KHEMAH TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
TARIKH
2 - 4 November 2013
TEMPAT
Impian Country Resort , Jalan Taman Agroteknologi SG Semungkis ,
Batu 14 ½ , 43100 Hulu Langat , Selangor
ANJURAN
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA
“1 Champ, 1 Passion, 1 Goal”
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2012/2013
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel ) untuk mengadakan Perkhemahan
Tahunan 2013/2014 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.
2.0 PENGENALAN
2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah badan beruniform
sukarela yang sentiasa mencurahkan bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat
khususnya dalam aspek pertolongan cemas. Badan sukarela ini juga menanamkan
semangat cintakan kedamaian memandangkan berlakunya pelbagai pergolakan di
dunia yang mengakibatkan kesengsaraan kepada insan-insan lemah yang tidak
bersalah. Oleh yang demikian, perlulah Bulan Sabit Merah Malaysia ini
menonjolkan diri berdasarkan Prinsip-prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Malaysia agar masyarakat dunia memandang tinggi perjuangan badan sukarela ini
sebagai satu badan contoh. Selain itu, peranan Bulan Sabit Merah Malaysia tidak
tertumpu kepada bantuan dari segi pertolongan cemas sahaja malah juga memberi
kesedaran dan penerangan kepada semua pihak mengenai perlunya disemai nilai-
nilai harmoni dan kasih sayang bagi membentuk sebuah masyarakat 1 Malaysia
yang sentiasa bertanggungjawab, bersatu padu dan berdisiplin tanpa membeza-
bezakan agama, bangsa dan Negara.
2.2 Bulan Sabit Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Perbadanan) 1965. Persatuan Bulan Sabit Merah Universiti Kebangsaan
Malaysia telah ditubuhkan pada 13 September 1986. Bulan Sabit Merah Universiti
Kebangsaan Malaysia telah diiktiraf sebagai Daerah Kecil pada 1988, iaitu
pertukaran nama menjadi PBSMM DK UKM. Persatuan Bulan Sabit Merah telah
diiktiraf sebagai Cabang pada tahun 1996, iaitu pertukaran nama menjadi PBSMM
Cabang UKM. Pendaftaran Detachment 88 telah diluluskan pada tahun 2004.
PBSMM telah dinaik taraf menjadi BSMM pada tahun 2007. Bilik Gerakan BSMM
di Pusat Kesihatan mula beroperasi pada tahun 2007.
2.3 Perkhemahan Tahunan 2013/2014 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
merupakan suatu aktiviti tahunan terbesar bagi badan beruniform BSMM Cabang
UKM yang dijalankan pada setiap tahun. Program ini menumpukan kepada
pemantapan kemahiran reaksi kecemasan, kesukarelaan serta kepimpinan dalam
diri setiap ahli-ahli BSMM Cabang UKM. Ahli BSMM Cabang UKM yang
menyertai perkhemahan ini bakal menempuhi suasana sebenar apabila berlakunya
'mock case' bencana alam sekali gus dapat menpersiapkan diri mereka menghadapi
situasi bencana alam sebenar. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
antara ahli-ahli BSMM cabang UKM dengan AJKT BSMM cabang UKM serta
pegawai-pegawai dari cawangan BSMM Selangor.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan program ini mampu:
3.1 Menjadi medium kepada BSMM cawangan Selangor dalam menyampaikan maklumat
yang lebih terperinci dalam pengurusan operasi menyelamat (BBOM)
3.2 Para ahli BSMM cabang UKM mempunyai ruang masa bagi mempelajari teknik
balutan, ikatan dan segala yang berkaitan dengan kesihatan dan rawatan dengan lebih
mendalam.
3.3 Menggalakkan mahasiswa/i terlibat dalam program sukarelawan diperingkat
cawangan, induk dan detachment.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini iaitu:
4.1 Melahirkan ahli BSMM yang berpendidikan dan berkeyakinan dalam mengendali
situasi kecemasan dan kritikal.
4.2 Ahli mendapat maklum balas secara terus tentang cara rawatan dan persediaan semasa
bencana dari penceramah jemputan.
4.3 Melahirkan ahli yang sukarela dalam menjalankan tugas-tugas sebagai ahli BSMM
cabang UKM.
4.4 Mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM tentang kepimpinan dan
cara pengurusan sesebuah organisasi.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/
learning contract (LC) seperti berikut:
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1): Memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik serta menanam sifat
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Mempelajari dan mengaplikasikan penggunaan
cara berkomunikasi yang berhemah sesama ahli, dengan orang awam semasa bertugas
serta etika komunikasi dalam bertugas dan dalam menyebarkan informasi-informasi
berkenaan dengan isu-isu kesihatan semasa.
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3):
Melakukan pencarian maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas-
tugas seorang ahli BSMM melalui pelbagai sumber-sumber maklumat iaitu melalui
pembacaan , melayari laman sesawang dan melalui perbincangan sesama ahli kumpulan.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4):
Mempelajari dan mengaplikasikan nilai-nilai murni, etika dan tingkah laku professional
dalam pengurusan program dan juga apabila berkomunikasi dengan masyarakat
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
(HPP5) : Membentuk pemikiran kritikal iaitu cara menyelesaikan masalah yang berlaku
secara tiba-tiba. Mencari penyelesaian alternative dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang tepat.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Mempelajari dan
mengaplikasikan ilmu-ilmu kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin sesebuah
pasukan. Memahami ciri-ciri yang perlu ada sebagai ketua dan ahli-ahli pasukan dan
menyelesaikan sesuatu tugasan.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ilmu pengurusan
diaplikasikan dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti program.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Dapat menghasilkan idea-idea baru bagi
mempromosikan dan meningkatkan nama program kepada masyarakat.
6.0 TEMA
"1 Champ, 1 Passion, 1 Goal"
7.0 ANJURAN
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 2 – 4 November 2013 (Sabtu-Isnin)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Impian Country Resort , Jalan Taman Agroteknologi Sungai Semungkis , Batu 14 1/2 ,
43100 Hulu Langat , Selangor
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
10.0 PUBLISITI
1. Poster di setiap kolej
2. Publisiti di dalam Facebook
11.0 CADANGAN PERASMI
1. Majlis pertauliahan dan penutup:
Dr. Roslan b. Abdul Jalil
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
12.1 Pegawai/Penceramah :10 orang pegawai BSMM UKM dan pegawai BSMM
cawangan Selangor
12.2 Urusetia : 20 orang ahli BSMM UKM
12.3 Peserta : 130 orang ahli BSMM UKM
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Sesi Suai Kenal/Ice Breaking
Peserta akan diminta memperkenalkan diri dengan permainan Suai Kenal dan
membentuk pasukan yang terdiri 10 orang. Nama, logo, bendera dan sorakan
kumpulan akan disediakan oleh kumpulan.
15.3 Pengenalan KBBOM
Memperkenalkan KBBOM mengukut sukatan pelajaran KBBOM(Handbook No. 7
BSMM)
15.4 Ceramah 1 : Membuat Pembalutan dan Kawat Usungan
Peserta diajar bagaimana menggunakan bandage dan selimut membuat strecher dan
cara mengusung pesakit semasa menghadapi halangan.
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
Penceramah : Encik Zilani bin Jais
15.5 Ceramah 2: Komuniti Base dan Sistem Berkomunikasi
Peserta dididik dan diberitahu kemalangan yang akan berlaku di rimba dan cara
menyelamatkan dan merawat diri sendiri. Perserta juga diajar bagaimana pengunaan
sistem walkie – talkie dalam operasi menyelamat mengikut sukatan pelajaran
KBBOM(Handbook No. 7 BSMM)
Penceramah : Encik Shah Johan Shahabuddin
15.7 Aktiviti 1 Teknik CPR dan Jenis Perubatan
Peserta diajar teknik CPR dalam penyelamat dan kegunaan pelbagai jenis ubat-
perubatan.
15.8 Mass Cooking
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan menghantar 2 peserta
untuk memasak secara bergilir-giliran. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada peserta tentang teknik-teknik penyediaan makanan semasa
bencana alam.
15.9 Station Game
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang untuk
menjadi ketua kumpulan. Dalam Station Game ini terdapat beberapa station. Setiap
station mempunyai objektif dan halangan masing-masing. Setiap kumpulan haruslah
melepasi semua station dalam masa yang ditetapkan.
15.10 Ujian Teori KBBOM
Ujian ini bertujuan untuk menguji teori KBBOM dan memastikan peserta menguasai
maklumat daripada Pengenalan KBBOM dan Ceramah 2. Ujian ini berlama 1 jam
dengan soalan subjektif.
Pemeriksa: Encik Shah Johan Shahabuddin
15.11 Malam Kebudayaan
Semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan pada malam kedua mengenai
tajuk yang telah dipilih. Setiap tajuk yang disediakan oleh urus setia adalah mengenai
unsur-unsur BSMM(Kemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat
Sukarela, Bersatu dan Kesejagatan). Dalam persembahan, peserta digalakkan
mengunakan teknologi maklumat seperti sound effect, light effect, powerpoint untuk
meningkatkan kreativiti.
15.12 Praktikal Latihan Bencana Alam & Operasi Menyelamat
Perserta didedahkan dengan operasi menyelamat dan bantuan bencana alam. Aktiviti
memberi suatu pendedahan kepada para peserta tentang cara mengadapi bencena alam
sebenar. Peserta-peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan( First Responder, First
Aider, Logistic). Mereka dikehendaki menyelamat mangsa dari tempat kejadian,
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
menempat dan mengubati mangsa. Tema Latihan Bencana Alan dan Operasi
Menyelamat ialah: Tsunami
Penceramah : Encik Nasir Khan - Pengurus Bencana Alam, Ibu Pejabat Kebangsaan,
BSMM
15.13 Night Walk
Peserta diminda berjalan dalam hutan pada waktu malan untuk merasai, menghargai,
mempelajari persekitaran alam sekitar.
16.0 BERLANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Bilik Gerakan BSMM C UKM
Pusat Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Cheong Yoon Kit – 016-9080579) Email : [email protected]
18.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM agar
kertas kerja ini mendapat kelulusan dan juga bantuan kewangan daripada pihak
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM. Dengan hasrat program yang
dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Harapan kami juga program Khemah Tahunan 2013/2104 Bulan Sabit Merah
Cabang UKM yang bakal dijalankan ini dapat dijayakan dengan baik dan mencapai
objektif-objektif yang telah digariskan. Sokongan sepenuhnya daripada semua pihak
yang berkaitan amat diharapkan agar program ini dapat direalisasikan dengan
sempurna. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
2012/2013
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM
Penyelaras
Tuan. Haji Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat
Dr. Roslan Abdul Jalil
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Tuan Haji Zanudin Bin Mohd Daud
Setiausaha Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
En. Mohamed Isa Bin Mohd Said
Kuartermaster Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
KEM KOMANDAN
Encik Shah Johan Shahabuddin
Pengerusi Latihan
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
TIMBALAN KEM KOMANDAN
Encik Zilani Bin Jais
Pengerusi Reaksi Kecemasan
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
KETUA PENGARAH
CHEONG YOON KIT FSSK/3 A137431
TIMBALAN KETUA PENGARAH I
KAM CHUN KIT FKAB/3 A137165
TIMBALAN KETUA PENGARAH II
ROZALIA BT MOHAMAD SAYUTI FSSK/3 A137356
SETIAUSAHA
NOR SAFRA ZAKIAH BINTI MOHD ZAKI FSSK/3 A137 387
BENDAHARI
LEE CHIN VUI FKAB/4 A133503
KETUA PENYELARAS
CHONG KEE YUM FKAB/3 A137315
PENGARAH PROTOKOL : FATINAH BT. MOHD NAZIR FSSK/2
A141698
PENGARAH KEBAJIKAN : HAFIZAH BINTI SARWOR FEP/2 A140095
PENGARAH PROGRAM : KERK (KEH) YIH JEN A139574
PENOLONG PENGARAH PROGRAM : SITI NUR BA'IYAH BINTI MUSTAFFA
FEP/2 A139974
PENGARAH PEMASARAN : LAU KAR LING FEP/2 A139789 0175124639
PENOLONG PENGARAH PEMASARAN :NURHAMIDAH FARHANA BINTI
ZULKARNAIN FSK/2 A140993
PENGARAH PUBLISITI DAN
TEKNOLOGI : KER JIA MIN A140428 016-5301282
PENGARAH TEKNIKAL : SEET SHAO LEONG A139976 0166488583
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
PENGARAH LOGISTIK : AMIRAH IZZATI BT MOHD ISKANDAR
SANDAKUMARAN A141975
PENGARAH KESELAMATAN : WONG YEN YI FST/2 A141311 019-6934234
PENGARAH SUMBER MANUSIA : MUHAMAD ISYRAF BIN AZNAM FKAB/2
A139576
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
LAMPIRAN B
ATUR CARA PROGRAM
TARIKH MASA PROGRAM Penjelasan SPKG
2 November
2013
(Sabtu)
1500
1800
1900
2030
2100
2330
Pendaftaran di Panggung Seni
Ketibaan peserta
Taklimat dari Kem Komandan
Rehat/Solat
Makan Malam
Sesi Suai Kenal/Ice Breaking
Pengenalan KBBOM
Minum Malam/Tidur
Sesi suai kenal
Peserta memperkenal diri dengan permainan
suai kenal. Dalam aktiviti ini peserta dapat
memperlajari cara berkomunikasi antara satu
sama lain.(HPP7 Komunikasi)
Pengenalan KBBOM
Memperkenalkan KBBOM mengikut Sukatan
Pelajaran KBBOM
Sesi 1 Pengenalan Kepada Bantuan
Bencana Dan Operasi Menyelamat
Sesi 2 Pelan Persediaan Bencana & Bantuan
Kerajaan
Sesi 3 Pelan Persediaan Bantuan Bencana
PBSMM
Sesi 4 Bantuan Antarabangsa
Sesi 9 Masakan Kelumpuk dan Pemberian
Makanan. (HPP-Pembelajaran Sepanjang
Hayat)
Night walk
Peserta diminda berjalan dalam hutan pada
malan untuk merasa, menghargai, mempelajari
alam sekitar. (HPP4-Menghargai Alam Sekitar,
HPP12- Pembelajaran Sepanjang Hayat)
Mass Cooking
Peserta dari setiap kumpulan dikeluarkan dan
dikumpulankan untuk penyediaan
makanan(sarapan pagi, makan tengah hari,
makan malan). Dengan ini peserta dapat
belajar pengurusan dan penyediaan makanan
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
3 November
2013
(Ahad)
0530
0630
0700
0800
1000
1030
1130
1230
1330
1530
1600
1800
2030
2130
2330
Bangun/Solat
Perhimpunan pagi/Senaman Pagi/Mass
Cooking
Sarapan pagi
Ceramah1:Membuat Pembalutan dan
Kawat Usungan
Penceramah : Encik Zilani bin Jais
Minum pagi
Aktiviti 1 : Teknik CPR dan Jenis
Perubatan
Penceramah : Pegawai IPK BSMM
LDK 1/Mass Cooking
Rehat/Solat/Makan
Ceramah 2 : Komuniti Base dan Sistem
Berkomunikasi
Penceramah : Pegawai IPK BSMM
Minum petang
LDK 2/Mass Cooking
Rehat/Solat/ Makan Malam
Ujian Teori KBBOM
Pemeriksa : En Zanudin
Aktiviti 4 : Malam Kebudayaan
Minum Malam
Rehat
KBBOM Praktikal
Pemeriksa : Sir Nasir
semasa bencana alam berlaku serta
memperoleh kemahiran keusahawan. (HPP-14
Kemahiran Keusahawan HPP-15 Kemahiran
Pengurusan)
Ceramah 1
Perserta diajar bagaimana menggunakan
bandage dan selimut membuat strecher dan
cara mengusung persakit semasa menghadapi
halangan.(HPP-12 Pembelajaran Sepanjang
Hayat)
Aktiviti 1
peserta diajar teknik CPR dan penggunaan
pelbagai jenis perubatan
Ceramah 2
Sesi 5 :Peraturan Operasi Bencana
Sesi 6 :Bekalan-Bekalan Bantuan
Sesi 7 :Komunikasi
Perhubungan Awan & Maklumat
Sesi 8 :Pentadbiran Pusat Bantuan
Sesi 10 :Kira-Kira dan Kewangan
Sesi 11 :Latihan Praktikal(HPP-12 Pembelajaran
Sepanjang Hayat)
Latihan Dalam Kumpulan(LDK)
Semasa menjalankan Latihan Dalam
Kumpulan(LDK), ahili peserta dikenhendaki
untuk menjana idea untuk persembahan untuk
Malam Kebudayaan. Penjanaan diikuti oleh
latihan dapat memastikan para peserta dapat
menukar pendapat masing-masing antara satu
sama lain.( HPPP5 - Etika, Moral dan
Profesionalisme, HP P6 –Kerohanian,HPPP3 -
Tanggungjawab Sosial)
Malam Kebudayaan
Semua kumpulan dikehendaki membuat
persembahan pada malam kedua mengenai
tajuk yang telah dipilih. Setiap tajuk yang
disediakan oleh urus setia adalah mengenai
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
unsur-unsur BSMM(Kemanusiaan,
Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat
Sukarela, Bersatu dan Kesejagatan). Akitiviti ini
bukan sahaja dapat memberi keberkesanan
terhadap memupukan unsur-unsur BSMM
dalam para peserta, malah menyeronokan
peserta.( HPP5 - Etika, Moral dan
Profesionalisme, HPP6 – Kerohanian, HPP7 –
Komunikasi, HPP9 - Kerja Berpasukan)
KBBOM
Aktiviti memberi suatu pendedahan kepada
para peserta tentang cara mengadapi bencena
alam sebenar. Peserta-peserta diagihkan
kepada beberapa kumpulan( First Responder,
First Aider, Logistic). Mereka dikehendaki
menyelamat mangsa dari tempat kejadian,
menempat dan mengubati mangsa. (HPP3 -
Tanggungjawab Sosial, HPP5 - Etika, Moral dan
Profesionalisme, HPP7 – Komunikasi, HPP8 -
KepimpinanHPP9 - Kerja Berpasukan, HPP10 -
Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian
Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan
Keputusan, HPP11 - Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, HPP12 -
Pembelajaran Sepanjang Hayat, HPP13 -
Kemahiran Globalisasi)
4 November
2013
(Isnin)
0700
0830
0930
1130
1200
1230
Bangun/Solat
Mass Cooking /Sarapan pagi
Aktiviti 2 : Station Game
Minum pagi
Kemas
Sharing/Berkongsi Pendapatan
bersama
Majlis Pertauliahan dan Majlis
Mass Cooking
Peserta dari setiap kumpulan dikeluarkan dan
dikumpulankan untuk penyediaan
makanan(sarapan pagi,). Dengan ini peserta
dapat belajar pengurusan dan penyediaan
makanan semasa bencana alam berlaku serta
memperoleh kemahiran keusahawan. (HPP-14
Kemahiran Keusahawan HPP-15 Kemahiran
Pengurusan)
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
1300
1430
Penutupan
Bertolak Balik
Station game
Aktiviti ini dapat membina kepimpinan,
membuat keputusan dan berkerja berpasukan
untuk melepasi setiap station( HPP-8
Kepimpinan, HPP-9 Kerja Berpasukan. HPP-10
Kaedah Saintifik, Pemikaran Kritis, Penyelesaian
Masalah dan Autonomi dalam pembuatan
Keputusan)
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PENDAPATAN:
Bil. Perkara Jumlah
1. Sumbangan JPPEL RM 6,000.00
2. Yuran pelajar (150 orang X Rm 20) RM 3,000.00
3. Sumbangan pihak lain RM 9,770.00
4. JUMLAH PENDAPATAN RM 18,770.00
PERBELANJAAN:
Bil. Perkara Jumlah
1 Penginapan (RM 70 x 150 orang) RM 10,500.00
2 Bahagian Program:
3
- Station Game
- Alat tulis (RM 1 x 30 unit)
- Peralatan(RM 2 x 10 unit)
RM 50.00
5 Pengangkutan - Bas sewa (RM 250 x 2 hari x 2 bus)
RM 1,000.00
6 Bahagian Kebajikan
- Sarapan (RM 5 x 150 orang x 3 hari)
- Makan Tengah Hari (RM 5 x 150 orang x 3 hari)
- Makan Malam (RM 5 x 150 orang x 3 hari)
RM 6,750.00
7 Bahagian Publisiti dan Protokol
8
- Bannar (RM 20 x 1)
- Sijil (RM 1 x 150 orang)
- Cenderamata VIP (RM 10 x 5 orang)
RM 295.00
KHEMAH TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
- Jamuan VIP (RM 15 x 5)
9 Bahagian Keselamatan dan Teknikal
10 - Tag Nama (RM 0.50 x 30 orang )
- Peralatan Teknikal seperti (RM 160) RM 175.00
11 JUMLAH PERBELANJAAN RM 18,770.00