422 PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim Muhammad Zaini Yahya Muhamad Adib Samsudin Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia & Diani Mardiana Mat Zin Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Halal dan haram merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya bagi memastikan kelangsungan hidup mereka seiring dengan tuntutan syarak. Mencari yang halal dan menjauhi yang haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana setiap makanan dan minuman akan mempengaruhi peribadi dan sahsiah bagi setiap mukmin. Justeru, prinsip amat penting sebagai batu asas dan penanda arah bagi penentuan hukum halal dan haram sesuatu barangan atau makanan. Kini, permasalahan akan timbul apabila umat Islam tidak mengetahui dan mengambil cakna atas kepentingan mendalami prinsip – prinsip makanan halal dan haram yang ditetapkan oleh Islam. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mendalami dan membincangkan prinsip – prinsip dan pembahagian makanan yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kualitatif tematik iaitu kajian analisis dokumen berdasarkan tema yang dipilih iaitu prinsip dan pembahagiannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua barangan, makanan atau manfaat yang diciptakan oleh Allah adalah harus hukumnya iaitu dibolehkan, kecuali terdapat nas yang sahih dan jelas menunjukkan atas pengharamannya. Kajian mengenai prinsip – prinsip dan pembahagian makanan merupakan garis panduan yang penting bagi semua umat Islam dan penyelidikan yang lebih terperinci dan fokus amat diperlukan bagi memudahkan umat Islam mengambil makanan yang ‘Halalan Tayyiban” dan mensyukuri nikmat yang diciptakan oleh Allah swt. Kata kunci: Prinsip, Halal, Haram, Makruh, Sunnah PENDAHULUAN Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan fitrah dan jiwa manusia yang mempunyai kecenderungan kepada perkara – perkara yang baik dan bersih. Sebagaimana firman Allah swt: َ رَ طَي فِ ت ه الِ ه َ تَ رْ طِ فۚ اً يفِ نَ حِ ينِ لدِ لَ كَ هْ جَ وْ مِ قَ أَ ف ينِ الدَ كِ لَ ذۚ ِ هِ قْ لَ خِ لَ يلِ دْ بَ تَ ۚ اَ هْ يَ لَ عَ لنهاس ا نهِ كَ لَ و مِ يَ قْ الْ كَ أَ نَ لْ َ يَ ِ لنهاس اَ رَ (Al-Quran, Al-Rūm 30:30) Maksudnya:
24
Embed
PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
422
PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Muhammad Zaini Yahya
Muhamad Adib Samsudin
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
&
Diani Mardiana Mat Zin
Permata Insan,
Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK
Halal dan haram merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya
bagi memastikan kelangsungan hidup mereka seiring dengan tuntutan syarak. Mencari
yang halal dan menjauhi yang haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana setiap
makanan dan minuman akan mempengaruhi peribadi dan sahsiah bagi setiap mukmin.
Justeru, prinsip amat penting sebagai batu asas dan penanda arah bagi penentuan hukum
halal dan haram sesuatu barangan atau makanan. Kini, permasalahan akan timbul apabila
umat Islam tidak mengetahui dan mengambil cakna atas kepentingan mendalami prinsip –
prinsip makanan halal dan haram yang ditetapkan oleh Islam. Maka, objektif kajian ini
adalah untuk mendalami dan membincangkan prinsip – prinsip dan pembahagian makanan
yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kualitatif
tematik iaitu kajian analisis dokumen berdasarkan tema yang dipilih iaitu prinsip dan
pembahagiannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua barangan, makanan atau
manfaat yang diciptakan oleh Allah adalah harus hukumnya iaitu dibolehkan, kecuali
terdapat nas yang sahih dan jelas menunjukkan atas pengharamannya. Kajian mengenai
prinsip – prinsip dan pembahagian makanan merupakan garis panduan yang penting bagi
semua umat Islam dan penyelidikan yang lebih terperinci dan fokus amat diperlukan bagi
memudahkan umat Islam mengambil makanan yang ‘Halalan Tayyiban” dan mensyukuri
nikmat yang diciptakan oleh Allah swt.
Kata kunci: Prinsip, Halal, Haram, Makruh, Sunnah
PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan fitrah dan jiwa
manusia yang mempunyai kecenderungan kepada perkara – perkara yang baik dan bersih.
Sebagaimana firman Allah swt:
الهتي فطر ين حنيفا فطرت للاه ين فأقم وجهك للد لك الد ذ كنه النهاس عليها ال تبديل لخلق للاه ن أك القي م ول ل ثر النهاس ال ي
(Al-Quran, Al-Rūm 30:30)
Maksudnya:
423
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah
(itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Allah telah mendatangkan pelbagai panduan dan peraturan dalam setiap aspek kehidupan
termasuk hal – hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman. Kesemuanya telah
diperjelaskan oleh Allah SWT secara melalui al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan
sumber utama dalam menentukan status halal atau haram sesuatu makanan.
Ketentuan hukum halal dan haram yang diwujudkan adalah bertujuan bagi menjaga
kepentingan dan kebaikan umat manusia agar terhindar daripada kemudaratan di samping
ia akan memberi kemudahan kepada umat Islam dalam urusan ibadah dan kehidupan.
Setiap ketentuan yang disyariatkan oleh Allah SWT semuanya berdiri di atas prinsip
“mafsadah dan maslahah”, begitu juga dalam menentukan halal haram sesuatu perkara.
Maka, kajian ini adalah bertujuan mengkaji prinsip – prinsip makanan menurut perspektif
Islam dan pembahagian makanan. Makanan dan minuman dibincangkan dan dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu makanan halal, haram, makruh dan sunnah. Kajian ini
menggunakan metode menganalisis dokumen dengan melihat kepada konsep, perbezaan
dan pemahaman mazhab serta penghujahan dalil yang digunakan.
Prinsip – prinsip ini adalah penting dan menjadikan tunggakan asas pemilihan makanan
dan minuman bagi umat Islam. Justeru, menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap
Muslim untuk memilih dan mengambil makanan yang dihalalkan atau yang diharamkan
oleh syara’.
KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
Makanan dalam bahasa Arabnya adalah Ath’imah (أطة) di mana istilah athcimah
bentuknya jama’ dan bentuk mufradnya adalah tha’am (طام). (Asy-Syarbini, 2008)
Manakala minuman dalam bahasa Arabnya adalah (أشربة) yang merupakan jama’ bagi
perkataan (شراب), iaitu sesuatu yang diminum (al-Zuhaili, 2009). Makanan dari segi bahasa
pula ialah apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan lain – lain (Kamus Dewan,
1994) dan menurut Mohamed bin Jusoh makanan boleh diertikan sebagai memamah atau
mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair (Mohamed bin Jusoh, 1986).
KAEDAH FIQH BERKAITAN HALAL DAN HARAM MAKANAN
Hukum asal sesuatu ialah harus (dibolehkan).
Umat Islam menetapkan dasarnya bahawa semua barangan dan kemanfaatan ialah mubah
iaitu dibolehkan berdasarkan ayat al-Quran, Allah swt berfirman:
اوات وما في األرض ر لك م ما في السه و وسخه يا منه إ ه في ذلك آليات لقنم يتفكهر ..ج
(Al-Quran, Al-Jāthiah 45:13)
Maksudnya:
424
“Dan dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan
di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.”
Menurut Ibn Kathir, ayat ini menunjukkan bahawa segala yang ada di langit dan bumi
adalah bintang – bintang, gunung – gunung, sungai – sungai dan segala perkara yang dapat
dimanfaatkan dan semua daripada Nya tanpa ada sekutu kepadanya.(Ibn Kathir, 2004).
Dasar yang telah ditetapkan oleh Islam ialah asal bagi setiap sesuatu yang diciptakan oleh
Allah sama ada barangan atau manfaat adalah halal dan boleh diguna pakai. Tiada yang
haram melainkan jika ada nas yang sahih dan jelas yang menetapkan pengharamannya.
Manakala, perkara itu akan kekal harus dan halal jika tiada nas yang sahih atau hadis yang
daif untuk menjelaskan pengharamannya. (al-Qaradawi, 2014). Kaedah fiqah yang
digunakan mengenai prinsip ini adalah:
"األصل في األشياء اإلباحة"
Maksudnya: “Asal setiap sesuatu itu adalah harus” (cAzzam, 2001)
Hal ini dijelaskan lagi di dalam hadis Nabi Muhammad saw:
ما أحل هللا في كتابه فهن حالل ، وما حرم فهن حرام ، وما سكت عنه فهن عفن ، فاقبلنا من هللا عافيته ، فإ هللا لم يكن
لينسى شيئا ، وتال ﴿وما كا ربك نسيا﴾.
Maksudnya:
“ Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal
dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ia pula adalah haram. Dan apa sahaja yang
didiamkan – Nya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu dari Allah SWT,
kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa walau sedikit pun. Kemudian Rasulullah
membaca dari firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa”.
(al-Hathimi, Nur ad-Din, Kasyful al-Astār, Kitab al-At’imah, Bab fīmā Yahillu wamā
Yahrumu, No 2687, Hadis Marfu’)
Kuasa halal dan haram adalah hak Allah swt semata.
Islam membataskan kekuasaan menentukan halal dan haram bagi sesuatu perkara, dan
kuasa menentukan adalah hak yang khusus bagi Allah swt sahaja. Justeru, sesiapa yang
berani menentukan, maka dia telah melampaui batas dan melanggar hak ketuhanan dalam
perundangan Allah swt terhadap manusia (al-Qaradawi, 2014).
Allah swt berfirman:
ذا حال وال ا تصف ألسنت ك م الكذب ه تق نل نا ل وا على للاه ذا حرام لتفتر الكذب ال ل وه و على للاه الكذب إ ه الهذين يفتر
ن ي فلح
(Al-Quran, Al-Nahl 16:116)
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal
dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah swt.
Sesungguhnya orang – orang yang berdusta terhadap Allah swt tidak akan berjaya”.
425
Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, adalah sama seperti
syirik kepada Allah swt.
Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi:
ي خلقت عبادي حنفاء ، وإنهم أتتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم ، وحرمت عليهم ما أحللت لهم وأمرتهم أ يشركنا إن
بي ما لم ألنزل به سلطانا
Maksudnya:
“Aku (Allah swt) telah menciptakan hamba – hambaku itu dalam keadaan bersikap lembut
dan sesungguhnya mereka telah didatangi syaitan – syaitan, lalu menyesatkan mereka dari
agama mereka dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka serta
menyuruh mereka supaya menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan
sebarang keterangan padanya.”
(Muslim bin Hujjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Qada’ wa al-Qadar Lil Baihaqi, Bab Bayān
Macna Qaulihi: Khalqtu cibādī Hunafā’, No. 523, Hadis Qudsi)
Imam al-Ghazali menyatakan di dalam kitab Halal dan haram dalam Islam:
“ Allah swt sahaja yang berhak mengharamkan dan menghalalkan sesuatu. Oleh itu,
seseorang yang melakukannya adalah sama dengan syirik, kerana di dalam sikap yang
demikian itu terdapat unsur penyekutuan”. (al-Ghazali, 2000)
Pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya.
Islam adalah agama yang menjaga kebaikan kepada setiap penganutnya. Maka melalui
prinsip ini, setiap pengharaman yang ditetapkan oleh Allah swt ia pasti mengandungi
keburukan dan bahayanya tersendiri. Setiap sesuatu yang manfaatnya lebih besar daripada
bahayanya, maka hukumnya adalah halal. (al-Qaradawi, 2014)
Makanan yang haram membawa kepada keburukan dan bahaya, justeru makanan yang
halal adalah makanan yang baik dan membawa manfaat kepada manusia. Sebagaimana
Allah swt berfirman:
م ق ل ي بات يسأل ننك ماذا أ حله له ... أ حله لك م الطه
(Al-Quran, Al-Māidah 5:4)
Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah makanan yang dihalalkan bagi
mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat – lazat serta baik.”
Tetap pada yang halal sahaja, memadai dari yang haram.
Islam tidak mengharamkan sesuatu ke atas mereka, melainkan ia digantikan dengan perkara
yang lain malah ia lebih baik daripada yang diharamkan (al-Qaradawi, 2014). Ini adalah
kerana, Islam bukanlah agama yang membebankan kepada setiap penganutnya.
Sebagai contoh, Islam mengharamkan manusia melakukan perbuatan zina dan liwat, maka
ia digantikan dengan perkahwinan secara halal. Begitu juga, Islam mengharamkan semua
426
perkara yang buruk dan tidak elok dari jenis makanan, maka Allah swt gantikannya dengan
pelbagai makanan yang berkhasiat.
Perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram.
Islam telah mengajarkan bahawa sesuatu perbuatan yang mendorong kepada perkara yang
haram, maka hukumnya adalah haram (al-Ghazali, 2000). Justeru, melalui hal ini, ulama’
fiqah telah mengeluarkan kaedah fiqah iaitu:
" ما أد ى إلى محرم فهن محرم "
Sebagai contoh dalam hal meminum arak, Rasulullah bukan sahaja melaknat orang yang
meminum arak, malah orang yang melakukan perbuatan ke arah penghasilan arak juga
dilaknat. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw bersabda:
تصرها وشاربها وحاملها وال " ر عشرة عاصرها وم في الخ نلة إليه وساقيها عن أنس بن مالك قال لن رسنل للاه ح شتراة له شتري لها وال نها وال ها وآكل ث .وبائ
Maksudnya:
“Rasulullah saw melaknat tentang arak sepuluh golongan, yang memerahnya, yang minta
diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang meminta dihantar
kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang
membelinya, yang meminta dibelikannya”.
(Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Asyribah, Bab Lacnat al
Khamru cala casyrah aujah, No. 3381)
Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram.
Islam mengharamkan sebarang bentuk perbuatan yang membawa kepada haram menerusi
cara yang zahir dan Islam juga mengharamkan tipu daya untuk melakukannya dengan cara
tipu daya syaitan. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah mengecam tindakan
golongan Yahudi yang menghalalkan perkara yang haram dengan cara tipu helah.
Rasulullah saw bersabda:
ال ترتكبنا ما ارتكب اليهند وتستحلنا محارم هللا بأدنى الحيل
Maksudnya:
“Jangan kamu lakukan seperti mana yang dilakukan oleh kaum Yahudi, lalu kamu
menghalalkan larangan – larangan Allah swt dengan serendah – rendah tipu helah”
(Ibn Battah al-cakbari, Ibtāl al-Hail li Ibn Battah, Bab Lā Tartakibu Ma Irtakabat al-Yahūdi,
No. 58 )
Menurut al-Qaradawi, di antara kegiatan tipu helah adalah dengan menamakan sesuatu
yang haram itu dengan nama yang lain dan mengubah gambarannya sedangkan hukumnya
masih jelas haram. Sebagai contoh dengan mengolah cara baru bagi minuman keras, maka
hukumnya tetap haram kerana ia masih menyebabkan mudarat dan memabukkan. (al-
Qaradawi, 2014)
Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.
427
Bagi melaksanakan sesuatu amalan, Islam amat menitik berat soal kepentingan dan tujuan
niat tersebut. Setiap niat yang baik maka sesuatu perkara yang dilakukan walaupun ia
sekadar adat kebiasaan, ia akan bertukar menjadi ibadat dan boleh mendekatkan diri kepada
Allah swt.
Manakala, sebaliknya apabila berniat dan bertujuan untuk kebaikan, tetapi sesuatu perkara
itu haram maka ia akan tetap berlaku haram walaupun niat dan tujuan pelakunya ke arah
kebaikan. Sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda:
من جع ماال من حرام ، ثم تصدق به لم يكن له فيه أجر ، وكا إصره عليه
Maksudnya:
“Sesiapa yang mengumpulkan harta kekayaan dari perkara yang haram, kemudian dia
bersedekah dengannya, dia tidak mendapat pahala apa pun kerana sedekah itu, malah
dosanya akan tetap ditanggungnya.”
(al-Naisāburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim, al-Mustadrik cala al-
sahīhaini, Kitab al-Zakat, Bab Man Tasaddaqa Min Māl Haram Lam Yakun Lahu Fīhi
Ajrun Wa Kāna Isruhu Alaihi, No. 541)
Memelihara diri dari perkara yang syubhah, iaitu perkara yang samar – samar.
Sesuatu barangan atau makanan yang halal dan haram adalah perkara yang jelas mengenai
hukumnya apabila terdapat nas yang jelas mengenainya. Kecuali di dalam situasi yang
darurat. Manakala, syubhah pula adalah situasi yang berada di tengah – tengah halal dan
haram yang jelas, iaitu terdapat kesamaran dan manusia terkeliru akan status halal atau
haramnya makanan tersebut.
Islam telah mendatangkan panduan kepada orang Muslim agar kita tidak mengambil
perkara yang syubhah supaya tidak terjerumus kepada perkara yang haram. Rasulullah saw
bersabda:
االحال نر ل بي ن والحرام بي ن ، وبينه شبههات ال ذلك أ م ها م ل شبههات استبرأ لدينه ي ن اتهقى ال كثير من النهاس ، ف
ى ي نشك أ ي ناقه ، أال ى ، أال وعرضه ، ومن وقع في الشب هات كراع يرعى حنل الح وإ ه لك ل ملك ح ى للاه إ ه ح
ه في أرضه محارم
Maksudnya:
“Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan di antara keduanya itu ada
beberapa yang masih samar – samar, tidak ramai orang yang mengetahuinya, adakah ia dari
yang halal ataupun dari yang haram? Maka barangsiapa yang meninggalkan yang shubhah
itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan
barangsiapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar – samar itu, maka akan hampir –
hampirlah dia terjatuh ke dalam yang haram. Sebagaimana orang yang mengembala
(binatang ternakan) di tempat larangan, dia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah
bahawa bagi setiap raja ada tempat larangannya dan bahawa tempat larangan Allah swt
adalah semua perkara yang diharamkannya”.
(al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, kitāb al-īman, Bab Fadhli man istabra’a
lidīnihi, No. 51)
428
Sesuatu yang haram itu tetap haram kepada semua.
Haram di dalam syariat Islam adalah menyeluruh dan umum kepada semua bangsa, negara,
pangkat dan kumpulan manusia. Tiada keistimewaan atau kebenaran secara mutlak
diberikan apabila seseorang itu mempunyai kedudukan yang tinggi sama ada rahib, raja
atau pemimpin negara berkenaan soal haram ke atas sesuatu makanan atau barangan. (al-
Ghazali, 2000)
Sesuatu yang dihalalkan oleh Allah swt dalam syariatnya, maka dia halal bagi sekalian
manusia, begitu juga apa yang diharamkan oleh Allah, maka dia itu juga haram bagi semua
penganutnya sehingga ke hari Kiamat.
Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang.
Islam merupakan agama yang tidak membebankan penganutnya. Islam memerhatikan
kepentingan hidup manusia serta kelemahan yang ada pada dirinya. Seorang Muslim
dibenarkan untuk melakukan yang haram atau memakan sesuatu yang haram apabila berada
dalam keadaan yang terpaksa atau mendesak dirinya untuk menjaga diri dari kebiasaan.
Allah swt berfirman:
ن اضط ره غير باغ و " غف نر رحيم ال عاد ف ال ف " إثم عليه إ ه للاه
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:173)
Maksudnya:
“Barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja atau tidak melewati batas,
maka tiada dosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Penyayang”.
Walaupun dibenarkan untuk mengambil sesuatu yang haram ketika dalam keadaan yang
terpaksa, namun ayat ini menyatakan batasan terhadap pelakunya iaitu mengambil dengan
tidak melampaui batas dan tidak dengan sengaja mengambil untuk tujuan mengambil
kelazatan yang terdapat padanya. (al-Ghazali, 2000)
PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
Terdapat tiga prinsip dalam menentukan halal atau haramnya makanan. (Mustafa al-Khin,
2011)
Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup
senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal. Antara binatang yang halal menurut
prinsip ini ialah:
i. Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apa pun namanya. Ini kerana ia
dianggap elok oleh orang Arab.
ii. Binatang ternakan (األنام) iaitu unta, lembu, biri – biri, kambing, kuda, seladang,
keldai liar, kijang, arnab dan lain – lain yang dianggap elok oleh orang Arab.
Semua binatang yang dianggap baik oleh orang Arab adalah halal, manakala yang
menjijikkan dan dianggap buruk adalah haram. Binatang yang dianggap baik oleh orang
Arab adalah binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, hadis, ijma’
429
ulama dan ijma’ sahabat sama ada nas tersebut berbentuk umum atau khusus serta tidak
terdapat perintah membunuhnya atau membiarkannya. Justeru hal ini dirujuk kembali
kepada orang Arab. (as-Syarbini, 2008)
Menurut mazhab Syafi’i, makanan orang Arab adalah diterima kerana orang Arab tidak
akan memakan makanan yang diperbolehkan oleh Rasulullah untuk membunuhnya ketika
ihram. Ini adalah kerana mereka menghalalkan apa yang dipandang baik, dan
mengharamkan apa yang dipandang jijik. (al-Syafi’i, 1982). Penentuan halal dan haram
binatang berdasarkan kebiasaan orang Arab adalah kerana (al-Khin et.al, 2011):
Mereka yang mula – mula menerima syariat nabi yang diutus pula adalah di
kalangan mereka.
al-Quran mula – mula diturunkan kepada mereka.
Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap
mangsa adalah haram. Sebagai contoh: anjing, babi, serigala, beruang, kucing dan ibn awi.
Prinsip Ketiga: Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Sebagai contoh
ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan.
MAKANAN HALAL MENURUT EMPAT MAZHAB
Definisi Halal Pada Bahasa:
Halal ialah suatu perkara yang diharuskan, yang telah gugur daripadanya ikatan haram dan
syariat membenarkan perbuatannya. (al-Qaradawi, 2014). Halal juga merupakan hukum
membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan, dibenarkan dan
lawannya adalah haram (Kamus Dewan, 1994). Selain itu, menurut al-Syafi’e, menetapkan
halal sebagai suatu yang tidak ada dalil daripada syarak yang mengharamkannya (al-Suyuti,
1997)
Jenis – jenis Makanan yang Halal Dimakan
a) Haiwan Laut Haiwan laut adalah haiwan yang menetap di dasar laut dan tidak dapat hidup kecuali di
dalamnya semata – mata (al-Qaradawi, 2014). Firman Allah swt:
ه متاعا لك م وللسهيهارة ... أ حله لك م صيد البحر وطام
(Al-Quran, Al – Mā’idah 5:96)
Maksudnya :
“Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai
makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.
Ayat Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah yang menyatakan binatang laut
adalah suci untuk dimakan.
أنا نا القليل من الاء فإ تنضه ه عطشنا بسأل رجل رسنل هللا صلهى هللا عليه وسلهم فقال يا رسنل هللا إنا نركب البحر م
أ من ماء البحر فقال رسنل هللا صلهى هللا عليه وسلهم ه، الطههنر هن أفنتنضه ميتت ه. الحل ماؤ
430
Maksudnya:
“Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang laki – laki bertanya kepada Rasulullah
s.a.w dengan berkata: “ Wahai Rasulullah, kami mengharungi lautan dan membawa sedikit
air bersama kami. Apabila kami berwudu’ dengannya, maka kami akan kehausan. Apakah
kami boleh berwudu’ dengan air laut? Rasulullah bersabda: “Laut itu suci airnya dan halal
bangkainya.”
(al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab at-Tahārah Rasulullah, Bab
Abwābul Fitrah, No.57, Hadis Marfuc)
Menurut pendapat mengenai hukum haiwan laut, para ulama empat mazhab berselisih
pendapat (al-Zuhaili, 1999):
Pendapat Pertama (Jumhur Ulama’):
Semua bangkai haiwan laut adalah halal sama ada mati dalam keadaan terapung atau tidak
melainkan ia dilihat sudah lama terapung dan berkemungkinan beracun dan boleh
memudharatkan. Pendapat ini diriwayatkan oleh jumhur ulama iaitu mazhab Syafi’i (al-