PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM3111)
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM (PIM3111)
HALAMAN PENGAKUANSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya
telah saya nyatakan sumbernya.Yang
Benar,............................................................(Wan
Mohd Fakhruddin Bin W.Ibrahim)26 OGOS 2013
.Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi
Muhammad saw. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah,
kurnia serta keizinannya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini pada
waktu yang telah ditetapkan.
Bersama dengan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan
buat pensyarah bagi subjek Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
(PIM3111) ini iaitu Ustaz Adnan Bin Abdullah yang telah banyak
membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan
tugasan ini.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak
langsung. Segala jasa serta pengorbanan kalian amat saya
hargai.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibu bapa atas segala dorongan, sokongan serta dokongan
mereka terhadap saya sepanjang menyempurnakan tugasan ini.
Saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi
kefahaman dan penampilan saya sebagai seorang guru pendidikan
Islam..
Sekian, terima kasih.
Dakwah sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan
pendidikan. Ini kerana dakwah itu adalah satu proses mengajak atau
menyeru manusia kepada kebaikan dan juga mencegah manusia itu
daripada kemungkaran. Perkara ini dikuatkan lagi dengan firman
Allah swt dalam kitab suci Al-Qur`an :
Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari
yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. ( Surah Ali
Imran : 104).
Hal ini bertepatan dengan pendidikan kerana konsep menyeru dan
mengajak itu adalah proses mendidik manusia. Dalam usaha mendidik
manusia memang tidak dapat tidak kita tidak dapat lari atau
terpisah dengan usaha menyeru dan mengajak. Oleh itu, keterikatan
antara dakwah dan pendidikan ini adalah sangat penting dan andai ia
dipisahkan maka tempanglah keduanya. Mendidik ini juga diajarkan
oleh Allah swt kepada kita melalui kalam sucinya :
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu
berfirman : sebutkanlah kepada-ku nama benda-benda itu jika kamu
memang orang-orang yang benar !
.( Surah Al-Baqarah : 31)
Berdasarkan ayat tersebut, Allah telah menjadi guru Yang Maha
Bijaksana kepada Nabi Adam kerana telah mengajarkan sesuatu yang
baru dan tidak diketahui oleh makhluk Allah swt yang lain ketika
itu. Jadi tidak dapat dinafikan Islam meletakkan pendidikan di
kedudukan yang paling penting. Ia merupakan satu ibadat yang besar.
Kepentingan pendidikan ditekankan melalui wahyu yang pertama
diturunkan oleh Allah dalam surah Al-Alaq ayat 1 5, Firman Allah
yang bermaksud;Bacalah ((wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
mencipta (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan.
Kesimpulannya, dakwah itu adalah suatu usaha yang penting dalam
proses pendidikan. Dalam mendidik kita tidak hanya bertujuan untuk
mengajar manusia tentang sesuatu tetapi ia juga bertujuan untuk
mencegah manusia daripada sesuatu. Namun, andai dilihat lebih
mendalam dan spesifik dakwah dalam pendidikan ini adalah lebih
bermatlamatkan untuk menyedarkan manusia supaya beriman kepada
Allah swt. Oleh tu, disini kita akan perjelaskan secara lebih
terperinci apa itu dakwah dan perkara-perkara yang perlu ada
padanya.
1.0 PROGRAM KHATAM AL-QUR`AN1.1 LAPORAN DOKUMENTASI
Pada 1 Ogos 2013 yang lepas bersamaan 23 Ramadhan 1434 H,
Panitia Pendidikan Islam dan kami telah megadakan Program Majlis
Khatam Al-Qur`an dan Penyampaian Duit Raya. Program ini dijalankan
di dewan Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Program ini
merupakan salah satu tugasan Kerja Kursus bagi memenuhi Proforma
Kursus PIM 3111 iaitu Profesionalisma Guru Pendidikan Islam.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk khatam al-Quran bersempena
tadarrus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Hal ini dilihat
adalah seiring dengan program yang telah diadakan oleh pihak
sekolah sepanjang bulan Ramadhan yang lalu yang mana mengadakan
tadarrus al-Quran setiap hari pada waktu rehat yang melibatkan
semua murid tahap 2 di sekolah tersebut.
Bagi melancarkan perjalanan program, kami bersama-sama guru
panitia Pendidikan Islam berbincang dan mengagihkan tugas bagi
setiap ahli jawatankuasa kerja. Lontaran idea daripada setiap guru
amatlah diperlukan bagi memastikan majlis ini dijalankan dengan
penuh jayanya. Di samping itu, bagi menjadikan program khatam
al-Quran tersebut menjadi lebih meriah, program ini turut
digabungkan sekali bersama dengan program penyampaian duit raya
kepada semua pelajar yang mana program tersebut akan dikendalikan
oleh guru-guru di sekolah tersebut.
Perbincangan AJK Pelaksana sebelum Majlis Khatam Al-Quran
Pada jam 9.00 pagi, program tersebut dimulakan dengan ceramah
yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang bertajuk Akhir
Ramadhan dan Adab Ziarah di Hari Raya. Sebelum itu, Pengerusi
Majlis yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi majlis pada hari
tersebut iaitu Ustazah Sherlina membuka majlis dengan memberikan
ucapan alu-aluan sebelum menyerahkan majlis kepada penceramah.
Penceramah sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Akhir
Ramadhan dan Adab Ziarah di Hari Raya.
Ceramah yang disampaikan tersebut adalah menekankan kepada
amalan-amalan yang berkaitan dengan sepuluh Ramadhan terakhir. Di
samping itu, penceramah juga turut menceritakan tentang adab-adab
berziarah semasa hari raya. Murid-murid dan warga sekolah
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah kerana penceramah
tersebut pandai menarik perhatian murid-murid dengan ceramahnya di
samping lawak-lawak yang dilakukan oleh penceramah membuatkan
murid-murid dan guru-guru turut tertarik dengan ceramah yang
disampaikan tersebut.
Murid-murid dan semua guru mendengar ceramah yang
disampaikan.Sekitar jam 10.30 pagi, sesi ceramah selesai. Kemudian
majlis diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh
saya bersama 18 orang murid yang telah dipilih dalam kalangan murid
tahap 2. Sesi Khatam Al-Quran tersebut dimulakan dengan membaca
ummul Quran al-Fatihah, kemudian membaca surah Al-Dhuha sehinggalah
surah Al-Naas.
Sesi Khatam Al-Quran
Setelah berakhirnya sesi khatam Al-Quran tersebut, majlis
diteruskan lagi dengan ucapan tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pusat Dungun tersebut.
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan.
Selepas berakhirnya ucapan guru besar tersebut, majlis
diteruskan dengan agenda yang terakhir iaitu penyampaian duit raya
kepada semua murid. Di samping itu, alunan qasidah dialunkan sambil
penyampaian duit raya tersebut yang diketuai oleh sahabat saya,
iaitu Wan Mohd fakhruddin. Murid-murid kelihatan seronok untuk
menerima duit raya sambil mengalunkan qasidah yang bertajuk Ya
Hanana.
Penyampaian duit raya sambil alunan qasidah yang dialunkan oelh
murid-murid tahap 2.
Keseluruhan majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan
alunan Qasidah daripada sahabat saya, Wan Mohd Fakhruddin. Selepas
itu, majlis bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.
1.2 KERTAS KERJA ( RUJUK PADA LAMPIRAN 1 )1.3 GAMBAR PROGRAM
(RUJUK PADA LAMPIRAN 2)2.0 KONSEP DAKWAH
2.1DEFINISI DAKWAH
1.0 KONSEP DAKWAH
1. Pengertian Dakwah
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab
seperti daa, yadu, dawatan yang membawa maksud menyeru, memanggil,
mengajak, menjamu, memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah
dari segi istilah pula ialahmendorong manusia agar berbuat
kebajikan dan petunjuk serta menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf
dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar
mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti
kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan
hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan
Rasul-Nya. Firman Allah SWT :
(((((( (((((( ((((((( ((((((( (((((((((((((( ((((((((((((((((
(((((((((((( ( (((((((((((( ((((((((( (((( (((((((( ( (((( ((((((
(((( (((((((( ((((( (((( ((( (((((((((( ( (((((( ((((((((
((((((((((((((((( ((((( Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan
berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara
Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua
Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah
petunjuk.
(((((( (((((((( (((((( (((((( (((((( ((((( (((( ((((((((
(((((((( ((((((( ((((((( (((( ((((((((((((((( ((((
Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia
sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya
Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada
Allah)!"
Dr. Rauf Shalabimenjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah
gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran
kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan
cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia
dan di akhirat.
Menurut Jumah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah
adalah risalah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang tidak ada
kebatilan di dalamnya, baik di depan atau dibelakangnya, dengan
kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf
yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang
mutawatir, bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.
Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa dakwah Islamiah
bermaksud kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah
yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang
diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang dilarang dan
membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah
adalah mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta
agama yang paling sempurna dan syumul (komprehensif). Islam adalah
agama yang telah Allah jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama
selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana itu,
hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.
Syeikh Ali Mahfuz berpendapat bahawa dakwah adalah mendorong
manusia untuk berbuat baik dan mengikut petunjuk serta melaksanakan
amar makruf dan nahi munkar untuk kemaslahatan manusia di dunia dan
di akhirat. Dalam hal ini, dakwah mengandungi makna yang sangat
luas, meliputi aspek informasi, komunikasi, ekonomi, sosio budaya,
pendidikan dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan
manusia. Oleh itu, dakwah dipandang juga sebagai gerakan Islam yang
mencakupi amalan teori dan praktik.
Dakwahilallahadalah dakwah yang bersumber dari Allah SWT yang
disampaikan kepada kita melalui para nabi dan rasulNya, serta
ditutup dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW. Bila dikatakandakwah
ilallah, bererti kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah,
risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang
diperintahkan, berhenti sepenuhnya dari semua yang dilarang dan
membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah
adalah mengajak kepadadinIslam, penutup seluruh Kalamullah, serta
agama yang paling sempurna dansyamil(komprehensif). Islam adalah
agama yang telah Allah jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama
selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana itu,
hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.
Kegiatan berdakwah sudah ada sejak adanya tugas dan fungsi yang
perlu diberatkan oleh manusia dibelantara kehidupan dunia ini. Hal
itu dilakukan dalam rangka penyelamatan seluruh alam, termasuk di
dalamnya manusia itu sendiri. Namun kegiatan dakwah seringkali
difahami, baik oleh masyarakat awam atau pun sebahagian masyarakat
terdidik, sebagai sebuah kegiatan yang sangat praktis, sama
dengantabligh(ceramah), iaitu suatu kegiatan penyampaian ajaran
Islam secara lisan yang dilakukan oleh para khatib di atas mimbar.
Kegiatan dakwah itu dilakukan terbatas hanya di majlis-majlis
taklim, masjid-masjid dan mimbar-mimbar keagamaan. Meskipun hal ini
tidaklah sepenuhnya keliru, namun sangat penting untuk
diluruskan.Asas amar maruf merupakan landasan untuk selalu
memikirkan yang baik dan terbaik, yang cemerlang dan gemilang
sehingga menghasilkan kesan yang positif dalam kehidupan seseorang
yang bergelar manusia.Apabila kita katakanDakwah Islamiah, maka
yang kita maksudkan adalah Risalah terakhir yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW. Sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang
tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau di belakangnya,
dengan kalamNya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam
mushaf yang diriwayatkan dari Nabi SAW dengan sanad yang mutawatir,
yang membacanya bernilai ibadah.
Dakwah megandungi makna An-Nasyr(menyebarkan),
Al-Balagh(menyampaikan),Al-Iqna(menyedarkan) dan
Ad-Diayah(propaganda) yang semua ini telah menjadi ilmu tersendiri,
sejajar dengan ilmu-ilmu lainnya. Semua ini memiliki pembahasan,
karakteristik dan sasaran tersendiri bersama dengan ilmu-ilmu Islam
lainnya. Dakwah bahkan telah menjadi ilmu Islam yang paling penting
dalam menjaga akidah umat, eksistensinya hari ini dan masa depannya
nanti, melindunginya dari mazhab-mazhab batil yang menyerang umat
Islam, hembusan angin beracun dari musuh-musuh Islam siang dan
malam, ghawul fikri (perang pemikiran), penjajahan intelektual yang
mawadah sekarang ini di tengah masyarakat muslim.Pada prinsipnya,
kewajipan melaksanakan dakwah ditujukan kepada setiap muslim sesuai
dengan bidang atau tugas masing-masing. Tugas amar maruf dan nahi
mungkar sama-sama dipertanggungjawabkan dan diletakkan kepada
lelaki mukmin dan wanita mukminah sebagaimana wajibnya mengerjakan
solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat serta ketaatan
sepenuhnya kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT yang mana juga
dilaksanakan oleh wanita mukmin.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman :
((((((((((((((((( ((((((((((((((((( (((((((((( ((((((((((((
(((((( ( ((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( (((((((((((
(((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( (((((((((((( ((((
((((((((((((( ( (((((((((((( (((((((((((((( (((( ( (((( ((((
((((((( ((((((( ((((
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka
menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,
mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan
Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Mahmud Syaltut mentafsirkan bahawa tanggungjawab amar makruf dan
nahi mungkar adalah tanggungjawab paling besar mengikut pandangan
Islam. Jika di dalam kajian komunikasi, informasi dipandang sebagai
kekuatan, maka dakwah dalam kaitannya dengan sistem sosial adalah
merupakan kekuatan yang dapat menghidup serta menggerakkan seluruh
kekuatan sosial. Oleh yang demikian, dalam memikul tanggungjawab
ini diperlukan kualiti pendakwah yang memiliki kompetensi ideal,
sehingga dakwah dapat ditangani secara professional.
Dr. Muslih al-Bayumi (1976) mendefinIsikan dakwah itu sebagai
pelaksanaan alim ulama dan orang-orang orang yang memahami agama,
mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara
agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan (1978)
mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah swt iaitu
agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Syeikh
Ali Mahfuz murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah
sebagai : membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan
bimbingan, menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah berbuat mungkar,
supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan
akhirat .
Muhammad al-Ghazali (1985) menegaskan bahawa dakwah adalah satu
program yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi
semua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi
menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap
petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka. Muhammad
al-Ghazalimemberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program
(barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi
semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia
bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap
panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Adam Abdullah al-Auri puladalam kitabnyaTarikh al-Dakwah
al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaummenjelaskan bahawa dakwah
ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan
dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu
seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang
hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.Dr. Abu al-Majd
al-Sayyid Nawfalmenjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah
itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat
dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam
dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah
dengan cara-cara tertentu. Dr. Rauf Shalabimenerangkan bahawa
dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat
daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada
keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit
kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Dari segala definisi dakwah yang telah diberikan di atas,
beberapa rumusan telah dapat dibina seperti :1. Dakwah adalah satu
usaha mengajak manusia beriman dan taat akan segala perintah dan
larangan Allah.2. Dakwah ialah usaha untuk menyelamatkan manusia
dari melakukan segala kesalahan yang bertentangan dengan syariat
Islam. Usaha ini juga dilakukan melalui usaha tabligh melalui
ceramah atau segala program yang dijalankan di masjid-masjid.
3. Dakwah adalah kesinambungan usaha dakwah Rasulullah SAW untuk
menyampaikan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada
sekelian umat seperti telah tercatat di dalam Al-Quran.
4. Dakwah merupakan sebahagian ilmu Islam yang paling penting.
Dakwah juga adalah usaha menyebar, menyampaikan, menyedarkan dan
mempunyai kaedah yang tersendiri untuk melindungi umat Islam dari
terjebak dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini
bertujuan untuk memelihara keharmonian akidah umat Islam agar umat
Islam menjadi seorang muslim yang sejati.
Berdasarkan beberapa rumusan yang telah diberikan di atas ini,
maka kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha
mengajak manusia beriman kepada Allah dengan membenarkan segala apa
yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Dakwah juga mengajak manusia
mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah
SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti
:
1. Maksud dakwah secara umum, ialah suatu ilmu pengetahuan yang
berisi kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya
untuk pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk
menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.
2. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan
penuh kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah
Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang
membolehkan mereka masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Dengan agama inilah, Allah mengutuskan para rasul
untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang diredhoi Allah
dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya.
Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman
Allah yang berbunyi :
((((( (((((((( (((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((
(((((( (((( (((( (((((((((((((( ((((
Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang
Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana
Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah
Yang tetap menang.
Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung
segala masalah keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa. Kalaulah
konsep dakwah ini tidak digunakan dengan penuh hikmah dan penuh
kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia belum tentu dapat
mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang
pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan
mudah hendak berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai
berbagai karenah dan berbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh
pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi, maka seseorang
pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia juga
tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.
Nabi Yusof telah menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna
kepada para pendakwah sekalian, walaupun Baginda di penjarakan
dengan sebab difitnah oleh seorang isteri raja ketika itu, tetapi
Baginda tidak berputus asa dan Baginda meneruskan usaha dakwahnya
di dalam penjara tersebut. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah
dalam Al-Quran yang berbunyi :
((((( ((((( (((((((((( (((((( (((((( ((((( (((((((((((((
(((((((( ( (((((( (((((((( (((((( (((((((((( (((((( ((((((((((
((((((( ((((( (((((((((((((( (((( "Yusuf (merayu kehadrat Allah
Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada
penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya.
dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka,
mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari
orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
Secara umumnya, dakwah jika dikaitkan dengan agama adalah suatu
usaha atau proses untuk melahirkan kewujudannya (agama) dalam
realiti kehidupan yang dapat dirasai dan dikesan (Abdullah Muhammad
Zin:1997). Dakwah adalah satu usaha menarik orang lain kepada agama
Islam supaya mengikut petunjuk Allah swt dan melaksanakan segala
ketentuan Allah di muka bumi ini. Selain itu menundukkan segala
bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat setia hanya kepada
Allah swt, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang lain
dari Allah (thaghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada
orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak orang yang
dinafikan hak oleh Allah swt, menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. (al-Qardawi:1983). Dr.
Muslih al-Bayumi (1976) mendefinIsikan dakwah itu sebagai
pelaksanaan alim ulama dan orang-orang orang yang memahami agama,
mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara
agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Zaidan (1978)
mendefinisikan dakwah sebagai panggilan ke jalan Allah swt iaitu
agama Islam agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Syeikh
Ali Mahfuz murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah
sebagai : membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan
bimbingan, menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah berbuat mungkar,
supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan
akhirat .
Muhammad al-Ghazali (1985) menegaskan bahawa dakwah adalah satu
program yang sempurna dan lengkap, kesemua peringkatnya mengandungi
semua jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi
menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap
petunjuk jalan yang akan menyinari kehidupan mereka. Muhammad
al-Ghazalimemberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program
(barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi
semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia
bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap
panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Adam Abdullah al-Auri puladalam kitabnyaTarikh al-Dakwah
al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaummenjelaskan bahawa dakwah
ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan
dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu
seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang
hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.Dr. Abu al-Majd
al-Sayyid Nawfalmenjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah
itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat
dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam
dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah
dengan cara-cara tertentu. Dr. Rauf Shalabimenerangkan bahawa
dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat
daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada
keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit
kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Peta minda definisi dakwah.
2.2HUKUM DAKWAH DAN DALILNYA
Pendapat 1:
Fardhu Kifayah.(Apabila telah ada pemerintah Islam)
Kewajipan umat Islam untuk melaksanakannya gugur setelah
dilakukan oleh pemerintah.
1. As-Sayyid Nawfal
Fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu
dalam kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan dalam
urusan dakwah.
2. Muhammad Abu Zahrah
Menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiah.
Firman Allah :
((((((((( (((((((( (((((( ((((((((( ((((( ((((((((((
((((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( (
(((((((((((((( (((( ((((((((((((((( (((((
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada segala
yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang berjaya.
Pendapat 2:
Fardhu Ain
(sesetengah Ulama).
1. As-Sayyid Nawfal
Fardhu Ain kerana setiap orang Islam wajib melaksanakan dan
mengemukakannya kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran
Islam.
2. Muhammad Abu Zahrah
Fardhu Ain kerana melihat kepada para sahabat dan tabiin yang
masing-masing ambil bahagian dalam menyampaikan dakwah.
Hadis Rasulullah SAW:
Barang siapa yang terlihat kemungkaran hendaklah ia mengubah
dngan tangannya, jika tiada kuasa maka dengan lidahnya sekiranya
tiada kuasa hendaklah ia cegah dengan hatinya dan yang demikian
adalah selemah-lemah iman.
2. Rukun Dakwah
Daie
Orang yang menyampaikan dakwah
Madu
Golongan yang menerima dakwah
Maudhu Dakwah
Tajuk dakwah.
Uslub Dakwah
Kaedah atau method dakwah.
Tajuk ( Maudu` )
Untuk berdakwah kita memerlukan satu tajuk yang menjadi matlamat
yang ingin kita dakwahkan kepada orang. Sebagai contoh, Nabi
Muhamma saw telah meletakkan Islam sebagai tajuk dakwah baginda
terhadap masyarakat arab ketika itu. Jadi, dizaman kita ini. Kita
perlu melihat tajuk yang sesuai untuk kita dakwahkan kepada orang
mengikut kesuaian tempat dan orang yang ingin kita dakwah.
Pendakwah ( Dai`e)
Orang yang berdakwah atau menyampaikan dakwah itu dipanggil
sebagai Dai`e. Dai`e ini adalah rukun yang kedua selepas Maudu`.
Andai maudu` ada tetapi tidak ada dai`e yang menyampaikannya makan
dakwah itu tidak akan terjadi. Sesiapa sahaja boleh menjadi dai`e
tetapi ia memerlukan satu usaha dan kesungguhan kerana dalam dakwah
ini banyak dugaan yang akan datang.
Orang Yang Didakwah ( Mad`U )
Mad`u adalah rukun ketiga dalam dakwah. Selepas ada maudu` dan
dai`e maka perlulah adanya mad`u. Mad`u ini adalah orang yang dai`e
perlukan untuk disampaikan maudu` dakwah yang ada. Madu` ini juga
banyak ragamnya, jadi selaku dai`e kita perlulah persiapkan diri
dengan sebaiknya supaya kita dapat menarik hati mad`u untuk
mendengar dakwah kita.
Cara Dakwah ( Uslub Dakwah )
Rukun yang keempat dalam dakwah ialah uslub dakwah, iaitu cara
yang dai`e gunakan untuk menyampaikan maudu` dakwah kepada mad`u.
Uslub dakwah ini sangat banyak dan ia sangat penting kepada dai`e
untuk menguasai rukun ini kerana dai`e mampu menarik hati mad`u
jika uslub yang digunakan menarik dan sesuai dengan mad`u.
3. Matlamat Dakwah
1. Melaksanakan amanah Allah SWT.
((((( ((((((((( ((((((((((( ((((( ((((((((((((( ((((((((((
((((((((((((( (((((((((( ((( ((((((((((((( (((((((((((( (((((((
((((((((((( (((((((((( ( ((((((( ((((( (((((((( ((((((( ((((
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka
mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya
(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan
(pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat
perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
2. Mengubah pandangan hidup.Tujuan dakwah adalah menyedarkan
manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah untuk
makan,minum dan tidur sahaja. Dakwah akan memimpin manusia untuk
menuju ke jalan yang benar.Firman Allah SWT:
((((((((( (((((((( (((((( ((((((((( ((((( ((((((((((
((((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( (
(((((((((((((( (((( ((((((((((((((( ((((( Dan hendaklah ada di
antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang
berjaya.
3. Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Ini
diterangkan oleh Allah SWT :
(((( ( ((((((( (((((((((((( (((((((( (((((((((( (((((((( ((((
(((((((((((( ((((( (((((((( (((((((( ((((((((( (((((( (((((((
((((((((((( ((((((((((( (((
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia
kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia
seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin
Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha
Terpuji.
4. Mengajak kepada yang maruf dan mencegah dari perbuatan
mungkar. Banyak ayat-ayat Quran yang menerangkan tentang seruan
amar maruf dan nahi mungkar ini. Firman Allah SWT:
((((((( (((((( (((((( (((((((((( (((((((( (((((((((((
((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((((( ((((((
( (((((( ((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( ((((((( ((((( (
((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((( (((((((((((((( (((((Kamu
(Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala
perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)
itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu
menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang
beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
4. Ciri-ciri Dakwah
RABBANI
Seruan mentauhidkan Allah serta berpegang teguh kepada Islam.
Islam dari Allah. Dakwah juga mesti selari dengan Allah.
SEJAGAT
Dakwah Islam untuk semua manusia bagi menyelamatkan mereka dari
azab Allah.
SYUMUL
Dakwah tidak terbatas di masjid dan surau sahaja dan fokusnya
tidak menjurus kepada ilmu dan ibadah semata-mata. Kesyumulan Islam
merangkumi persoalan hidup seperti ekonomi, politik, sosial,
rumahtangga dan akhlak.
Faktor-Faktor Kejayaan Dalam Dakwah
1. Keperibadian pendakwah sebagai model dakwah: Berilmu
berpengetahuan luas mengenai Islam.
Sabar atas jalan dawah.
Merendah diri.
Bersifat benar dalam menyampaikan kebenaran tanpa
ragu-ragu.
2. Kefahaman yang mendalam tentang isi dakwah yang hendak
disampaikan.
3. Kefahaman yang mendalam tentang selok belok sasaran dakwah
seperti psikologi mereka, kebudayaan, kepercayaan, keadaan sosial
dan kemampuan berkomunikasi mereka.
5. Ciri-ciri Penting Daie
1- Ikhlas niat kerana Allah .
2- Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang
dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya
dengan tugas tersebut .
3- Melaksanakan tugas dengan bijak, pandai memilih uslub,
memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik serta berbincang dengan
cara terbaik.
4- Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan
memiliki akhlak yang baik.
5- Memahami selok belok, cara hidup dan budaya Masyarakat.
Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran
islam,menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka daripada
melakukan kemungkaran adalah wajib dalam agama Islam. Maka kita
sebagai orang islam yang berada dalam lingkungan medan Islam,
seharusnya memikul tanggungjawab dan tugas itu dengan segala
kesungguhan, mengerahkan tenaga, serta waktu dan pemikiran kita.
Dan inilah tugas utama bagi setiap daie. Dalam Al-Quran yang mulia,
banyak ayat-ayat yang mendorong setiap Muslim untuk melaksanakan
tugas ini; di antaranya Firman Allah Ta ala:
Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak
orang berbuat baik,menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan
melarang mereka dari berbuat yang mungkar dan hanya mereka itulah
orang-orang yang betul
( Surah Ali Imran : 104).Dan tidak ada orang yang lebih baik
kata-katanya dan seorang, yang mengajak ummat manusia ke jalan
Allah, dan beramal Saleh, dan berkata: Sesunggthnya saya tennasu*
golongan kaum Muslimin.
(Surah Fusilat: Ayat 33)
Oleh sebab itu, ajaklah mereka itu ke jalan Allah, dan tetaplah
pendirianmu
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau
mengikuti kemahuan mereka.(Surah Al-Syura: Ayat 15)Barangsiapa di
antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubahnya dengan tangannya; kalau tidak sanggup maka hendaklah
ia mengubahnya dengan lidahnya; dan kalau tidak sanggup maka
hendaklah mengubahnya dengan hatinya; dan itulah keimanan yang
selemah-lemahnya. Dan tidak ada lagi keimanan di belakangnya,
walaupun hanya sebesar biji bayam.
(H.R. Muslim)
Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu:
Kamu sekalian suruhlah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah
mereka mengerjakan kejahatan, sebelum kamu mendoa tetapi Aku tidak
mengabulkannya, dan kamu minta apa-apa kepadaKu tetapi Aku tidak
memberikannya, dan kamu meminta pertolongan kepadaKu tetapi Aku
tidak menolong kamu.
(H.R. Tirmidzi)
Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu
itu Allah memberi manfaat kepada manusia dalam masalah agama, maka
kelak di hari qiamat ia akan dikekang oleh Allah, dengan kekang
dari api neraka.
(H.R. Ibnu Majah)
Demikianlah dalil-dalil daripada Al-Qur`an dan hadis Nabi
Muhammad saw yang membuktikan kepada kita bahawa usaha dakwah itu
sangatlah penting untuk dilaksanakan dalam masyarakat. Oleh itu,
dakwah itu hukumnya adalah menjadi wajib kepada setiap indidvidu
yang telah mengucapkan kalimah syahadah dan jika mereka ini sengaja
meninggalkanya maka mereka telah mengundang dosa.
Cara Dakwah ( Uslub Dakwah )
Rukun yang keempat dalam dakwah ialah uslub dakwah, iaitu cara
yang dai`e gunakan untuk menyampaikan maudu` dakwah kepada mad`u.
Uslub dakwah ini sangat banyak dan ia sangat penting kepada dai`e
untuk menguasai rukun ini kerana dai`e mampu menarik hati mad`u
jika uslub yang digunakan menarik dan sesuai dengan mad`u.
2.4 TUJUAN DAKWAH
Mengubah pandangan hidup.Dalam surah Al-Anfal ada menyebutkan
tentang tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan
yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur sahaja.
Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. Ini
diterangkan oleh Allah swt dalam surah Ibrahim pada ayat 1.
Mengajak kepada yang ma`ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar.
Banyak ayat-ayat al-Qur`an yang boleh digali yang menerangkan
tentang program amar ma`ruf dan nahi mungkar ini.
2.5KELEBIHAN DAKWAH
Berdakwah atau menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu
kemuliaan yang besar kepada manusia. Ini adalah berdasarkan firman
Allah swt dalam surah Al- Fushilat :33 :-
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata :
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri .
Menyeru manusia kepada Allah swt juga menjanjikan pahala dan
ganjaran yang besar dan tidak ternilai kepada manusia. Ini
berdasarkan pengakuan Rasulullah saw dalam banyak hadis-hadis
baginda. Diantaranya :
Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran
anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari
matahari .(H.R. At. Tabrani)
Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah swt pada
hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi
dengan menasihati orang lain . (H.R. At Thanawi)
Rasulullah s.a.w telah bersabda, Sesiapa yang mengajak kepada
sesuatu kebaikan, maka dia mendapat sepertimana yang diganjarkan
kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut. ( H.R Muslim )
Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
bersabda, Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia akan
memperoleh ganjaran sepertimana ganjaran yang diterima oleh orang
yang mengikut ajarannya, tidak kurang sedikit pun dari ganjaran
tersebut. Bagi yang mengajak kepada kesesatan pula, dia akan
memperoleh dosa sepertimana dosa yang diterima oleh orang yang
mengikut kesesatannya, tidak kurang sedikit pun dari dosa-dosa
tersebut. ( H.R Muslim )Dari Abi Abbas Sahal bin Saad Al-Saidi r.a
berkata, bersabda Rasulullah s.a.w: Demi Allah, sesungguhnya Allah
memberikan hidayahNya kepada seorang yang kamu dakwah itu adalah
lebih baik dari seekor unta yang mahal ( H.R Bukhari dan Muslim )
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dakwah ini adalah satu usaha yang
dilakukan untuk mengajak atau menyeru manusia itu kepada mengenali
dan memahami agama yang satu iaitu agama ISLAM dan mengenal tuhan
yang satu iaitu Allah swt. Dakwah adalah merupakan sunnah para Nabi
a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul as-Salam ( jalan
kebahagian ), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus ( sirat
al- Mustaqim ), sehingga manusia menerima seruan Allah swt dan
Rasulnya. Dakwah Islamiyyah berawal dari hati yang sedar bahawa
inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah swt
sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri , (Surah
Al-Fushilat : 33).3.0CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
Profesion perguruan merupkan satu profesion yang menjadi tumpuan
dan perhatian masyarakat. Hal ini adalah kerana mereka yang
terlibat dengan profesion ini secara tidak langsung menjadi role
model atau rujukan kepada masyarakat terutama anak-anak murid yang
berada di sekolah. Oleh itu, guru yang berada dalam profesion ini
mestilah menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri guru yang
cemerlang dari segenap aspek kehidupan supaya ciri-ciri yang baik
itu dapat memberi kesan dan menjadi ikutan kepada masyarakat yang
memandang.
Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya
mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa
yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai,
intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan
menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat 5 aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh kementerian
berdasarkan kajian yang dijalankan oleh seorang penyelidik iaitu
Md. Nasir Masran (2000). 5 aspek yang dikenalpasti itu ialah :
1) Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara
berikut:
Nilai kendiri yang positif
Berakhlak mulia
Adil
Bertimbang rasa
Amanah
Bertanggung jawab
Kreatif
Inovatif
Kemas
Sikap sedia berkongsi
Bersikap terbuka
Berpemikiran positif
2) Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran
Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan
pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu
Berkebolehan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan yang rasional serta objektif
Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3) Kecemerlangan Komunikasi
Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh
warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas
menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah
perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan
dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara
berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi
pendidikan.
4) Kecemerlangan Potensi
Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi
pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti
kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui
akademik dan penyelidikan.
5) Personaliti Unggul
Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah
satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu
mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)
Kesemua aspek yang dihurai ini adalah merupakan ciri-ciri
cemerlang yang dunia pendidikan kita perlukan supaya status guru
cemerlang itu bersesuaian dengan kecemerlangan yang mereka kecapi
dalam usaha membentuk murid-murid dan mencorak pendidikan negara
ini berada dalam landasan yang betul dan memberi manfaat.
Kecemerlangan itu tidaklah penting namun ia menjadi kayu ukur bagi
mengenal pasti guru yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
amanah mereka sebagai seorang guru.
3.1HASIL TEMU BUAL DENGAN GURU CEMERLANGDalam usaha merungkai
dan mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru
cemerlang, saya telah menjalankan satu sesi temu bual dengan guru
pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, yang telah
mendapat anugerah guru khidmat cemerlang pada tahun 2012 untuk
mendapatkan pandangan peribadi beliau. Pada peringkat awal saya
bertanya tentang latar belakang diri dan pendidikan beliau.
Kemudian saya telah bertanyakan pandangan peribadi beliau tentang
profesion perguruan dan adakah beliau suka berada dalam profesion
ini. Hasil daripada temu bual yang saya jalankan, beliau memberikan
jawapan yang cukup positif dan berkeyakinan seolah-olah profesion
keguruan ini sudah sebati dengan diri beliau.
Seterusnya saya telah bertanya kepada beliau apakah ciri-ciri
yang beliau rasakan perlu ada kepada seorang guru untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang. Ini antara respon beliau yang saya
dapat :-
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang, kalau nak disenaraikan ada banyak. Ia
merangkumi semua aspek nilai, sikap yang positif seperti rajin,
semangat waja, berdedikasi, amanah, menepati masa, sabar, istiqamah
dan berilmu. Namun apa yang paling penting bagi saya ialah niat dan
kesungguhan untuk mempraktikkan segala idea yang bercambah dalam
minda kita. Dalam kesibukkan dunia pendidikan hari ini, dengan
tanggungjawab yang bertambah dan kekangan masa kadang kala guru
lupa pada tanggungjawab hakiki. Oleh itu, seorang guru perlu ada
ihsan dalam diri masing-masing, ingat, Allah nampak apa yang kita
buat dan tanyalah pada diri sendiri. Adakah duit gaji yang kita
dapat pada setiap bulan sepadan dengan tugas atau kerja yang kita
buat?. Sesekali perlu melihat orang yang kurang bernasib baik dari
kita, terpaksa bekerja berhempas pulas siang dan malam namun
bayarannya jauh lebih rendah daripada kita.
Daripada apa yang dikongsi oleh beliau, banyak perkara yang
telah saya dapat daripada beliau berkaitan dengan ciri-ciri guru
cemerlang. Melihat daripada apa yang dikongsikan, antara sifat yang
penting dan perlu ada pada seorang guru yang cemerlang ialah
amanah, tanggungjawab dan ikhlas. Memang diakui ketiga-tiga sifat
ini wajib ada pada seorang guru kerana tugas dan tanggungjawab
seorang guru ini cukup besar terhadap anak-anak selepas ibu bapa di
rumah. Di samping itu, guru juga tidak hanya menjaga seorang atau
dua orang murid namun mereka perlu menjaga berpuluh-puluh orang
anak murid. Di sini menunjukkan sifat sabar seorang guru cukup
penting untuk menguruskan murid-murid yang berbagai-bagai ragam dan
perangai.
Tambahan pula, guru yang cemerlang juga perlu sentiasa cuba
tampil dengan idea-idea yang baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang
diperolehi adalah lebih baik dan positif. Disamping itu, beliau
juga menekankan kepentingan kita seorang guru untuk bersikap
sebagai seorang manusia yang tidak sombong dan angkuh dengan
manusia lain. Andai kita berada diatas janganlah kita sesekali
lupakan orang yang berada dibawah kerana masing-masing ada
tanggungjawab dan peranan mereka. siapalah kita untuk membezakan
sesama manusia sedangkan Allah swt sendiri tidak membezakan-bezakan
manusia sepertimana firman Allah swt :
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. ( surah al-Hujurat : 13 )
Gambar menunjukkan sesi temubual bersama guru cemerlang
(GC).
Saya dan sahabat-sahabat saya yang lain telah mendapat tugasan
ini pada pada tarikh 14 Julai 2013. Setelah menerima tugasan ini,
saya dan rakan-rakan telah diberikan penerangan dan taklimat
tentang apa yang kami perlu buat daripada tugasan ini daripada
pensyarah. Secara keseluruhan, apa yang dapat saya reflekkan
daripada tugasan ini ialah ia satu tugasan yang mudah pada zahirnya
namun apabila menjalankan tugasan ini, barulah terasa cabaran dan
dugaan yang ada. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana tugasan ini
dapat saya siapkan dengan hasil sehabis baik yang mampu saya
berikan.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa
perkara yang saya rasakan menjadi kekuatan. Pertama, taklimat
ringkas daripada pensyarah berkaitan tugasan serba sedikit membantu
saya untuk membuat dan menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak
soalan. Oleh itu, saya dan rakan-rakan tidaklah terlalu susah untuk
membuat tugasan ini dan apa yang kami buat tidak lari daripada apa
yang tugasan kehendaki.
Kedua, tugasan ini menjurus kepada aspek dakwah. Saya berani
mengatakan tajuk tugasan yang diberikan adalah satu tajuk yang
cukup luas diperbincangkan dalam dunia hari ini dan tidak pernah
berhenti daripada menjadi tumpuan dalam masyarakat. Oleh itu,
sumber dan bahan rujukan untuk tugasan ini tidaklah sukar untuk
kami perolehi samada melalui buku-buku, majalah, surat khabar,
internet dan banyak lagi sumber lain.
Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang saya terpaksa
berdepan dalam menyiapkan tugasn ini. Pertamanya, spesifikasi
tugasan yang kami dapat terlalu umum dan membuatkan saya tidak
dapat meletakkan target apa sebenarnya aspek-aspek yang hendak
dituju dalam tuagsan ini. Oleh itu, ada kemungkinan aspek yang saya
tampilkan untuk tugasan adalah betul dan ada kemungkinan tidak
betul.
Keduanya, masa untuk meyiapkan tugasan ini cukup padat bagi
saya. Walaupun tempoh masa yang diberikan lama namun, pada masa
yang sama saya perlu menjalani praktikum fasa kedua, jadi ini
menyebabkan masa yang ada cukup padat bagi saya. Hal ini adalah
kerana, sepanjang praktikum kami disibukkan dengan banyak
aktiviti-aktiviti sekolah dan juga praktikum. Oleh itu, masa yang
ada untuk saya tumpukan kepada tugasan ini adalah sangat-sangat
terhad.
Bagi kekangan-kekangan yang timbul, saya cadangkan beberapa
penambahbaikkan supaya perkara ini tidak lagi berulang pada
masa-masa yang akan datang. Bagi masalah spesifikasi tugasan yang
terlalu umum, saya rasa boleh ditambah baik dengan memberikan
spesifikasi yang lebih spesifik dan tidak bersifat terlalu umum. Di
samping itu, sesi taklimat pensyarah semasa tugasan diberikan
seharusnya digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan kefahaman yang
jelas tentang tugasan supaya tidak timbul masalah pada pertenghan
jalan.
Bagi masalah yang kedua iaitu kekangan masa, saya cadangkan
penambahbaikkan supaya tugasa tidak diberikan dalam tempoh masa
pelajar menjalani praktikum. Tugasan sebaiknya diberikan sebelum
atau selepas tempoh praktikum. Hal ini supaya pelajar tidak
mengalami kesibukan dan kepadatan masa untuk menyiapkan tugasan. Di
samping itu, mungkin juga bentuk tugasan boleh ditukar kepada
bentuk projek atau yang dirasakan sesuai supaya ia tidak memerlukan
kepada tempoh masa yang panjang utnuk dilaksanakan.
Tuntasnya, dalam menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang
telah saya hadapi terutama kekangan-kekangan yang timbul. Namun
begitu, saya bersyukur kerana kekangan-kekangan yang dihadapi tidak
menghalang saya daripada menyiapkan tugasan ini. Hal ini adalah
kerana saya mendapat bantuan daripada rakan-rakan dan juga
pensayarah. Alhamdulillah.
Sebagai kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa konsep dakwah
ini adalah sangat luas. Setiapa apa yang kita lakukan boleh
dianggap sebagai dakwah asalkan ianya mempunyai tujuan atau isi
perbincangan yang baik yang mana boleh diamalkan. Sebagai contoh,
permainan bola sepak sekalipun boleh dijadikan dakwah apabila kita
betul-betul faham berkaitan dengan konsep dakwah itu sendiri.
Selain itu, sebagai seorang guru terutamanya guru bagi subjek
Pendidikan Islam, ianya sangat berkait rapat dengan dakwah. Dakwah
ini seringkali dikaitkan dengan guru Pendidikan Islam ataupun
ustaz-ustazah sahaja sedangkan dakwah sebenarnya tidak hanya
begitu. Dakwah ini merupakan tugas semua orang yang bergelar dan
mengaku bahawa dia adalah seorang yang beragama Islam. Sebagaimana
sabda Rasulullah:
Maksudnya: dan barang siapa yang mengucapkan kalimah laa ilaaha
illallah, maka dia adalah daie (pendakwah).
Maka berdasarkan hadis tersebut, sebagai seorang muslim, kita
hendaklah sedar akan peranan dan tanggungjawab kita iaitu sebagai
seorang pendakwah dan yang menyambung dakwah Rasulullah tidak
kiralah sama ada kita seorang guru Pendidikan Islam mahupun guru
bagi subjek-subjek yang lain. Dengan itu, kita perlulah bijak dan
kreatif dalam berdakwah supaya orang yang akan kita dakwah itu akan
berasa selesa untuk bergaul dengan kita dan seterusnya dapat
mengamalkan apa yang akan kita sampaikan kepada mereka.
SUMBER DARIPADA BUKU :
1) Ab. Aziz Mohd. Zin,Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala
Lumpur, Universiti Malaya
2) Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara
Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
3) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010),
Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.
4) Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam
Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
5) Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum Metadologi dan Pedagogi
Pengajian Islam, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
6) Dr. Abdul Karim Zaidan, Usulubud dakwah.
7) Al-Quranul Karim.
SUMBER DARIPADA INTERNET :
1)
http://qaulalhaq.wordpress.com/2010/12/20/definisi-dakwah-mengikut-pendapat-tokoh-
tokoh- islam/ diakses pada 20 Ogos 2013.
2)
http://mbegedut.blogspot.com/2011/01/pengertian-definisi-pendidikan-menurut.html
diakses pada 20 ogos 2013.
3) http://cikguzailani.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum.html
diakses pada 20 Ogos 2013.
4)
http://hansukeroma.blogspot.com/2011/03/rukun-rukun-dakwah.html
diakses pada 20 Ogos 2013.
Kertas Kerja Khatam Al-Quran:
GAMBAR PROGRAM:
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
REFLEKSI
KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Pengerusi PIBG.
Murid dan guru berkumpul di dewan Ibnu Sina.
sesi Khatam Al-Quran.
Ucapan Guru Besar
Sesi Ceramah
Sesi Khatam Al-Quran
Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam
Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Surah An-Nahl, ayat 125
Surah Fusilat, ayat 33
Surah at-Taubah, ayat 71
Surah al-Maidah, ayat 56
Surah Yusuf, ayat 33
Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara
Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Surah Ali-Imraan, ayat 104
Ab. Aziz Mohd. Zin,Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala
Lumpur, Universiti Malaya.
Mustafa Masyhur, cetakan ketiga (2012), Jalan Dakwah Antara
Qiyadah dan Jundiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010),
Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.
Surah al-Ahzab, ayat 73
Surah Ali-Imraan, ayat 104
Surah Ibrahim, ayat 1
Surah ali-Imraan, ayat 110
Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010),
Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.
Mustafa Masyhur, cetakan kedua (1986), Bekalan di Dalam
Perjalanan Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS, cetakan pertama (2010),
Manhaj Daurah Tadribiyyah, Kuala Terengganu: Pustaka At-Tibyan.