KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS PERTOLONGAN
CEMASDEFINISI PERTOLONGAN CEMASPertolongan cemas adalah bantuan
permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit.
KONSEP PERTOLONGAN CEMASPertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan
sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan
kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan
objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi
yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti
pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain
lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah
buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada pesakit
DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN
Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar
yang segera
Jangantinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan Cemas
BERPENGETAHUAN
TENANG
BERKEYAKINAN
LEMAH LEMBUT
TAJAM PENGAMATAN
BERTANGGUNGJAWAB
PANTAS BERTINDAK
AMANAH
PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke
hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk
dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga,
terutamanya pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannyasahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa
dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga
dll.
SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKANKONSEP SUKAN DAN
PERUBATAN SUKAN
Konsep Sukan1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan.
2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton
dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut
dianggap aktiviti rekreasi.
3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama
ada sebagai peserta atau penonton.
4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk
media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara
rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.
6. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda
ukur(benchmark)terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan
sebagainya.
"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau
kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan,
pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."- Kamus Dewan Edisi ke-5
-
PERBEZAAN ANTARA SUKAN, PERMAINAN DAN LATIHAN1. Sukan melibatkan
peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
2. Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah
kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
3. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan
kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.
PERUBATAN SUKAN1. Perubatan salah satu cabang sains hayat
berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa
sihat(wellness).2. Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu
atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam
aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan
semasa bersukan.
6 LANGKAH DALAM KITARAN KECEDERAAN
KEPENTINGAN TERAPI DALAM SUKAN
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
Urutan sukanPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS
SUKAN1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang
dan senyap elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak
patut dengan mangsa.
3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa
terhenti.
4. Memberi perangsang kepada mangsa.
5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika
kecederaan serius.
7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi
kecemasan.
8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi
memastikan keadaan mangsa akan datang.
PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN LANGKAH-LANGKAHNYADEFINISI
Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat ,
pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya
kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
PRINSIP PENCEGAHAN KECEDERAANPrinsip pencegahan yang perlu
diberi keutamaan ialah
1)Prinsip latihan
Penambahan beban senaman secara beransur- ansur
Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan
jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa
yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
Intensiti
Motivasi
Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai
untuk mencapai tujuan dan objektif
Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
Rutin
2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan
aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi
yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan Mengandungi latih tubi secara
beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju:
memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan
meningkatkan keyakinan diri
4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu
badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari
pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada
kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan peralatan- Berlaku sekirannya
gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling
gelanggang, padang dan dewan.
6)Peralatan perlindungan- Alatan yang digunakan bagi melindungi
diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan
aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda
peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan
menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya
berlaku.
PELAKSANAAN 6 PRINSIP PENCEGAHAN DI DALAM KITARAN KECEDERAAN
Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi
jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran
mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik
permainan yang betul.
Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus
menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan
adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan
kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata.
Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini
kerana :(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak
balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah
tinggi.(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat
meminimumkan kecederaan.(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini
dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh Menggunakan
kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut
yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan
pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut
boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila
terjatuh.
Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan
diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain
harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat
dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.
Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti
yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan
yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan.
Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka
kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika
pertandingan. Pengurusan EmosiMental yang sihat memainkan peranan
penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.Emosi yang stabil
membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti. Sekiranya berlaku
kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.PENDEKATAN RAWATAN
KECEDERAAN Kepentingan pendekatan yang sistematik
Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.
Mengurangkan kesakitan.
Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.
Langkah-langkah Penyelesaian Masalah Kecederaan
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing
Circulation] iaitu: D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari
kawasan yang merbahaya
R = Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa
bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika
sedar : Tanya mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan
lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu.
Jika tidak sedar: Pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada
halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa
pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid).
Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1) A - Alert (sedar sepenuhnya) 2) V - Verbal (respon terhadap
suara) 3) P Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan) 4) U
Unconcious (tiada apa-apa respon) A = Airway (Saluran pernafasan) =
Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut -
jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang
selesa
B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika
tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)= Pastikan nadi
mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak
lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
Menilai kecederaan TOTAPS
T- Talking ( bercakap )
O- Observe (memerhati)
T- Touch ( sentuhan)
A- Active ( aktif)
P- Passive (Pasif)
S- Skill (kemahiran )
LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
-Apa yang berlaku?
-Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
-Apa yang kamu rasa?
-Bahagian mana yang cedera?
-Adakah bahagian lain yang cedera?
-Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet-Adakah atlet/mangsa
tertekan ?
-Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara
biasa?
-Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
-Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
-Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera
dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.
-Adakah terdapat kelembutan?
-Adakah terdapat kecacatan?
-Adalah kawasan cedera panas?
Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi
fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
sakit berhenti.
-Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak
cedera terlebih dahulu.
-Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh atau terhad?
-Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah
kesakitan tersebut dirasai?
P- Passif (pasif)Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera
pada julat
pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.
-Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh?
-Bilakah kesakitan berlaku?
-Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan
yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau
hilang/bertambah julat pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan
yang normal tanpa kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan
pergerakan yang perlahan.
-Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
-Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan
latihan atau permainan
PEMBEBATANTujuan pembebatanA) Menahan pendarahanB) Membantu
mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran
yang boleh menyebabkan jangkitan.C) Mencegah jangkitan di tempat
luka.Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang
bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk
pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain
ini lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasana) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari
memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat
luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera
tersebut.
Pembalut (Bandages)Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut
digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara
jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembaluta) Penetapan tuap (sling) supaya tidak
bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segiKain anduh tiga segi merupakan kain yang
sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan
untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x
1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)Jenis-jenis Anduha) Anduh besar (large arm
sling)
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
menahan pendarahan anggota atas.
Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
mengampu kecederaan di bahagian bahu.
Mengampu tulang klavikal yang cedera.
Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal.
SISTEM PERNAFASAN
Definisi; satu sistem di mana Oksigen disedut masuk ke dalam
tubuh dan diedarkan keseluruh tubuh badan dan proses metabolisme
yang berlaku di dalam sel mengeluarkan karbon dioksida dari
tubuh.
-Bahagian yang terlibat dalam pernafasan; Salur udara
Paru-paru
Otot-otot pernafasan
Saluran udara
Rongga hidung
Naso faring
Larinks
Trakea
Bronkus
Bronkiol
-Saluran pernafasan berfungsi
menapis, memanas serta melembapkan udara masuk.
Mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara
Paru-paru
Gugusan alveoli
Salur kapilari
Otot-otot pernafasan
Otot-otot interkosta
Diafragma
RESUSITASI?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)
adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang
terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan
udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah
berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah
yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat
tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:
MULUT-KE-MULUTPenyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan
bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNGDilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan
muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa
ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang
sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut
mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan
perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk
membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT (EAR) Ini adalah kaedah pilihan untuk
melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat
boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti
sepenuhnya.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan
upaya pernafasan
Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir
lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu
seperti asma atau emfisema (perlu rawatan segera)
Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan
kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh
penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua
pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR Sianosis - kepucatan
Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5
kali dalam seminit
Prosedur EAR Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan
leher.
Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang
kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi
palsu)
Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan
pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan
kepalanya sejauh mungkin
Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung
mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan
pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung
dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat
seperti yang dilakukan kepada orang dewasa.
Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur
yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus
dengan cepat.
Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan
sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan
mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang
belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu
melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.
Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan
atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan
lagi kecederaan pada leher.
Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika
pernafasan dan nadi masih tidak ada.
Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan
resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain.
Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang
lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan
spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau
sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya
jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi
kardiopulmonari (CPR).
RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)Apakah CPR?
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan
yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut
dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus
ke seluruh anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada nadi
Kaedah: Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
( Pemulihan pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paru-paru dapat berfungsi semula
untuk mengepam darah disamping membekalkan oksigen ke seluruh
tubuh.
PERNAFASAN MULUT KE MULUT 1-Dgn keadaan mangsa baring melentang
anda hendaklah terlebih dahulu membuang bendasing dalam mulut.
2-Buka saluran udara dgn mencondongkan kepala ke belakang dan
dagu diangkat ke atas.
3-Tutup lubang hidung mangsa dgn memicitnya menggunakan ibu jari
dari jari telunjuk anda.Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir
anda di sekeliling mulut mangsa.
4-Tiup ke dalam mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa
bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan biarkan dada mangsa turun
perlahan-lahan. Berikan pernafasan berturut-turut
TEKANAN DADA 1-Keadaan mangsa baring terlentang di permukaan
rata.Berlutut di sisinya dan cari tulang selangka terakhir dgn
menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda. Sorotkan jari anda
ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang
selangka dan tulang dada.
2- Letakkan bahagian belakang tapak tangan keatas tulang dada,
sorot kebawah sehingga ia sampai ke jari telunjuk anda. Lakukan
tekanan pada titik ini.
3- Tindihkan tapak tangan anda dan selang-selikan jari-jari
anda.
4- Secara berbongkok dan dengan keadaan lengan yang lurus tekan
secara tegak keatas dada mangsa. Tekan lebih kurang 4-5 cm.
Kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan anda.
5- Ulangi tekanan sehingga 80 tekanan/minit tercapai
PERMASALAHAN PERNAFASAN
Penyakit Asma
menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya
radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga
menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya
seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.
penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti
pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan
berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
penyakit asmaadalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan
saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.
tanda dan gejalanya , antaranya :
Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Sesak
nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat
berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal dirongga dada atau
leher.
RAWATAN KECEMASAN Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.
Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke
depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat
udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya,
kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.
Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah
bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera
dapatkan bantuan perubatan.
Masalah jantung
Kecederaan kulit
Jenis kecederaan
Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu
di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah
seperti berikut :
Luka :
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras.
Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam
boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang
berlaku lebih serius.
Melepuh :
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan
permukaan yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan
mengelembung.
Melecet :
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain.
Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit
tidak cedera.
Rawatan Am Terbakar dan Melecura) Pindahkan mangsa ke tempat
yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa
ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau
alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh
mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini
disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan
peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan
mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera.
Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi
mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak
bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkalia) Tanggalkan pakaian yang terkena
bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang
banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat
untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk
meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya
terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang
mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan
kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaiana) Selimutkan mangsa dengan kain basah,
cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di
pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku,
rawatan renjatan perlu dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan kecederaan kulit
Pencegahan jangkitan
PENDARAHAN TERBUKA Definisi pendarahan terbuka
-Terkeluar darah daripada sistem pendaahan atau sistem edaran
tercedera Pendarahan berlaku melalui:
Pendarahan ArteriDarah keluar berwarna merah cerah/ terang
kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan
jantung.
Pendarahan VenaDarahnya berwarna merah tua kerana kurang
mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.
Pendarahan KapilariDarahnya keluar secara meleleh.
Prinsip mengawal pendarahan terbuka
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara
yang sempurna.
Bersihkan luka dari kotoran.
Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada
benda asing) jika ada buat balutan cincin.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara
iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada
tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
- Tahan darah secara tidak langsung tempat tekan nadi.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan.
Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
- Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir
keluar.
- Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda
renjatan.
- Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang
sesuai.
- Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit
tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
- Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk
renjatan.
- Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar
segera.
- Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
TERDEDAH KEPADA HABA YANG MELAMPAUSTRESS HABA Bagaimana stres
haba terjadi?
Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka
badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika
terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn
sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan
dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih
bahaya ialah strok haba akan menyerang.
Gejala dan tanda :-Heat exhaustion (Kehilangan air
berlebihan)*Gejala : Cirit birit dan muntah.
*Tanda :
1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
2. Hilang selera makan dan loya.
3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah
-Heat Stroke (Strok haba)*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba
dan menyebabkan mangsa
tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.
* Tanda :
-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.
-2. Lesu dan kebingungan.
-3. Kulit kering, merah dan panas.
-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.
-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.
-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.
-Heat Cramp (Kejang haba) *Gejala : Ketidakseimbangan air dan
elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di
gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan
elektrolit melalui perpeluhan.
*Tanda :
-1. Otot menjadi keras
-2. Pergerakan tidak normal
Langkah-langkah mengelakkan stres haba1. Menyesuaikan diri
dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya
seminggu sebelum hari pertandingan.
2. Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan
atau pertandingan.
3. Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling
sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi
mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.
4. Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.
Pengsan
Definisi Pengsan ( Syncope ) :
Kehilangan daya kesedaran yg disebabkan oleh penyusutan
sementara pengaliran darah ke otak
Tanda2:
Mangsa rebah
Denyutan nadi perlahan
Warna kulit pucat
Punca2:
Kecederaan di kepala
Stroke / pitam / serangan sakit jantung/renjatan
Darah beroksigen yg rendah ( hipoksia )
Keracunan yang dibekalkan ke otak termasuk alkohol dan dadah
Sawan dan suhu badan tidak normal
RAWATAN PENGSAN Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan
sendengkan bahagian kepala
Periksa pernafasan dan denyutan nadi
Jika mangsa muntah, letakkan mangsa dalam kedudukan
pemulihan
Periksa mangsa dengan pantas dan sistematik untuk kenalpasti
pendarahan luar atau keretakan tulang. ( sekiranya terdapat
pendarahan luar / keretakan tulang-hentikan pendarahan
Minta maklumat drp orang ramai yg menyaksikan kemalangan
Jika mangsa tidak memperolehi daya kesedaran dalam tempoh 3
minit, dial 999. Jika mangsa memperolehi daya kesedaran dlm tempoh
3 minit, nasihatkan mangsa berjumpa doktor
MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT
PERTIMBANGAN SEBELUM MENGANGKAT PESAKIT SEMASA KECEMASAN.
Kebakaran ataubahayakebakaran Bahan letupanataubahan-bahanberbahaya
Ketidakupayaan untukmelindungipesakitdaribahaya
Ketidakupayaanuntukmengaksespesakitlainyangmemerlukanpenjag Situasi
lainyangmempunyaipotensiuntukmenyebabkan kecederaan
Tidakmenyediakanpenjagaanmenyelamatkan nyawadisebabkan
olehlokasipesakitatau kedudukanPRINSIP MENGANGKAT
PESAKIT1.Pertimbangkan berat pesakit bersama-sama dengan berat
usungan atau peralatan lain yang sedang dijalankan dan menentukan
sama ada bantuan tambahan diperlukan.
2.Mengetahui keupayaan fizikal dan batasan anda.Tahu keupayaan
gabungan anda dengan pasangan anda.Jika benar-benar perlu, anda
boleh meminta penonton untuk membantu.Anda atau pasangan anda mesti
yang bertanggungjawab dan memberi perintah, tidak pengamat.
3.Angkat tanpa memulas.Elakkan sebarang gerakan berayun apabila
mengangkat
4.Kedudukan kaki lebar bahu anda selain dengan satu kaki sedikit
di hadapan yang lain.
5.Berkomunikasi dengan jelas dan kerap dengan pasangan anda.
beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan terlebih dahulu
.
PEMINDAHAN PESAKITPemindahan pesakit boleh dilakukan dengan
berbagai cara.
Antaranya ialah:
i. seorang pembantu (single helper)
ii. dua orang pembantu (double helpers)
iii. menggunakan penggusung (stretcher)
a) Seorang pembantu (Single Helper)
Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai
cara.
Antaranya ialah:
Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan
terutama kanak-kanak dan bayi.
Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan
atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan
beriringan dengan pembantunya.
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan
pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada
di dalam keadaan sedar.
Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala
mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu
pembantunya.
Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat
yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher
pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa.
Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan
mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke
belakang.
Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di
bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke
balakang.
a) Kaedah dua pembantu Duduk di atas dua tangan (two hand
seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di
atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah
lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan
yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari
arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah
kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk
kedua-dua bahagian lutut mangsa.
Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa.
Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.
Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk
mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya.
Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu
mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara
iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.
b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)
Pengusung gantian ( improvise stretcher)
1) menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di
keempat-empat bucunya.2) Menggunakan empat atau lima kain anduh
yang diikat di dua batang kayu.3) Menggunakan dua buah guni yang
ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni
itu.4) Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu
di dalamnya.5) Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja.
Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian
dibutangkan kancingnya. Jenis stetcher
Wheel stretcher Portable Scoop Flexible Basket Flexible Stair
chair Long backboard Short boardPRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN
PATAH
Definisi:
Merupakankecederaanyangmelibatkanmana-manabahagian tulang, sama
ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atausebagainya.
Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsunga)
Secara Langsung
Patahtepatpadatempatataupuncanya.Contohnyakenatembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.
Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami
kecederaan.Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot
yangsecara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah1. Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka dibahagian patah.b)
2. Patah riok(Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yangpatah
tertonjol keluar di bahagian luarkulit.
3. Patah melarat (Complicated fracture)
Patahyangmenyebabkanorganlainturutmenda
patkecederaan.d)
4. Patah Remok(Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping ataubeberapa bahagian.
5. Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulangpatahkepadaduabahagiandansalahsatunyaterbenam ke dalam
tulang yang patah itu.
6. Patah Rebung (Green Stickfracture)
Patahsecaramenyungkapdantidakterusputus.Biasanyaterjadi kepada
tulang kanak-kanak dan bayi.
7. Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulangyangpecahterbenamkebawahdanmenghimpitorganlain.Contohnya,tengkorakkepalayangterbenammenghimpit
otak
RAWATAN AWAL1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.
2. Jika terdapat luka, kawal pendarahan. Tekan luka dengan
pembebat yang bersih.
3. Bagi kaki yang patah, balut pada bahagian lutut dan buku
lali.
4. Bagi lengan, gunakan sling.
5. Dail 999 untuk dapatkan perkhidmatan ambulan.
6. Periksa peredaran darah pada tangan atau kaki setiap 10
minit.
TANDA-TANDA PATAH Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau
otot.
Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulangpatah.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau
otot.
Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
PRINSIP MENGURUS KECEDERAAN PATAH Prinsiprawatan
untukkecederaanpatahadalah seperti berikut :
Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam
nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagianpatahterluka, jangan sentuh. Tutup
dengan kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yangpatahmenggunakan belat
(splin), anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan
jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu
ketat.
KECEDERAAN TISU LEMBUT
DEFINISI :
Kecederaan yang dialami oleh tisu lembut dalam badan merangkumi
kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar, dan
lapisan yang melindungi organ2 tubuh. Kecederaan ini berpunca drpd
rentapan pd sendi yg menyebabkan tisu2 disekeliling terkoyak.
PUNCA2 KECEDERAAN
1. Ketegangan otot - otot separuh koyak
2. Koyakan otot - koyakan sepenuhnya pd otot
3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukanKategori mengikut tempoh masa
wujud
Acute(baru)-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru
berlaku
Chronic(lama)-kecederaan yang lama(masih sakit lagi
Kategori mengikut struktur badan
Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
Tisu keras : tulang
Kecederaan luaranKecederaan pada permukaan kulit & tisu di
bawah kulit
Luka- kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
Melecet- tergeris, epidermis dan terluka
Melepuh- kulit menggelembung dan ada air
Kecederaan dalamanKecederaan yang mekibatkan tisu-tisu badan
ligamen
tendon
otot
tulang
Faktor HARMKecederaan jenis tisu lembut, elakkan dari factor
berikut
Heat-tambah pendarahan
Alcohol-tambah bengkak
Running-terlalu awal kecederaan terlalu teruk
Massage-dalam 8-78 jam pertam menambahkan pendarahan atau
bengkak
(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat
Rawan terkoyak - Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan
tertekan. - Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat - Berlaku apabila
otot atau tendon dipendekkan atau diregangkan dengan kuat.
(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik
Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila otot dikerjakan
berlebihan dan diregang berlebihan. - Wujud hasil dari beberapa
minggu atau bulan. - Disebabkan oleh banyak punca keadaan.
Tendinitis - Berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau
digunakan berlebihan. - Kecederaan ini biasanya berlaku pada
tendontendon patela ( lutut ), achilles ( tumit ) bila melakukan
aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. - Kecederaan biceps
dan ratator cuff ( bahu ) pula adalah individu membuat aktiviti
bilangan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
Bursitis - Rongga sendi yang kecil, penuh cecair, terletak
antara tulang, otot, tendon dan tisutisu lain. - Berlaku bila
bahagian tertentu diasak. - Selalunya berlaku di siku dan lutut
Kontusi (contusion ) Disebabkan pukulan terus danmenyebabkan
cederapada saluran darah atau saluran halus putus - lebam dan
pendarahan dalaman.
Bengkak& pergerakan terbatas. Otot Terkoyak (muscle strain)
disebabkan olehpengecutan otot secara tiba -tiba atau
disebabkanketidakupayaan otot menanggung bebankerja berlebihan.
Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan
mengsa merasaikesakitan di bahagian tercedera.
Kekejangan otot ( muscle cramp)
Kontraksibuat sementara dan mengalami muscle spasmmenjadikanotot
rasa keras dan mangsa kesakitan.
berpunca dariatlit kurang cergas (dariaspek daya tahan
otot),kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam
badan (kehilanganair). Dislokasi ( dislocation ) berlaku bila
tulang sendi terkeluar dari asalnyakejadian di mana pergerakan yang
diluar dari julat asal.
Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak
atauterkeluardari tempat asal.
Tanda-tanda : a)Sakit yang sangat kuat pada bahagian
persendian.
b)Bengkak danlebam bahagian sendi.
c)Tidak dapatmengerakkan anggota yang tercedera.
d)Terdapatperubahan bentuk pada sendiyangtercedera.
e)Terdapattanda-tandaamrenjatan
Terseliuh berlaku bila ligamen sendi terkoyak @ teregang secara
tiba- tiba menyebabkan sendi tidak stabil. Tanda : bentuk ganjil
& cacat, bengkak dan lebam. Tergeliat (Sprain)
Cedera,terkoyakatauterpusingotot-ototdanligamentpadabahagian
persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.Tanda-tanda
dan Gejala tergeliata)Sakit bahagian yang tercedera.b)Bengkak
danlebam pada bahagian persendian.
c)Sakitapabilamenggerakkanbahagiancedera tetapimasih dapat
mengerakkan anggota tersebut.Prinsip mengurus kecederaan tisu
lembut Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang
cedera. Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan
aktiviti fizikalnya.
R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan ais pada bahagian yang cedera.
Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika
langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan.
Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali
sehari, jika boleh berbuat demikian.
R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam
pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di
tempat yang cedera. Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48
jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan
menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.
R.I.C.E - C ( Compression ) : Tekanan dikenakan pada bahagian
yang cedera dengan dua cara. Pertama, cara tidak langsung dengan
pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat
kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan. Perhatian
perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu
pengaliran darah.
R.I.C.E - E ( Elevation ) : Menaikkan bahagian yang cedera ke
paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan
mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring.
Nota :
Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang
cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan
perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa
sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.
RAWATAN KECEDERAANDR. ABC Sekiranya si mangsa tidak sedar diri,
maka periksa samada : ~ Saluran pernafasan tersekat atau tidak (
Airway ) ~ Kadar pernafasan normal ( Breathing ) ~ Pengaliran darah
berjalan ( Circulation )
DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan bahawa mangsa telah bebas
daripada bahaya disekitarnya. Contohnya, jika mangsa itu tersepit,
maka benda yang menyebabkannya tersepit telah disingkirkan
DR. ABC - R ( Response ) :Pembantu mula memerhatikan gerak balas
mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya
bergerak balas terhadap cahaya terang, suara panggilan, sebarang
bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau dan rasa. Jika tiada gerak balas
berlaku, mangsa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau
dalam keadaan terkejut.
DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan terdapat bukaan yang cukup
untuk laluan udara. Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk
membolehkan mangsa bernafas dengan baik.
DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan mangsa masih bernafas atau
tidak. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan jari di hadapan
hidungnya untuk mengesan hembusan udara atau melihat sama ada
mulutnya dibuka untuk bernafas. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan
pemulihan pernafasan handaklah diberikan dengan segera.
DR. ABC - C ( Circulation ) :Pastikan peredaran darah mangsa
masih baik. Ini dapat dilakukan dengan mengira nadi mangsa itu.
Kehadiran nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa itu masih
berdenyut. Nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantungnya lemah.
Jika terdapat punca kehilangan darah, contohnya luka, pendaharan
itu mesti dikurangkan dengan membalut luka tersebut.
Kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata
Kecederaan
Cara mengurus kecederaan
Kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan rawatan kecederaan
Fungsi bilik rawatan sukan
Tempat memberi rawatan
Saiz, lokasi, struktur dan pengelolaan dalaman bilik rawatan
Peralatan yang perlu ada di dalam bilik rawatan
Penyimpanan rekod
KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )Keperluan-keperluan
sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1.Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2. Kain anduh tiga segi
3. Kain kasa sucihama
4. Kapas
5. Kain pembalut gulung
6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7. Plaster
8. Ubat gosok atau minyak gosok
9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11. Garam cium ( smelling salt )
12. Penyepit ( forcep )
13. Buku catitan
14. Pin
15. Pen/pensel
Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya
bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi
mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak
pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah
atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan
mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh
kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak
mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi
bahan-bahan beracun.