KERTAS KERJA PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK TEMA “ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan” TARIKH 11 DISEMBER 2013 LOKASI DEWAN KULIAH 3B 301 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
14
Embed
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK PMFSSK UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 11 DIS 2013 “ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan” 2.0 PENGENALAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
TEMA
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
TARIKH
11 DISEMBER 2013
LOKASI
DEWAN KULIAH 3B 301
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11 DIS 2013
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
KERTAS KERJA
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa/i yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2013/2014 berbesar hati ingin menganjurkan HARI
PANCAR SENI BUDAYA FSSK 2013. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya
dan kesenian yang terdapat di negara kita kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia
umumnya dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan khususnya.Selain memperkenalkan
budaya dan kesenian,program ini turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i
yang juga merupakan generasi Y ini semangat cinta akan budaya dan kesenian agar tidak lapuk
ditelan zaman.Di samping itu,program ini juga merupakan platform untuk merapatkan hubungan
silatulrahim antara pelajar-pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang datang daripada
pelbagai pusat pengajian.
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan bantuan kewangan
dari pihak yang terlibat bagi merealisasikan PROGRAM PANCAR SENI BUDAYA FSSK
2013 yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
(PMFSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia.
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11 DIS 2013
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
1.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya
PMFSSK. Kami juga merupakan antara badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pada mulanya, PMFSSK ini digelar
PRISSMA dan ia telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bagi
bertujuan membentuk imej baru kepada persatuan tersebut.
1.2 PMFSSK bercadang untuk mengadakan program ini, iaitu “PROGRAM HARI
PANCAR SENI BUDAYA FSSK 2013” , sebagai satu inisiatif untuk
memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdapat di negara kita kepada
mahasiswa/i di samping memupuk semangat cintakan budaya dan kesenian dalam
diri setiap pelajar sekaligus menyediakan pelajar pelbagai kemahiran menerusi aspek
pengurusan, hubungan luar serta mengasah kepimpinan para pelajar selaras dengan
matlamat pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.0 MISI
Melahirkan warga universiti khususnya mahasiswa/i yang berketrampilan, berdisplin, bersatu
padu, sihat, cergas, bersemangat jati diri, profesional dan berkualiti, selaras dengan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang
kondusif di dalam bidang sosial dan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan Universiti
Kebangsaan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11 DIS 2013
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
4.0 OBJEKTIF
1.1 Memperkenalkan kebudayaan dan kesenian melalui persembahan kebudayaan dan
permainan tradisional agar kebudayaan dan keseniaan ini tidak lapuk ditelan zaman.
1.2 Memupuk semangat cintakan budaya dan seni yang terdapat di negara kita agar
generasi yang seterusnya masih dapat mengamalkan budaya dan kesenian yang ada
pada masa ini.
1.3 Memupuk semangat silatulrahim yang utuh dalam kalangan mahasiswa yang datang
daripada pelbagai pusat untuk menjayakan sesebuah program secara bersama,
1.4 Menggalakkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam aktiviti yang bersifat non-
akademik mahupun yang bersifat akademik untuk melahirkan mahasiwa/i yang
bersifat produktif selaras dengan visi dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.0 TEMA
“KESENIAN CORAK BUDAYA,BUDAYA SENDI PERPADUAN”
6.0 ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) Sesi 2013/2014,
dengan kerjasama Pejabat Kedekanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
7.0 TARIKH & MASA
Program dicadang untuk diadakan pada :
Tarikh : 11 DISEMBER 2013
Hari : Rabu
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11 DIS 2013
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan ialah:
Dataran Dewan Kuliah 3B 301,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
9.0 PUBLISITI
Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti
Banner, banting dan poster. Hebahan menerusi media elektronik seperti papan digital
UKM, dan rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.
10.0 CADANGAN PERASMI
Prof. Dr. Hazita Binti Azman (Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan)
11.0 PENGLIBATAN PESERTA
200 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i dari kesemua Pusat
Pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
PROGRAM HARI PANCAR SENI BUDAYA FSSK
PMFSSK UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
11 DIS 2013
“ Kesenian Corak Budaya,Budaya Sendi Perpaduan”
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C
15.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila