Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018 KENYATAAN MEDIA PROGRAM ‘BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU’ 13 September, Kuantan – Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuantan telah menganjurkan program ‘Bersama LHDNM Sayangi Malaysiaku’ yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang. Program ini melibatkan seramai 40 orang pegawai LHDNM dan 278 orang pelajar serta guru di sekolah berkenaan. Selain daripada bertujuan untuk menyemarakkan semangat jati diri dan penghayatan erti kemerdekaan Malaysia, program ini juga merupakan salah satu daripada usaha berterusan LHDNM dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporatnya. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Kuiz Kemerdekaan dan pelbagai acara permainan yang ternyata menghiburkan dan sarat dengan mesej penghayatan kemerdekaan kepada para peserta. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang, dan turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Encik Baharom bin Bujang, dan juga wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan. Untuk siaran segera
4
Embed
PROGRAM ‘BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU’ · 2018. 9. 18. · Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Kuiz Kemerdekaan dan pelbagai acara permainan yang ternyata menghiburkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Muka surat 1 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM ‘BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU’
13 September, Kuantan – Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018,
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuantan telah
menganjurkan program ‘Bersama LHDNM Sayangi Malaysiaku’ yang berlangsung di
Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang. Program ini melibatkan seramai
40 orang pegawai LHDNM dan 278 orang pelajar serta guru di sekolah berkenaan.
Selain daripada bertujuan untuk menyemarakkan semangat jati diri dan penghayatan erti
kemerdekaan Malaysia, program ini juga merupakan salah satu daripada usaha
berterusan LHDNM dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporatnya. Pelbagai
aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan
Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Kuiz Kemerdekaan dan pelbagai acara
permainan yang ternyata menghiburkan dan sarat dengan mesej penghayatan
kemerdekaan kepada para peserta.
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah
LHDNM Negeri Pahang, dan turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala
Penor, Encik Baharom bin Bujang, dan juga wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah
Kuantan.
Untuk siaran segera
Muka surat 2 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018
Menurut Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang dalam
ucapannya, program sebegini diharapkan turut dapat mengeratkan lagi silaturrahim
antara LHDNM sebagai agensi pemungut hasil negara dengan masyarakat setempat.
Beliau turut memberikan saranan agar program seumpama ini diteruskan pada masa
hadapan agar masyarakat sedar betapa perlunya kemerdekaan dipertahankan dan
kepentingan sumber cukai dalam membiayai pembangunan Malaysia yang tercinta.
Gambar 1: Antara acara permainan yang diadakan.
Muka surat 3 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018
Gambar 2: Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang (kiri) sedang memberikan markah bagi Pertandingan Basikal Berhias.
Gambar 3: Para peserta Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bersemangat sewaktu membuat
persembahan mereka.
Muka surat 4 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018
Gambar 4: Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang merakamkan gambar kenangan bersama para pelajar dan guru- guru Sekolah
Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang.
# # #
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 13 September 2018