pilih.
Nama:Angel
Jantina:Lelaki
Surat Lahir:SK 175374
Tarikh lahir:23/10/2003
Kaum:Bidayuh
Markah Bahasa Melayu (pemahaman) dalam Peperiksaan Semester 2,
201130( (D)
Markah Bahasa Melayu (penulisan) dalam Peperiksaan Semester 2,
201120( (D)
Kedudukan dalam kelas bagi Peperiksaan Semester 2, 2011
Status LINUS Tahun 2 (Kohort 1)
LITERASI (2011)
(rujuk lampiran 6)Saringan 1 LINUS tegar
Saringan 2 LINUS tegar
Saringan 3 - LINUS pemulihan
Saringan 4 LINUS pemulihan
Saringan 5 - LINUS perdana
Saringan 6 LINUS perdana
Menurut guru pemulihan, Angel merupakan seorang murid yang agak
mendengar arahan guru. Angel merupakan seorang murid yang cepat
belajar tetapi juga cepat lupa. Kenyataan ini disokong melalui
transkrip temu bual dengan guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu
seperti berikut: Cikgu: ...... Tengok, kalau ikut, ini huruf besar
ni (sambil menunjuk jawapan Angel dalam Ujian Pra). Angel ini cepat
belajar tetapi pun cepat lupa.
(GP 08032012)
Cikgu : Tidak banyak cara yang digunakan kerana selalunya waktu
Bahasa Melayu
dia akan pergi ke kelas pemulihan. Jadi, saya cuma tegur macam
biasa sahaja setiap kali berbincang jawapan soalan ujian atau
latihan. Tetapi nampaknya cara teguran langsung tidak berkesan bagi
dia kerana dia senang lupa apa yang telah dipelajari. Pada masa
kita tegur dia dapat tulis dengan betul. Apabila keesokan hari kita
tanya lagi, dia akan lupa lagi dan melakukan kesilapan lagi. (GBM
09032012)
Usaha yang telah diberi oleh guru pemulihan sebelum ini ialah
dengan menggunakan kaedah latih tubi sahaja. Angel hanya menjawab
lembaran kerja tiap-tiap hari bagi huruf yang dia belum meguasai.
Kenyataan ini dapat disokong melalui transkrip temu bual dengan
guru pemulihan seperti berikut:
Saya: Jadi cikgu, sebelum ini cikgu pernah guna cara apa untuk
mengajar Angel kenal huruf besar dan huruf kecil?
Cikgu:Guna latih tubi macam biasa sahaja la. Cari huruf yang tak
dapat itu lepas tu bagi latihan tiap-tiap hari.
(GP 08032012)
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan Dalam kajian ini, saya
telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah main sambil
belajar dalam menyelesaikan masalah Angel. Pada pendapat saya,
murid-murid lebih senang mempelajari sesuatu kemahiran melalui
proses main terutama bagi Angel yang merupakan murid pemulihan.
Pendapat saya disokong oleh guru Bahasa Melayu yang telah saya temu
bual:Saya: Jadi cikgu ada tak perasan Angel ini minat dengan cara
pembelajaran yang
macam mana? Adakah dia lebih minat belajar dengan rakan-rakan
atau cara
lain?
Guru: Saya melihat dia minat bermain sahaja. setiap kali dalam
kelas dia akan
bermain sahaja. Jarang tumpu perhatian dengan pembelajaran. (GBM
09032012)
Pendapat saya turut disokong oleh Choong Lean Keow (2011: m/s.
29) bahawa permainan boleh dikatakan sebagai alat yang berkesan
untuk memupuk pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Fromberg dan Gullo (1992), aktiviti permainan dapat
meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak, di samping kompetensi
sosial, kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir. Jadi, melalui
permainan bahasa diharapkan Angel dapat menguasai penulisan huruf
besar dan huruf kecil dengan lebih cepat dan berkesan. Menurut Dr.
Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah (2007: m/s. 50), kanak-kanak
belajar melalui bermain. Bermain adalah perkara yang terbaik dan
paling disukai oleh kanak-kanak. Pendapat Dr. Hashimah Hashim Yahya
Ceh Lah selaras dengan sikap Angel yang suka bermain semasa
pengajaran dan pembelajaran di kelas perdana. Mengikut Feldman
(1991:11) menyatakan kanak-kanak belajar secara semula jadi. Mereka
ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi
mempelajari perkara-perkara baru. Cara yang terbaik mengajar
kanak-kanak adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka
yang semula jadi. Pendapat Feldman turut disokong oleh Freobel yang
mengatakan bahawa bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang
membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Jadi, dapat dirumuskan
bahawa kaedah bermain sambil belajar adalah cara yang paling sesuai
digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang sukar menumpukan
perhatian dalam pembelajaran biasa di dalam kelas. Menurut Froebel
(tahun), bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru
perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian
dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung
mereka terdorong belajar sesuatu yang baru. Demi menarik minat
Angel untuk belajar, saya telah merancang dan akan menjalankan
beberapa aktiviti yang berkaitan dengan membezakan huruf besar dan
huruf kecil bagi huruf f, g, k, n dan s dengan menggunakan kaedah
permainan bahasa. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti
berikut: Intervensi 1: Cari adik/ abang saya
Saya akan mengubahsuaikan permainan Ingatan dalam permainan
komputer dengan huruf-huruf yang perlu dikuasai oleh Angel.
Huruf-huruf pada kad ingatan akan ditulis dalam bentuk bergaris
tiga. Saya akan menggunakan permainan Ingatan ini sebagai langkah
pertama untuk memperkenalkan huruf-huruf kepada Angel. Saya percaya
melalui proses mengingati kedudukan kad-kad huruf besar dan huruf
kecil secara berulang kali, Angel akan mempunyai ingatan yang
mendalam tentang perbezaan bentuk huruf besar dan huruf kecil.
Menurut Mok Soon Sang (2010: m/s 383) ingatan merupakan proses
kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika
diperlukan. Apabila Angel gagal membuka kad huruf yang berpadanan,
dia perlu menutup semula kad tersebut dan mengingat kedudukan serta
bentuk huruf tersebut. Melalui proses sebegini, Angel akan dapat
menyimpan maklumat (bentuk huruf-huruf) dalam otak dengan lebih
berkesan.
Langkah-langkah permainan Cari adik/ abang saya adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
Rajah 1: Langkah-langkah pelaksanaan permainan Cari adik/ abang
saya.
Gambar rajah 8: Bahan bantu mengajar permainan Ingatan.
Intervensi 2: Celup Tulis
Dalam intervensi ini, saya akan membekalkan water colour (cat
air) dan buku lukisan bergaris tiga, bergaris dua dan bergaris satu
kepada Angel. Angel akan mencelupkan jari pada water colour (warna
air) yang saya sediakan. Seterusnya, Angel akan menulis huruf yang
diperdengarkan pada buku lukisan tersebut dengan menggunakan jari
pada buku lukisan.
Intervensi ini bertepatan dengan pendapat Dr. Nor Hashimah
Hashim Yahya Che Lah (2007: m/s51) bahawa kanak-kanak belajar
melalui deria, iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menyentuh
dan menghidu. Setiap deria ini merupakan lorong ataupun perantaraan
pada otak. Lebih banyak lorong atau perantaraan yang terlibat, maka
lebih baik proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran melalui deria
menekankan keperluan pelbagai media dan bahan bagi merangsang deria
kanak-kanak. Pendapat ini turut disokong oleh Prof. Madya Dr.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2004: m/s 5)
iaitu cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui
pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat.
Jadi, saya akan menggunakan aktiviti yang melibatkan deria
mendengar, merasa, menyentuh dan melihat dalam intervensi celup
tulis. Langkah-langkah permainan Celup tulis adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah :
Rajah 2: Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Celup tulis.
Gambar rajah 9: Bahan bantu mengajar permainan
Ingatan.Intervensi 3: Dadu Dodekaedar Gergasi
Bagi intervensi ini, saya akan menggunakan dadu. Saya akan
mengubahsuai dadu ke dalam bentuk dadu Dodekaedar gergasi yang
mempunyai 12 permukaan rata. Angel perlu melontar dadu untuk
menentukan huruf yang perlu ditulis. Jika huruf pada dadu ialah
huruf besar K, Angel perlu menulis huruf kecil k pada kertas
bergaris tiga dan bergaris dua.
Secara keseluruhannya, strategi yang saya gunakan mempunyai
kelebihan seperti berikut:
Membantu murid membanding beza bentuk huruf besar dan huruf
kecil bagi huruf f, g, k, n, dan s.
Kaedah main sambil belajar membolehkan murid-murid belajar dalam
keadaan yang menyeronokkan.
Penglibatan deria merasa, menyentuh, melihat dan mendengar
membantu murid mengingat dengan lebih mendalam bentuk huruf yang
dipelajari. Menggabungjalinkan kaedah permainan bahasa dengan
teknik latih tubi dapat menyeronokkan murid yang belajar bentuk
huruf yang sama secara berulang kali. 5.2 Cara pengumpulan data
Dalam menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan 4 jenis
instrumen dalam mengumpul data mengenai hasil yang saya perolehi
dalam kajian ini. Antara instrument tersebut ialah: 1. Nota
lapangan
2. Temu bual
3. Pemerhatian4. Ujian Pra dan Ujian Pasca
5.2.1 Nota lapangan
Nota lapangan akan digunakan untuk mencatat segala yang berlaku
sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan aktiviti intervensi tidak
kira di dalam kelas ataupun di luar kelas. Nota lapangan penting
untuk melihat kekuatan dan kelemahan aktiviti intervensi yang saya
akan jalankan. Nota lapangan juga bertujuan untuk menyokong
data-data temu bual, lembaran kerja dan Ujian Pra dan Ujian Pasca
yang dilaksanakan.
5.2.2 Pemerhatian
Cara ini dapat membantu saya untuk menilai perubahan Angel
semasa pelaksanaan aktiviti intervensi dijalankan. Melalui
pemerhatian saya akan dapat menilai tahap kefahaman subjek kajian
terhadap bentuk huruf besar dan huruf kecil. Saya akan menanyakan
soalan yang berkaitan dengan perbezaan bentuk huruf kepada Angel
untuk mengetahui tahap kefahamannya terhadap bentuk huruf besar dan
huruf kecil. Saya akan menjalankan pemerhatian saya dengan bantuan
kamera ataupun telefon bimbit yang mempunyai fungsi rakaman suara.
5.2.3 Temu bual
Temu bual akan digunakan untuk mendapatkan pendapat dan
pandangan guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu tentang tahap
pencapaian subjek kajian selepas menjalankan intervensi. Melalui
temu bual saya akan mendapat kepastian dan pengiktirafan daripada
guru-guru tentang keberkesanan aktiviti intervensi yang
dilaksanakan. Saya akan menggunakan soalan terbuka dalam temu bual.
Soalan terbuka memberi kebebasan kepada respondan untuk
mengemukakan pendapat, pandangan dan memberi huraian lanjut
berhubung dengan soalan yang akan saya kemukakan. Contoh soalan
temu bual yang akan saya kemukakan:
1. Apakah pendapat cikgu tentang pelaksanaan aktiviti intervensi
saya?
2. Pada pandangan cikgu, adakah Angel menampakkan perubahan
dalam penulisan huruf-huruf?
3. Apakah pendapat cikgu tentang aktiviti-aktiviti intervensi
yang saya laksanakan dalam membantu murid menguasai penulisan
huruf?5.2.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian merupakan alat yang digunakan untuk menguji tahap
kefahaman subjek kajian terhadap kemahiran yang dipelajari. Saya
akan menggunakan ujian bertulis untuk mengesan penulisan huruf
besar dan huruf kecil bagi Angel. Selepas menjalankan ujian Pasca,
saya akan membandingkan jawapan Angel dengan Ujian Pra yang
dijalankan sebelum aktiviti intervensi dilaksanakan. Saya akan
menggunakan set soalan yang sama untuk ujian pra dan ujian pasca.
Dengan itu barulah saya dapat membandingkan keputusan ujian pra dan
ujian pasca dengan jelas. 5.3 Cara menganalisis data Cara
menganalisis data akan saya laksanakan berdasarkan hasil daripada
cara pengumpulan data. 5.3.1 Nota lapangan
Saya akan mencatat nota lapangan sepanjang pelaksanaan aktiviti
intervensi. Saya akan menganalisis bahagian-bahagian catatan nota
lapangan yang berkaitan dengan isu kajian untuk menyokong data-data
lain yang dikumpul. Sebagai contoh, skor dalam ujian pasca dapat
disokong dengan nota lapangan saya yang menunjukkan perkembangan
tahap penguasaan subjek kajian sepanjang menjalankan intervensi.
5.3.2 Temu bual
Untuk memudahkan saya dalam proses menganalisis dan memastikan
analisis dibuat dengan tepat, saya akan membuat tranksripsi iaitu
menaip semula data-data temu bual yang diperoleh dalam bentuk
tulisan. Melalui tranksripsi temu bual tersebut, saya akan
menganalisis respon daripada guru tentang perubahan subjek kajian
dalam penguasaan huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, huruf g,
huruf k, huruf n dan huruf s. Selain daripada itu, melalui
tranksripsi temu bual, saya akan mengetahui keberkesanan intervensi
yang saya rancang dalam membantu subjek kajian dalam pandangan
guru. 5.3.3 Pemerhatian
Saya akan menggunakan kamera atau telefon bimbit untuk merakam
setiap tingkah laku dan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian
semasa menjalankan intervensi dan dalam ujian pasca. Saya akan
menganalisis pemerhatian yang dirakam dalam bentuk jadual mengikut
peristiwa-peristiwa berdasarkan masa-masa tertentu semasa
intervensi dijalankan. 5.3.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Saya akan memasukkan keputusan ujiam pra dan ujian pasca ke
dalam bentuk jadual. Melalui jadual, saya akan dapat membuat
perbandingan yang jelas tentang peningkatan atau tiada perubahan
subjek kajian dari segi penulisan huruf besar dan huruf kecil.
Perbandingan kedua-dua ujian ini akan memberi maklumat kepada saya
tentang keberkesanan intervensi yang dijalankan terhadap subjek
kajian.
6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN6.1 Jadual pelaksanaan
kajian tindakanBil.AktivitiTarikh PelaksanaanCatatan
1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menjalankan
Ujian Diagnostik.
Mengumpul data-data lain
(lembaran kerja murid/ rekod Ujian Saringan LINUS 2011/ Markah
Bahasa Melayu (pemahaman dan penulisan) dalam Peperiksaan Semester
2) Menjalankan ujian Pra
Menemu bual guru dan murid.
2 10 Februari 2012
13 24 Februari 2012
27 Februari 9 Mac 2012 5 9 Mac 2012
2.Menulis proposal kajian Mengumpul dan menganalisis data
tinjauan awal/Tinjauan literatur Merancang strategi tindakan dan
cara pengumpulan data/Tinjauan literatur
7 13 Mac 2012
14 22 Mac 2012
3.Menghantar kertas cadangan.
23 Mac 2012
4.Merancang/ Menyediakan bahan bantu mengajar strategi
tindakan.
24 27 Mac 2012
5.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 1)
Intervensi 1
(Cari adik/ abang saya)
Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan)
28 30 Mac 2012
6.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 2)
Intervensi 2
(Celup tulis)
Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan/ lembaran kerja) 2 5
April 2012
7.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 3)
Intervensi 3
(Dadu Gergasi)
Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan/ lembaran kerja) 10 13
April 2012
8.Refleksi kajian
Menjalankan ujian pasca
Menemu bual guru dan murid
Menganalisis data-data (lembaran kerja/ pemerhatian/ nota
lapangan) 16 27 April 2012
9.Membuat penulisan laporan kajian Semester 8, 2012
10.Seminar pembentangan dapatan kajian Semester 8, 2012
6.2 Kos kajian
Bil.Bahan/ peralatanKuantiti x harga seunitJumlah
1.Kertas A4 RM 14 2 RM 28.00
2.Catridge printer Canon (hitam dan warna)RM 190 1RM 190.00
3.Bahan bantu mengajar Kertas warna
Buku lukisan
Kertas tebal (kad manila) RM 4 1
RM 5 1
RM 1 2RM 4.00
RM 5.00
RM 2.00
4.Fotostat bahan rujukan/ bahan literatur RM 25 RM 25.00
5.Penjilidan proposal kajianRM 15RM 15.00
6.Kos luar jangkaan RM 50RM 50.00
Jumlah RM 319.00
7.0 SENARAI RUJUKANBayrei B. Asrin, Jered B. Yutui, Kamillah
Mohamed, Norhayati Mohamad & Siti Salbiah Bt. Shafie. (2008).
Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dan Impaknya kepada Persediaan Guru Dalam Bilik Darjah,
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Falkulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Choong Lean Keow PhD.
(2011). Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2 untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor Darul Ehsan.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dr. Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah.
(2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur. Percetakan
Zafar Sdn. Bhd.
Meimon Binti Sanai. (2009). Celik huruf: Lancar baca. Buku
Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009,
102-112. Mimi Mohaffyza binti Mohamad, Md. Nazaruddin b. Sarji
& Masitah binti Misman. (2011). Strategi Pengajaran
Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka bentuk dan Penghasilan
Projek (Mata Pelajaran Kemahiran Hidup), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran.
Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Prof.
Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad.
(2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang Darul Makmur. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zainal Kassan &
Suhaila Abdullah. (2011). Pendidikan Disleksia. Selangor Darul
Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
8.0 LAMPIRAN Langkah 2: Dua keping kad huruf dibuka.
Jika padanan adalah salah,
terbalikkan lagi kad huruf.
Langkah 1: Kad-kad huruf diterbalikkan.
Langkah 4: Kad-kad huruf yang sama
padanan disusun di tepi
mengikut urutan huruf besar
diikuti huruf kecil.
Langkah 3: Jika padanan huruf adalah
betul (kad huruf besar
dengan huruf kecil bagi
huruf yang sama). Kad
dikeluarkan.
_1396607256.xlsChart1
100100
1000
100100
1000
050
Huruf Besar
Huruf Kecil
Huruf
Peratus ()
Peratusan Kesilapan Penulisan Huruf Tunggal (abjad) yang
Dilakukan oleh Angel
Sheet1
Huruf BesarHuruf Kecil
F100100
G1000
K100100
N1000
S050
To resize chart data range, drag lower right corner of
range.