PBL- GDU 5023 Leadership In Education Universiti Utara Malaysia PENGENALAN Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kecekapan seseorang pengetua memimpin dan menerajui sesebuah sekolah. Justeru, baki merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pendidikan Negara, semua pihak perlu memainkan peranan utama iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan termasuklah Institut Aminuddin Baki (IAB) perlu bertindak menjalankan usaha ke arah peningkatan mutu pekhidmatan pengetua dan seterusnya dapat melahirkan warga sekolah yang berpotensi menjadi kepada sumber manusia yang berkualiti kepada negara. Bertitik tolak dari situlah, Jabatan Pelajaran Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan IAB telah merangka satu program khas kepada semua pengetua di Perlis sebagai program rintis bagi melahirkan pengetua yang berkemahiran dalam ilmu kepemimpinan pengurusan pendidikan. Diharap, program yang dirancang akan dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik mahupun sahsiah pelajar. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
PENGENALAN
Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kecekapan seseorang
pengetua memimpin dan menerajui sesebuah sekolah. Justeru, baki merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pendidikan Negara, semua pihak perlu
memainkan peranan utama iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan termasuklah Institut Aminuddin Baki (IAB) perlu
bertindak menjalankan usaha ke arah peningkatan mutu pekhidmatan pengetua dan
seterusnya dapat melahirkan warga sekolah yang berpotensi menjadi kepada sumber
manusia yang berkualiti kepada negara.
Bertitik tolak dari situlah, Jabatan Pelajaran Perlis dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia dan IAB telah merangka satu program khas kepada semua pengetua
di Perlis sebagai program rintis bagi melahirkan pengetua yang berkemahiran dalam ilmu
kepemimpinan pengurusan pendidikan.
Diharap, program yang dirancang akan dapat mengurangkan masalah disiplin di
kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik mahupun
sahsiah pelajar.
1
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Soalan Panduan
1. Apakah yang diketahui daripada memo?
Memo ini di hantar daripada Ketua Pengarah Pelajaran Kedah Kepada Pegawai
Pendidikan Daerah untuk Penambahbaikan pengurusan dan kepimpinan sekolah.
Selain itu, memo ini menyatakan bahawa, sekolah di Kedah tidak menghasilkan
pelajar yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan aktiviti ko kurikulum.
Hail ini juga telah menjadi perhatian Menteri Besar Kedah. Banyak rungutan di
terima mengenai status disiplin pelajar yang teruk. Oleh itu, pihak Jabatan
Pendidikan Kedah meminta PPD merangka satu program untuk menangani
masala ini. JPN juga meminta PPD mengaplikasikan teori kepimpinan dalam
program tersebut. Program yang akan dirancang ini akan memberi kesan positif
kepada pelajar.
2. Maklumat tambahan yang perlu diketahui.
a) Senarai nama Pengetua Sekolah.
b) Senarai keputusan peperiksaan terkini, PMR, SPM dan STPM.
c) Contoh kertas kerja ke United Kingdom.
d) Buku-buku berkaitan teori kepimpinan.
e) Bahan-bahan web berkaitan kepimpinan.
f) Majalah pendidikan.
g) Contoh dari individu yang pernah menyertai program ke United
Kingdom.
2
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
3. Apakah aktiviti yang akan dijalankan?
PROGRAM A
1. Menghantar beberapa pengetua senior ke New Zealand untuk meninjau
amalan
kepimpinan transformational di sana. Mengambil idea tersebut dan
mengadaptasikan dengan suasana di Perlis.
2. Menghasilkan modul pembelajaran “ Panduan Kepimpinan Pengetua “
PROGRAM B
1. Modul yang dihasilkan akan diedarkan kepada setiap pengetua . Setiap
mereka harus meneliti dan belajar setiap bab mengikut bulan selama 12 bulan
.
2. Satu siri ujian bagi setiap bab akan diadakan secara on-line pada setiap hujung
bulan. Masa dan tarikh akan ditetapkan . Ujian akan dibuat serentak .
Pengetua boleh on-line di mana-mana sahaja.
3. Pengetua yang gagal mendapat purata markah 60 ke atas akan dipanggil
menghadiri kursus kepimpinan transformational pada tarikh yang akan
ditetapkan iaitu pada bulan Januari 2009.
PROGRAM C
1. Mewujudkan program Sahabat Pengetua di mana setiap pengetua baru akan
diletakkan di bawah asuhan pengetua senior bagi membantu mereka
mentabdir sekolah.
2. Setiap masalah akan diselesaikan bersama . Setiap aktiviti yang dijalankan
dalam program ini perlu direkodkan oleh Pengetua Senior yang menjadi
“buddy support” kepada pengetua junior.
3. Rekod tersebut perlu dihantar ke JPN untuk penamantauan setiap bulan.
3
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Kepimpinan
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain
di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan
pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri
dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah
atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu,
usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran
seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa
berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun
yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah
pangawasan seorang pemimpin.
Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke
masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi
mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi
arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang
menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep
malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila
di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk
tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka akan berasa berat untuk
tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang
demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja
di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.
Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin
dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah
kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada
4
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal
melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang
berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan
yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu
dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan
bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek
kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan
mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.
Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu
juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat
untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah
mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang
beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada
teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang
teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam
mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam
organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan
dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding
dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin
mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh
penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-
kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang
pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan
merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat
yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah
dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang
di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan
dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan
5
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
suasana.Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang
mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan,
gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh
demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan
memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba
memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi
merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin
perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati
budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan
kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu,
panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa
organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di
inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan
organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan
unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-
faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan
kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi
perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.
Teori Kepimpinan
Banyak telah ditulis tentang kepimpinan. Terdapat tiga aliran atau pendekatan untuk
menerangkan fenomena keberkesanan pemimpin. Pendekatan pertama, teori sifat, cuba
mencari sifat-sifat sahsiah (personaliti) sejagat. Diandaikan bahawa pemimpin
mempunyai sifat-sifat yang tidak dipunyai oleh bukan pemimpin. Pendekatan kedua, teori
perilaku, cuba menghuraikan kepimpinan melalui perilaku orang yang memimpin.
Kedua-dua pendekatan ini didapati kurang memuaskan. Pendekatan ketiga, teori
kontingensi, mencadangkan model kontingensi untuk mengatasi kelemahan pendekatan
terdahulu dan mengambil kira penemuan penyelidikan.
6
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Kepimpinan transaksi dan transformasi
Bass (1990) mencadangkan supaya dibezakan dua jenis kepimpinan transaksi dan
transformasi. Pemimpin transaksi memandu atau mendorong pengikut mereka ke
arah matlamat dengan menjelaskan peranan dan tugas. Pemimpin transformasi
pula memberikan perhatian secara individu menggerakkan intelek, dan
mempunyai karisma.
Ciri-ciri kedua-dua pemimpin ini berbeza.
i. Ciri-ciri pemimpin transaksi:
(a) Menggunakan ganjaran: menjanjikan ganjaran untuk prestasi dan
pencapaian.
(b) Pengurusan menurut pengecualian: memerhati dan mencari
pelencongan daripada peraturan dan piawaian dan mengambil
tindakan.
(c) Pengurusan menurut pengecualian (pasif): mengambil tindakan
hanya apabila piawai tidak tercapai.
(d) Laissez faire: mengabaikan tanggungjawab, tidak membuat
keputusan.
ii. Ciri-ciri pemimpin transformasi:
(a) Karisma: menyediakan wawasan dan misi, meningkatkan maruah,
hormat dan kepercayaan.
(b) Semangat: meletak dan menyebarkan matlamat yang mencabar,
menggunakan simbol untuk menumpukan tenaga.
7
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
(c) Menggerakkan intelek: menggalakkan kecerdasan, rationaliti, dan
pragmatik.
(d) Memberi perhatian kepada individu: perhatian secara personal,
bimbingan dan nasihat.
Ciri-ciri pemimpin transaksi itu lebih mirip kepada pengurus jabatan atau pentadbir yang
menganggap jawatannya sebagai batu loncatan untuk kenaikan pangkat. Pemimpin
transformasi pula lebih menonjol dari segi komitmen, dan bertindak sebagai pembawa
arus perubahan.
Kepimpinan dan pengurusan
Kotter (1988) berpendapat kepimpinan berbeza daripada pengurusan, katanya,
pengurusan berkaitan dengan menangani kompleksiti. Pengurusan berkesan
menghasilkan keadaan teratur dan konsisten. Ini dilakukan dengan perancangan formal,
menyusun organisasi, dan pemantapan hasil dibandingkan dengan rancangan, kepimpinan
pula berkaitan dengan perubahan. Pemimpin menentukan wawasan yang jelas,
meyakinkan pengikut terhadap wawasan dan menyemarakkan semangat untuk mengatasi
rintangan. Kotter merumuskan bahawa pemimpin yang bertenaga dan pengurusan yang
cekap sangat diperlukan untuk kecemerlangan organisasi.
Sebelum Kotter, Zaleznik (1977) menyatakan bahawa pengurus dan pemimpin ialah dua
jenis manusia yang berbeza. Mereka berbeza dari segi motivasi, sejarah hidup, cara
mereka berfikir dan bertindak. Zaleznik berpendapat pengurus lebih bersikap
"impersonal" terhadap matlamat. Pemimpin lebih bersikap personal dan aktif ke arah
matlamat. Pengurus memandang tugas sebagai proses yang melibatkan manusia dan idea
yang berinteraksi untuk menghasilkan strategi dan keputusan. Pemimpin pula lebih suka
akan tugas/langkah berisiko tinggi, malah mereka mencari risiko dan keadaan merbahaya,
terutama apabila mereka nampak peluang dan ganjaran tinggi. Pengurus lebih suka akan
tugas yang melibatkan orang lain. Mereka berhubung dengan subordinat melalui proses
8
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
tertentu dan mengikut peranan. Pemimpin lebih mementingkan idea; mereka berhubung
dengan pengikut secara personal, intuitif dan berkesan.
Menilai Keberkesanan Pemimpin
Pemimpin diperlukan hanya jika dia boleh membantu kumpulan mencapai objektif
kumpulan itu. Oleh itu kriteria untuk menilai keberkesanan seseorang pemimpin
hendaklah berkait dengan pencapaian objektif kumpulan. Antara kriteria yang boleh
dikemukakan ialah:
(a) Adakah prestasi kumpulan meningkat?
(b) Adakah matlamat kumpulan tercapai?
(c) Adakah peluang kumpulan untuk terus hidup bertambah?
(d) Adakah kumpulan membesar?
(e) Adakah kumpulan bertambah maju?
(f) Adakah kumpulan lebih bersedia menghadapi cabaran?
(g) Adakah ahli-ahli lebih berpuas hati?
(h) Adakah kumpulan lebih komitmen kepada matlamat?
(i) Adakah ahli-ahli lebih sejahtera?
(j) Berapa lamakah pemimpin mampu mempertahankan kedudukannya?
9
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
PENGURUSAN STRATEGIK
Perkataan strategi dikatakan berasal daripada perkataan Yunani strategos yang bermakna
peranan jeneral dalam tentera. Strategi merujuk perancangan oleh pengurusan tertinggi
untuk mencapai hasil yang selari dengan misi dan matlamat organisasi. Strategi boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian:
(i) Pembentukan strategi.
(ii) Pelaksanaan strategi.
(iii) Kawalan strategi.
Pengurusan timbul daripada perkataan "urus" yang bererti "kelola, atur". Mengurus
membawa erti "menjadi supaya rajin, mengatur, mengemas, mengendalikan, menyusun,
menyelesai". Pengurusan ialah perihal mengurus sesuatu (Kamus Dewan 1994).
Pengurusan strategik merangkumi langkah-langkah berurutan, iaitu pengurusan tertinggi
menjalankan tugas-tugas berikut:
(a) Menganalisis persekitaran luaran untuk mengenal pasti peluang dan
ancaman.
(b) Menganalisis persekitaran dalaman organisasi untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan.
(c) Menetapkan misi dan matlamat organisasi.
(d) Mereka bentuk strategi pada peringkat korporat unit perniagaan dan
fungsi.
(e) Melaksanakan strategi.
(f) Menilai dan mengawal pencapaian.
10
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Gaya Kepimpinan Transaksi
Kepimpinan transaksi adalah kepimpinan yang mengarahkan usaha orang lain melalui
tugas, ganjaran dan struktur. Pemimpin transaksi mengenal pasti dan menjelaskan
tugas-tugas dan memberitahu bahawa kejayaan pelaksanaan tugas-tugas tersebut akan
menuju kepada penerimaan ganjaran (Avolio dan Bass, 1988).
Pemimpin transaksi menjanjikan ganjaran kepada pengikut jika berjaya mencapai
satu tahap prestasi yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu. Dalam hal ini,
pemimpin boleh memberikan ganjaran seperti meningkatkan bayaran gaji, komisyen,
bonus, menaikkan pangkat, memberikan penghargaan serta pujian kepada pengikut yang
mencapai prestasi yang baik. Bagi mereka yang berprestasi rendah, pemimpin sebaliknya
boleh mengurangkan ganjaran, melaksanakan kawalan yang agak ketat atau menurunkan
pangkat. Kepimpinan transaksi akan ditemui apabila kuasa memainkan peranan penting.
Kepimpinan transaksi jika dilihat dari sudut yang positif mempunyai networking dan jika
dilihat dari sudut yang negatif, ia menyalahgunakan kedudukan. Ia sentiasa dikaitkan
dengan kuasa kedudukan, status dan pengaruh yang datang dari kedudukan seseorang
dalam hierarki (Schuster, 1994).
Gaya Kepimpinan Transformasi
Gaya kepimpinan transformasi mulanya disarankan oleh Burns dalam tahun 1978 dalam
bukunya, Leadership. Gaya kepimpinan transformasi merupakan suatu proses yang
membenarkan wawasan pemimpin dikembangkan segera ke seluruh organisasi. Ini
merujuk kepada proses mempengaruhi kepada perubahan besar dalam sikap kakitangan
agar matlamat organisasi dan wawasan pemimpin dapat dicapai (Carlson dan Perrewe,
1995). Bass (1985) telah menghuraikan idea kepimpinan transformasi yang
memfokuskan kepada meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di kalangan
pengikut.
11
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Peningkatan kesedaran ini memerlukan pemimpin yang mempunyai wawasan,
berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan apa yang
dirasakan baik serta benar baginya dan bukannya yang popular pada masa itu (Carlson
dan Perrewe, 1995). Kesan kepimpinan mereka tidak sahaja menyebabkan pengikut
dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat melepasi prestasi yang dijangkakan itu.
Sosik (1997) mendapati bahawa kumpulan-kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan
transformasi menjana lebih banyak penyelesaian yang tulen, kata-kata yang menyokong,
penghuraian penyelesaian dan soalan-soalan tentang penyelesaian dan melaporkan
peringkat prestasi yang tinggi, usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin
berbanding kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi yang rendah. Ini
adalah pemimpin karismatik yang membangunkan suatu hubungan yang sungguh
istimewa antara pemimpin dengan pengikut dan merangsang pengikut dalam cara yang
agak luar biasa (Conger, 1991). Kehadiran kepimpinan karismatik ini digambarkan oleh
pengikut yang amat bersemangat tentang pemimpin dan idea-idea pemimpin mereka,
bekerja keras untuk menyokong mereka, kekal setia dan mencari pencapaian prestasi
superior (Conger, 1991). Kajian Awamleh (1999) menunjukkan pemimpin yang
menyampaikan ucapan-ucapan/amanat yang bercirikan wawasan, mempunyai gaya
penyampaian amanat yang kukuh dan mempunyai prestasi organisasinya yang baik
ditanggap sebagai pemimpin yang berkesan dan berkarisma.
Walau bagaimanapun, Shea (1999) mendapati individu yang terdedah kepada pemimpin
karismatik tidak menunjukkan prestasi kerja melebihi (outperform) mereka yang terdedah
kepada pemimpin yang bertimbang rasa. Howell dan Avolio (1993) menunjukkan
kepimpinan karismatik, kepimpinan intelektual, dan kepimpinan pertimbangan individu
adalah dikaitkan dengan kawalan lokus dalaman yang lebih tinggi dan berupaya
menjangka prestasi unit perniagaan untuk jangka pendek (satu tahun kehadapan). Bass
dan Avolio (1990) pula mendapati pada setiap peringkat organisasi kepimpinan
transformasi lebih berkesan daripada kepimpinan transaksi, dan juga pemimpin yang
menggayakan lebih kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi lebih tinggi (Hater
dan Bass, 1988).
12
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Kepemimpinan Transformasional
Kepemimpinan Transformasional memberi fokus kepada pemimpin yang mempunyai
impak luar biasa ke atas organisasinya. Model ini bermula daripada kajian James
McGregor Burns (1978) yang melihat kepemimpinan sebagai proses perhubungan antara
pemimpin dengan angota dalam sebuah organisasi yang bersama sama menaikan tahap
moral dan motivasi meraka.
Bedasarkan kepentingan ini, Burns mencetuskan Kepemimpinan Transasional dan
Transformasional yang menggalakkan usaha pengikut melaluai pemberian ganjaran.
Misalnya di sekolah, pengetua menkaji apa yang diperlukan oleh guru dan cuba
menunaikan kehendakataukeperluan agar meraka melaksanakan kerja denag lebih baik
dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi sekolah. Persetujuan dicapai sebelum ini
antara pengetua dengan kakitangannya. Pekerja melaksanakan apa yang diperlukan oleh
pemimpin memberi apa yang diperlukan oleh pekerja.
Perlakuan utama dalam Kepemimpinan Transaksional danTransformasional oleh Burns
ialah ganjaran terhadap pengurusan yang aktif, dan penerimaan terhadap pengurusan
yang pasif.
Elemen utama kepemimpinan jenis ini ialah:
kawalan
pengukuran
pengurusan
prestasi
Bedarsakan elemen-elemen teserbut seseorang pemimpin transaksional dapat bertindak
dan menetapkan sempadan yang jelas tentang hal-hal berkaitan peranan dan fungsinya,
kawalan ke atas pengikut, hak untuk membuat keputusan, dan Pengaruh yang
membolehkan pemimpin mengurus interaksi antara dirinya dengan pengikut untuk
mencapai hasil yang dihasratkan.
13
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Akhirnya Barnard Bass (1985) memperkembangkan pendekatan yang dikemukakan oleh
Burns menjadi Kepemimpinan Transformasional sahaja. Versi certusan Bass
membezakan antara kepemimpinan transformasional dan trnsaksional.
Kepemimpinan Transformasional melebihi aspek pertukaran kemahuan kerana pemimpin
membina komitmen pengikut terhadap objektif organisasi dengan memberi pengupayaan
(empowerment) kepada kakitangan untuk mencapai matlamat organisasi. Bass
menyatakan bahawa Kepemimpinan Transformasional boleh meninggalkan kesan yang
baik atau buruk ke atas kakitangan. Pencapai utama ialah ’sikap dan tingkah laku
pengikut diubah atau ditransformasikan menerusi pretasi pemimpin’. Pengikut
menunjukkan kepercayaan, taat setia, mengkagumi, dan menghormati pemimpin.
Leithwood (1998) mengatakan pemimpin transformasional ’is a from of consensual or
facilitative power that is manifested through other people instead of over other people’.
Pemimpin yang mengamalkan Kepimpinal Transformasional mahu kakitangannya;
menyatakan sikap dan keperluan untuk berubah
mewujudkan visi baru dan memberi komitmen terhadap visi tersebut
memberi tumpuan terhadap matlamat jangka panjang
mengembangkan minat atau kecenderungan masing-masing untuk mencapai
matlamat yang lebih tinggi
menerima tanggungjawap lebih berat bagi kemajuan diri mereka sendiri
Bass (1995) mengenalpasti tiga cara bagaimana seseorang pemimpin mengubah
pengikut:
i. meningkatkan keperhatinan mereka terhadap kepentingan
tugas dan keperluan memahami nilai murni
14
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
ii. meminta pengikut memberi keutamaan dan tumpuan
terhadap pencapaian matlamat organisasi, meleboihi
kepentingan peribadi.
iii. Menyemarakkan keinginan pengikut di aras tinggi.
Kepimpinan transformasional bukan menggantikan kepimpinan transaksional tetapi
melengkapi dan memperkembangankannya. Pemimpin transformasional meletakkan
matlamat yang mencabar dan biasanya mencapai hasil yang lebih cemerlang.
Terdapat tiga matlamat asas seorang Pemimpin Transformasional iaitu;
1. Membantu staf meningkat dan mengekalkan budaya sekolah yang
koloberatif dan professional.
Ini bermakna semua staf sentiasa berbincang dan merancang bersama. Amalan
berkerjasama,berbincang dan bersepakat akan membiasakan mereka untuk bantu
membantu terutama dalam kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
2. Menggalakkan kemajuan guru
Kajian mendapati motivasi guru untuk maju akan meningkat jika mereka
menghayati matlamat dan faham tentang perkembangan professional terutama
yang melibatkan diri mereka dan organisasi.
3. Membantu guru menyelesaikan masalah secara lebih berkesan
Pemimpin Transformasional dirhargai kerana memberi ruang serta galakkan
kepada guru untuk terlibat dalam kegiatan baru,dan menyelesaikan masalah
secara berlainan.Mereka juga menbantu guru berkerja secara smart,not hard.
Matlamat tersebut memberi tumpuan terhadap membentuk dan menukar diri guru
disekolah supaya mereka menjadi golongan yang mampu membawa perubahan kepada
suasana belajar dan kemajuan para pelajar.
15
PBL- GDU 5023 Leadership In EducationUniversiti Utara Malaysia
Mengikut Bass dan Avolio(1993),seseorang pemimpin akan berupaya memain peranan
sebagai Pemimpin Transformasional melalui pelaksanaan konsep 4 I iaitu, Pengaruh