PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Tajuk Kajian : TEKNIK WATAK DALAM MEMBINA AYAT PENSKORAN CEMERLANG Nama Pengkaji: Dora binti Saat Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Clifford (SKC) Jalan Pekeliling,27200 Kuala Lipis. Angka Giliran 2012111360029 Unit : BM 2 /PPG FEB 2012 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2003) telah mengariskan kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Tajuk Kajian :
TEKNIK WATAK DALAM MEMBINA AYAT PENSKORAN CEMERLANG
Nama Pengkaji:
Dora binti Saat
Nama dan Alamat Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Clifford (SKC)
Jalan Pekeliling,27200 Kuala Lipis.
Angka Giliran
2012111360029
Unit : BM 2 /PPG FEB 2012
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2003) telah mengariskan kemahiran
menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas,
cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan
imaginatif.Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan
konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.Dalam sasaran
ini,penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks
meliputi bentuk grafik.Lantaran itu kemahiran ini diuji dalam kertas Bahasa
Melayu UPSR bahagian ‘A’.Kemahiran menulis murid sekolah rendah diuji
secara menyeluruh di Malaysia dengan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang distandardkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.Bahasa Melayu kertas 012 melibatkan penulisan.Bahasa Melayu Kertas
012 mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian
C.Bahagian A melibatkan soalah membina lima ayat berdasarkan grafik.Bahagian
B melibatkan penulisan karangan dan bahagian C memerlukan murid-murid
merumus nilai murni daripada teks yang diberi.Setiap bahagian mempunyai
penskoran yang berbeza iaitu bahagian A 10 markah,bahagian B 30 markah dan
bahagian C menyumbang 20 markah.Penskoran yang cemerlang untuk setiap
bahagian adalah penting untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan
peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan yang cemerlang.
Kajian ini merupakan usaha berterusan ke arah keberkesanan dalam
membina ayat dengan cepat dan memenuhi kriteria ayat penskoran
cemerlang.Usaha ini merupakan satu usaha murni yang sentiasa berpaksikan
kepada teras utama matlamat pendidikan yang berhala tuju memastikan para
pelajar dapat memahami dan membina ayat dengan lebih efektif dan bermakna.
Prinsip asas dalam pengajaran bahasa ialah pengajaran haruslah bergerak daripada
yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang telah diketahui kepada
yang belum diketahui (Azizul 2010, Bajuri 2010).Maka dengan itu saya memilih
kaedah penggunaan akronim WATAK sebagai langkah membina ayat yang
berstruktur supaya mudah untuk murid membina ayat yang mendapat penskoran
cemerlang.
Menurut A.Rahman Haron. (2011) juga menggunakan teknik akronim
‘SALAK’dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif . Dapatan
kajian menunjukkan ayat yang dibina menggunakan teknik ini tidak kelihatan
stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain.Murid dapat membina ayat
pelbagai variasi ayat. Murid tahun satu daripada pelbagai tahap sama ada aras
lemah, sederhana dan cemerlang boleh mengaplikasikan teknik ini untuk
membina ayat dengan cepat dan efektif.
Perancangan dan pelaksanaan aktiviti bahasa yang menarik dan mudah
difahami adalah mustahak untuk merangsang minat murid sekolah rendah dalam
Bahasa Melayu. Pembelajaran dan pengajaran (P&P) menggunakan bahan yang
terancang semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat menarik minat
murid. Menurut Mohd. Azam (2009), teknik P&P yang diperkenalkan oleh guru
melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mematangkan
kemahiran individu murid yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Daripada hasil kajian yang ditunjukkan di atas,saya memilih kaedah
WATAK dalam membina ayat yang mendapat penskoran cemerlang. Kaedah
WATAK adalah akronim daripada perkataan (W) bagi ‘Watak’, (A) bagi
‘Aktiviti’, (T) bagi ‘Tempat’, (A) bagi ‘Alatan’ dan (K) merujuk kepada
‘Keterangan’.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Saya berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
selama 18 tahun tetapi saya diamanahkan untuk mengajar kelas peperiksaan iaitu
tahun 6, baru 14 tahun.Sepanjang pengalaman tersebut saya dapati ada
kekurangan dalam pengajaran saya.Saya sering menghadapi masalah yang sama
iaitu murid sukar membina ayat yang mendapat markah cemerlang untuk Bahasa
Melayu Penulisan Bahagian A.Markah cemerlang untuk bahagian A adalah 9-10
markah.Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
kelas 6 Aktif di SK Clifford. Kelas ini mempunyai 25 orang yang terdiri daripada
sebahagian murid-murid cerdas.Kelas ini merupakan kelas sasaran seratus peratus
5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) 2015. Saya perlu mengalas
tanggungjawab yang berat untuk memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu yang
terdiri daripada dua kertas yang berbeza iaitu kertas 011 melibatkan pemahaman
dan kertas 012 fokus kepada penulisan.Bahasa Melayu kertas penulisan Bahagian
A memberi kebimbangan kepada saya walaupun nampak senang tetapi sukar
untuk mendapat markah yang cemerlang.Berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran yang lalu objektif pengajaran yang saya sasarkan tidak mencapai
sasaran iaitu murid dapat membina lima ayat lengkap berdasarkan gambar
dengan mendapat markah 9/10.Keadaan ini menyebabkan saya berasa
pengalaman saya mengajar selama 18 tahun ini masih ada kekurangannya.Ini
kerana masih ada segelintir murid masih tidak menguasai kemahiran untuk
membina ayat yang mempunyai kriteria skor cemerlang(rujuk lampiran 1). Saya
membuat pemerhatian terhadap penulisan ayat murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlansung.Saya juga turut mengenal pasti masalah murid-
murid yang lemah ini melalui buku latihan,lembaran kerja dan keputusan
peperiksaan mereka.Berdasarkan lima kali latihan yang telah diberikan saya
dapati murid yang sama masih gagal mencapai objektif yang saya sasarkan.Ini
bermakna pengajaran saya belum mencapai tahap pengajaran yang sangat baik
kerana masih ada murid yang tidak dapat mengikuti dan memahami pengajaran
saya dengan berkesan. Saya dapati mereka membina ayat yang mudah dan
ringkas,penggunaan kosa kata yang terhad,pengolahan ayat yang kurang menarik
tanpa ada penerangan dan keterangan. Selain itu, penggunaan imbuhan,kata
sendi,kata hubung,penjodoh bilangan dan kata adjektif tidak digunakan dengan
sebaik-baiknya dalam ayat. Selain itu, murid-murid juga turut melakukan
kesilapan menggunakan pengulangan dalam kata kerja atau aktiviti yang sama.
Keadaan ini menyebabkan ayat murid-murid tersebut yang sepatutnya lima ayat
menjadi empat ayat.Berdasarkan latihan yang telah diberi. Purata markah bagi
murid ini hanya mendapat markah dalam 5-6 sahaja iaitu dalam peringkat
penskoran memuaskan sahaja sedangkan markah cemerlang untuk bahagian A
adalah 9-10.Apabila saya tanya tentang masalah mereka, murid-murid ini hanya
menjawab “tak tahu” dan “susahlah cikgu...”.Saya terdiam seketika mendengar
jawapan murid-murid ini. Antara ciri ayat yang terpenting untuk mendapat
penskoran cemerlang adalah ayat mestilah ayat yang gramatis dan menepati bahan
grafik.Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerangan dan
keterangan yang meluas dan tanpa melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan
dari aspek ejaan dan tanda baca.Walaupun kadang-kadang mereka cuba
menumpukan perhatian semasa saya mengajar, tetapi masih sukar untuk
mengikuti pengajaran saya sepenuhnya. Kekerapan murid ini bertanya soalan
yang sama menyebabkan saya berfikir bagaimana cara saya hendak
menyelesaikan masalah ini.Saya agak kebuntuan pada peringkat awalnya kerana
murid-murid ini dimasukkan ke kelas saya pada awal tahun ini dengan markah
‘Take off value’(TOV) Bahasa Melayu penulisan 45 peratus sahaja sedangkan
markah untuk A adalah 80-100.Namun demikian,murid-murid ini merupakan
antara murid target sekolah untuk mencapai 25/25 orang 5A UPSR.Persekitaran
kelas murid ini, sebelum masuk ke kelas 6 Aktif mungkin mempengaruhi daya
kefahaman murid ini.Setelah saya muhasabah diri,saya cuba untuk memberi yang
terbaik kepada murid-murid saya.Setelah saya teliti masalah yang murid ini
hadapi saya dapat satu idea untuk menghasilkan satu kaedah yang mudah untuk
diikuti dan diingati dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat
berdasarkan gambar bagi membantu mereka memahami pola ayat dan secara
tidak langsung memberi mereka panduan mencari jawapan bagi persoalan-
persoalan yang sering mereka kemukakan. Masalah ini mungkin berpunca
daripada diri saya sendiri yang perlu mengubah kaedah dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini tidak boleh dibiarkan kerana akan
menjejaskan bilangan calon mendapat A dalam kertas penulisan Bahasa Melayu
UPSR.Saya paling bimbang sekiranya keadaan ini berlaku kerana boleh
menyebabkan ‘cross’ mata pelajaran yang mana keputusan UPSR 4A1B,
keputusan B itu melibatkan Bahasa Melayu Kertas 012(penulisan) dan
menyumbang kepada kemerosotan Gred Purata Sekolah(GPS). Maka ini akan
menunjukkan kelemahan yang dipandang serius terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran guru selama ini.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pembelajaran memerlukan seseorang mengambil tindakan baru atau
mengubahsuai yang sedia ada.Pembelajaran yang dinilai berasaskan kemampuan
murid-murid untuk membaca,menilai,mengira atau melakukan sesuatu tindakan.
Masalah pembelajaran akan wujud disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya perbezaan individu.Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai
masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan
pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan.Perbezaan individu boleh memberi kesan terhadap gaya berfikir pelajar,
objektif pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya .Oleh itu guru perlu
mengenal pasti masalah yang wujud bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang diajar dapat disampaikan dengan berkesan .Lantaran
perbezaan individu ini pengkaji sedar bahawa masih banyak kelemahan dalam diri
pengkaji khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran murid tahun 6 yang
terdiri daripada kumpulan murid cemerlang dan sederhana .Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan individu
yang kompetitif ,dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu.
Pengkaji perlu lebih teliti dalam mengendaikan pelajar yang bermasalah atau
lemah ini .Che Su dan Mohd Fo’ad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan
pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti
pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.
Komunikasi lisan juga dilihat dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan
boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk
mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi
rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan
baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti
membosankan. Seperti mana yang diketahui umum,negara Malaysia mempunyai
Falsafah Pendidikan yang tersendiri.Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah bertujuan melahirkan insan yang
seimbang baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Kajian ini
adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa kaedah penggunaan akronim
WATAK mudah untuk diikuti dalam membina ayat yang mendapat markah
cemerlang.Kaedah ini akan dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan melalui
perubahan yang akan berlaku kepada murid-murid.Murid-murid yang menguasai
teknik ini akan berasa lebih yakin dalam membina ayat yang mempunyai peluasan
subjek dan predikat serta penerangan dan keterangan.Keyakinan diri penting
dalam mewujudkan kestabilan emosi murid.Aspek intelek pula,apabila murid
perlu menghafal urutan akronim WATAK dan memahaminya agar dapat
membina ayat yang gramatis.Melalui aktiviti dan latihan berulang yang dilakukan
bersama rakan akan mewujudkan perkembangan kemahiran sosial mereka.
2.0 Fokus kajian
Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkaitan
dengan pengalaman pengkaji dan releven kepada keperluan murid.Insturmen yang
digunakan untuk meninjau masalah berserta analisis kepada tinjauan masalah
tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.
2.1 Isu Keperihatinan
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan bahagian A
tahun 6, saya dapati dalam kalangan murid,begitu ketara murid tidak dapat
membina lima ayat berdasarkan grafik dengan memenuhi kriteria ayat yang
mendapat penskoran cemerlang.Masalah ini berlaku terutamanya melibatkan
bahagian peluasan ayat yang melibatkan subjek dan predikat serta penerangan dan
keterangan yang meluas.Masalah ini perlu diatasi memandangkan terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 iaitu dalam kemahiran :
Jadual 1: Hasil Pembelajaran dan Aras Kemahiran Bahasa Melayu Sukatan
Pelajaran Tahun 6
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
8.1 Aras 1 (i)Menulis pelbagai jenis ayat.
8.1 Aras 2(i) Membina ayat majmuk
dengan menggunakan kata hubung .
8.1 Aras 3(i) Membina ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan peluasan subjek
dan predikat.
Sumber: Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 6 PPK
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa murid perlu menguasai
kemahiran membina ayat majmuk yang mempunyai peluasan subjek dan
predikat.Jika murid-murid tidak menguasai kemahiran ini maka agak sukar untuk
mereka membina perenggan dalam hasil pembelajaran 8.2 Membina dan menulis
ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Yang mana kemahiran ini diuji dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian
B. Masalah yang sama berlaku sewaktu saya bertugas selama 11 tahun di Sekolah
Kebangsaan Padang Tengku. Kajian ini saya fokuskan kepada bagaimana cara
atau langkah-langkah yang perlu murid-murid ikuti untuk menjana ayat yang
gramatis dan mempunyai penerangan dan keterangan yang meluas agar mendapat
markah yang cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 9-10 dalam Bahagian A kertas
012 Bahasa Melayu. Dengan teknik WATAK diharap akan dapat membantu
murid-murid membina ayat yang gramatis,mempunyai penerangan dan
keterangan yang meluas seperti mana yang dikehendaki dalam skema pemarkahan
untuk penskoran cemerlang.Hal ini diharap dapat membantu murid-murid
menjana ayat mengikut kriteria penskoran cemerlang .
2.2 Tinjauan Masalah
Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji,saya
akan membuat tinjauan melalui analisis dokumen dan pemerhatian.
i. Analisis Dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja. Lembaran kerja
Bahasa Melayu bahagian A iaitu membina lima ayat berdasarkan grafik
(Lampiran A).Saya menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap
penguasaan dan kefahaman murid terhadap tajuk yang diajar.Saya mula
mengenalpasti masalah apabila melihat segelintir murid tidak berjaya menjawab
soalan lembaran kerja dengan penskoran cemerlang.
ii. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh saya terhadap murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi Bahasa Melayu Bahagian A.Respon murid terhadap soalan
guru serta tingkahlaku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan.Pemerhatian yang dilakukan adalah
secara berstruktur yang berupa catatan senarai semak ( Lampiran B) .Saya telah
membuat pemerhatian terhadap semua murid di dalam kelas saya.Apabila saya
mengutarakan soalan berkaitan dengan keterangan ayat beberapa orang murid
tidak dapat menjawab dengan baik.Melalui pemerhatian, sasaran telah
menunjukkan bahawa 5 orang murid tidak dapat menyatakan bahagian
penerangan dan keterangan ayat dengan baik.
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji
terhadap murid tahun 6 Aktif:
Jadual 2: Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid
Peringkat Markah Bilangan murid Peratus
Cemerlang 9-10 18
Baik 7-8 2
Memuaskan 4-6 5
Pencapaian
Tahap Minimum
1-3 0
iii. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh saya terhadap murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk membina lima ayat berdasarkan gambar.Respon murid
terhadap soalan guru serta tingkahlaku murid sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian adalah
secara berstruktur yang berupa senarai semak (Lampiran B).Saya telah membuat
pemerhatian terhadap semua murid di dalam kelas saya.Apabila saya meminta
murid-murid membina ayat secara lisan berdasarkan gambar semasa sesi
perbincangan 5 orang murid tidak dapat membina ayat yang gramatis dan
mempunyai kriteria penskoran cemerlang.
Jadual 3: Analisis pemerhatian
Bil Item-item tingkah laku Bilangan murid
1 Tidak memberi tumpuan 5/5
2 Tidak berkeyakinan menjawab soalan 3/5
3 Yakin menjawab tetapi salah 2/5
Masalah yang dikenal pasti ini adalah disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhi murid yang mana cukup sinonim dengan pemasalahan murid pada
hari ini seperti buat tidak cakna.Antara faktor-faktor yang dimaksudkan adalah
seperti faktor individu, persekitaran, kognitif serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru.Faktor-faktor ini telah dikenal pasti melalui kaedah yang
digunakan semasa melakukan tinjauan awal iaitu analisis dokumen melalui
lembaran kerja dan pemerhatian ke atas murid murid tahun 6 Aktif.
(belum siap)
3.0 Tinjauan Literatur
(belum siap)
4.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian
4.1 Objektif Kajian
Selepas kajian ini responden akan dapat mencapai objektif berikut:
4.1.1 Objektif Umum
Meningkatkan GPMP dengan peningkatan peratus cemerlang dalam Bahasa
Melayu penulisan.
4.1.2 Objektif Khusus
membina lima ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat .
membina lima ayat mempunyai penerang dan keterangan yang meluas.
Menjana lima ayat lengkap berdasarkan grafik yang diberi dengan mudah
dan efektif menggunakan teknik WATAK.
4.2 Persoalan Kajian
(belum siap)
5.0 Kumpulan Sasaran
Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang murid
yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini.Ciri-ciri murid dijelaskan dengan
terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.
5.1 Latar belakang sekolah
Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Clifford,Kuala
Lipis.Sekolah ini merupakan sekolah zon bandar.Sekolah ini mempunyai 46
orang guru ,4 orang kaktitangan serta 588 orang murid.Terdapat 20 kelas
termasuk prasekolah.Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Randah(UPSR) bagi
sekolah ini berada pada tahap GPS 1.94 iaitu antara yang terbaik bagi daerah
Lipis.
5.2 Latar Belakan Murid
Kajian ini mensasarkan murid tahun 6.Seramai 5 orang dari kelas 6 Aktif
yang terdiri daripada 3 orang lelaki 2 orang perempuan dipilih sebagai bahan
kajian saya.Responden ini berumur 12 tahun.Majoriti murid-murid ini tinggal di
kawasan perumahan dan berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan atas
daripada tiga ribu.
6.0 Tindakan Yang Dicadangkan
Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur
pengumpulan data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini .
6.1 Perancangan Tindakan
Tindakan yang dijalankan adalah tindakan intervensi yang akan
dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid untuk membina ayat yang
mempunyai peluasan penerangan dan keterangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Aktiviti –aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Cara pengumpulan data adalah penting membantu kita memperolehi
maklumat yang berguna dalam menjayakan penyelidikan tindakan kita.Oleh
itu ,kita mesti mengenal pasti cara pengumpulan data yang digunakan adalah
cukup dan sesuai.Saya akan menggunakan 5 kaedah untuk mengumpul data yang
saya perlukan untuk menjawab soalan kajian saya seperti pemerhatian diri,soal
selidik,lembaran kerja serta ujian pra dan pos.
6.2.1 Ujian-ujian penilaian (Ujian pra dan pos)
6.2.2 Soal selidik
6.2.3 Pemerhatian
6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan
mempersembahkan data serta prosedur statistik.Tujuan analisis data ialah untuk
mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih bemakna.Dalam analisis dan
interpretasi data saya akan melakukan penganalisian terhadap semua data mentah
yang dikumpul sepanjang tempoh pelaksanaan kajian.
6.3.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian pos
6.3.2 Analisis Pemerhatian
6.3.3 Analisis data soal selidik
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian.
7.1 Jadual berikut menunjukkan urutan pelaksanaan aktiviti yang dirancang
dalam kajian tindakan ini.
Bi
l
Aktiviti Tarikh
1 Mengenal pasti masalah
Pemerhatian
-dijalankan pada slot pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Tahun 6.
Dokumen(lembaran kerja)
-penentuan masalah
2 Membuat analisis tinjauan masalah
-Mengira kekerapan dan peratus hasil dapatan daripada
pengumpulan tinjauan masalah
3 Menentukan objektif /soalan kajian
-penentuan objektif umun (tujuan kajian )
-penentuan objektif khusus kajian
4 Merancang tindakan
-penentuan langkah tindakan dan cara mengumpul data
5 Menulis proposal
6 Menghantar proposal
7 Melaksanakan tindakan
8 Menganalisis tindakan
-mengira kekerapan dan peratusan hasil dapatan daripada
pengumpulan data
9 Membuat refleksi
10 Menulis laporan kajian
11 Pembentangan dapatan kajian
7.2 Carta Gantt Jadual Pelaksanaan.
Carta gantt di bawah menunjukkan pelaksanaan kajian tindakan ini mengikut
bulan sepanjang kajian dilakukan:
Bil
Aktiviti FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
OKT
1 Mengenal pasti masalah
2. Membuat analisis tinjauan masalah
3 Menentukan objektif /soalan kajian
4 Merancang tindakan
5 Menulis
proposal
6 Menghantar proposal
7 Melaksanakan tindakan
8. Menganalisis tindakan
9. Membuat refleksi
10 Menulis laporan kajian
11.
Pembentangan dapatan kajian
7. Kos Kajian
Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos untuk menyediakan soalan semasa
tinjauan awal dan selepas intervensi serta kos yang diperlukan sepanjang
intervensi Jadual di bawah adalah kos yang dijangkakan;