Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017 KENYATAAN MEDIA PROGRAM HARI SIHAT HASIL Cyberjaya , 5 Disember 2017 – Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Hari Sihat Hasil bermula pada 5 – 7 Disember 2017 di di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya. Program yang diserikan dengan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Antara objektif penganjuran Program Hari Sihat Hasil ini adalah bertujuan untuk menarik minat dan perhatian warga kerja LHDNM terhadap kepentingan pembudayaan amalan kesihatan yang baik, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara. Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan, senam robik, derma darah, pameran booth, jualan produk kesihatan serta beberapa siri taklimat kesihatan. Turut hadir sama dalam program ini ialah Datuk Noor Azian Abdul hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDNM, Encik. Abdul Manap Dim, Timbalan Ketua Pegawai Untuk siaran segera