FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBLS 2103:PENGENALAN AGROTEKNOLOGI SEMESTER SEPTEMBER 2010 ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. “ ” 3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 4 (empat) 4. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan. 5. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBLS 2103:PENGENALAN AGROTEKNOLOGISEMESTER SEPTEMBER 2010ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New Roman” dan langkau baris 1.5.
3. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 4 (empat)
4. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.
5. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.
6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.
SOALAN TUGASAN
Anda telah diminta oleh pihak sekolah untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah
yang menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan.
Sediakan satu kertas cadangan kepada jawatankuasa Keceriaan sekolah. Dalam penyediaan
kertas cadangan tersebut, perkara-perkara berikut haruslah disertakan:
i. Pengenalan
ii. Rasional pemilihan dan jenis-jenis:
a. Pokok hiasan
b. Sayur-sayuran
c. Ikan Hiasan
iii. Lukisan pelan induk taman
iv. Sertakan gambar-gambar contoh taman yang telah dilawati sebagai rujukan dan
panduan dalam perancangan taman anda.
v. Spesifikasi pengurusan dan penyenggaraan taman yang merangkumi
a. Penjagaan pokok hiasaan
b. Penjagaan sayur-sayuran
c. Penjagaan dan pengurusan ikan hiasan
)30 markah(
PENGENALAN
TUJUAN
Cadangan pembangunan untuk menyediakan sebuah taman di kawasan sekolah yang
menggabungkan tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan, sayur-sayuran dan ikan hiasan di
kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar ,Masjid Tanah Melaka.
MATLAMAT
1. Merancang penyediaan lanskap meliputi keperluan ‘softscape’ and
‘hardscape’ dalam pembinaan taman di sekitar kawasan sekolah.
2. Menonjolkan imej serta identiti Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar yang
menjadikan suasana pembelajaran murid adalah berasaskan Pembelajaran di Dalam
Taman.
3. Memelihara dan memelihara flora dan fauna yang terdapat di kawasan
tapak terutamanya spesis yang hampir pupus dan sukar ditemui seperti
4. Menambah nilai estetik sekolah ini terutama kepada para ibu bapa serta pelawat yang
melawat ke sekolah ini.
OBJEKTIF
Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah taman yang berinformasi (mesra
pelajar) di samping memelihara dan memulihara unggas dan tanaman asal yang mungkin
pupus ditelan arus pembangunan..Ianya juga dapat menyediakan tapak untuk murid-
murid lebih mengenali pokok-pokok hiasan ,jenis-jenis ikan hiasan dan sayur-sayuran
yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah temui.
LATAR BELAKANG PROJEK DAN TAPAK
NAMA PROJEK
Cadangan pembinaan taman bunga di kawasan Sekolah Kebangsaan Ramuan China
Besar.
LOKASI
Tapak lokasi terletak di satu kawasan lapang yang dahulunya dikenali sebagai Dataran
Juara
KESESUAIAN LOKASI
1. Kawasan ini telah terbiar dengan agak lama dan telah berlaku sedikit hakisan tanah
terutama selepas hujan , tanah-tanah tadi akan dihanyutkan air dan sedkit demi sedikit
membawa kepada hakisan yang teruk.Cadangan untuk menanam tumbuhan hortikultur
terutama tumbuhan penutup bumi seperti rumput turf ,Arachis pintoi dan ros Jepun
boloeh menutup bumi dengan baik dan mengelakkan hakisan dari berlaku.
2. Terdapat sebuah kolam lama di tengah-tengah kawasan projek yang akan di baik pulih
serta sesuai untuk penternakan ikan-ikan hiasan.
3. Memandangkan kawasan projek sebelum ini agak panas ,maka dengan menanam
tumbuhan hiasan ini dapat menyekat pancaran matahari terik dan dengan ini dapat
menyejukkan persekitaran.
4. Keadaan topografinya yang rata dan rendah serta cuaca yang berangin
membuatkan tapak ini sesuai sebagai tempat untuk murid-murid berehat serta dapat
membuat aktiviti luar di kawasan ini.
SKOP PROJEK DAN CADANGAN
Projek ini bakal menggabungkan antara tiga elemen iaitu pokok-pokok hiasan , sayur-
sayuran dan ikan hiasan.Ketiga-tiga elemen ini akan berfungsi di dalam mewujudkan
suasana flora dan fauna di samping memberikan suasana santai di kalangan murid dan
guru apabila berada di dalam kawasan taman ini.Rasional pemilihan jenis-jenis ketiga-
tiga elemen ini adalah seperti berikut:
1. Pokok Hiasan
BIL NAMA/JENIS GAMBAR CONTOH RASIONAL
1. Rumput turf Rumput Turf akan di gunakan
sebagai penutup bumi.Ianya bukan
sahaja dapat mengindahkan suasana
malah dapat menghalang hakisan
tanah daripada berlaku.
2. Pokok Jenjarum
(Ixora Javanica)
Pokok Jenjarum ini adalah
tumbuhan renek yang hidup rendah
di atas permukaan bumi.Ianya
berbunga dengan cantik dan sesuai
ditanam di sekeliling taman.
3. Pokok Palma Kipas
(Licuala Grandis)
Pokok Palma ini merupakan Tumbuhan Pinggiran Jalan yang terdiri daripada pokok – pokok besar yang boleh memberi teduhan kepada murid-murid yang ingin berteduh atau berehat di bawahnya.Akarnya pula tidak merosakkan jalan serta daun dan bunganya tidak mengotorkan jalan.
5. Teratai Pokok Teratai boleh tumbuh dengan baik di dalam kolam.Ianya bukan sahaja cantik malah dapat menjadi tempat untuk ikan-ikan hiasan mendapatkan makanan.Teratai termasuk tumbuhan yang hidup di air (hidrofit). Daun teratai umumnya berbentuk bulat. Ada jenis teratai yang diameter daunnya mencapai 1-2 meter. Daun yang lebar ini memudahkan penguapan air serta fotosintesis. Tanaman teratai tumbuh dari dasar air. Tangkai daun cenderung tumbuh menjalar, sehingga helai daun selalu terlihat mengapung. Tangkai bunga cenderung tumbuh tegak sehingga bunga teratai dapat muncul dan menyembul dari permukaan air. Akar tanaman teratai tumbuh di dasar air batangnya berada di dalam air. Bunga teratai memiliki banyak lapisan kelopak.
Objektif untuk menanam sayur-sayuran di dalam taman ini adalah bertujuan untuk
mendedahkan murid-murid tentang kepentingan sayuran tanpa mengira peringkat
umur.Selain daripada membekalkan vitamin sayur-sayuran juga dapat meneutralkan
bahan-bahan berasid yang dikeluarkan semasa penghadaman daging dan lain-lain
makanan.
Murid-murid juga bakal didedahkan tentang proses penanaman , cara pengurusan
dan cara pemugutan hasil tanaman.
Untuk kertas kerja ini , kami telah merancang untuk menanam sayur-sayuran
daripada Jenis Daun, Jenis Buah dan Jenis Akar.
Rasional pemilihan adalah seperti berikut :
BIL. JENIS
SAYURAN
NAMA
SAYURAN
GAMBAR CONTOH
RASIONAL
1. Sayuran
Daun
Sawi Hijau Kebaikan sayur-sayuran
tidak terhingga. Pertama,
ia rendah lemak, kalori
dan natrium serta tidak
mengandungi kolesterol.
Selain itu, sayur-sayuran
juga mengandungi
vitamin, mineral, serat,
karoteinoid dan bahan bio-
aktif (dipanggil sebagai
bahan fitokimia).
Kailan Kailan merupakan sejenis
sayur daun yang bernilai
sederhana tinggi dan
digemari ramai. Ia
dipercayai berasal dari
kawasan Mediteranean,
tetapi kini ditanam di
kebanyakan negeri
beriklim tropika dan
sederhana.
Di Semenanjung Malaysia,
kawasan pengeluar utama
kailan ialah Johor diikuti
oleh Melaka, Perak dan
Pulau Pinang.
2. Sayuran
Buahan
Kacang
Panjang
Cili
Kaya vitamin C, mineral dan nutrien. sayuran hijau membantu dalam menguatkan imunisasi badan serta kesihatan mata dan kulit
Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan pendudukMalaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapisekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali jugasebagai lada atau cabai,
kebanyakannya ditanam
dikawasan tanah rendah
3. Sayuran
Akar
Keledek
Keledek merupakan
sejenis sayuran berubi
yang kaya dengan
karbohidrat dan karotena.
Dipercayai berasal dari
Amerika Tengah dan dari
barat laut Amerika Latin
3. Ikan Hiasan
Ikan Hiasan merupakan satu identiti bagi mewujudkan situasi menarik bagi sesebuah
taman. Dalam pada itu dapat mendedahkan murid-murid tentang perasaan sayang
terhadap hidupan fauna. Di samping itu juga , murid-murid dapat mengenali sifat-sifat
sebenar ikan-ikan hiasan.
Untuk projek ini , ikan-ikan hiasan akan dipelihara di dalam kolam yang terletak di
tengah-tengah taman.Kolam berbentuk sfera ini akan dipenuhi dengan ikan – ikan
daripada jenis ikan air tawar iaitu ikan koi.
Rasional pemilihan bagi ikan jenis ini adalah seperti berikut :
BIL JENIS CONTOH GAMBAR RASIONAL PEMILIHAN
1. Ikan Koi
Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal
Tumbuhan hiasan akan tumbuh lebih sekata jika ditanam pada satu batas yang disediakan
dengan betul. Untuk menanam pokok – pokok hiasan di dalam taman ini kami bercadang untuk
menanam secara bekumpulan atau sekelompok.
1) Tanah – tanah akan digemburkan terlebih dahulu sedalam 30 cm.
2) Batas dinaikkan setinggi 15 hingga ke 30 cm tinggi.Selain itu ditambah dengan bahan-
bahan pembaikan tanah.
3) Campuran baja NPK 10-10-10 sebanyak 0.45 kg bagi setiap kaki persegi luas batas
boleh digunakan.
4) Anak pokok akan ditanam mengikut cara menanam pokok secara tunggal .
5) Permukaaan tanah akan ditutup dengan beberapa sentimeter sungkupan untuk
menghalang pertumbuhan rumpai dan mengawal kelembapan.
6) Batas seterusnya akan disiram dengan sama rata.
Kebanyakkan tanaman hiasan dalam landskap memerlukan penjagaan untuk terus hidup sihat
dan menarik. Penyiraman , pembajaan ,pemangkasan ,sungkupan dan kawalan perosak serta
penyakit yang teratur adalah penting dalam proses pengurusan landskap yang bagus.
1) Penyiraman dan Sungkupan
a) Penyiraman
Tumbuhan memerlukan cukup air semasa awal pertumbuhan. Namun apabila ia telah
sempurna tumbuh ,tanaman boleh hidup tanpa siraman selama beberapa hari malah
berminggu-minggu.
Tanda tanaman yang kekurangan air boleh kita dapati daripada melihat daun nya yang mula
layu dan warnanya semakin pudar.Oleh yang demikian ,penyiraman perlu dilakukan
sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di
tempat-tempat yang terlindung daripada hujan.
b) Sungkupan
Ia adalah merupakan proses penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok
dengan bahan-bahan seperti rumput kering , lalang kering ,jerami padi dan plastik hitam.
Sungkupan dilakukan bertujuan untuk pokok tidak perlu disiram selalu.Ia juga
dapatmenghalang pertumbuhan rumpai , mengelakkan penyakit bawahan tanah tertentu
terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung daripada suhu yang
ekstrim. Selain itu bahan organik pada tanah akan bertambah jika bahan organik digunakan
sebagai sungkupan.
1) Membaja dan Memangkas
a) Membaja
Pembajaan adalah sangat penting bagi mengekalkan unsur-unsur nitrogen , fosforus ,
kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai bentuk baja di pasaran dan
dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk debu , cecair , bebutir ,kapsul ,pellet dan
sebagainya.Baja berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya.Jenis baja
dipilh bukan sahaja berdasarkan kos malah perhatian juga perlu diberikan terhadap jenis
pokok yang hendak dibaja,kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk
pertumbuhan yang diinginkan.
Cara Melakukan Pembajaan
Menabur Alur Poket Suntikan
Membaja
Tabur baja di bawah sudut pokok.
Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.
Alur
Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di
sekeliling pokok.
Kambus semula alur dan siram.
Poket
Gali lubang – lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok jarak di antara 45-
60 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm.
Letak baja di dalam lubang , kambus semula dan siram.
Suntikan
Untuk keadaan tertentu sekiranya akar pokok telah rosak dan tidak dapat
mengambil baja dengan baik.
Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang.
Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam lubang.
Memangkas
Bermaksud memotong bahagian –bahagian tertentu tumbuhan. Bertujuan untuk :
Mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini.
Membuang dahan atau ranting yang mati , rosak atau berpenyakit.
Menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas.
Potong berhampiran dengan (a) tunas, (b) cabang sisi, dan (c) Batang utama.Jangan tinggalkan tunggul
Perlindungan Tanaman
a) Kawalan Rumpai
Rumpai boleh dikawal secara mekanikal iaitu menggunakan tangan, sungkupan atau
secara kimia dengan menggunakan racun rumpai.Racun rumpai pracambah digunakan
untuk mengawal rumpai diperingkat awal sebelum percambahn biji benih rumpai.
b)Perosak dan Penyakit
Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit. Mengikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman. Awasi tanaman secara berkala.Mengesan awal penyakit dapat menyelamatkan Pokok
Pengurusan Sayur-Sayuran
Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam
mineral, protein, karbohidrat dan lemak.
Jenis Sayur-sayuran
Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian
makanan.
Jadual Jenis Sayur-Sayuran
Bil Jenis sayuran Contoh
1 daun bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis
dan kangkung
2 kekacang kacang botor/kelisa, kacang buncis,
kacang tanah dan kacang panjang
3 buah bendi, cili, kundur, terung, petola,
timun, tomato
3 akar / umbisi halia, lobak putih, lobak merah, ubi
keledek, ubi sengkuang, keladi
Pemilihan Tapak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya
termasuklah berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses
pemasaran.Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci
sebelum pasaran dilakukan.Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari
terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing
untuk mendapatkan air dan nutrien.
Penyediaan tapak
Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:
Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar
proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak
mencukupi.
Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah
yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat
kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami
ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana
kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum,
molibdenum dan boron.
Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit
apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air
sangat rendah.
Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris
mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi .Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya
penahanair dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu
berasid.
Penyediaan batas
Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran
seperti :
Membuang rumpai dan batu batan
Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak.
Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan
sebagai sungkupan.
Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,
membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran
dan pengudaraan tanah.
Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 – 25 cm.
Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput
yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu
tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan
perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak
benih dan hidupan tanah.
mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar
dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
mengelakkan tumbesaran rumpai
.
Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar
percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan
yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik
Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.