TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR “Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang” PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR SEKRETARIAT HP SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan dana daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program Tautan Kasih bersama Anak-Anak Yatim Al-Kausar. 2.0 PENGENALAN Program ini merupakan anjuran daripada sekretariat di bawah HP Sosial dan Kebertanggungjawaban Universiti Kebangsaan Malaysia. Penganjuran program ini dengan bertemakan “Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang” adalah untuk memupuk rasa prihatin dan kebertanggungjawaban para mahasiswa melalui program amal kepada badan bukan kerajaan yang membantu dalam pembangunan masyarakat khususnya anak-anak yatim. Program ini merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi peribadi mahasiswa dan mahasiswi dalam menerajui serta memimpin diri sendiri dengan melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang cemerlang semata- mata tetapi dari sudut kerohanian juga di titikberatkan. Malah ini merupakan landasan yang terbaik bagi memperbaiki lagi “kelompangan” dalam diri mahasiswa dan mahasiswi melalui program sebegini. Kebertanggungjawaban sosial boleh didefinisikan sebagai menggunakan perasaan kebersamaan untuk bertindak bagi kebaikan kumpulan dan memastikan permuafakatan kumpulan, responsiv terhadap isu sosial. Dalam HP ini , kami mengfokuskan kepada empat kemahiran seperti berikut: 1. Kemahiran Sosial Dan Kebertanggungjawaban, 2. Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan, 3. Kemahiran Komunikasi dan 4. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan Saintifik.
16
Embed
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL … · Minggu 1 8/3/2014 (Sabtu) 9.30pagi - 2.30petang Suai Kenal Bersama Para Penghuni Rumah Anak Yatim Sekretariat Yang Terlibat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR
“Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang”
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR
SEKRETARIAT HP SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan dana
daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program Tautan Kasih bersama
Anak-Anak Yatim Al-Kausar.
2.0 PENGENALAN
Program ini merupakan anjuran daripada sekretariat di bawah HP Sosial dan
Kebertanggungjawaban Universiti Kebangsaan Malaysia. Penganjuran program ini dengan
bertemakan “Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang” adalah untuk
memupuk rasa prihatin dan kebertanggungjawaban para mahasiswa melalui program amal kepada
badan bukan kerajaan yang membantu dalam pembangunan masyarakat khususnya anak-anak
yatim.
Program ini merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi
peribadi mahasiswa dan mahasiswi dalam menerajui serta memimpin diri sendiri dengan
melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang cemerlang semata-
mata tetapi dari sudut kerohanian juga di titikberatkan. Malah ini merupakan landasan yang
terbaik bagi memperbaiki lagi “kelompangan” dalam diri mahasiswa dan mahasiswi melalui
program sebegini. Kebertanggungjawaban sosial boleh didefinisikan sebagai menggunakan
perasaan kebersamaan untuk bertindak bagi kebaikan kumpulan dan memastikan permuafakatan
kumpulan, responsiv terhadap isu sosial. Dalam HP ini , kami mengfokuskan kepada empat
kemahiran seperti berikut:
1. Kemahiran Sosial Dan Kebertanggungjawaban,
2. Kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan,
3. Kemahiran Komunikasi dan
4. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan Saintifik.
TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR
“Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang”
3.0 MISI
Dengan ilmu yang dikongsi melalui program ini merupakan satu batu loncatan kepada anak-anak
yatim Al-Kausar dalam membuat penambahbaikkan, pembaharuan serta penyesuaian yang terbaik
dalam sistem kehidupan sebagai seorang pelajar dalam membina modal insan negara yang
cemerlang.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah menjadikan sekreteriat HP Sosial dan Kebertanggungjawaban
sebagai pemudah cara dan fasilitator kepada anak-anak yatim Al-Kausar kerana mereka adalah
golongan yang perlu diberi perhatian dan bimbingan dari segi akademik dan sahsiah diri sebagai
persiapan untuk membina modal insan negara yang cemerlang. Lebih jelas tentang program ini,
matlamatnya juga diselitkan dengan aktiviti yang dapat mewujudkan jalinan ukhwah yang lebih
erat antara sekreteriat HP Sosial dan Kebertanggungjawaban dengan anak-anak yatim Al-Kausar.
Program ini diharapkan dapat mendidik hati para sekreteriat HP Sosial dan
Kebertanggungjawaban dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang
dikurniakan Allah SWT.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memupuk kasih-sayang di antara sekreteriat HP Sosial dan Kebertanggungjawaban dengan
anak-anak yatim Al-Kausar.
5.2 Memberi penekanan kepada anak-anak yatim Al-Kausar tentang kepentingan kesedaran
terhadap pendidikan.
5.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah pelajar kepada anak-anak yatim Al-Kausar.
5.4 Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui program amal terhadap badan bukan
kerajaan yang membantu dalam pembangunan anak-anak yatim.
5.5 Melahirkan mahasiswa/i yang berwajah baru yang melengkapkan diri dengan ilmu dan lebih
berani menangani cabaran serta menjadikan UKM sebagai agen penghubung kepada
masyarakat luar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
6.0 TEMA
“Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang”
TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR
“Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang”
7.0 ANJURAN
Sekreteriat HP Sosial dan Kebertanggungjawaban sesi 2013-2014, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini di cadangkan untuk diadakan pada
Tarikh : 8 Mac 2014 – 17 Mei 2014
Hari : Setiap sabtu dan ahad.
Masa : 9.00 pagi hingga 2.30 petang
9.0 TEMPAT
Tempat program ialah di Rumah Anak Yatim Al-Kausar, No 17, Jalan 4/12c, Fasa 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.
10.0 CADANGAN PERASMI
Perasmi pembukaan:
Wakil dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI FORUM
Bilangan peserta : 24 orang
Bilangan urusetia : 24 orang
Jumlah : 48 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-KAUSAR
“Ke Arah Pembentukan Modal Insan Negara Yang Cemerlang”
14.0 BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Program Tusyen Percuma
Pengisian yang akan di sampaikan oleh ahli sekreteriat mengikut kepakaran bidang masing-
masing.
15.2 Aktiviti Bulanan
15.2.1 Bengkel Smart Solat
Pengisian yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan untuk menekankan
kepentingan solat melalui cara solat sebenar yang di ajar oleh agama Islam.
15.2.2 Program Motivasi
Pengisian yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan yang akan
diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertujuan untuk memberi
pendedahan awal dan sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak yatim Al-
Kausar untuk berusaha gigih dalam pelajaran.
15.2.3 Aktiviti Sukaneka
Program yang akan dilaksanakan oleh semua ahli sekretariat bagi mengeratkan
lagi silaturrahim antara anak-anak yatim dan ahli sekretariat juga sebagai memori
indah supaya dapat diabadikan oleh anak-anak yatim Al-Kausar.
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi :
Pengarah Program Tautan Kasih bersama Anak-anak Yatim Al-Kausar
(u/p : Saudari Nor Shazmizawati Binti Mohd Nor ; 019 – 4048199)