PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah ISSN 1985-0220 | Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.my V olume | A ccuracy | S peed Kebanggaan Negara MS 05 BENGKEL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MS 27 Rangkuman Bergambar MS 18 Usaha Membangun USAHAWAN BUMIPUTERA MS 10
32
Embed
PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAMTURUN PADANGKetua Pengarah
ISSN 1985-0220 | Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.myVolume | Accuracy | Speed
22Dokumentari :Program LatihanKemahiran Belia India Tahap I
23WorkcampKesejahteraan Rakyat Bil.5/2012
24Kriteria & Pemantauan Berfokus Menerusi Workcamp
25Bengkel Diari Seorang Setiausaha ICU JPM
26Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPMDi INTAN WilayahTimur
27Bengkel Pengurusan Sumber Manusia
28BengkelPemantapan AKRAB
29Ehwal Perkhidmatan
KANDUNGANKANDUNGAN
Acara Sukan VIP Terebey Tin (Lastik Tin) di Karnival Sukan ICU JPM 2012
APRIL - JULAI 2012
KETUA PENGARAHYBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN STRATEGIK)YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffi n
TIMBALAN KETUA PENGARAH (TRANSFORMASI PENYAMPAIAN)YBhg. Dato’ Mohammed Ismail
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENYELARASAN PROJEK KHAS)YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff
PENGURUS BPR PROJEK BLESS Musalmiah Hj. Asli
TUGAS KHAS Hj. Mohd Yazid Ramli
PUSAT BANK DATA NEGARA & INOVASI YBhg. Dato' Rosni Abdul Malek
BAHAGIAN INFRASTRUKTUR Hj. Mohd Hatta Nordin
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Hj. Nordin Buyau
BAHAGIAN SOSIAL Hjh. Norsini Hussin
BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Hjh. Normi Nordin
BAHAGIAN BADAN BERKANUN & PEMBANGUNAN INSTITUSI Mahd Ishak Abd. Aziz
BAHAGIAN KESELAMATAN YM Engku Hamzah Tuan Mat
BAHAGIAN PENILAIAN OUTCOME Dr. Shahrazat Hj. Ahmad
BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT Zamry @ Fazillah Salleh
BAHAGIAN KONSULTATIF & REFERAL TEKNIKAL Ir. Umi Kalthom Ahmad
BAHAGIAN PROJEK KHAS Ismail Haron
BAHAGIAN EKONOMI Mohamad Azhar Saleh
PENAUNG YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh
PENASIHATYBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffi nYBhg. Dato’ Mohammed IsmailYBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff
KETUA EDITORTn. Hj. Nordin Buyau
EDITORHasniah Rashid
URUS SETIA PENERBITANNaim Saleh
REKALETAK & GRAFIKMohd Yaziz Sulaiman
SIDANG PENULIS Hasniah RashidAimi Nazirah Abdul RazakAnis Marhani Abd RashidAinnul Dzhamira Mohd Soffi Naim SalehNazzatul Shima Ahmad SabriNoor Liyana HasanNursyazwani Tajul UrusFadzlin HasyimahNor Asiah Abd. Halim
JURUFOTOAizat Asyraf Abdul GhafarMohd Syah Erwan Che Mit @ Abd Hamid
BANTUAN/SOKONGANRazilah RadziNorhakim Abd Wahab
Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.
Diterbit dan dicetak:Seksyen Perhubungan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri,Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.
Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.my SIDANG REDAKSI
PENGURUSAN ICU JPM | IBU PEJABAT PENGURUSAN ICU JPM | NEGERIPPPN PULAU PINANG YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus
PPPN SELANGOR YBhg. Datuk Hj. Abd. Ghani Salleh
PPPN SARAWAK YBhg. Dato Kamal Husin
PPPN PAHANG YBhg. Dato’ Dzul-Kifl y Osman
JPP KELANTAN YBhg. Dato' Makhtar Mustapha
PPPN JOHOR Hj. Nor Rizan Mohd Thani
PPPN TERENGGANU Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin
PPPN MELAKA Ismail Hamad
PPPN NEGERI SEMBILAN YBhg. Dato’ Mohd Bahrudin Mahfuz
PPPN SABAH YBhg. Datuk Hj. Matusin Sunsang
PPPN KEDAH YBhg. Datuk Azmi Lateh
PPPN PERAK YBhg. Dato’ Hasim Hasan
PPPN WILAYAH PERSEKUTUAN Ariffi n Imat
PERDA Hj. Saringat Hassan
BPPB PULAU PINANG Azman Ibrahim
PPPN PERLIS Juwairiah Lebai Din
Salam 1ICU JPM
Kita semua tahu, Perdana Menteri YAB
Dato’ Sri Najib adalah peminat tegar
sukan bolasepak. Kita juga sedar bahawa
dalam kancah EPL, pasukan/kelab Manchester
United paling disokong Dato’ Sri. Namun tidak
semua kita terfikir dan ada yang kehairanan
apabila Dato’ Sri menyatakan beliau sebenarnya
ketika menonton permainan bolasepak tidak
hanya bersorak tetapi fikirannya ikut bermain
di padang.
Keperibadiaan dan kebolehan berfikir secara
kritis sambil menonton permainan yang
mendebarkan seperti pertandingan akhir EURO
2012 diserlahkan Dato’ Sri untuk kita semua
anggota perkhidmatan awam contohi. Di antara
kita yang hadir di Perhimpunan JPM pada
2 Julai lalu begitu teruja apabila YAB Perdana
Menteri merumuskan strategi pasukan Sepanyol
tatkala menentang Itali adalah satu perubahan
yang inovatif.
Perubahan inovatif yang dimaksudkan YAB
Perdana Menteri ialah pada pemikiran yang
mementingkan keberhasilan. Format pemain
yang diturunkan pasukan Sepanyol didapati
tidak lagi terikat dengan gaya konvensyenal dan
belum pun pernah dibuat cubaan. Sepanyol
tidak meletakkan pemain penyerang tetapi
sebaliknya menggunakan enam orang pemain
tengah yang masing-masingnya berkeupayaan
menjaringkan gol.
Seperti mana kejayaan pasukan Sepanyol,
mesej utama YAB Perdana Menteri kepada
kita semua ialah perlunya sentiasa mencari ide
baru, menyelami di luar kotak pemikiran biasa,
mewujud nilai baru yang lebih bernas, dan
berani mencuba cara/format/kaedah kerja yang
tidak konvensyenal. Manakala mesej tersirat
ialah gesaan majikan supaya perubahan dibuat
dalam penyampaian perkhidmatan demi
kepuasan rakyat.
Kesimpulannya, keperibadian kita semasa
menonton permainan apa acara sukan
sekalipun, baik di stadium atau pun menerusi
kaca TV bukan lagi sekadar untuk bersorak dan
bersuka-ria. Kegemaran kita terhadap sukan
perlulah dimanfaatkan dengan membawa
bersama akal dan fikiran untuk ikut bermain
sebagai satu alternatif mencari perubahan yang
inovatif. Semoga saranan tersurat dan tersirat
YAB Perdana Menteri dapat kita bersama
amalkan demi perubahan seperti yang ditagih
dek majikan.
Salam Tahniah 1ICU JPM di atas kejayaan
projek eKasih di persada antarabangsa. Selamat
Menjalani Ibadah Ramadan Al-Mubarak.
Semoga kita menerima kedatangan Syawal
dengan keBerkatan Illahi. Amin.
HASNIAH RASHIDEditor
Jom Ikut YAB Perdana MenteriBersorak dan Berfikir Sambil Menonton
MINDA EDITOR
VisiAgensi Pusat yang unggul dan
berwibawa dalam memantau
pelaksanan rancangan pembangunan
negara.
MisiAgensi Pusat yang menggerakkan
pembangunan negara melalui
penyelarasan, pengesanan dan
penilaian dasar, program dan projek
dengan mengamalkan budaya kerja
cemerlang dan tadbir urus yang baik.
Perkhidmatan Teras Utama• Menyelaras, memantau dan menilai
pelaksanaan dan outcome Program/
Projek Pembangunan Rancangan
Malaysia Lima Tahun (RMLT)
• Mengurus Peruntukan serta
melaksana dan memantau Program/
Projek Khas YAB Perdana Menteri
• Menyelaras, memantau dan menilai
Program/Projek Kesejahteraan
Rakyat.
Moto
5Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012
PENGIKTIRAFAN & PENGANUGERAHAN
UNPSA eKasih Kebanggaan Negara
Putrajaya -- Sebaik menyebut
kejayaan Kerajaan Malaysia
memenangi anugerah daripada
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN)
terserlah wajah yang ceria dan riang YAB
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak
ketika di pentas Perhimpunan Bulanan
JPM. Selain itu wajah puas dan bangga
turut dikesan hadirin melalui ungkapan
bahawa "ianya bukan calang-calang anugerah yang diberi oleh UN" semasa
YAB Perdana Menteri menyampaikan
amanat kepada wargakerja Jabatan
Perdana Menteri yang berlangsung pada
2 Julai 2012.
Keserlahan wajah dan perasaan
tersebut adalah ekoran Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) diumum sebagai Pemenang Tempat Pertama di bawah Kategori Advancing Knowledge Management in Government di majlis2012 UN Public Service Award Ceremony and Forum pada 25 Jun 2012. Secara terbuka, YAB Perdana
Menteri mengucapkan tahniah kepada
ICU JPM atas inisiatif membangunkan
satu pangkalan data kemiskinan nasional
dan kemudiannya mempertandingkan di
peringkat antarabangsa.
UNPSA merupakan anugerah perkhidmatan awam yang diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan kerana penghasilan kreativiti serta inovasi yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa. Selari
dalam pencapaian misi RMK-9 dengan menyifarkan miskin tegar di penghujung 2010; dan keduanya dalam usaha mewujud dan menambahbaik sistem penyampaian yang berkesan kepada rakyat seiring dengan program
transformasi kerajaan. Di samping itu,
pengumuman ke seluruh dunia oleh
pihak penganjur telah mengharumkan lagi
nama Malaysia di persada antarabangsa.
Berkaitan itu Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj Mohd Salleh menyifatkan … kunci
kemenangan adalah pada gabungan elemen kreativiti dan kesungguhan pasukan petugas serta komitmen di pihak pengurusan b e r s e r t a
dorongan pelbagai nilai murni seperti Bersemangat, Tekun dan Rajin, Positif dan Optimistik yang telah dibudayakan sebagai etika kerja ICU JPM… Katanya
lagi, keupayaan ICU JPM memenuhi
hasrat kerajaan mewujudkan satu
pangkalan data kemiskinan yang tunggal
sebagai pusat rujukan nasional telah
menyelesaikan banyak permasalahan di
kalangan Kementerian/Agensi pemberi
bantuan seperti difinisi kemiskinan serta
berlakunya pertindihan dalam pemberian
bantuan kepada kumpulan sasar.
Menurut YBhg. Datuk Hj. Shukry
antara kekuatan pangkalan data eKasih
ialah pada ciri data yang bersepadu
meliputi profil golongan miskin di seluruh
negara, manakala sifat dinamik data
hasil daripada aktiviti-aktiviti berterusan
seperti bancian, verifikasi dan kemaskini
merupakan keistemewaan eKasih.Sebagai
langkah kehadapan, ICU JPM telah pun
memulakan usaha bagi meningkatkan
keupayaan eKasih melalui perluasan data
bagi meliputi golongan berpendapatan
rendah (bawah 40%) melalui inisiatif
Greater eKasih, Inisiatif terbaharu ini
adalah selaras dengan aspirasi RMK-
10 untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2015 dan diterokai
bersama Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan
PEMANDU serta beberapa agensi kerajaan
yang lain.
Untuk rekod, eKasih sebelum ini
pada tahun 2010 telah memenangi dua
anugerah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA)
iaitu peringkat nasional dan antarabangsa
masing-masingnya di bawah kategori
Best of e-Inclusion & e-Community
dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi
ICU JPM telah membuka minda umum
akan keberkesanan budaya kerja yang
merentasi kokun masing-masing;
serta membuka luas mata dunia akan
komitmen tinggi kerajaan Malaysia dalam
misi membasmi kemiskinan. •
Buletin Bergambar IC6
Mohd Salleh me
kep
7Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012
KETUA PENGARAHKETUA PENGARAHTURUN PADANGTURUN PADANGP
BengkelDiari Seorang Setiausaha ICU JPMOleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]
Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201226
Kemaman, Terengganu -- Kursus
Pengukuhan Pasukan ICU JPM
telah diadakan di INTAN Wilayah
Timur (INTIM) dengan kerjasama Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah
Timur, Kemaman, Terengganu pada
5-8 April 2012. Seramai 47 orang peserta
terdiri daripada 4 orang pegawai daripada
Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
41 orang pegawai kumpulan sokongan I
& II dan 2 orang Urusetia telah menghadiri
kursus tersebut. Dua orang pegawai
INTIM yang terlibat secara langsung
bagi mengendalikan keseluruhan kursus
Pengukuhan Pasukan ICU JPM tersebut
ialah Mazuri Mamat dan Zabidi Ahmad.
Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPM ini
diadakan bertujuan :
● Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab;
● Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan;
● Meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif; dan
● Meningkatkan nilai murni serta jatidiri.
Peserta telah dibahagikan kepada
4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai
Identitinya tersendiri. Permainan
berkumpulan seperti Kepimpinan, Bersatu
Teguh, Permainan Si Buta dan permainan
Paintball Ala INTIM begitu diminati oleh
peserta kursus. Kesimpulan daripada
permainan yang diadakan peserta
telah mendapat menafaatnya dimana
kemahiran bekerja secara berkumpulan
telah ditingkatkan, pekerja lebih kreatif
serta sebagai pekerja kita perlu mengikut
@ mendengar arahan dengan betul.
Tuan Haji Abdul Rahman Che Hamad,
Pengarah INTAN Wilayah Timur (INTIM)
telah sudi untuk menyempurnakan
perasmian penutup kursus Pengukuhan
Pasukan ICU JPM dan menyampaikan sijil
kepada setiap kumpulan tersebut. Pauziah
Abdullah daripada PPPN Terengganu
merupakan wakil daripada ICU JPM. •
Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPMDi Intan Wilayah TimurOleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]
PEMBANGUNAN KOMPETENSI
27Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012
BENGKELBENGKELPENGURUSAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIASUMBER MANUSIA
Port Dickson, Negeri Sembilan --Bengkel Pengurusan Sumber Manusia ICU JPM telah diadakan
pada 18 hingga 20 Mei 2012 bertempatdi Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 52 orang peserta terdiri daripada Pengurus Sumber/Penyelia serta Pembantu Tadbir di peringkat Ibu Pejabat/Negeri telah menghadiri bengkel Sumber Manusia anjuran BKP ICU JPM. Bengkel Pengurusan Sumber Manusia dimulai dengan mengadakan mesyurat bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit disamping pembentangan maklumat berkaitan Sumber Manusia seperti GCR, Perkhidmatan pegawai serta peratus (%) kehadiran berkursus pegawai bagi setiap Bahagian/Negeri melalui HRMIS dan SISMA. Tiga orang penceramah terdiri daripada Satminder Kaur a/pKawan Singh (Bahagian Saraan),Mohamad Marwan Ahmad (Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib dan Keutuhan) dan Ramli Musa (Bahagian Pasca Perkhidmatan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peranan serta tugas sebagai pengurus sumber manusia disamping mengeratkan perhubungan pengurusan sumber manusia di peringkat Ibu Pejabat dan di peringkat negeri. Sesi Pengukuhan Pasukan turut diadakan dengan kerjasama Ziqzul Corporation Sdn.Bhd. Majlis penutup serta majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Syaiful Patolga, Timbalan Pengarah Seksyen Sumber Manusia ICU JPM. •