MASCO 2008 Pengenalan XI Prinsip Pengelasan Pekerjaan Dua konsep utama yang digunakan dalam pengelasan pekerjaan adalah konsep jenis tugas yang dilaksanakan atau kerja dan konsep kemahiran. Kerja ditakrif sebagai satu set tugas dan kewajipan yang dilakukan oleh seseorang. Satu set kerja yang tugas dan kewajipan utamanya adalah serupa digelarkan sebagai pekerjaan. Dalam kata lain, orang yang melaksanakan tugas utama yang serupa dianggap menjalankan jenis kerja yang sama dan dikelaskan dalam kumpulan pekerjaan yang sama, tanpa mengira tahap kuasa, tanggungjawab, atau pengalaman kerja. Sebagai contoh, ketua jurutera awam dikelaskan bersama jurutera awam (kumpulan unit 2142) dan ketua akauntan bersama akauntan (kumpulan unit 2411). Kemahiran ditakrif sebagai kebolehan melakukan tugas dan kewajipan sesuatu pekerjaan dan untuk tujuan MASCO-08, mempunyai dua dimensi yang berikut; 1) Tahap kemahiran – iaitu yang merupakan fungsi kerumitan dan kepelbagaian tugas dan kewajipan yang terlibat; dan 2) Pengkhususan kemahiran – ditentukan oleh bidang pengetahuan yang diperlukan, alat dan jentera yang digunakan, bahan yang dikerjakan atau digunakan serta jenis barangan dan perkhidmatan yang disediakan. Takrif operasi bagi empat tahap kemahiran utama diringkaskan seperti yang berikut: Tahap Kemahiran Tahap Pendidikan Pertama Pendidikan rendah Kedua Pendidikan menengah atau pascamenengah; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 – 3 Ketiga Pendidikan tertier yang membawa kepada penganugerahan yang tidak setara dengan ijazah pertama universiti; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4, atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Keempat Pendidikan tertier yang membawa kepada ijazah universiti atau pascasiswazah; Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5-8
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MASCO 2008 Pengenalan
XI
Prinsip Pengelasan Pekerjaan Dua konsep utama yang digunakan dalam pengelasan pekerjaan adalah konsep jenis tugas yang dilaksanakan atau kerja dan konsep kemahiran. Kerja ditakrif sebagai satu set tugas dan kewajipan yang dilakukan oleh seseorang. Satu set kerja yang tugas dan kewajipan utamanya adalah serupa digelarkan sebagai pekerjaan. Dalam kata lain, orang yang melaksanakan tugas utama yang serupa dianggap menjalankan jenis kerja yang sama dan dikelaskan dalam kumpulan pekerjaan yang sama, tanpa mengira tahap kuasa, tanggungjawab, atau pengalaman kerja. Sebagai contoh, ketua jurutera awam dikelaskan bersama jurutera awam (kumpulan unit 2142) dan ketua akauntan bersama akauntan (kumpulan unit 2411). Kemahiran ditakrif sebagai kebolehan melakukan tugas dan kewajipan sesuatu pekerjaan dan untuk tujuan MASCO-08, mempunyai dua dimensi yang berikut;
1) Tahap kemahiran – iaitu yang merupakan fungsi kerumitan dan kepelbagaian tugas dan kewajipan yang terlibat; dan
2) Pengkhususan kemahiran – ditentukan oleh bidang pengetahuan yang diperlukan,
alat dan jentera yang digunakan, bahan yang dikerjakan atau digunakan serta jenis barangan dan perkhidmatan yang disediakan.
Takrif operasi bagi empat tahap kemahiran utama diringkaskan seperti yang berikut:
Tahap Kemahiran
Tahap Pendidikan
Pertama
Pendidikan rendah
Kedua
Pendidikan menengah atau pascamenengah; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 – 3
Ketiga
Pendidikan tertier yang membawa kepada penganugerahan yang tidak setara dengan ijazah pertama universiti; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4, atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Keempat
Pendidikan tertier yang membawa kepada ijazah universiti atau pascasiswazah; Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5-8
MASCO 2008 Pengenalan
XII
Penggunaan kategori pendidikan untuk mentakrifkan keempat-empat tahap kemahiran tidak bermakna bahawa kemahiran yang perlu bagi melakukan tugas dan kewajipan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan boleh diperoleh hanya melalui pendidikan rasmi. Kemahiran mungkin dan kerapkali boleh diperoleh melalui latihan yang tidak rasmi dan pengalaman. Oleh itu, apabila mengelaskan pekerjaan, contohnya jurutera, tidak bermakna bahawa jawatan itu hanya boleh diisi oleh seorang jurutera rasmi yang berdaftar, walaupun kegiatan yang dijalankan hampir sama dengan kegiatan yang dijalankan oleh jurutera tersebut. Sebagai tambahan, tumpuan diberikan pada kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dan kewajipan bukannya sama ada seseorang pekerja yang mempunyai sesuatu pekerjaan tertentu lebih mahir atau kurang mahir daripada seorang pekerja lain dalam pekerjaan yang sama. Kumpulan Utama MASCO-08 boleh dikategorikan mengikut empat tahap kemahiran yang berikut:
Bagaimanapun, konsep tahap kemahiran ini tidak terpakai kepada Kumpulan Utama 1: Pengurus dan Kumpulan Utama 0: Pekerjaan Angkatan Tentera. Bagi kedua-dua kumpulan ini, konsep tahap kemahiran tidak mencerminkan keperluan kemahiran utama untuk membezakannya daripada Kumpulan Utama yang lain.
Tahap Kemahiran
Tahap Pendidikan
Kumpulan Utama
Keempat
Pendidikan tertier hingga ijazah atau ijazah lanjutan universiti; Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5-8
2. Profesional
Ketiga Pendidikan tertier hingga penganugerahan yang tidak setara dengan ijazah pertama universiti; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4, atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.
3. Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kedua Sekolah menengah atau pascasekolah menengah; Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 – 3
4. Pekerja Sokongan Perkeranian
5. Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
6. Pekerja Mahir Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan
7. Pekerja Kemahiran dan Pekerja Pertukangan Yang Berkaitan
8. Operator Loji dan Mesin dan Pemasang
Pertama Pendidikan sekolah rendah 9. Pekerjaan Asas
MASCO 2008 Pengenalan
XIII
MASCO 08 Struktur Pengelasan
Struktur pengelasan pekerjaan mempunyai empat tahap utama, iaitu kumpulan utama, kumpulan subutama, kumpulan kecil, kumpulan unit, dan kumpulan unit kecil yang dijadualkan seperti berikut:
Kumpulan Utama (1 digit)
Kumpulan Sub utama
(2 digit)
Kumpulan Kecil
(3 digit)
Kumpulan Unit
(4 digit)
Kumpulan Unit Kecil (5 digit)
1 Pengurus 4 11 37 232
2 Profesional 7 35 119 1,127
3 Juruteknik dan Profesional Bersekutu
5 21 89 696
4 Pekerja Sokongan Perkeranian 4 8 29 391
5 Pekerja Perkhidmatan dan Jualan 4 13 41 309
6 Pekerja Mahir Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan
3 9 20 137
7 Pekerja Kemahiran dan Pekerja Pertukangan Yang Berkaitan
5 14 66 524
8 Operator Loji dan Mesin dan Pemasang
3 16 46 639
9 Pekerjaan Asas 6 11 36 200
0 Pekerjaan Angkatan Tentera 3 6 6 55
10
44 144 489 4,310
Dalam pengelasan di atas, semua pekerjaan dikategorikan di bawah sepuluh (10) kumpulan utama (1digit). Seterusnya, kumpulan utama tersebut dibahagikan kepada 44 kumpulan subutama (2 digit) yang terdiri daripada 144 kumpulan kecil (3 digit). Kumpulan kecil ini seterusnya dibahagikan kepada 489 kumpulan unit (4 digit) dan kumpulan unit ini seterusnya dibahagikan kepada 4,310 (5 digit).
MASCO 2008 Pengenalan
XIV
Sebilangan tajuk pekerjaan dikelaskan dalam setiap kumpulan unit. Tajuk pekerjaan yang dikelaskan dalam kumpulan unit yang sama diberikan subkod yang berbeza. Angka ‘9’ dalam digit akhir bagi kod yang mempunyai dua, tiga, dan empat atau lima digit merujuk kepada semua kumpulan lain. Kategori pekerjaan selebihnya atau kumpulan pelbagai biasanya mempunyai ‘tidak dikelaskan di mana-mana’ di penghujungnya. Contoh yang berikut memaparkan perincian beberapa pekerjaan:
Kumpulan Tajuk Kod
Kumpulan Utama Profesional 2 Kumpulan Subutama Profesional Sains dan Kejuruteraan 21 Kumpulan Kecil Ahli Fizik, Kimia dan Profesional Berkaitan 211 Kumpulan Unit Ahli Kimia 2113 Ahli Kimia 21131 Ahli Kimia – getah/organik 21132 Ahli Kimia – kakisan 21133 Ahli Kimia – fizik 21134
MASCO 2008 Pengenalan
XV
Nota Mengenai Beberapa Pekerjaan Tertentu
Pekerjaan penyeliaan seperti juga formen, yang terlibat terutamanya dengan kawalan kualiti profesional dan teknikal bagi kerja yang dilaksanakan, dikelaskan bersama-sama dengan kerja yang tugasnya mereka selia. Bagaimanapun, jika tugas utama dan kewajipan kerja itu terdiri daripada merancang, menyusun, dan mengarah aktiviti kerja harian bagi sekumpulan pekerja subordinat, pekerjaan tersebut hendaklah dianggap sebagai pekerjaan pengurusan dan dikelaskan dalam kumpulan yang sesuai sama ada di bawah Kumpulan Subutama 12: Pengurus Pentadbiran dan Komersil atau Kumpulan Subutama 13: Pengurus Pengeluaran dan Perkhidmatan Khas. Hanya dalam syarikat besar, yang mempunyai banyak peringkat pembuat keputusan, yang antara penyelia dengan operatornya terdapat sekurang-kurangnya satu lagi tahap penyeliaan, dan pada masa yang sama terdapat satu atau lebih peringkat antara penyelia dengan pihak pengurusan, maka penyelia tersebut boleh dikelompokkan dalam Kumpulan Subutama 31: Profesional Bersekutu Fizik dan Kejuruteraan. Pemilik yang bekerja tidak disenaraikan sebagai kumpulan khas, sebaliknya dikelaskan menurut aktiviti mereka. Pemilik kedai, yang meluangkan sebahagian besar masanya di belakang kaunter, membantu pelanggan, hendaklah dikelaskan di bawah Kumpulan Subutama 52: Pekerja Jualan. Bagaimanapun, jika aktivitinya terdiri terutamanya daripada menguruskan sumber, kewangan, dan personel, dia hendaklah dikelaskan di bawah Kumpulan Subutama 12: Pengurus Pentadbiran dan Komersil. Pekerjaan yang banyak melibatkan latihan di tempat kerja dengan pemerhatian, penilaian, dan bimbingan yang berterusan dikelaskan dengan pekerjaan yang pekerjanya mereka latih dalam tugas pertukangan atau tugas mengendalikan mesin. Perintis dan pelatih dikelaskan menurut tugas dan kewajipan yang sebenarnya dilaksanakan, dan bukan menurut pekerjaan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Jawatan-jawatan yang mempunyai prefix adalah merujuk kepada jawatan-jawatan yang terdapat di sektor awam (i.e Jurutera awam J41). Bagi jawatan-jawatan yang tidak mempunyai prefix (kecuali tentera di bawah kumpulan 0) adalah merujuk kepada jawatan dalam sektor swasta (i.e Jurutera awam). Perbezaan dalam nama-nama jawatan di kedua-dua sektor tidak membezakan tugasan yang dilaksanakan dalam kod yang dirujuk.
MASCO 2008 Pengenalan
XVI
Ringkasan Kumpulan Utama
1. PENGURUS Pengurus menentukan, merumus, mengarah, atau memberikan nasihat tentang dasar kerajaan seperti juga mereka yang dalam organisasi berkepentingan khas, menggubal undang-undang serta kaedah dan peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, mengawasi pentafsiran dan pelaksanaan dasar dan undang-undang kerajaan, atau merancang, mengarah, dan menyelaraskan dasar dan aktiviti syarikat atau organisasi, atau jabatan dan bahagian dalamannya. Rujukan kepada tahap kemahiran masih belum dibuat dalam mentakrif skop kumpulan utama ini. 2. PROFESIONAL Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat. 3. JURUTEKNIK DAN PROFESIONAL BERSEKUTU Juruteknik dan profesional bersekutu biasanya melakukan tugas teknik dan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pengaplikasian konsep sains atau seni dan kaedah operasi, dan peraturan kerajaan atau perniagaan serta mengajar di suatu peringkat pendidikan tertentu. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang ketiga. 4. PEKERJA SOKONGAN PERKERANIAN Pekerja sokongan perkeranian merekod, menyusun, menyimpan, dan mendapatkan semula maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dilaksanakan, mengira data kewangan, perangkaan, dan data berangka yang lain serta menjalankan beberapa tugas perkeranian berkaitan pelanggan khususnya yang berhubung dengan operasi pengendalian wang, urusan perjalanan, serta maklumat dan janji temu perniagaan. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap yang kedua. 5. PEKERJA PERKHIDMATAN DAN JUALAN Pekerja perkhidmatan dan jualan menyediakan perkhidmatan peribadi dan perlindungan yang berhubung dengan perjalanan, pengemasan, katering, penjagaan diri, atau perlindungan daripada kebakaran dan perbuatan yang menyalahi undang-undang, atau mereka menjadi model bagi ciptaan dan pameran seni, atau menunjuk cara dan menjual barangan di kedai borong atau runcit dan pertubuhan yang seumpamanya dan juga di gerai dan pasar. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang kedua. 6. PEKERJA MAHIR PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN PERIKANAN Pekerja mahir pertanian, perhutanan, dan perikanan menanam dan menuai tanaman ladang atau pokok dan pokok renek; mengumpulkan buah-buahan dan tanaman liar; menternak, menjaga, atau memburu haiwan; mengeluarkan pelbagai produk ternakan; menanam, memulihara, dan mengeksploitasi hutan; membiakkan atau menangkap ikan; dan memelihara atau mengumpulkan pelbagai hidupan akuatik yang lain. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang kedua.
MASCO 2008 Pengenalan
XVII
7. PEKERJA KEMAHIRAN DAN PERTUKANGAN YANG BERKAITAN Pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan menggunakan pengetahuan dan kemahiran khusus mereka dalam bidang perlombongan dan pembinaan, membentuk logam, dan menegakkan struktur logam; membuat, memasang, menyenggara, dan membaik pulih jentera, kelengkapan, dan perkakas; menjalankan percetakan serta mengeluarkan atau memproses barang makanan, tekstil atau kayu, logam, dan barang lain. Kerja ini dijalankan dengan tangan dan perkakas yang menggunakan tangan dan perkakas lain untuk mengurangkan penggunaan daya fizikal dan masa yang diperlukan untuk tugas khusus serta untuk meningkatkan kualiti produk. Tugas ini memerlukan pemahaman semua peringkat proses pengeluaran, bahan, dan perkakas yang digunakan serta sifat dan tujuan produk akhir. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap yang kedua. 8. OPERATOR LOJI DAN MESIN DAN PEMASANG Operator loji dan mesin dan pemasang mengendalikan dan mengawasi jentera dan kelengkapan perindustrian dan pertanian, memandu dan mengendalikan kereta api, kenderaan bermotor dan jentera dan kelengkapan bergerak, atau memasang produk daripada bahagian komponen mengikut spesifikasi dan prosedur yang ketat. Kerja ini biasanya memerlukan pengalaman serta pemahaman berkaitan jentera dan kelengkapan perindustrian dan pertanian serta kebolehan untuk mengendalikan operasi yang menggunakan mesin dan menyesuaikan diri dengan pembaharuan teknologi. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang kedua. 9. PEKERJAAN ASAS Pekerjaan asas menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang biasanya memerlukan penggunaan perkakas tangan dan dalam beberapa kes memerlukan daya fizikal yang banyak. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran pada tahap kemahiran yang pertama. 0. PEKERJAAN ANGKATAN TENTERA Anggota angkatan tentera merupakan mereka yang sedang berkhidmat dalam angkatan tentera dan yang tidak bebas untuk menerima tawaran pekerjaan awam. Mereka termasuklah anggota biasa dalam pasukan tentera darat, tentera laut, tentera udara, dan perkhidmatan ketenteraan yang lain. Mereka yang terkecuali adalah mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan yang terlibat dengan isu pertahanan; polis (selain polis tentera), pemeriksa kastam dan anggota perkhidmatan sempadan atau awam bersenjata yang lain serta anggota simpanan tentera yang bukan dalam perkhidmatan yang aktif. Rujukan kepada tahap kemahiran tidak digunakan dalam mentakrif skop kumpulan utama ini.
MASCO 2008 Pengenalan
XVIII
Tajuk Kumpulan Utama, Sub- Utama, Kecil, dan Unit
KUMPULAN UTAMA 1
PENGURUS
11 KETUA EKSEKUTIF, PEGAWAI KANAN, DAN PENGGUBAL UNDANG-UNDANG
111 PENGGUBAL UNDANG-UNDANG DAN PEGAWAI KANAN
1111 Penggubal Undang-undang
1112 Pegawai Kanan Kerajaan
1113 Ketua Adat dan Ketua Kampung
1114 Pegawai Kanan Pertubuhan Berkepentingan Khas
112 PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF
1120 Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif
12 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KOMERSIL
121 PENGURUS PERKHIDMATAN PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN
1211 Pengurus Kewangan
1212 Pengurus Sumber Manusia
1213 Pengurus Dasar dan Perancangan
1214 Pengurus Perkhidmatan Perniagaan
1215 Pengurus Pentadbiran
1219 Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
122 PENGURUS JUALAN, PEMASARAN, DAN PEMBANGUNAN
1221 Pengurus Jualan dan Pemasaran
1222 Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam
1223 Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
13 PENGURUS PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN KHAS
131 PENGURUS PENGELUARAN DALAM PERTANIAN, PERHUTANAN, DAN PERIKANAN
1311 Pengurus Pengeluaran Pertanian dan Perhutanan
1312 Pengurus Pengeluaran Akuakultur dan Perikanan
132 PENGURUS PEMBUATAN, PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, DAN PENGAGIHAN
1321 Pengurus Pembuatan
MASCO 2008 Pengenalan
XIX
1322 Pengurus Perlombongan
1323 Pengurus Pembinaan
1324 Pengurus Bekalan, Pengagihan, dan Yang Berkaitan
133 PENGURUS PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1330 Pengurus Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
134 PENGURUS PERKHIDMATAN PROFESIONAL
1341 Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak
1342 Pengurus Perkhidmatan Kesihatan
1343 Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Orang Tua
1344 Pengurus Kebajikan Sosial
1345 Pengurus Pendidikan
1346 Pengurus Cawangan Perkhidmatan Kewangan dan Insurans
1349 Pengurus Perkhidmatan Profesional Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
14 PENGURUS PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN
141 PENGURUS HOTEL DAN RESTORAN
1411 Pengurus Hotel
1412 Pengurus Restoran
142 PENGURUS PERDAGANGAN RUNCIT DAN BORONG
1420 Pengurus Perdagangan Runcit dan Borong
143 PENGURUS PERKHIDMATAN LAIN
1431 Pengurus Pusat Sukan, Rekreasi, dan Kebudayaan
1432 Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Diri, Pencucian, dan Yang Berkaitan
1433 Pengurus Undang-undang
1434 Pengurus Harta
1435 Pengurus Keselamatan
1439 Pengurus Perkhidmatan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
KUMPULAN UTAMA 2
PROFESIONAL
21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN
211 AHLI FIZIK, KIMIA, DAN PROFESIONAL BERKAITAN
2111 Ahli Fizik dan Astronomi
2112 Ahli Meteorologi
2113 Ahli Kimia
2114 Ahli Geologi dan Geofizik
MASCO 2008 Pengenalan
XX
212 AHLI MATEMATIK, AKTUARI, DAN PERANGKAWAN
2120 Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan
213 PROFESIONAL SAINS HAYAT
2131 Profesional Biologi, Botani, Zoologi, dan Bidang Berkaitan
2132 Penasihat Perladangan, Perhutanan, dan Perikanan
2133 Profesional Perlindungan Alam Sekitar
2134 Profesional Farmakologi, Patologi, dan Ahli Profesional Yang Berkaitan
PROFESIONAL KEJURUTERAAN (TIDAK TERMASUK ELEKTROTEKNOLOGI) 214
2141 Jurutera Industri dan Pengeluaran
2142 Jurutera Awam
2143 Jurutera Alam Sekitar
2144 Jurutera Mekanik
2145 Jurutera Kimia
2146 Jurutera Perlombongan, Ahli Kaji Logam, dan Profesional Yang Berkaitan
2149 Profesional Kejuruteraan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
215 JURUTERA ELEKTROTEKNOLOGI
2151 Jurutera Elektrik
2152 Jurutera Elektronik
2153 Jurutera Telekomunikasi
216 ARKITEK, PERANCANG, JURUUKUR, DAN PEREKA
2161 Arkitek Bangunan
2162 Arkitek Landskap
2163 Pereka Produk dan Pakaian
2164 Perancang Bandar dan Trafik
2165 Pelukis Peta dan Juruukur
2166 Pereka Grafik dan Multimedia
217 PENGAWAL KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI/LOKOMOTIF
2171 Jurutera Kapal
2172 Pegawai dan Pilot Dek Kapal
2173 Juruterbang Pesawat Udara dan Profesional Yang Berkaitan
2174 Pengawal Trafik Udara
2175 Pengawal Kereta Api/Lokomotif
2179 Pengawal Pengangkutan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
218 PROFESIONAL PERLOMBONGAN, PEMBUATAN, DAN PEMBINAAN
2181 Profesional Perlombongan
2182 Profesional Pembuatan
2183 Profesional Pembinaan
MASCO 2008 Pengenalan
XXI
22 PROFESIONAL KESIHATAN
221 DOKTOR PERUBATAN
2211 Pengamal Perubatan Umum
2212 Pengamal Perubatan Pakar
222 PROFESIONAL KEJURURAWATAN DAN PERBIDANAN
2221 Profesional Kejururawatan
2222 Profesional Perbidanan
223 PROFESIONAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
2230 Ahli Perubatan Tradisional dan Komplementari
224 PENGAMAL PARAMEDIK
2240 Pengamal Paramedik
225 PAKAR VETERINAR
2250 Pakar Veterinar
226 PROFESIONAL KESIHATAN LAIN
2261 Doktor Pergigian
2262 Ahli Farmasi
2263 Profesional Kesihatan dan Kebersihan Alam Sekitar dan Pekerjaan
2264 Jurupulih Anggota
2265 Pegawai Diet dan Pegawai Nutrisi
2266 Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan
2267 Pegawai Optometri dan Pegawai Optik
2268 Jurupulih Pekerjaan
2269 Profesional Kesihatan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
23 PROFESIONAL PERGURUAN
231 PROFESIONAL PERGURUAN UNIVERSITI DAN PENDIDIKAN TINGGI
2310 Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi
232 GURU PENDIDIKAN VOKASIONAL
2320 Guru Pendidikan Vokasional
233 GURU PENDIDIKAN MENENGAH
2330 Guru Pendidikan Menengah
234 GURU PENDIDIKAN RENDAH DAN PRAPENDIDIKAN RENDAH
2341 Guru Pendidikan Rendah
2342 Guru Prapendidikan Rendah
MASCO 2008 Pengenalan
XXII
235 GURU MUZIK, SENI, DAN SENI PERSEMBAHAN
2351 Guru Muzik
2352 Guru Seni
2353 Guru Seni Persembahan
236 GURU BAHASA
2360 Guru Bahasa
237 GURU AGAMA
2370 Guru Agama
238 PENGAJAR KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL
2381 Pegawai Latihan Vokasional
239 PROFESIONAL PERGURUAN LAIN
2391 Pakar Kaedah Pendidikan
2392 Guru Pendidikan Khas
2393 Jurulatih Teknologi Maklumat
2399 Profesional Perguruan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN
241 PROFESIONAL KEWANGAN
2411 Akauntan
2412 Penasihat Kewangan dan Pelaburan
2413 Juruanalisis Kewangan
242 PROFESIONAL PENTADBIRAN
2421 Juruanalisis Pengurusan dan Organisasi
2422 Profesional Pentadbiran Dasar
2423 Profesional Personel dan Kerjaya
2424 Profesional Perkembangan Latihan dan Kakitangan
2425 Profesional Pentadbiran
243 PROFESIONAL JUALAN, PEMASARAN, DAN PERHUBUNGAN AWAM
2431 Profesional Pengiklanan dan Pemasaran
2432 Profesional Perhubungan Awam
2433 Profesional Jualan Teknik dan Perubatan (Tidak Termasuk ICT)
2434 Profesional Jualan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
2435 Profesional Jualan dan Pemasaran
244 PROFESIONAL BADAN PENGAWALATURAN
2441 Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan
2442 Profesional Pengawal Percukaian dan Eksais
2443 Profesional Pegawai Faedah Sosial Kerajaan
MASCO 2008 Pengenalan
XXIII
2444 Profesional Pegawai Pelesenan Kerajaan
2445 Profesional Inspektor dan Detektif Polis
2446 Profesional Pegawai Sivil
2449 Profesional Badan Pengawalaturan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
251 PEMBANGUN DAN JURUANALISIS PERISIAN DAN APLIKASI
2511 Juruanalisis Sistem
2512 Pembangun Sistem
2513 Pembangun Web dan Multimedia
2514 Pengaturcara Aplikasi
2519 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
252 PROFESIONAL PANGKALAN DATA DAN PENTADBIR SISTEM
2521 Pereka Bentuk dan Pentadbir Pangkalan Data
2522 Pentadbir Sistem
2523 Profesional Rangkaian Komputer
2529 Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN
261 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG
2611 Peguam
2612 Hakim
2619 Profesional Undang-undang Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
262 PUSTAKAWAN, JURUARKIB, DAN KURATOR
2621 Juruarkib dan Kurator
2622 Pustakawan dan Profesional Maklumat Yang Berkaitan
263 PROFESIONAL SOSIAL, KEAGAMAAN, DAN YANG BERKAITAN
2631 Ahli Ekonomi
2632 Ahli Sosiologi, Ahli Antropologi, dan Profesional Yang Berkaitan
2633 Ahli Falsafah, Sejarawan, dan Ahli Sains Politik
2634 Ahli Psikologi
2635 Profesional Kerja Sosial dan Kaunseling
2636 Profesional Keagamaan
264 PENGARANG, WARTAWAN, DAN AHLI LINGUISTIK
2641 Pengarang dan Penulis Yang Berkaitan
2642 Wartawan
2643 Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain
265 ARTIS KREATIF DAN PERSEMBAHAN
2651 Artis Visual
MASCO 2008 Pengenalan
XXIV
2652 Ahli Muzik, Penyanyi, dan Penggubah
2653 Penari dan Pereka Tari
2654 Pengarah dan Penerbit Filem, Pementasan dan Yang Berkaitan
2655 Pelakon
2656 Juruhebah Radio, Televisyen, dan Media Lain
2657 Badut, Ahli Silap Mata, Akrobat dan Profesional Bersekutu Yang Berkaitan
2658 Penjaga dan Jurulatih Haiwan
2659 Artis Kreatif dan Artis Persembahan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT, DAN PERKHIDMATAN LAIN
271 PROFESIONAL HOTEL, RESTORAN, HOSPITALITI DAN BERKAITAN
2711 Profesional Hotel dan Hospitaliti
2712 Profesional Restoran
KUMPULAN UTAMA 3
JURUTEKNIK DAN PROFESIONAL BERSEKUTU
31 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS DAN KEJURUTERAAN
311 JURUTEKNIK SAINS FIZIK DAN KEJURUTERAAN
3111 Juruteknik Sains Kimia dan Fizik
3112 Juruteknik Kejuruteraan Awam
3113 Juruteknik Kejuruteraan Elektrik
3114 Juruteknik Kejuruteraan Elektronik
3115 Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
3116 Juruteknik Kejuruteraan Kimia
3117 Juruteknik Perlombongan dan Kaji Logam
3118 Pelukis Pelan
3119 Juruteknik Kejuruteraan Sains Fizik dan Kejuruteraan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
312 PENYELIA PERLOMBONGAN, PEMBUATAN, DAN PEMBINAAN
3121 Penyelia Perlombongan
3122 Penyelia Pembuatan
3123 Penyelia Pembinaan
3129 Penyelia Lain Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
313 JURUTEKNIK KAWALAN PROSES
3131 Operator Loji Penjana Kuasa
3132 Operator Insinerator dan Perawatan Air
3133 Pengawal Loji Pemprosesan Kimia
3134 Operator Loji Penapisan Petroleum dan Gas Asli
3135 Pengawal Proses Pengeluaran Logam
3139 Juruteknik Kawalan Proses Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
MASCO 2008 Pengenalan
XXV
314 JURUTEKNIK SAINS HAYAT DAN PROFESIONAL BERSEKUTU YANG BERKAITAN
3141 Juruteknik Sains Hayat (Tidak Termasuk Perubatan)
3142 Juruteknik Pertanian
3143 Juruteknik Perhutanan
3144 Juruteknik Perikanan
315 JURUTEKNIK KAPAL, PESAWAT, DAN KERETAPI
3151 Juruteknik Trafik Udara
3152 Juruteknik Kapal/Marin
3153 Juruteknik Kereta Api/Lokomotif
3159 Juruteknik Pengangkutan Yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
316 PROFESIONAL BERSEKUTU SAINS NUKLEAR
3160 Profesional Bersekutu Penyelidikan dan Pembangunan Nuklear
32 PROFESIONAL BERSEKUTU KESIHATAN
321 JURUTEKNIK PERUBATAN DAN FARMASEUTIKAL
3211 Juruteknik Kelengkapan Pengimejan Perubatan dan Terapeutik
3212 Juruteknik Makmal Perubatan dan Patologi
3213 Juruteknik dan Pembantu Farmaseutikal
3214 Juruteknik Perubatan dan Prostetik Pergigian
3215 Juruteknik Ortotik dan Prostetik
322 PROFESIONAL BERSEKUTU KEJURURAWATAN DAN PERBIDANAN