Program Kokurikulum Pendidikan St Leonard’s mencakup kurikulum akademik, program penjagaan pastoral, dan program kokurikulum yang kaya dan beragam. Kami menganggap seap unsur ini penng bagi pelajar kami menjadi manusia dewasa yang sebaik-baiknya. Khususnya, program kokurikulum kami menawarkan peluang di luar bilik darjah, untuk pelajar menemui dan membina kemahiran, minat dan kesedaran sedunia, serta membongkar bidang kegemaran dan bakat yang akan menjadi bekal hidup mereka. Melalui program kokurikulum, pelajar dapat merasakan diri mereka bertempat di dunia ini dan dapat berjasa kepada masyarakat. Seap akvi direka dengan teli dan bermbang rasa demi perkembangan dan pembangunan intelek, peribadi, jasmani, sosial dan emosi seap individu. Kami terkenal dengan pementasan teater dan persembahan muzik yang hebat, serta pembahas yang cerdas tangkas. Seap tahun, kalendar Kolej penuh dengan berbagai-bagai konsert, rombongan persembahan di luar negara, serta pementasan muzik dan teater. Pasukan sukan kami berjaya dalam aneka bidang yang bermanfaat kepada kesihatan dan kemampuan fizikal mereka, selain memberi peluang untuk menjalin persahabatan baharu dan mendedahkan bakat dan minat yang baharu. Kami juga menawarkan berbagai-bagai peluang untuk pelajar menikma akvi luar, melalui perkhemahan dan pembelajaran pengalaman di pusat perkhemahan kekal kami di tepian pantai Semenanjung Banksia. Program kepimpinan pelajar dan akvi pembangunan diri memupuk perkembangan sosial, emosi, kemahiran dan kematangan seap pelajar. Program kokurikulum juga mengutamakan keadilan sosial dan membantu pelajar memahami penngnya menghorma, menyokong dan menyayangi orang lain, sambil mencabar mereka supaya bergiat bukan sekadar untuk mengumpul dana tetapi dengan menyumbangkan masa dan bakat. Selain itu, pelajar digalakkan supaya memikirkan tempat mereka di dunia ini, dan memahami bahawa keismewaan hidup membawa tanggungjawab yang besar. Di seap peringkat umur dan perkembangan, pelajar meneroka bakat dan sumbangan mereka kepada dunia dengan cara yang posif. Program kokurikulum kami beragam, dinamik dan menawarkan sesuatu untuk setiap pelajar. stleonards.vic.edu.au ABN 52 006 106 556 | CRICOS 00343K