M.S | 1 PROGRAM JUMPER 2.0 __________________________________________________________________________________ Syarat – syarat: i. Bumiputera berumur kurang dari 35 tahun. ii. Perniagaan telah beroperasi selama 6 bulan dan ke atas. iii. Perniagaan berlandaskan Shari’ah. iv. Terbuka kepada perniagaan berkonsep Peruncitan, Pengedaran atau Pemborongan. v. Perniagaan berdaya maju dan mempunyai rekod transaksi perniagaan. vi. Wajib menghadiri semua kursus yang dijalankan. Garis Panduan Penyertaan: i. Mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri dan mempunyai potensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa. ii. Borang penyertaan perlu dilengkapkan bersama lampiran yang diminta. iii. Sila layari www.punb.com.my untuk memuat turun borang.
14
Embed
PROGRAM JUMPER 2 - punb.com.my · perniagaan ini terplilih untuk menyertai program atau tidak. Pihak PUNB berhak untuk Pihak PUNB berhak untuk menolak penyertaan ini tanpa memberi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
“Saya akui bahawa segala keterangan yang tercatat adalah benar, betul dan lengkap. Saya memberi kuasa kepada pihak PUNB untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana sumber yang difikirkan perlu dan betul. Permohonan ini bertujuan untuk penyertaan program JUMPER 2.0 dan akan menjadi hak milik PUNB sama ada idea perniagaan ini terplilih untuk menyertai program atau tidak. Pihak PUNB berhak untuk menolak penyertaan ini tanpa memberi sebarang ulasan.
Saya juga faham yang PUNB boleh menghubungi saya bagi sebarang maklumat lanjut mengenai idea perniagaan untuk program ini atau untuk rujukan bagi pembiayaan yang ditawarkan PUNB”
Tandatangan Usahawan Utama
Tandatangan Rakan Kongsi 1
Nama Nama
No MyKad No MyKad
Tarikh Tarikh
Tandatangan Rakan Kongsi 2 :
(sekiranya ada)
Nama
No MyKad
Tarikh
M.S | 12
PERKARA SEMAKAN
SALINAN MYKAD *semua peserta (IMBAS DALAM FORMAT PDF)
SALINAN GAMBAR PASPORT *semua peserta (IMBAS DALAM FORMAT PDF)
SALINAN BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT / PERNIAGAAN
LESEN PERNIAGAAN PERNIAGAAN *jika ada premis
GAMBAR PREMIS (RESOLUSI RENDAH & PDF)
PETA LOKASI PREMIS (RESOLUSI RENDAH & PDF)
SALINAN PERJANJIAN SEWA PREMIS PERNIAGAAN *jika ada
GAMBAR PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
PERINCIAN KEPERLUAN PERBELANJAAN MODAL
PRESTASI PERNIAGAAN:
LAPORAN JUALAN SEMASA (MINIMUM 6 BULAN)
TRANSAKSI PENYATA KEWANGAN BANK (6 BULAN TERAKHIR)
LAIN-LAIN LAMPIRAN: *sila nyatakan di bawah
1. BORANG PDP 1
2. BORANG PDP 2
3.
4.
5.
6.
M.S | 13
PDP 1
PENGISYTIHARAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (Tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) TUJUAN Dengan memberikan mana-mana data peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, agama, kelayakan akademik dan sebagainya, anda dengan ini bersetuju bahawa PUNB diberi kebenaran untuk mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
Memasarkan produk-produk dan perkhidmatan PUNB dan memajukan sebarang bahan iklan atau promosi kepada anda;
Menjalankan kajian berkenaan produk-produk dan perkhidmatan baru untuk anda;
Menyampaikan maklumat kepada anda berkenaan produk, perkhidmatan dan program PUNB;
Menjalankan analisis dan statistik perilaku dan perwatakan anda bagi membolehkan PUNB mengukur minat dan
kecenderungan dalam perkhidmatan dan produk pembiayaan berasaskan Shariah dan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak kerajaan, mana-mana agensi kerajaan dan organisasi-organisasi tertentu yang berkepentingan seperti PUNB.
Membuat apa-apa pendedahan yang perlu berkenaan perkara-perkara di atas atau sepertimana yang diperlukan oleh undang-undang.
Sekiranya mana-mana maklumat berkenaan data peribadi yang diperlukan tidak mencukupi, permohonan anda tidak dapat diproses. PENGEKALAN Sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda akan kekal berada dalam rekod PUNB tertakluk kepada polisi penyimpanan rekod PUNB dan/atau selama mana diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan di atas atau sepertimana yang diperlukan oleh undang-undang dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi hak-hak dan kepentingan PUNB. AKSES Dengan bayaran yuran yang ditetapkan oleh PUNB, anda berhak untuk mempunyai akses kepada data peribadi anda (sahaja) yang disimpan oleh PUNB dan memohon untuk pembetulan bagi mana-mana data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan merupakan rekod terkini. Sebarang permohonan untuk mendapat akses, membetulkan dan/atau mengemaskini data peribadi anda atau penarikan balik kebenaran yang diberikan di atas, boleh dialamatkan kepada: Pusat Khidmat Pelanggan
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Tingkat 12, Block 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Saya/Kami dengan ini mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa semua maklumat yang diberikan oleh saya/kami adalah lengkap, benar dan betul dan saya/kami memberi kebenaran kepada PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD dan wakil-wakilnya untuk menentukan kesahihan mana-mana maklumat yang diberikan dan untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana sumber termasuk pelapor pengguna, agensi pelapor kredit atau skim-skim rujukan yang dianggap sesuai dan selagi mana wujudnya hubungan perniagaan /kemudahan pembiayaan di antara saya/kami dan PUNB. Saya/kami bersetuju dan memberi kebenaran kepada PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD untuk mendedahkan atau memberikan data/maklumat berkaitan syarikat/perniagaan kepada mana-mana biro kredit atau biro negara. ……………………………………………. Nama : No. K/P :
M.S | 14
PENGISYTIHARAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
TUJUAN Dengan memberikan mana-mana data peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, alamat emel, agama, kelayakan akademik dan sebagainya, anda dengan ini bersetuju bahawa PUNB diberi kebenaran untuk mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut: Memproses permohonan anda di bawah mana-mana skim PUNB; Memasarkan produk-produk dan perkhidmatan PUNB dan memajukan sebarang bahan iklan atau promosi kepada
anda; Menjalankan kajian berkenaan produk-produk dan perkhidmatan baru untuk anda; Menyampaikan maklumat kepada anda berkenaan produk, perkhidmatan dan program PUNB; Menjalankan analisis dan statistik perilaku dan perwatakan anda bagi membolehkan PUNB mengukur minat dan
kecenderungan dalam perkhidmatan dan produk pembiayaan berasaskan Shariah dan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak kerajaan, mana-mana agensi kerajaan dan organisasi-organisasi tertentu yang berkepentingan seperti PUNB.
Membuat apa-apa pendedahan yang perlu berkenaan perkara-perkara di atas atau sepertimana yang diperlukan oleh
undang-undang. Sekiranya mana-mana maklumat berkenaan data peribadi yang diperlukan tidak mencukupi, permohonan anda tidak dapat diproses. PENDEDAHAN Anda selanjutnya bersetuju bahawa PUNB boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) data peribadi anda kepada wakil-wakil PUNB, kontraktor, rakan kongsi, syarikat bersekutu, mana-mana syarikat dalam kumpulannya, institusi kewangan, syarikat rujukan kredit, biro kredit atau biro Negara, mana-mana penerimaa atau pemindah hak PUNB atau yang dicadangkan, atau mana-mana pihak yang berkenaan di bawah kewajipan kerahsiaan kepada PUNB berkaitan penggunaan, pendedahan, penyimpanan, pemprosesan, pengekalan atau pemindahan data peribadi untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. PENGEKALAN Sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda akan kekal berada dalam rekod PUNB tertakluk kepada polisi penyimpanan rekod PUNB dan/atau selama mana diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan di atas atau sepertimana yang diperlukan oleh undang-undang dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi hak-hak dan kepentingan PUNB. AKSES Dengan bayaran yuran yang ditetapkan oleh PUNB, anda berhak untuk mempunyai akses kepada data peribadi anda (sahaja) yang disimpan oleh PUNB dan memohon untuk pembetulan bagi mana-mana data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan merupakan rekod terkini. Sebarang permohonan untuk mendapat akses, membetulkan dan/atau mengemaskini data peribadi anda atau penarikan balik kebenaran yang diberikan di atas, boleh dialamatkan kepada: Perkhidmatan Pelanggan
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Tingkat 12, Block 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Saya/Kami dengan ini mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa semua maklumat yang diberikan oleh saya/kami adalah lengkap, benar dan betul dan saya/kami memberi kebenaran kepada PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD dan wakil-wakilnya untuk menentukan kesahihan mana-mana maklumat yang diberikan dan untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana sumber termasuk pelapor pengguna, agensi pelapor kredit atau skim-skim rujukan yang dianggap sesuai dan selagi mana wujudnya hubungan perniagaan /kemudahan pembiayaan di antara saya/kami dan PUNB. Saya/kami bersetuju dan memberi kebenaran kepada PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD untuk mendedahkan atau memberikan data/maklumat berkaitan syarikat/perniagaan kepada mana-mana biro kredit atau biro negara. ………………………………………………………… Nama : Cop Perniagaan/Syarikat : No. K/P : Jawatan : Nama Perniagaan/Syarikat :