PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM Oleh: Ainul Mardiah Ahmad Jahidi∗ Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid∗∗ Abstract This article discusses relevant academic work productivity lecturer at the Department of Arabic and Islamic civilization at the Faculty of Islamic Studies at the University Kebangsaan Malaysia. The objective of this study is to see the development of the power of writing involves writing individually and look at the average over the 10 years from 2000 to 2010. Overall these studies use qualitative methods, through the analysis of documents and interviews. The findings of this study showed that the average lecturer in the department who are lecturers who are active in the production of scientific writing. Keyword: Productivity, academic paper, lecturer’s writing Pendahuluan Penubuhan institusi pendidikan Islam di peringkat universiti adalah sangat penting. Hasil desakan dan permintaan masyarakat Melayu ketika itu, keraan telah menaikkan taraf menaikkan taraf Kolej Islam Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 ini dinaikkan taraf kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, diwujudkan Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selaras dengan persetujuan Kementrian Pelajaran yang telah bersetuju ia ditubuhkan pada 1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya. * Maka pada 18 Mei 1970 telah bermulanya dengan dua jabatan terawal iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Unit Bahasa Arab. Pada tahun 1974, telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selaras dengan misi yang dibawa oleh fakulti ini iaitu menjadi fakulti terpilih yang memartabatkan pengajian dan mengsejagatkan ilmu-ilmu keislaman di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa † ini menjadikan faktor penerbitan dalam mengajian islam ini adalah amat penting. Di samping itu, peranannya dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang utama adalah sebagai pencetus keilmuan yang bernilai kepada manusia dan alam sejagat. Yang sudah semestinya bidang tanggung jawab di institusi pengajian tinggi ini berkeupayaan dalam menyemarakkan kebenaran dan keadilan ilmu yang dicipta atas dasar keprihatinan masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle dalam bukunya “Exhortation to Philosophy” menyatakan mencari ilmu adalah membina kebijaksanaan dan kepuasan. Oleh itu, university sebagai sebuah pusat peneroka ilmu adalah wajar menggemblengkan tenaga bagi mewujudkan kebijaksaan berilmu yang tersirat di dalamnya falsafah kebahagiaan dan keselesaan hidup melalui kebaikan dan kebenaran. Seperti yang telah diketahui, university adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang pang ideal di dunia.tiga fungsi utama adalah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan penggunaan ilmu. Di university inilah melahirkan pembangunan status dan pencetus utama * Beliau merupakan calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. ** Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. * Panduan Siswazah Fakulti Pengajian Islam sesi Akademik 2013/2014, (Bangi: Universiti Kabngsaan Malaysia, 2013). † Ibid.
13
Embed
PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH · PDF file1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia ... kedua, nilai Universiti dan pensyarah kini;
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN
TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM
Oleh:
Ainul Mardiah Ahmad Jahidi∗
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid∗∗
Abstract
This article discusses relevant academic work productivity lecturer at the Department of
Arabic and Islamic civilization at the Faculty of Islamic Studies at the University Kebangsaan
Malaysia. The objective of this study is to see the development of the power of writing
involves writing individually and look at the average over the 10 years from 2000 to 2010.
Overall these studies use qualitative methods, through the analysis of documents and
interviews. The findings of this study showed that the average lecturer in the department who
are lecturers who are active in the production of scientific writing.
Penubuhan institusi pendidikan Islam di peringkat universiti adalah sangat penting. Hasil
desakan dan permintaan masyarakat Melayu ketika itu, keraan telah menaikkan taraf
menaikkan taraf Kolej Islam Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 ini dinaikkan
taraf kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, diwujudkan Fakulti Pengajian
Islam telah ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selaras dengan persetujuan Kementrian Pelajaran yang telah bersetuju ia ditubuhkan pada
1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia
sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya.* Maka pada 18 Mei 1970 telah bermulanya dengan
dua jabatan terawal iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Unit
Bahasa Arab. Pada tahun 1974, telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam.
Selaras dengan misi yang dibawa oleh fakulti ini iaitu menjadi fakulti terpilih yang
memartabatkan pengajian dan mengsejagatkan ilmu-ilmu keislaman di peringkat kebangsaan
dan di persada antarabangsa† ini menjadikan faktor penerbitan dalam mengajian islam ini
adalah amat penting. Di samping itu, peranannya dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi (IPT) yang utama adalah sebagai pencetus keilmuan yang bernilai
kepada manusia dan alam sejagat. Yang sudah semestinya bidang tanggung jawab di institusi
pengajian tinggi ini berkeupayaan dalam menyemarakkan kebenaran dan keadilan ilmu yang
dicipta atas dasar keprihatinan masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle dalam
bukunya “Exhortation to Philosophy” menyatakan mencari ilmu adalah membina
kebijaksanaan dan kepuasan. Oleh itu, university sebagai sebuah pusat peneroka ilmu adalah
wajar menggemblengkan tenaga bagi mewujudkan kebijaksaan berilmu yang tersirat di
dalamnya falsafah kebahagiaan dan keselesaan hidup melalui kebaikan dan kebenaran.
Seperti yang telah diketahui, university adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang
pang ideal di dunia.tiga fungsi utama adalah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan
penggunaan ilmu. Di university inilah melahirkan pembangunan status dan pencetus utama
*Beliau merupakan calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. **Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. * Panduan Siswazah Fakulti Pengajian Islam sesi Akademik 2013/2014, (Bangi: Universiti Kabngsaan Malaysia, 2013). † Ibid.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127
116
perubahan sosial, budaya dan tamadun sesebuah masyarakat manusia itu. Perkembangan ini
telah berkembang dengan pesat pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi pada zaman Abbasiyah
di Andalusia.‡ Seterusnya, sekitar abad ke 12 hingga ke 13 masihi, telah berpindah ke Eropah
setelah berlakunya pencurikan ilmu oleh tentera Kristian semasa peperangan salib. Segala
buku-buku dan ilmu pengetahuan telah diambil kemudian diterjemahkan dan disebarkan
kepada masyarakat disana.
Kajian Lepas
Berdasarkan kajian lepas, beberapa penulis telah menulis berkenaan penulisan ilmiah ini.
Menurut artikel yang ditulis oleh Shahrom Md Zain, Mohd Suhaimi Abd Rahman, Ahmad
Kamal Arifin Mohd Ihsan, Azami Zahrim, Mohd Jailani Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Zain,
Afiq Hipni, Nurfarah Liza Ramli dan Wan Aizon Wan Ghopa yang berjudul “Motivasi
Penyelidikan dan Penerbitan: Pengalaman Sebagai Penyelidik dan Pengajar” yang
dibentangkan di Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2010 di Bangi. Di dalam
kertas ini, para pengkaji telah menyenaraikan dua faktor penghasilan penerbitan pensyarah
dalam bidangnya. Faktor pertama adalah motivasi penulisan. Melalui motivasi ini akan
meningkatkan lagi kesungguhan para pensyarah untuk menghasilkan penulisan yang
berkualiti. Tiada wujud unsur plagiat dalam penulisannya. Untuk menghasilkan penulisan
ilmiah ini perlu melalui peringkat awal untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Faktor kedua
adalah keperluan pensyarah untuk mengetahui tips kejayaan sebagai penyelidik dan pengajar.
Sebagai penyelidik dan pengajar, pengkaji menyatakan bahawa harus mengamalkan 5P iaitu
pengajaran, penyelidikan, penulisan, perundingan dan perkhidmatan.
Bagi pandangan Zulkifli Abd Latif, menerusi kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan
Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, di Pusat Konvensyen Antarabangsa, 11 Johor pada 9
hingga 11 Januari 2007. Dibawah tajuk “Dasar Penerbitan Ilmiah, Menggugat atau
Menggalakkan Aktiviti Penerbitan?” ini, beliau mengkaji perubahan daya penulisan ini dari
aspek penerbitan sebagai faktor utama perubahan. Dimana, adakah dasar penerbitan ini lebih
menggalakkan penghasilan penulisan ataupun ia menjadi faktor penurunan penulisan yang
berlaku di kalangan para ahli akademik. Pengkaji telah membincangkan beberapa aspek
dalam dasar penerbitan ini, antaranya, dasar awal dalam penerbitan, masalah dasar universiti
dan penerbit universiti dan akhir sekali saranan dan kesimpulan. Walaupun di peringkat
undang-undang Malaysia telah menetapkan akta bahawa penghasilan bahan penerbitan ini
sebagai suatu kewajipan di sebuah penubuhan universiti, tetapi wujudnya permasalahan juga
di peringkat universiti daripada aspek perlaksanaannya. Ini memberi kesan kepada daya
penulisan ilmiah yang dilakukan oleh para ahli akademik untuk menerbitkan ia menjadi
sebuah buku dan sebagainya. Menerusi buku yang ditulis oleh Professor Mohd Taib Osman di
dalam bukunya yang berjudul “Kembali Kepada Asas: Pengajian Tinggi dan Isu-isu Lain”
memberi pandangan yang luas berkenaan peranan Pengajian Tinggi dan ahli akademik di
dalamnya untuk menerbitkan bahan-bahan ilmiah. beliau memberi ulasannya menerusi tajuk-
tajuk seperti pertama, Pengajian Tinggi di persimpangan jalan; kedua, nilai Universiti dan
pensyarah kini; ketiga, pentadbiran universiti dan kecemerlangan akademik; dan keempat,
pensyarah universitidan tradisi ilmu: sejauhmana komitmennya.
Produktiviti Karya Akademik Pensyarah Jabatan Arab Dan
Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm
117
Objektif Kajian, Kaedah Dan Metodologi Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah :
a) Untuk melihat perkembangan penghasilan daya penulisan ahli akademik dalam kalangan
pensyarah.
b) Mengenalpasti perkembangan penulisan ahli akademik secara individu (2000-2010).
c) Kekerapan penulisan ilmiah yang dihasilkan mengikut bentuk penulisan ilmiah yang
dihasilkan
d) produktiviti penulis dan corak penulisan di kalangan penyelidik dalam aspek penurunan
dan peningkatan.
Kaedah pencarian data bagi mendapatkan maklumat penghasilan penulisan para pensyarah
yang telah dihasilkan sepanjang tahun 2000 hingga 2010 adalah dengan menggunakan sistem
e-repisotori. Dimana sistem tersebut yang menyimpan semua data-data berkenaan hasil kerja
atau penulisan oleh semua pensyarah yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia
sma ada berbenbentu buku, makalah jurnal dan sebagainya.
Hasil Kajian
Daya Produktiviti Penulisan Ahli Akademik Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun
Islam Bidang Sejarah
Berdasarkan hasil kajian mengikut e-respitori penerbitan yang telah bertanggungjawab
mengaudit bahan ilmiah yang telah dihasilkan oleh ahli akademik di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Penulis telah menjadikan ia sebagai bahan rujukan utama untuk mengetahui jumlah
sebenar penghasilan penulisan ilmiah bermula dari tahun 2000 hingga 2010, terdapat
beberapa penulisan ilmiah yang telah dihasilkan mengikut kepakaran di Jabatan arab dan
Tamadun islam. Namun, skop kajian yang akan dilakukan oleh penulis hanya kepada ahli
akademik yang pengkhususan tamadun islam. Namun, terdapat kesukaran dalam mengesan
hasil penulisan ilmiah ahli akademik bidang tamadun islam ini di Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam kerana ketiadaan satu sistem database mengenai pensyarah dan
sumbangannya secara lengkap.
Berikut adalah senarai para pensyarah atau ahli akademik yang dapat dikenalpasti
sumbangannya sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 sehingga 2010. Jadual berikut
menunjukkan para pensyarah yang dapat dikenalpasti sumbangannya dalam penulisan ilmiah
yang diperolehi menerusi sistem e-Rep sepertimana Jadual 1 di bawah :
Jadual 4.1 : Pensyarah dan Karya Penulisan.
Bil Nama Pensyarah Bentuk-bentuk penulisan ilmiah
Jurnal Buku
Bab
dalam
buku
Kertas
Persidangan
Lain-
lain Jumlah
1 Pensyarah 1 14 7 9 33 0 63
2 Pensyarah 2 4 0 2 11 4 21
3 Pensyarah 3 0 0 0 4 0 4
4 Pensyarah 4 11 2 10 44 1 68
5 Pensyarah 5 6 1 4 27 1 39
6 Pansyarah 6 0 0 0 1 0 1
Jumlah 35 10 25 120 6 196
Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127
118
Rajah 4.1 : Jumlah Penghasilan Ahli Akademik (2000-2010)
Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.
Daripada rajah di atas, menunjukkan pensyarah yang keempat yang mewakili pensyarah 4
mewakili pensyarah yang paling banyak menghasilkan penulisan ilmiah iaitu sebanyak 68
buah penulisan yang telah dihasilkan sepanjang 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010.
Pensyarah kedua yang banyak menghasilkan penulisan ilmiah ialah pensyarah 1 iaitu
sebanyak 63 buah penulisan yang dihasilkan dan seterusnya, pensyarah 5 yang telah
menghasilkan 39 buah penulisan ilmiah. Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa
pensyarah 3 dan pensyarah 6 merupakan pensyarah yang paling kurang penghasilan akademik
iaitu hanya 4 buah dan 1 buah dalam masa 10 tahun.
Jadual 4.2 : Jumlah Penulisan Ilmiah (2000-2010)
Rajah 4.2 : Bilangan Hasil Penulisan Ilmiah Mengikut Tahun
Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012.
Seterusnya, sepertimana dalam rajah 4.2, ia menunjukkan jumlah penulisan ilmiah bidang
sejarah yang dihasilkan oleh para ahli akademik iaitu pensyarah di Jabatan Arab dan Tamadun
Islam yang telah dihasilkan bermula tahun 2000 sehingga 2010 dalam setiap penghasilan yang
dikeluarkan. Graf menunjukkan bahawa jumlah penulisan ilmiah yang dikeluarkan pada tahun
2009 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 77 buah, disusuli pada tahun 2010 sebanyak 45
buah. Seterusnya pada tahun 2008 sebanyak 34 buah. Kemudian, jumlahnya menurun pada
tahun 2007 sebanyak 16 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan. Pada tahun 2006 sebanyak 15
buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2005 sebanyak 4 buah sahaja pada tahun tersebut. Jumlah