1 PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI @ KOMUNITI (PROGRAM K@K) PADA TAHUN 2017 PENGENALAN LATAR BELAKANG PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI@KOMUNITI (PROGRAM K@K) Program Negaraku: Kreativiti@Komuniti (Program K@K) merupakan salah satu program outreach perkhidmatan awam yang telah digariskan dalam Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai sebuah program untuk mendaya upayakan bakat rakyat Malaysia. Program ini bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar kepada trend terkini dalam industri kandungan kreatif melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat industri kandungan kreatif serta mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar. Memasuki tahun kedua penganjuran, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan lima siri Program K@K ini iaitu di Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan dan Kota Belud Sabah pada tahun 2016. Dengan pelaksanaan dua (2) program ini pada tahun 2016, kesinambungan program ini diteruskan pada tahun berikutnya. Sehubungan itu, Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri Iskandar, Perak sepanjang tahun 2017. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut: i. Mewujudkan kesedaran dan mendedahkan kumpulan sasar kepada perkembangan semasa dan trend terkini industri kandungan kreatif.
17
Embed
PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI @ KOMUNITI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2441-program-negaraku... · industri kandungan kreatif melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI @ KOMUNITI (PROGRAM K@K)
PADA TAHUN 2017
PENGENALAN
LATAR BELAKANG PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI@KOMUNITI
(PROGRAM K@K)
Program Negaraku: Kreativiti@Komuniti (Program K@K) merupakan salah satu
program outreach perkhidmatan awam yang telah digariskan dalam Pelan
Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai sebuah program untuk mendaya upayakan
bakat rakyat Malaysia.
Program ini bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar kepada trend terkini dalam
industri kandungan kreatif melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat
industri kandungan kreatif serta mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar.
Memasuki tahun kedua penganjuran, Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) telah mengadakan lima siri Program K@K ini iaitu di Kolej Komuniti
Kok Lanas Kelantan dan Kota Belud Sabah pada tahun 2016. Dengan pelaksanaan dua
(2) program ini pada tahun 2016, kesinambungan program ini diteruskan pada tahun
berikutnya.
Sehubungan itu, Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Kuala Langat, Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri
Iskandar, Perak sepanjang tahun 2017.
OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut:
i. Mewujudkan kesedaran dan mendedahkan kumpulan sasar kepada
perkembangan semasa dan trend terkini industri kandungan kreatif.
2
ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam industri kandungan kreatif dalam
kalangan belia dan pelajar.
iii. Mendengar perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat industri dalam bidang
kandungan kreatif kepada kumpulan sasar.
iv. Menerapkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui
taklimat #YOUCANDUIT.
LAPORAN INOVASI
Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat,
Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri Iskandar, Perak sepanjang
tahun 2017.
Takwim pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut:
Manakala jumlah penyertaan pada peserta ke Program K@K sepanjang tahun 2017
adalah seperti berikut:
IKBN Kuala Langat, Selangor. 19 – 21 Mei 2017
Universiti Malaysia Sabah, UMS. 14 & 15 September 2017
IKBN Kuala Langat,
Selangor 200 peserta
Universiti Malaysia
Sabah 580 peserta
IKBN Kuala Langat,
Selangor 580 peserta
IKBN Seri Iskandar, Perak.
10 & 11 November 2017
3
IKBN KUALA LANGAT, SELANGOR
Selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme bagi
tahun 2017, segala program yang dijalankan oleh Kementerian perlu menggunakan
slogan ‘Negaraku’. Sehubungan dengan itu, Program K@K pada tahun 2017 telah
dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Program Negaraku: Kreativiti @
Komuniti.
Untuk penganjuran sulung Program K@K bagi tahun 2017 ini, KKMM telah
bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan telah memilih IKBN
Kuala Langat, Selangor sebagai tuan rumah. Lokasi ini dipilih kerana kursus yang
ditawarkan oleh IKBN Kuala Langat menepati kumpulan sasaran penganjuran Program
K@K, di samping kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti dewan kuliah,
makmal komputer, dewan serba guna dan sebagainya. Program K@K ini telah
berlangsung selama tiga (3) hari, bermula dari 19 hingga 21 Mei 2017. Program yang
telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha Bahagian
Pembangunan Kandungan, KKMM, menggariskan pelbagai aktiviti sepanjang Program
K@K ini berlangsung seperti Bengkel Penulisan Kreatif yang disampaikan oleh
pengarah dan penulis skrip terkenal iaitu En. Fadzil Zahari, Bengkel Penghasilan Video
Pendek oleh FINAS, Bengkel Animasi oleh En. Hairul Faizal Izwan selaku Pengasas
Digital Durian, Forum Muzik oleh Drama Band dan Dato’ Nash, kelas ‘Makeover’ oleh
RTM dan banyak lagi. Program K@K ini juga telah berjaya menarik seramai 200 orang
peserta.
Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan dan syarikat komunikasi turut mengambil
bahagian mempamerkan produk mereka sepanjang tiga (3) hari program ini
berlangsung seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan
Sukan (KBS), Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan