FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU MEI 2013 Pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah perlu diajar secara tidak langsung. a) Jelaskan prinsip – prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah. b) Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu menggunakan kaedah secara tidak langsung. Sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat menunjukkan kaedah pengajaran tatabahasa secara tidak langsung diaplikasikan dalam bilik darjah. c) Pada pendapat anda, apakah masalah – masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa? NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN NO MATRIKS : 700826125377001 NRIC : 700826125377 NO TELEFON : 01115217449 EMAIL : [email protected]NAMA PENSYARAH : EN ABDUL NASIR HJ. PAISAL 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBML2103MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MEI 2013
Pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat
sekolah perlu diajar secara tidak langsung.
a) Jelaskan prinsip – prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat
sekolah.
b) Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu menggunakan kaedah
secara tidak langsung. Sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat
menunjukkan kaedah pengajaran tatabahasa secara tidak langsung diaplikasikan
dalam bilik darjah.
c) Pada pendapat anda, apakah masalah – masalah yang dihadapi oleh murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa?
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU
1
SEMESTER : SMP PPG MEI 2013
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa. 4
3.0 contoh rancangan pengajaran harian 9
4.0 Masalah dalam pembelajaran tatabahasa. 11
5.0 Penutup 20
Bibliografi
2
1.0 PENGENALAN
Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan
perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu
pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah
pengeluaran modal insan yang seimbang dalam semua aspek meliputi jasmani, rohani, intelek
dan emosi. Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada
peringkat yang paling asas. Guru-guru merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah
komponen utama yang menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan
berorientasikan guru banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran yang
berorientasikan pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dalam
berbagai bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru tentang
model-model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.
Perkembangan bidang pendidikan di negara kita tetap memberikan penumpuan utama
terhadap perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di peringkat Sekolah. Bahasa Melayu yang menjadi tunjang utama dalam proses
pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah
sememangnya mencerminkan kepentingan bahasa ini sebagai medium penyatu paduan penduduk
Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu negara bangsa yang merdeka. Atas sebab
itulah salah satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai daya penarik minat para pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah
secara tidak langsung bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan para pelajar dari pelbagai
latar belakang bangsa dan agama.
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) menjelaskan bahawa, tatabahasa ialah
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu
bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur
ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji
3
bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna.
Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan
masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-
tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan
dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay
Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901)
menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay
Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa
paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau
juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan
Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971)
"Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan. Buku ini telah
membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu
tranformasi-generatif bahasa Melayu.
Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas
kompenan-kompenan nahu tranformasi. Melalui penulisan-penulisan oleh tokoh-tokoh penulis
tatabahasa itu, berlakunya perkembangan variasi bahasa Melayu mengikut kesesuaian zaman dan
keadaan bagi mengindahkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di
sekolah. Namun begitu, sub topik tatabahasa sering dianggap orang sebagai sub topik yang
kering, membosankan dan kadangkala menakutkan. Ini kerana kononnya tatabahasa hanya terdiri
daripada rumus-rumus bahasa, yang sama halnya dengan konsep pembelajaran Matematik.
Bercakap mengenai tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai soal salah betul
penggunaan bahasa semata-mata. Sekian lama pula telah tertancap pada benak kebanyakan orang
bahawa tatabahasa mengekang gaya bahasa dan kreativiti. Kata pepatah “Tak kenal maka tak
cinta”. Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya.
Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas
daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Tatabahasa berbentuk
potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Potensi ini bukan sahaja dalam bentuk
4
lahiriah yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa
yang tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur
bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.
Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan
membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid
dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa
diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan
menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian
barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh
dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran
yang menarik dan berkesan kepada murid-murid khususnya dalam bentuk pengajaran tatabahasa
termasuklah pengajaran prinsip-prinsip tatabahasa kepada para pelajar. Atas sebab itulah,
sebelum para guru memulakan pengajaran tatabahasa kepada para pelajar, guru perlu
menerangkan konsep atau perinsip-prinsip yang terkandung dalam pembelajaran tatabahasa bagi
memudahkan mereka memahami sub topik tersebut. Secara tidak langsung juga, keadaaan ini
dapat menarik minat murid yang kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana
menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik
perhatian murid. Oleh sebab itu, terdapat beberapa prinsip-prinsip tatabahasa yang terkandung
dalam pengajaran tatabahasa Melayu di sekolah.
5
2.0 PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA
Aspek tatabahasa yang merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul
semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip
pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui. Prinsip-prinsip ini memudahkan para guru
untuk mengajar serta memudahkan para pelajar untuk memahami intipati tatabahasa itu
sepenuhnya.
Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak
disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian
pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna. Perancangan ini dimulakan dari aspek
sebelum memulakan pengajaran, semasa berlangsungnya pengajaran dan sesudah selesainya
pengajaran ke atas aspek tatabahasa itu. Para guru juga perlu bersedia dengan pelbagai bentuk
soalan yang timbul dari murid-murid ke atas bentuk pengajaran aspek tatabahasa tersebut. Atas
sebab itulah, prisnsip yang pertama ini membantu para guru memudahkan perjalanan pengajaran
prisnsip tatabahasa bahasa Melayu melalui segala bentuk perancangan yang rapi. Sebagai contoh
dalam pengajaran aspek tatabahasa menggunakan golongan kata nama am dengan betul
mengikut konteks keadaan atau situasi masa. Para pelajar dapat diuji pemahaman mereka melalui
konteks soalan berbentuk pantun bagi memudahkan pemahaman mereka seperti dalam rajah 1.
Langkah pengukuhan ini hanya akan hadir melalui teknik perancangan yang rapi khususnya
dalam prinsip pengajaran tatabahasa.
6
7
Rajah 1 : Contoh latihan golongan kata nama am dengan betul mengikut konteks
keadaan.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesukaran
murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Menurut Asmah
Haji Omar (1984) menjelaskan bahawa, tahap kecerdasan seseorang pelajar itu berbeza-beza
mengikut kemampuan dirinya. Fenomena ini jelas membuktikan bahawa, dalam sesuatu bilik
darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu ada murid yang
dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang murid yang lambat atau “slow
learner”. Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara
asas dan yang mudah difahami oleh murid terlebih dahulu sebelum beranjak ke aras taksonomi
yang lebih tinggi.
Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang
banyak. Latih tubi ini bertujuan latihan pengukuhan pemahaman kepada para pelajar sekali gus
mendidik diri mereka untuk terus mengaplikasikan ilmu tersebut sepanjang masa. Menurut Koh
Boh Boon (1990) menjelaskan bahawa, bentuk latih tubi yang berkesan ke atas para pelajar ialah
latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan
mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh kerana melibatkan
kemahiran psikomotor dan intelektual para pelajar. Melalui latih tubi yang diberikan kepada
murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid-
murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya bagi membantu murid-murid tersebut.
Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat
bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan mengajar
dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu menarik minat murid untuk
mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan
8
bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah.
Sebagai contoh dalam pengajaran tatabahasa Melayu menggunakan bahan bantu mengajar jenis
audio visual seperti power point. Melalui alat bantu ini, para pelajar akan tertarik untuk terus
mengikuti konsep pembelajaran tatabahasa kerana bentuk audio visual yang hadir dalam
pelbagai warna seperti dalam rajah 2. Jelaslah, konsep pengajaran tatabahasa bertajuk kata nama
am melalui bantuan bahan mengajar memudahkan para pelajar memahami dan mengingati aspek
tersebut.
Rajah 2 : Contoh bantuan audio visual melalui penggunaan power point.
Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal
pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat
berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik
darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid
9
mempelajari tatabahasa. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994) menjelaskan bahawa,
aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa yang perlu dipelajari dan
difahami supaya nahu bahasa itu tidak bersifat lewah dan lemah. Atas sebab itu, seseorang guru
seharusnya menyampaikan prinsip pengajaran tatabahasa dengan memberikan kefahaman dalam
bentuk yang mudah dan tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan rumus atau
hukum bahasa tersebut. Hal ini kerana, sudah memadahi seandainya murid itu memahami
penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga
menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di samping
ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian. Selain itu juga, prinsip pengajaran
tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan
petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang
terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan peraturannya akan dapat membantu seseorang
itu menguasai dengan lebih baik.
10
3.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 3 ArifUmur murid : 9 TahunTarikh : 6 Ogos 2012Tema : Amalan Hidup SihatTajuk : Mari BerekreasiMasa : 9.00 pagi – 10.00 pagiBilangan murid : 25 orang
Kemahiran:
Fokus Utama:
Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
Aras 1(i) Menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan amalan hidup sihat.
Fokus sampingan:
3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai dengan cantik dan kemas untuk setiap aspek tatabahasa.
11
Sistem Bahasa:Tatabahasa: Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.Kosa Kata : Nyanyi, Rekreasi, jogging
Pengisian Kurikulum:Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan KesihatanNilai Murni: Tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa, hemah tinggi.
1. Murid melakukan beberapa pergerakan anggota badan.Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.
2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.
VAK:
Kinestetik
LANGKAH 1( 10 minit)
1. Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi lagu “ Ikan Kekek”.
2. Murid membaca senikata lagu.
BBM:Powerpoint
VAK:Audiovisual, Verbal, gambar tunggal
LANGKAH 2( 20 minit)
1. Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan lagu dan gambar.
2. Murid mengenalpasti perkataan yang mengandungi perkataan digraph.
BBM:Powerpoint
VAK:Verbal
LANGKAH 3( 20 minit)
1. Murid-murid menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
2. Murid –murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi digraph berdasarkan kad imbasan.
3. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata
BBM:Kad imbasanLembaran kerja
VAK: Visual
12
lagu.
4. Murid-murid menyalin perkataan digraph dalam buku latihan.
Penutup( 5 minit)
1. Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi “Ikan Kekek” dengan gaya sendiri.
2. Penerangan nilai murni.
3. Rumusan.
BBM:Powerpoint
VAK:Visual, audiotori,Kinestetik
Impak:
25 orang murid dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
25 orang murid juga dapat menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan amalan hidup sihat.
25 orang murid dapat menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung khususnya dalam aspek tatabahasa kata nama am, kata hubung, kata nama khas dan simpulan bahasa.
4.0 MASALAH DALAM PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU
Pembelajaran dan penguasaan bahasa Malaysia yang sempurna adalah penting bagi para
pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang
menggunakan bahasa Malaysia akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau dari pelbagai
sudut masalah, walaupun pengajaran bahasa Malaysia pada hari ini dapat dikatakan baik pada
keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki.
4.0.1 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Melayu
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berlainan sekiranya pelajar mempelajari
bahasa kandung atau bahasa kedua. Secara umum dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar
Melayu telah pun menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa
mereka masuk ke sekolah. Jadi, apa yang mereka perlukan bukannya pengajaran tentang perkara-
perkara asas dalam bahasa itu, tetapi tumpuan harus diberikan kepada pengukuhan bahasanya
dan pengayaan kosa katanya. Tatabahasa yang diajarkan bukanlah bertujuan mengajarkan 13
bahasa kepada mereka, tetapi bertujuan memperkukuh dan memperkaya bahasa yang sudah
dikuasai mereka. Di samping itu, pembelajaran peribahasa yang betul adalah penting bagi
membolehkan mereka memahami kemampuan atau potensi bahasa itu dalam membuat
ungkapan. Di samping itu juga, mereka memerlukan bimbingan dalam mempelajari dan
menguasai bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang ilmu, iaitu mereka perlu menguasai
bahasa Malaysia baku dan rasmi.
4.0.2 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Bukan Melayu
Pelajar bukan Melayu yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, perlu
mempelajari segala-galanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata
bahasa Malaysia. Sama ada apa yang dilakukan sekarang ini sesuai dengan keadaan ini, adalah
suatu yang harus dapat kita amati bersama. Pengajaran bunyi, sebutan, dan intonasi bahasa
Malaysia hampir-hampir tidak wujud langsung dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah hari ini. Pengajaran tatabahasa pula adalah sesuatu yang masih boleh diperkemas lagi.
Sebahagian daripada akibat yang berlaku dapat dilihat apabila terdapat kesan langsung dalam
kepincangan sebutan, tatabahasa, dan pemakaian kata bahasa Malaysia tersebut.
Atas sebab itulah, menurut Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa, antara masalah
utama dalam pembelajaran tatabahasa Melayu melalui aspek latar belakang murid yang mudah
bagi mereka sekiranya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar utama sehingga
diperingkat rumah yang hanya perlu diperkukuhkan lagi kemahiran tatabahasa mereka.
Manakala bagi pelajar yang mempunyai latar belakang tidak mengamalkan penggunaan bahasa
Melayu di dalam rumah, kesukaran untuk mempelajari aspek tatabahasa secara menyeluruh
kerana perlu bermula dari peringkat asas mengenal sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa
Melayu. Sebagai contoh dalam sebutan tatabahasa, kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan
Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak),
dan sebagainya. Daerah morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam