KERTAS KONSEP PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAND
Program Bimbingan Peningkatan Prestasi Band Sekolah-Sekolah
Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP
PROGRAM BIMBINGAN PENINGKATAN PRESTASI BAND SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SARAWAKTAHUN 2015 LATAR BELAKANG
Seruan kerajaan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
mengajak SELURUH WARGA PENDIDIKAN terutama para pemimpin sekolah
untuk melihat kembali peranan dan fungsi tugas masing-masing
sebagai agen perubahan yang akan memperjuangkan hasrat dan aspirasi
kerajaan untuk memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.
Pelaksanaan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA DALAM BIDANG
PENDIDIKAN (NKRA PENDIDIKAN) yang menekankan 4 PROGRAM UTAMA
mengajak kita untuk mengubah paradigma kepada lebih mementingkan
pencapaian hasil kerja (KPI) yang telah ditetapkan.
Dalam hal ini sekolah-sekolah telah mula diperhatikan dan
instrumen PKS SKPM dan Pencapaian GPS peperiksaan awam sekolah
telah digunakan sebagai eviden untuk menyenarai panjang kedudukan
dan pencapaian sesebuah sekolah. SKOR KOMPOSIT yang mengambilkira
70% pencapaian GPS peperiksaan awam dan 30% Skor e-penarafan SKPM
telah diperkenalkan.
Beberapa insentif kepada pemimpin sekolah yang berjaya menerajui
organisasinya mencapai tahap cemerlang melepasi standard yang
ditentukan atau yang berjaya membuat lonjakan kecemerlangan telah
diberikan ganjaran tawaran baharu. Sekolah yang menunjukkan
pencapaian cemerlang dan boleh menjadi benchmark di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa diiktiraf sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyaknya jumlah
sekolah yang menerima insentif atau pengiktirafan ini dalam sebuah
daerah atau negeri akan menjadi KAYU UKUR KECEMERLANGAN dan bahan
bualan yang sekaligus mencerminkan kualiti pengurusan pendidikan di
daerah atau negeri tersebut.
Analisis data Skor Komposit yang diperkenalkan oleh Lembaga NKRA
KPM dan kegagalan beberapa sekolah yang dicalonkan untuk insentif
Tawaran Baharu atau Anugerah SKK atau SBT serta dapatan dari
Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah
(PPKKPS) menunjukkan adanya keperluan untuk mendekati para pemimpin
sekolah secara lebih dekat dan berhemah. Semakan semula sistem
penyampaian dan proses tindakikut serta menterjemahkan dasar atau
sistem yang diperkenalkan oleh KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri
kepada bentuk tindakan atau proses kerja kalau dapat dilaksanakan
dengan berkesan sudah pasti akan dapat meningkatkan kualiti
pencapaian sekolah di samping mengurangkan near miss tahap
pencapaian sekolah yang dicalonkan.
Atas sebab itu dan demi memartabatkan kualiti kepimpinan dan
pengurusan pendidikan negeri Sarawak, Program Bimbingan Peningkatan
Band Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak diperkenalkan. Program
ini merupakan usaha pelengkap bagi Program TQM yang telah
dilaksanakan. Melalui program ini, apliksi Model GROW dimantapkan
dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program-program
yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah dan seterusnya
berkongsi pengalaman dan maklumat untuk menyelesaikan sesuatu isu
atau masalah yang dihadapi dalam usaha penambahbaikan untuk
meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan serta pencapaian
sekolah dalam pelbagai bidang. Pendekatan Rancangan Pemajuan
Sekolah yang mengaplikasikan kaedah perancangan strategik yang
berkesan juga ditekankan melalui bengkel yang dilaksanakan. Melalui
program ini juga diharapkan kita dapat mengumpul amalan terbaik (
best practices) yang dilaksanakan oleh warga pendidik untuk
didokumentasikan dan seterusnya disebarluaskan untuk menjadi
panduan kepada yang lain.
MATLAMAT
Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah untuk
merealisasikan hasrat JPN Sarawak dengan Tema Kerja " Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak" dan Battle Cry "Fly Kenyalang Fly, Fly
High" dalam bidang pendidikan yang akhirnya dapat mencapai KPI yang
ditetapkan .
3. OBJEKTIF
3.1. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 2 ke band 1 pada
setiap tahun.
3.2. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 3 dan 4 ke band 2
pada setiap tahun.
3.3. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 5,6 dan 7 ke band 4
pada setiap tahun.
3.4. Meningkatkan keyakinan pemimpin sekolah untuk menetapkan
sasaran atau
hala tuju yang jelas seperti yang dinyatakan dalam Penarafan
Kendiri Sekolah (PKS).3.5 Meningkatkan kemahiran menilai dan
membuat keputusan
3.6 Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam penambahbaikan
sekolah3.7 Mengamalkan perkongsian amalan terbaik3.8 Meningkatkan
hubungan baik antara rakan sejawat/pegawai PPD dan JPN.KAEDAH
PELAKSANAAN :
Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan tahap pencapaian
sekolah menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS), data skor komposit
serta data daripada Standard 1 dan Standard 4 dalam PKS SKPM dan
data band sekolah.
Melaksanakan bengkel kerja peningkatan prestasi sekolah
menggunakan Model GROW dan bahan alat pemajuan sekolah yang
bersesuaian untuk merancang program peningkatan prestasi sekolah
band 3 dan Band 4 ke band 2 atau band 1.
Melaksanakan lawatan susulan dalam sesi Bimbingan/ Coaching atau
Mentoring ke sekolah yang ditentukan dalam 4 fasa iaitu :
Fasa 1 : Membina rapport atau hubungan baik untuk mendapatkan
kepercayaan dan persetujuan bersama dalam program penambahbaikan
antara mentor dengan mantee dan berkongsi maklumat asas sekolah dan
isu-isu yang di hadapi. Lawatan ini akan diketuai oleh Ketua Sektor
atau Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) dengan
disertai oleh pegawai daripada Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), dan
diiringi oleh pegawai daripada unit berkaitan di PPD berkenaan.
Pegawai SIPartner+ dan SISC+ turut hadir sebagai mentor.
Fasa 2 : Mendapatkan maklum balas status aktiviti-aktiviti atau
program peningkatan atau penambahbaikan yang telah dipersetujui
hendak dilaksanakan setelah mantee mengadakan perbincangan dengan
pasukan kerjanya. Mencadangkan penambahbaikan jika perlu. Program
lawatan susulan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai
SIPartner+ dan SISC+ yang dipertanggungjawabkan sebagai mentor
sekolah berkenaan.
Fasa 3 : Melihat status pelaksanaan dan tahap pencapaian program
yang dilaksanakan dan mencadangkan penambahbaikan jika perlu.
Pegawai Pendidikan Daerah bersama SIPartner+ dan SISC+ dimohon
merancang bersama pegawai lain di PPD bagi tujuan tersebut.
Fasa 4 : Pelaporan.
JANGKAMASA PROGRAM
Mei 2015 hingga Disember 2015
KUMPULAN SASARAN :
Pengetua dan Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan 1 atau Ketua
Bidang/Panitia sekolah menengah dan sekolah rendah terpilih di
negeri Sarawak
JAWATANKUASA INDUK:
PENGERUSI I: Pengarah Pendidikan Sarawak
PENGERUSI II : Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak
PENYELARAS: Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti
AHLI JAWATAN KUASA :
1. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
2. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
3. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
4. Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
5. Ketua Sektor Pendidikan Islam
Semua PPD negeri Sarawak
URUS SETIA : Peringkat JPN Sarawak :
1. Unit Dokumentasi
2. Unit Jaminan Kualiti dan Kepimpinan Sektor Jaminan
Kualiti.
Model GROW :Sejarah Model GROW:
Antara model coaching terbaik yang diperkenalkan oleh John
Whitmore seawal 1980an.
Boleh diguna untuk penyelesaian pelbagai bentuk masalah.
Hanya memerlukan kemahiran interpersonal yang baik untuk kesan
yang efektif
Goal : Sasaran
Klien menetapkan apa yang hendak dicapai
Mestilah spesifik, boleh diukur, dicapai, relevan dan bertentu
masa
Sasaran mestilah sesuatu yang klien benar-benar hendak capai
bukan sepatutnya capai Sasaran yang mempunyai perkataan better,
less atau improved adalah sasaran yang tidak jelas.
Reality : Realiti
Status semasa apa yang telah disasarkan
Pernyataan realiti sepatutnya sejelas mungkin. Contohnya sasaran
GPS 2015 ialah 1.00, realitinya apakah GPS pada tahun 2014?
Boleh melibatkan kemahiran, pengetahuan dan sumber yang klien
ada untuk mencapai sasaran. Contohnya, tahap kemahiran guru/murid
yang ada untuk mencapai sasaran GPS 1.00
Obstacles : Halangan
Senaraikan faktor yang menghalang klien untuk mencapai
sasaran
Coach dan klien hendaklah mengenal pasti halangan tertentu yang
menganggu klien untuk bergerak mencapai sasaran
Halangan boleh disebabkan oleh orang lain, faktor dalaman klien
atau mungkin kekurangan sumber masa, kewangan, kemahiran dan
sokongan
Option : Pilihan Senaraikan pilihan yang ada untuk mengatasi
setiap halangan
Jika halangan telah dikenal pasti dan jelas, maka tentulah mudah
mencari jalan melepasinya
Halangan perlu diatasi satu persatu
Contohnya, jika kemahiran guru menjadi satu halangan untuk
mencapai GPS 1.00, apakah option yang ada untuk mengatasinya.
Will or Wrap Up Or What Next
Coach dan klien bersetuju untuk menyenaraikan tindakan
seterusnya
Setiap option/pilihan dibuat tindakan seterusnya satu
persatu
Klien hendaklah menyelesaikan tindakan tersebut dalam tempoh
tertentu
Coach hendaklah sentiasa membantu dan menyokong klien
melaksanakan tindakan seterusnya Rumusan :
Pengguna boleh mendapatkan Aplikasi Model GROW melalui Pegawai
Meja di daerah masing-masing atau menghubungi Unit Dokumentasi ,
Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
CARTA ALIR PENGGUNAAN MODEL GROW
MANUAL PENGGUNAAN MODEL GROW VERSI 4.0
Untuk menggunakan Model GROW sekolah perlu menyediakan data
GPS (Gred purata Sekolah) dan GPMP(Gred purata Matapelajaran)
peperiksaan percubaan sekolah 5 tahun terakhir
GPS dan GPMP pepriksaan awam (UPSR/PT3/SPM DAN STPM) 5 tahun
terakhir
Keputusan peperiksaan tahun 5/tingkatan 2 dan tingkatan 4 tahun
sebelum.
Panduan Penggunaan Model GROW:
1. Buka paparan Buku Kerja Model GROW seperti ditunjukkan.
Masukkan Kod Sekolah, Tahun Penilaian dan nama Sekolah.
Pilih Sekolah rendah atau menengah untuk ke paparan
seterusnya.
Selepas memilih sekolah rendah atau menengah paparan seterusnya
seperti ditunjukkan.Bagi tujuan latihan kita akan menggunakan data
sekolah rendah .
Mulakan dengan memilih data asas dan suatu paparan baru akan
ditunjukkan yang mengandungi TOV, ETR, AR1, AR2, AR3 serta
rumusan.
Klik pada petak kecil TOV dan isikan maklumat yang diperlukan
untuk menentukan TOV iaitu dengan mengisi bilangan calon yang
menduduki peperiksaan akhir tahun lepas. Bagi tujuan ini data calon
perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan memastikan bilangan calon
tahun lalu sama dengan bilangan calon yang akan menduduki
peperiksaan tahun ini. Hanya isikan maklumat di petak kuning
sahaja. Selepas mengisi maklumat TOV klik pada ETR dan isikan
maklumat ETR seperti dipaparan.
Bagi data AR1, AR2 dan AR3 data hanya perlu disi selepas
keputusan peperiksaan Percubaan 1, Percubaan 2 dan Percubaan 3
diperolehi.
Selepas mengisi data TOV dan ETR pilih dan klik pada ikon G.
Paparan baru mengenai Goal Setting akan ditunjukkan. Isikan
maklumat pada petak kuning mengenai keputusan peperiksaan sebenar
UPSR dan sasaran UPSR beberapa tahun kehadapan. ( Tahun akan
ditunjukkan bila mana pihak sekolah membuat setting awal di muka
hadapan). Pihak sekolah juga diminta mengisi Skor PKS SKPM mengikut
tahun penilaian untuk membolehkan sistem memberikan skor komposit
dan band sekolah.
Selepas G pilih ikon R iaitu Reality Checking. Pada bahagian ini
terdapat dua komponen utama iaitu TREND dan POTENSI. Pilih dan klik
ikon TREND. Pihak sekolah diminta mengisi maklumat GPS peperiksaan
percubaan dan GPS UPSR sebenar 5 tahun terakhir untuk dipenuhkan
termasuk GPMP bagi setiap mata pelajaran. Sistem akan menjana nilai
purata pencapaian peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar
yang kemudian akan digunakan untuk memberi gambaran potensi calun
berasaskan analisis trend.
Untuk menentukan potensi calon mengikut mata pelajaran, data
percubaan dan peperiksaan sebenar UPSR selama 5 tahun mesti
diperolehi. Melalui data ini suatu nilai purata boleh dicari
seperti ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
Menggunakan konsep perkadaran nisbah suatu anggaran potensi
calon mengikut mata pelajaran boleh ditentukan seperti mana formula
yang ditunjukkan dalam Jadual Analisis Trend Potensi Calon.
Perbezaan nilai GPS yang diingini dengan nilai GPS potensi
memberikan nilai Jurang Potensi yang menggambarkan usaha-usaha yang
perlu ditambah oleh panitia untuk memastikan keputusan sebenar dan
keputuasn seterusnya ( AR1, AR2, AR3) dapat di capai.
11. Selepas mengisi data di paparan TREND klik pada ikon
POTENSI. Suatu paparan akan ditunjukan di mana sistem telah
generate maklumat yang menunjukkan potensi sebenar calon pada tahun
penilaian. Pihak sekolah boleh membuat penjajaran semula sekiranya
potensi calon lebih tinggi dari sasaran GPS yang di tetapkan
sebelumnya. Proses yang sama boleh diulang selepas sekolah mendapat
keputusan peperiksaan percubaan AR1, AR2 dan AR3.
Jika Purata GPS Percubaan UPSR = X
Dan Purata GPS Peperiksaan sebenar UPSR = Y
Jika TOV UPSR 2015 = A
Dan GPS Potensi Calon 2015 = B
Maka : B = ( A x Y ) / X
12. Selepas membuat analisis dan penjajaran semula sasaran pihak
sekolah boleh menyemak kedudukan program sekolah yang disediakan
atau mencari pendekatan baru untuk memperbaiki prestasi pencapaian
sekolah termasuk mata pelajaran yang menjadi faktor kritikal.
Pilih ikon O dan skrin akan memaparkan maklumat GPS mata
pelajaran dengan nilai TOV, ETR dan AR. Juga kolum Obstacle dan
Option ditunjukkan. Isikan maklumat yang difikirkan sesuai
berdasarkan perbincangan antara panitia mengenai isu utama yang di
hadapi dan cadangan penyelesaiannya.
Analisis Jurang / Masalah
BilJurang / Masalah / IsuPrestasi / Realiti SemasaSasaran hasil
dalam tempoh 100 hari
Pelan Tindakan
Sasaran tahun _____
ProgramPihak bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh Tamat Kos/Sumber
(RM)
JPNPPDSekOS21000OS29000Jumlah
Pelan Operasi
BilSasaran dalam tempoh ________
ProgramPihak bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh
TamatKos/Sumber (RM)
JPNPPDSek
BilKaedah / Langkah-langkah pelaksanaanPihak
bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh Tamat Hasil/Impak
JPNPPDSek
Klik sheet DATA ASAS
Masukkan Nama Sekolah di cell E4.
Buka fail GROW - Buku Kerja.xlsx
DATA ASAS: Pilih kolum Peperiksaan Awam yang ditawarkan di
sekolah anda (UPSR/PT3/SPM) dan masukkan data:
TOV (Peperiksaan Akhir Tahun 2015)
ETR 2015
AR1 (Ujian 1 2015)
AR2 (Peperiksaan Pertengahan tahun 2015)
AR3 (Peperiksaan Perubaan 2015)
Sila tambah mata pelajaran di Jadual TOV.
GOAL SETTING: Klik sheet GOAL. Pilih SATU jadual sahaja mengikut
gabungan Peperiksaan Awam yang ditawarkan dan masukkan data di
ruang kuning. Sila pastikan GPS 2015 sama dengan GPS bagi ETR 2015
(DATA ASAS).
REALITY CHECKING: Pilih dan klik sheet TREND UPSR/TREND
PT3/TREND SPM mengikut peperiksaan yang ditawarkan.
Masukkan purata tiga tahun GPMP setiap mata pelajaran bagi
Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan UPSR/PT3/SPM di ruang
kuning.
REALITY CHECKING: Klik sheet TREND CALON. Masukkan purata tiga
tahun GPS bagi Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan
UPSR/PT3/SPM/STPM di ruang kuning.
OPTION - PENJAJARAN SEMULA MENUJU SASARAN UPSR: Sediakan senarai
calon mengikut ranking bagi setiap mata pelajaran berasaskan
keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 (AR2).
Pilih dan klik sheet OPTION UPSR/OPTION PT3/OPTION SPM mengikut
peperiksaan di sekolah anda.
Masukkan bilangan mengikut gred bagi mencapai sasaran GPMP
setiap mata pelajaran dan GPS dalam Peperiksaan Percubaan
(AR3).
Tamat
Jurang Potensi : Ditukar kepada nilai peratus yang membawa
maksud usaha yang perlu dilakukan/ ditingkatkan untuk mencapai
sasaran yang diinginkan.
Contoh : 0.25 x100% = 25%.
Jika sebelumnya ada 100 soalan latihan seminggu, maka tahun ini
perlu ditambah menjadi 125 soalan seminggu.
21Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak
Fly Kenyalang Fly, Fly High