PRODUK-PRODUK YANG DICEMARI DENGAN BAHAN RACUN BERJADUAL, UBAT- UBAT BARAT DAN BAHAN TERKAWAL YANG TIDAK DIISYTIHARKAN Produk-produk yang tersenarai di dalam buku ini adalah produk-produk yang dilarang penggunaannya di Negara Brunei Darussalam disebabkan ianya didapati dicemari dengan bahan racun berjadual, ubat barat atau bahan terkawal yang tidak diisytiharkan. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk-produk tersebut. Sehubungan dengan pencemaran ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport, dijual dan digunakan di negara ini. Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $ 8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah. Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika dia dapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan duabelas (12) bulan penjara. Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. Untuk senarai yang terkini bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau menyemak laman web Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Senarai produk-produk ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut atau senarai yang terkini, orang ramai boleh menyemak laman web Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam atau menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e- mel kepada [email protected]atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Simpang 433, Lebuhraya Rimba, Kg Madaras, Negara Brunei Darussalam.
69
Embed
PRODUK-PRODUK YANG DICEMARI DENGAN … Antik Kaplet Serbuk Manjur Jaya PJ, Cilacap -10. Armatik Serbuk Delapan Dewa PJ. Cilacap Paracetamol & Phenylbutazone -11. Unta Mas PJ, Cilacap
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PRODUK-PRODUK YANG DICEMARI DENGAN BAHAN RACUN BERJADUAL, UBAT-
UBAT BARAT DAN BAHAN TERKAWAL YANG TIDAK DIISYTIHARKAN
Produk-produk yang tersenarai di dalam buku ini adalah produk-produk yang dilarang
penggunaannya di Negara Brunei Darussalam disebabkan ianya didapati dicemari dengan
bahan racun berjadual, ubat barat atau bahan terkawal yang tidak diisytiharkan.
Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan
penjualan produk-produk tersebut. Sehubungan dengan pencemaran ini, produk-produk
berkenaan adalah dilarang untuk diimport, dijual dan digunakan di negara ini.
Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan
secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya
adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana
produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh
dikenakan denda sebanyak $ 8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah.
Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang
membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika dia dapati bersalah,
akan didenda sebanyak $ 16,000 dan duabelas (12) bulan penjara.
Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah
dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka
mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk
berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.
Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan
kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan
masih dipasarkan di negara ini.
Untuk senarai yang terkini bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi atau
menyemak laman web Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Senarai produk-produk
ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut atau senarai yang terkini, orang ramai boleh menyemak laman web
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam atau menghubungi Bahagian
Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e-
Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi,
Simpang 433, Lebuhraya Rimba, Kg Madaras, Negara Brunei Darussalam.
Bahan-bahan pencemar yang sering didapati dalam produk-produk kesihatan
Bahan-bahan pencemar yang didapati di dalam produk-produk kesihatan yang dilarang
boleh menyebabkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.Berikut adalah
sebahagian daripada bahan-bahan pencemar yang sering di kesan di dalam produk-produk
kesihatan.
Acetaminophen / Paracetamol
Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.
Aminopyrine Atau Dipyrone
Aminopyrine atau Dipyrone adalah bahan untuk ubat penahan sakit (pain killers) yang
mempunyai risiko tinggi dalam menyebabkan penyakit darah yang serius. Ini juga
mengakibatkan sistem imunisasi badan berkurangan dan seterusnya menyebabkan
jangkitan teruk dan boleh membawa maut.
Azaleic Acid
Produk yang mengandungi azelaic acid adalah digunakan untuk merawat masalah jerawat
dan rosacea dan juga adalah dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik. Produk
yang mengandungi azelaic acid hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor.
Penggunaan azelaic acid tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang
disapu akan mengalami rasa terbakar, pedih, kering, mengelupas dan kemerahan.
Bisacodyl
Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa
pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-
birit dan hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).
Chlorpheniramine
Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa
pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah
menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan
adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.
Cyproheptadine
Cyproheptadine digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mana ianya
mempunyai beberapa kesan advers termasuk merasa mengantuk, kelemahan otot,
tekanan darah menurun, kabur penglihatan, kemurungan, meningkat selera makan dan
menambah berat badan.
Dexamethasone Dan Prednisone
Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara
berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam
darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan
tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk.
Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s
syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan
pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil.
Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna
mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah,
tekanan darah rendah dan dehidrasi.
Hydroquinone
Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan
ini adalah dikawal di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 di mana
Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan
kulit.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada
kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur
menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.
Lidocaine
Lidocaine adalah sejenis anaesthesia (ubat bius) yang mana kesan sampingannya adalah
pening, kebas, kekeliruan, masalah pernafasan, tekanan darah menurun, degupan jantung
yang perlahan dan hipersensitiviti.
Mercury
Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas,
sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem
saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan
penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang
masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.
Phenolphthalein
Phenolphthalein adalah sejenis bahan yang pernah digunakan dalam rawatan sembelit
akan tetapi penggunaannya sekarang telah dilarang kerana ianya boleh mengakibatkan
barah. Penggunaan berpanjangan boleh mengakibatkan cirit-birit serta kehilangan air dan
mineral dari badan secara berlebihan.
Phenobarbital
Phenobarbital adalah sejenis barbiturate yang digunakan untuk mengawal penyakit sawan.
Pengambilan phenobarbital tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers yang
serius seperti tekanan darah yang rendah, ataxia, gangguan pada tingkah laku, cepat
meradang, kemurungan, kelesuan, halusinasi, alahan pada kulit, hiperaktif terutamanya
pada kanak-kanak dan orang tua.
Phenylbutazone, Piroxicam Dan Diclofenac
Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh
menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit,
kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazone
juga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang
serius.
Salicylic Acid
Salicylic Acid adalah bahan yang boleh digunakan dalam produk kosmetik tetapi dalam had
dan kondisi yang dibenarkan seperti yang ditetapkan didalam Perintah Ubat (Produk
Kosmetik). Penggunaan produk yang mengandungi salicylic acid dengan tahap yang tinggi
boleh mengakibatkan kulit terasa gatal, kering dan merah.
Sibutramine
Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya
dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati.
Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti
tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan
dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.
Sildenafil, Tadalafil dan Vardanafil
Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk
yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan
apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan
dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar
biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.
Simvastatin
Simvastatin adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol
dalam darah. Pengambilan simvastatin tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan
seperti sakit kepala, loya, sembelit, gatal/ruam, keletihan, gangguan tidur, tekanan, gangguan pada
fungsi normal hati, sakit pada otot dan pada kes yang jarang berlaku, ianya juga boleh
menyebabkan pecahan pada tisu-tisu otot yang boleh membawa kepada kerosakan pada buah
pinggang.
Spirinolactone
Spironolactone adalah sejenis diuretik potassium-sparing yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kegagalan jantung kengesif dan lebihan kandungan air dalam badan. Penggunaan spironolactone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kerosakan pada hati, kekeliruan, pening, loya-loya, keletihan, gangguan pada kitaran haid, paras potasium yang meningkat dalam darah yang menyebabkan degupan jantung tidak menentu dan ruam pada kulit hingga menyebabkan kemerah-merahan dan melepuh pada bahagian lain badan (dinamakan sebagai sindrom Stevens-Johnson).
Theophylline
Theophylline adalah ubat yang digunakan dalam rawatan asma dan mempunyai kesan-
kesan advers seperti merasa mual, muntah, iritasi pada perut, cirit-birit, degupan jantung
yang tidak teratur, peningkatan kadar jantung yang tidak normal, susah tidur dan sawan.
Topiramate
Topiramate adalah ubat yang hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor untuk merawat
penyakit sawan. Antara kesan-kesan sampingan pengambilan topiramate adalah merasa
loya, sakit bahagian perut, cirit-birit, keletihan, mengantuk, sukar untuk tidur dan
kemurungan.
Tretinoin
Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi
bagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik
penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang
tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan
parut pada kulit.
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NO NAMA PRODUK PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
GAMBAR
1. 357 Nasal Spray Qiandongan Liqaqing
Tec Co Ltd China Dexamethasone -
2. Air Ikan Haruan Perniagaan Jasa Sykt Mulia Setiawan, Perak
Dexamethasone
3. Al-Taqwa Juice
Skyline Sihat dan Kuat
Al-Mubarak Medical, Saudi Arabia
Dexamethasone
4. Akar Ginseng PJ Yogatama,
Indonesia Paracetamol -
5. Amargo Jaya Gemuk Sehat
Serbuk Mujur Jaya PJ, Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
-
6. Amuraten PT Herba International,
Indonesia
Dexamethason, Piroxicam & Paracetamol
7. Antanan Kapsul Tiara Cipta Usaha PJ Paracetamol,
Phenylbutazone & Dexamethasone
-
8. Antanan Kapsul Tiara Cipta Usaha,
Indonesia Phenylbutazone & Dexamethasone
9. Antik Kaplet Serbuk Manjur Jaya
PJ, Cilacap Phenylbutazone -
10. Armatik Serbuk Delapan Dewa PJ.
Cilacap Paracetamol &
Phenylbutazone -
11. Asam Urat Cap
Unta Serbuk Unta Mas PJ, Cilacap Phenylbutazone -
12. Asam Urat Citra Madura Kapsul
Citra Fajar Sehat PT, Surabaya
Paracetamol -
13.
Asam Urat Jamur Mas
PT Gading Oci Purnama Setya,
Indonesia
Phenylbutazone & Dexamethasone
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NO NAMA PRODUK PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
GAMBAR
14.
Asam Urat Flu Tulang Cikunguya
Cap Suramadu
PJ. Suramadu, Indonesia
Paracetamol
15. Asam Urat Nyeri
Tulang Pengapuran Buah Merah
PJ Buah Alam Papua Indonesia
Paracetamol
16. Asam Urat Sangat
Manjur PJ Jaya Asli, Cilacap-
Indonesia Phenylbutazone
17. Asam Urat dan
Pengapuran Buah Naga Tunggal Jaya
P.J Andy Jaya Indonesia / PT SM
Jaya Indonesia Phenylbutazone
18. Asam Urat Flu
Tulang Cap Kijang Kencana Serbuk
Sehat Segar Supra PJ, Cilacap
Methampyrone -
19. Asam Urat Flu Tulang Kapsul
Kopja Sabuk Kuning,Banyumas
Phenylbutazone -
20. Asam Urat Flu
Tulang Saiful Jaya Serbuk
Dua Putra Bersaudara PJ, Cilacap
Phenylbutazone -
21. Asam Urat Flu Tulang Serbuk
Mahkota Dewa Ferbindo CV, Jakarta
Paracetamol & Phenylbutazone
-
22. Asam Urat Flu
Tulang Pengapuran Tablet
Bayu Segara Utama PJ, Jateng
Paracetamol
23. Asam Urat Flu
Tulang Pengapuran Tablet
PJ. Payu Segaramata, Jateng - Indonesia
Dipyrone & Phenylbutazone
-
24. Asam Urat & Flu Tulang Samlin
Serbuk
Kopja Sabuk Kunung.Banyumas
Allopurinol -
25. Asam Urat Flu
Tulang Lebah Liar Serbuk
Sari Pusaka Jaya PJ, Cilacap
Paracetamol -
26. Asam Urat Flu Tulang 9 Dewa
Serbuk Unta Mas PJ, Cilacap Paracetamol -
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NO NAMA PRODUK PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
GAMBAR
27.
Asam Urat Flu Tulang Lawang
Emas Tablet
Karya Alam-Indonesia Acetaminophen
28. Asam Urat Flu
Tulang Pengapuran Pil
PJ Buah Alam,Papua-Indonesia
Acetaminophen & Phenylbutazone
-
29. Asam Urat Pegal
Linu Gholin Kapsul Gholin Jaya Indonesia
PJ, Cilacap Phenylbutazone -
30. Asam Urat Sari Pusaka Serbuk
Sari Pusaka Jaya PJ, Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
-
31. Asam Urat Serbuk Delapan Dewa PJ.
Cilacap Phenylbutazone -
32. Asam Urat Untuk Pria dan Wanita
Serbuk
Jaya Mandiri PJ, Cilacap
Methampyrone & Phenylbutazone
-
33. Asam Urat Untuk Pria dan Wanita
Serbuk
Mutia Sehat PJ, Cilacap
Phenylbutazone -
34. Asam Urat Urcid
Kapsul Surya Sehat PJ,
Cilacap Methampyrone & Phenylbutazone
-
35. Asmur Mahkota
Dewa Plus Ginseng Serbuk
Sari PJ Cilacap, Indonesia
Phenylbutazone -
36. Asmur Asam Urat Flu Tulang Plus Ginseng Serbuk
PJ Serbuk sari cilacap, Indonesia
Phenylbutazone
37. Asmur Flu Tulang
Serbuk Serbuk Sari PJ,
Cilacap Methampyrone -
38. Asmur TOP
(Topnya Anti Asam Urat)
PJ Warisan Satu, Purwokerto
Diclofenac & Paracetamol
39. Asrat Walisongo
Serbuk Walisongo PJ, Cilacap
Methampyrone & Phenylbutazone
-
40. Athri-Eze Capsule Seadragon Healthcare
Sdn Bhd, Melaka, Malaysia
Dexamethason, Frusemide & Paracetamol
-
41. Benzi-lin England Dexamethasone
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NO NAMA PRODUK PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
GAMBAR
42. Berkah Husada
Pegal Linu PJ Berkah Rizki
Sejahtera, Indonesia Phenylbutazone &
Paracetamol
43. Berkah Sehat
Serbuk Aneka Papua PJ,
Cilacap Paracetamol -
44. Birdnest Chong
Chau Pi Pa Dan Pill
Tye Hin Medical Enterprise, Johor
Baharu
Chlorpheniramine dan
dexamethasone
45. Bio-Neuro Tablet Biodiabetes sdn Bhd,
Malaysia Dexamethasone
46. Buah Merah Plus Sea Horse dan
Ginseng
PT Rajafarma, Indonesia
Paracetamol
47. Buah Mujarab
Kapsul SM Jaya PJ, Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
-
48. Buah Naga Merah PJ Alam Papua,
Indonesia Phenylbutazone -
49. Bunga Sari Serbuk Bunga Sari PJ, Cilacap Paracetamol -
50. Cap Wijaya
Kusuma – An Ki It Powder
PJ Ibnu Sabil, Cilacap-Indonesia
Phenylbutazone & Paracetamol
-
51. Chilli Brand Porous Capsicum Get Rids
Of Wind China Dexamethasone
52. Chu Fong Kee Sar
Wan Shing Wan Medical
Co. Dexamethasone
53. Chu Fong Kee Sak
Wan Tiensin Drug Work
Product Dexamethasone
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
NO NAMA PRODUK PENGILANG / PENGEDAR
DICEMARI DENGAN
GAMBAR
54. Chui Fong
Toukuwan Cap Tiensin Drug Work Dexamethasone
55. Chui Fong Zhen Ku
Wan Tidak diketahui Dexamethasone
56. Cikung Makasar
Super (Pegal Linu, Sakit Gigi) Serbuk
Racikan Makasar, PJ, Cilacap
Paracetamol & Phenylbutazone
-
57. Cikung Papua
Tablet Alam papua PJ,
Cilacap Paracetamol &
Phenylbutazone -
58. Daun Binahong Surya Bintang
Lampung, Indonesia
Phenylbutazone, Piroxicam & Paracetamol
59. Daun Dewa Serbuk Daun Dewa Alami PJ
Cilacap, Indonesia Phenylbutazone
60. Dewa Manjur 99 Sehat Stamina
Serbuk
Dewa Mega Jaya PJ Banyumas Indonesia
Paracetyamol & Phenylbutazone
61. Dewa Manjur 99 Sehat Stamina
Serbuk
Dewa Mega Jaya PJ, Banyumas
Paracetamol -
62. Eksim Cairan Obat
Dalam Jawa Asli Cap Widoro Putih PJ,Banyuwangi
Phenylbutazone -
63. Extra Fit Serbuk Kurnia PJ-Jateng Phenylbutazone -
64. Flu Tulang Laba-
Laba Serbuk Dewa Sakti Kalimantan
PJ, banyumas Paracetamol -
65.
Flu Tulang & Pengapuran
Ginseng Corea Serbuk
PD Shadewo Sinar Jaya-Indonesia
Acetaminophen Phenylbutazone
PRODUK UNTUK RHEUMATISM, MELEGAKAN SAKIT, SEJAHAN YANG DILARANG PENGGUNAANNYA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM