PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP) 1 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH KANDUNGAN 1. Ringkasan Inovasi 2. Latar Belakang 3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan 4. Objektif/Tujuan Inisiatif 5. Penerangan Mengikut Kriteria AIPM 5.1 Kreativiti 5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Adaptasi) 5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspektasi 5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa 5.2 Keberkesanan 5.2.1 Hasil Yang Ketara 5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar 5.2.3 Penciptaan Nilai 5.2.4 Kelestarian 5.2.5 Pelaksanaan Dalam Garis Masa Yang Singkat 5.3 Relevan 5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional 5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di Peringkat Tempatan/Global 5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik
41
Embed
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1867-program-khidmat-bna… · perkhidmatan sokongan sosial di rumah kepada warga emas yang tinggal
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
1 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
KANDUNGAN
1. Ringkasan Inovasi
2. Latar Belakang
3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan
4. Objektif/Tujuan Inisiatif
5. Penerangan Mengikut Kriteria AIPM
5.1 Kreativiti
5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Adaptasi)
5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspektasi
5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa
5.2 Keberkesanan
5.2.1 Hasil Yang Ketara
5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar
5.2.3 Penciptaan Nilai
5.2.4 Kelestarian
5.2.5 Pelaksanaan Dalam Garis Masa Yang Singkat
5.3 Relevan
5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional
5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di
Peringkat Tempatan/Global
5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
2 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
5.4 Signifikan
5.4.1 Keberhasilan Yang Memenuhi Objektif Inisiatif
5.4.2 Penjimatan Kos/Sumber (Value For Money)
5.4.3 Kepentingan Yang Nyata
6. Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperoleh
6.1 Tersenarai Sebagai Inisiatif NBOS
6.2 Diiktiraf Sebagai Program Inovasi Sosial Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
6.3 Program Teras Dalam Kembara Kebajikan 1Malaysia Family
Care
6.4 Menerima Kepercayaan Untuk Menjadi Rakan Strategik
7. Lampiran
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
3 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
RINGKASAN INOVASI
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
4 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
1. RINGKASAN INOVASI
Inisiatif untuk melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah
(Home Help Services) ini adalah hasil daripada penyertaan Malaysia
dalam ROK-ASEAN (Republic of Korea-ASEAN) Summit Conference
(10 +1) yang diadakan di Manila pada bulan November 1999. Lanjutan
daripada itu, pada 22-25 Mei 2012 JKM dengan kerjasama Persatuan
Kebajikan Usiamas Malaysia (USIAMAS) menganjurkan ROK ASEAN
Conference on Home Care for Older Person di Avillion Legacy Hotel,
Melaka. Persidangan yang diadakan ini merupakan platform serantau
untuk membincangkan tentang pelaksanaan program penjagaan warga
emas di rumah dan usaha-usaha yang dijalankan bagi meluaskan lagi
penyertaan sukarelawan dalam kerja-kerja kesukarelaan.
Secara umumnya, Program Khidmat Bantu di Rumah ini menyediakan
perkhidmatan sokongan sosial di rumah kepada warga emas yang
tinggal bersendirian atau dengan keluarga melalui aktiviti lawatan
mingguan oleh sukarelawan. Sukarelawan yang dikenali sebagai
Petugas Home Help ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan
sokongan sosial kepada klien seperti menyediakan perkhidmatan
pembersihan diri, rakan berbual, mengemas serta membersihkan
tempat tinggal, membasuh pakaian dan aktiviti yang bersesuaian.
Setiap Petugas Home Help yang terlibat akan diberi insentif sebanyak
RM100.00 hingga RM200.00 setiap sebulan untuk perkhidmatan kepada
dua (2) hingga empat (4) orang klien. Setiap seorang klien yang
menerima perkhidmatan akan menerima sumbangan saguhati sebanyak
RM40.00 sebulan dalam bentuk barangan keperluan harian yang akan
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
5 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
diberikan kepada Petugas Home Help sebanyak RM10.00 setiap kali
lawatan.
Dengan mengambil kira impak yang tinggi kepada kumpulan sasar JKM
daripada program ini iaitu warga emas, JKM mula melaksanakan
Program Khidmat Bantu di Rumah dengan beberapa inovasi baru
antaranya:
i. Memperluaskan kumpulan sasar kepada Orang Kurang
Upaya (OKU) Terlantar dan Berkeperluan Khas;
ii. Mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Khidmat
Bantu di Rumah yang seragam meliputi tugas dan
tanggungjawab sukarelawan dan pelaksana;
iii. Meletakkan Program Khidmat Bantu di Rumah sebagai Key
Performance Indicator (KPI) YB Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2013 dan
2014;
iv. Melaksanakan inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS)
-1Malaysia Family Care dengan menjalinkan kerjasama
strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia,
Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat;
dan
v. Mempromosikan Program Khidmat Bantu di Rumah melalui
Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care di
seluruh Malaysia.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
6 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
1.1 Memperluaskan Kumpulan Sasar Kepada Orang Kurang
Upaya (OKU) Terlantar dan Berkeperluan Khas
Perluasan perkhidmatan kepada OKU merupakan alternatif
kepada penempatan ke institusi kebajikan dengan hasrat untuk
mengurangkan kebergantungan kepada program penginstitusian
OKU dan sebagai langkah penjimatan kos. Selain daripada itu,
OKU dapat meneruskan kehidupan dalam komuniti setempat dan
menggalakkan proses pengintegrasian serta mewujudkan
masyarakat penyayang (caring society).
1.2 Mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Khidmat
Bantu di Rumah Yang Seragam
Bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan program ini,
JKM telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Program
Khidmat Bantu di Rumah sebagai dokumen rujukan kepada
penyedia perkhidmatan yang terlibat seperti Pertubuhan Sukarela
Kebajikan (PSK), Sukarelawan dan Pegawai JKM. Antara
kandungan utama garis panduan ini merangkumi aspek
mekanisme pelaksanaan, pengurusan program, peranan dan
tanggungjawab serta rekod dan pelaporan.
1.3 Meletakkan Program Khidmat Bantu di Rumah Sebagai Key
Performance Indicator (KPI) YB Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Pada tahun 2013 dan 2014, Program Khidmat Bantu di Rumah
telah ditetapkan sebagai KPI YB Menteri Pembangunan Wanita,
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
7 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
Keluarga dan Masyarakat yang mensasarkan sebanyak 1,500
klien baru. Sehingga Disember 2014, JKM telah berjaya mencapai
sejumlah 2,227 klien baru meliputi 1,580 orang warga emas dan
647 OKU iaitu pencapaian sebanyak 148 peratus. Pencapaian
yang melebihi sasaran ini membuktikan program ini telah diterima
baik oleh masyarakat dan menjadikan ia sebagai program teras
dalam sektor komuniti.
1.4 Melaksanakan Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) -
1Malaysia Family Care
Program Khidmat Bantu di Rumah merupakan salah satu program
di bawah inisiatif NBOS7-1Malaysia Family Care yang merupakan
program berteraskan perkhidmatan sokongan sosial dan kesihatan
secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya
kerajaan, swasta, NGO’s dan lain-lain dalam konteks multi agensi
bagi mengoptimumkan manfaat kepada kumpulan sasar yang
memerlukan terutama warga emas dan OKU.
Jaringan kerjasama ini digariskan dalam cadangan NBOS iaitu
setiap agensi atau pihak yang terlibat perlu mengadakan program
atau perkhidmatan secara kerjasama strategik yang memberi
manfaat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang
dilaksanakan adalah mengadakan lawatan ke rumah klien untuk
membuat pemeriksaan kesihatan kepada warga emas dan OKU
Terlantar dan Berkeperluan Khas di rumah oleh kakitangan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
8 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa bersama warga emas yang menerima perkhidmatan Program Khidmat Bantu di Rumah.
1.5 Mempromosikan Program Khidmat Bantu di Rumah Melalui
Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care di
Seluruh Malaysia
Mesyuarat Majlis Sosial Bilangan 1/2014 pada 6 Februari 2014
yang di pengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah
memutuskan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care
diangkat sebagai program peringkat nasional. Penumpuan utama
program ini adalah penyampaian perkhidmatan di bawah Program
Khidmat Bantu di Rumah oleh sukarelawan kepada kumpulan
sasar yang memerlukan di semua kawasan Parlimen.
Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care telah
dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April
2014 di Pagoh, Johor dan diteruskan ke 14 buah negeri lain.
Penganjuran Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care ini
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
9 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
merupakan salah satu usaha JKM untuk mempromosikan NBOS
7-1Malaysia Family Care serta meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu mereka
lunaskan untuk golongan yang memerlukan bantuan.
Sepanjang pelaksanaan program ini, sebanyak 200 buah rumah
telah dilawati merangkumi 131 buah rumah warga emas dan 69
OKU. Dalam tempoh tersebut juga, seramai 619 orang
sukarelawan baru telah berdaftar dengan JKM.
Antara pengisian utama yang dijalankan selain daripada Program
Khidmat Bantu di Rumah ialah Mini Karnival dan Jejak PR1SMA
(Psikologi Rakyat 1Malaysia).
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
10 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
LATAR BELAKANG
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
11 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
2. LATAR BELAKANG
Program ini merupakan tindakan proaktif kerajaan selaras dengan Dasar
dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2010 sebagai persediaan
awal Malaysia bagi mencapai status ‘Negara Tua’ menjelang tahun
2030. Mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sesebuah negara akan mencapai status “Negara Tua’ apabila jumlah
populasi warga emas mencapai 15 peratus (15%) daripada jumlah
penduduk.
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh
USIAMAS pada tahun 2012, warga emas sangat menghargai dan
mengharapkan sukarelawan membuat lawatan ke rumah. Warga emas
juga menyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh sukarelawan
adalah memberi kelegaan dan kegembiraaan kepada warga emas yang
tinggal berseorangan, lemah dan daif. Sukarelawan sangat
bersemangat untuk melaksanakan program ini dan mempunyai empati
yang mendalam terhadap warga emas, mampu menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti, memberikan kepuasan psikologi dan
kekuatan kerohanian kepada kumpulan sasar.
Sejak program ini dilaksanakan, seramai 1,841 orang Petugas Home
Help telah terlibat. Seramai 6,318 orang klien telah mendapat manfaat
daripada program ini yang meliputi 5,218 orang warga emas dan 1,190
OKU.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
12 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
KUMPULAN SASAR
DAN
SKOP LIPUTAN
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
13 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
3. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN
Program Khidmat Bantu di Rumah menyediakan perkhidmatan bantuan
dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU Terlantar dan
Berkeperluan Khas yang sesuai dan memerlukan perkhidmatan ini.
3.1 Warga Emas
Merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas
seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly
on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara
ASEAN. Warga emas yang layak mendapatkan perkhidmatan ini
adalah warga emas yang tinggal berseorangan atau bersama
keluarga tetapi memerlukan perkhimatan sokongan sosial, lemah
dan daif.
3.2 Orang Kurang Upaya (OKU)
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU ditakrifkan
sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang
fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
14 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
3.3 Sukarelawan
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan
kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan
rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa
makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan
sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan
“sukarelawati” bagi perempuan.
Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan
sebagai melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan apa-apa
pulangan kepada diri sendiri. Seseorang sukarelawan mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:
i. Tanpa Paksaan
ii. Rela Hati
iii. Tanpa mengharapkan ganjaran material
iv. Ikhlas
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
15 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
3.4 Skop Liputan Perkhidmatan
Antara skop liputan perkhidmatan yang disediakan menerusi
program ini adalah seperti jadual berikut:
KLUSTER PERKHIDMATAN
Menyediakan makanan dan
minuman
Membeli keperluan harian
Pembersihan diri Membasuh pakaian
Menjadi rakan berbual Menyediakan khidmat
fisioterapi
Aktiviti riadah Menawarkan khidmat
kaunseling
Mengemas rumah Membantu pembayaran bil
Menemani ke tempat ibadah Membantu ke hospital / klinik
Membantu mengeluarkan
wang di bank
Bantuan lain yang
bersesuaian
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
16 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Petugas Home Help
Memotong kuku Memasak
Menjadi rakan berbual Memandi dan membersih diri
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
17 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
OBJEKTIF/TUJUAN INISIATIF
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
18 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
4. OBJEKTIF / TUJUAN INISIATIF
Program Khidmat Bantu di Rumah dilaksanakan adalah untuk mencapai
objektif seperti berikut:
i. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas
dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan
lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka
disisihkan;
ii. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada keluarga
yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus
mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli
keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU;
iii. Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu
warga emas dan OKU atau keluarga yang menjaga warga
emas dan OKU selaras dengan konsep masyarakat
penyayang; dan
iv. Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di
kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana
kekeluargaan dan masyarakat.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
19 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
PENERANGAN MENGIKUT
KRITERIA AIPM
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
20 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
5. PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM
5.1. Kreativiti
5.1.1 Unik/Pendekatan Di Luar Kotak (Asli atau Diadaptasi)
Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan ini
merupakan satu adaptasi inovasi sosial dalam meningkatkan
kesejahteraan hidup golongan warga emas dan OKU yang
vulnerable dan marginalise. Ia merupakan satu pendekatan baru
kerajaan yang paling efektif dan relevan dalam mendekati dan
menghayati denyut nadi rakyat memandangkan program ini
menawarkan perkhidmatan sokongan sosial kepada kumpulan
sasar yang sangat memerlukan.
Program ini adalah berbentuk Pendampingan Sosial (social
outreach) yang mana sukarelawan dipadankan dengan klien
mengikut latar belakang sosial seperti agama, etnik, bahasa dan
budaya. Pendekatan ini digunapakai untuk memastikan
perkongsian nilai (shared value) antara sukarelawan dan klien
dapat diwujudkan.
5.1.2 Penyelesaian Kreatif Yang Melangkaui Ekspetasi
Program ini juga merupakan satu idea kreatif kerajaan dalam
usaha menggerakkan semangat kesukarelaan di kalangan
komuniti serta menjadi ikhtiar yang paling berkesan untuk
menyemarakkan budaya penyayang di kalangan masyarakat
selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Menerusi pendekatan
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
21 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
ini, ianya dapat mengurangkan kemasukan warga emas dan OKU
ke institusi-institusi kebajikan kerajaan, swasta dan NGO sekaligus
menyokong usaha JKM dalam menjayakan program
Deinstitutionalisation (DI).
5.1.3 Mempermudahkan Keadaan Semasa
Program ini membantu kerajaan dalam menyediakan
perkhidmatan yang lebih efisien tanpa perlu melantik kakitangan
secara tetap. Peranan ini dapat dipertanggungjawabkan kepada
sukarelawan, keluarga dan komuniti setempat.
Program ini juga dapat meringankan beban keluarga untuk
memberi penjagaan kepada warga emas dan OKU dengan
memberi sokongan sosial secara berterusan kepada kumpulan
sasar dan ahli keluarga yang terlibat.
Selain daripada itu, program ini turut menyediakan kemudahan
kepada keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan
sosial kepada warga emas dan OKU di kawasan setempat
berbanding dengan menghantar ke institusi kebajikan yang
terletak di luar kawasan mereka tinggal.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
22 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
5.2 Keberkesanan
5.2.1 Hasil Yang Ketara
Berdasarkan kepada jumlah klien yang menerima perkhidmatan ini
dalam tempoh mulai tahun 2012 sehingga tahun 2014, terdapat
peningkatan ketara klien yang berminat menerima program ini.
Perbandingan ini dapat dilihat seperti jadual berikut:
Statistik perbandingan kemasukan ke Institusi dengan jumlah klien
yang menerima perkhidmatan Program Khidmat Bantu di Rumah
pada tahun 2013 dan 2014 adalah sepertimana jadual di bawah:
BIL. PERKHIDMATAN 2013 2014 JUMLAH
1. Rumah Seri Kenangan 182 128 310
2. Rumah Ehsan 74 69 143
3. Taman Sinar Harapan 54 49 103
4. Home Help Warga Emas 1506 1580 3086
5. Home Help OKU 230 647 877
5.2.2 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar
Hasil daripada soal selidik bagi mengukur tahap kepuasan
kumpulan sasar yang dilaksanakan oleh JKM pada Januari 2015
menunjukkan 82 peratus (82%) daripada 150 responden berpuas
hati dengan Program Khidmat Bantu di Rumah dan
mencadangkan agar program ini diteruskan. Keputusan soal
selidik adalah seperti jadual di bawah:
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
23 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
BIL. SOALAN BILANGAN
RESPONDEN
PERATUS
DAPATAN
1. Layanan oleh sukarelawan
adalah mesra
(Ya/Tidak)
150 Ya 88%
Tidak 12%
2. Saya gembira menerima
kunjungan sukarelawan
(Ya/Tidak)
150 Ya 100 %
Tidak 0%
3. Adakah program ini
membantu saya
(Ya/Tidak)
150 Ya 100%
Tidak 0%
4. Perlukah program ini
diteruskan
(Ya/Tidak)
150 Ya 100%
Tidak 0%
5. Perlukah ditambah
kekerapan lawatan
sukarelawan
(Ya/Tidak)
150 Ya 22%
Tidak 78%
Purata Skor Kepuasan 150 82%
* Borang soal selidik kepuasan klien terhadap Program Khidmat
Bantu di Rumah adalah seperti di Lampiran 1.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
24 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
5.2.3 Penciptaan Nilai
Program Khidmat Bantu di Rumah juga merupakan usaha tanpa
henti kerajaan untuk menerapkan semangat kesukarelaan bagi
melahirkan masyarakat penyayang (Caring Society) selaras
dengan matlamat Wawasan 2020.
Program ini juga berjaya membina jati diri positif serta menerapkan
nilai-nilai murni di kalangan Petugas Home Help yang memberi
perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran.
Di samping itu, program ini turut membantu meningkatkan
kesedaran masyarakat, syarikat swasta dan sektor sukarelawan
mengenai keperluan dan kepentingan penjagaan yang sempurna
dan intensif kepada kumpulan sasar.
5.2.4 Kelestarian
Selain daripada itu, inovasi sosial yang diperkenalkan ini juga
berupaya mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang akrab dan
kukuh agar warga emas dan OKU mendapat penghormatan dan
penjagaan yang sempurna.
Program ini mampu memperkukuh tanggungjawab institusi
keluarga dalam penjagaan warga emas dan OKU yang merupakan
sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Dalam pada itu,
program ini turut berperanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan
dan kesihatan warga emas dan OKU dalam komuniti dengan
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
25 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
menyediakan keperluan fizikal, emosi dan sokongan sosial dalam
aktiviti harian mereka.
Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan ini telah
memberi impak yang besar kepada kumpulan sasar yang
memerlukan. Sehingga Januari 2015, sejumlah 6,318 orang klien
telah mendapat perkhidmatan ini. Daripada jumlah tersebut,
seramai 5,128 orang warga emas dan 1,190 OKU telah menerima
perkhidmatan ini dengan melibatkan sejumlah 1,841 orang
sukarelawan.
TAHUN 2013 2014 2015
(SASARAN)
SUKARELAWAN
1,266 1,841 2,001
KLIEN
4,091 6,318 6,958
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
26 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
Perkhidmatan ini telah berjaya merentasi dan bertapak di 200
buah kawasan Parlimen di Malaysia dan mendapat maklum balas
positif stake holder. Pada tahun 2015, pihak jabatan meletakkan
sasaran agar perkhidmatan program ini dapat diluaskan ke 22
buah kawasan Parlimen lain yang masih belum melaksanakannya.
Di samping itu, program ini juga dilaksanakan secara kerjasama
strategik dengan melibatkan lima buah Pertubuhan Sukarela
Kebajikan (PSK) serta menjalinkan usahasama secara kolaboratif
dan NBOS dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
5.2.5 Pelaksanaan Dalam Masa Yang Singkat
Tindakan progresif yang telah diambil membolehkan program ini
dilaksanakan dengan cepat di seluruh Malaysia. Sukarelawan
yang dilantik sebagai Petugas Home Help akan diberi latihan
intensif selama 3 hari yang mana modul latihan merangkumi aspek
pengurusan warga emas dan OKU serta kemahiran asas
kaunseling. Dalam tempoh satu (1) minggu selepas mendapat
latihan, Petugas Home Help akan dipadankan dengan klien yang
bersesuaian dan berdekatan dengan tempat tinggal Petugas bagi
memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan.
Klien dikenalpasti oleh Pegawai JKM yang membuat lawatan ke
rumah serta menjalankan temubual ringkas berkaitan dengan
penilaian keperluan klien dan seterusnya akan memadankan
dengan Petugas Home Help. Proses ini mengambil masa selama
satu (1) minggu. Ini jelas menunjukan bahawa pelaksanaan
program ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat.
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
27 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
5.3 Relevan
5.3.1 Memenuhi Agenda Nasional
Program ini sangat relevan kerana ia mampu memenuhi
hasrat dan aspirasi rakyat selaras dengan slogan “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Dalam masa yang
sama, program ini selari dengan Program Transformasi
Kerajaan kerana menggunakan pendekatan secara synergy
multi sectoral melalui pendekatan NBOS. Malah ia sangat
relevan dengan persekitaran sosial masyarakat sekarang
yang tidak lagi menitik beratkan soal kerjasama dan tolong
menolong dalam komuniti setempat.
Justeru itu, dengan pelaksanaan program ini ia secara tidak
langsung dapat membina kapasiti bangsa, membentuk jati
diri yang terpuji dan dihormati serta meneroka generasi
muda yang perkasa dengan budaya membantu, prihatin dan
ikhlas membela masyarakat yang memerlukan.
5.3.2 Mengambil Kira Persekitaran Semasa dan Sesuai di
Peringkat Tempatan/Global
Program Khidmat Bantu di Rumah yang dilaksanakan oleh
oleh JKM dengan kerjasama strategik Pertubuhan Sukarela
Kebajikan adalah sangat bertepatan dengan tuntutan
semasa memandangkan keperluan warga emas dan OKU
terhadap perkhidmatan sokongan sosial sangat mendesak.
Di saat Malaysia dan negara lain memberikan fokus utama
PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOME HELP)
28 PROGRAM KHIDMAT BANTU DIRUMAH
kepada pembangunan fizikal dan kemajuan ekonomi,
segmen kesejahteraan dan kemakmuran sosial tidak boleh
sama sekali diketepikan.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program ini dilihat
mampu memenuhi agenda nasional negara untuk
memastikan golongan minoriti yang menjadi kumpulan sasar
program ini mendapat pembelaan dan perhatian yang
sewajarnya. Usaha yang dilakukan menerusi program ini
adalah bertepatan dengan objektif jabatan untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui
perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang
profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
5.3.3 Seamless dan Kolaborasi Strategik
Dalam usaha untuk memastikan Program Khidmat Bantu di
Rumah dapat dilaksanakan dengan lancar, pihak JKM telah
menjalinkan kolaborasi strategik dengan lima (5) buah