PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ALGEBRA GENIUS SMK SAGIL ANJURAN UNIT MATEMATIK KOLEJ MATRIKULASI JOHOR Maklumat Program : Nama Program : Algebra Genius Tempat : Dewan SMK Sagil Tarikh : 20.9.2019 hingga 18.10.2019 Masa : 9.00 hingga 10.30 pagi Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan Empat, SMK Sagil Laporan Aktiviti : Program Khidmat Masyarakat Algebra Genius adalah satu inisiatif yang diambil oleh para pensyarah Unit Matematik Kolej Matrikulasi Johor dalam memupuk minat pelajar terhadap Matematik dan memantapkan asas algebra pelajar-pelajar SMK Sagil. Seramai 31 orang pensyarah Matematik telah mengambil bahagian dalam program yang dijalankan pada setiap hari Jumaat bermula dari 20 September 2019 hingga 18 Oktober 2019 dan melibatkan 29 orang pelajar Tingkatan Empat. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program. Antaranya ialah perkongsian kaedah menjawab Matematik dengan mudah melalui kuiz dan permainan yang interaktif. Program yang dijalankan selama lima hari mendapat sambutan yang baik dan sokongan penuh daripada para pelajar serta pihak pengurusan SMK Sagil. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti yang telah dijalankan : TARIKH TOPIK / AKTIVITI 20 September 2019 Fungsi 27 September 2019 Indeks & Logaritma 4 Oktober 2019 Persamaan Kuadratik 11 Oktober 2019 Pembezaan 18 Oktober 2019 Majlis Penutup - Ujian Akhir - Penyampaian hadiah dan cenderahati - Jamuan