Top Banner
KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU (BMM 1034) KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBAR Disediakan oleh : Vinoothini A/P Mannogaran
16

Presentation Kbm New

Nov 17, 2015

Download

Documents

kbm
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Slide 1

KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU (BMM 1034)KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARDisediakan oleh : Vinoothini A/P Mannogaran

* Rencana Berita Harian yang dicetak pada 31 Julai 2014/Khamis oleh Kamarul Shahid

KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARSalah : Bagi yang cuti panjang atau seperjalanan mereka boleh selesaikan masalah dengan mudah tetapi bagi bagi kampung di dua lokasi yang jauh, mereka terpaksa guna sistem giliran atau budi bicara keluarga tahun ini di kampung isteri, tahun depan di kampung suami dan seterusnya.Betul : Bagi yang cuti panjang atau seperjalanan mereka boleh menyelesaikan masalah dengan mudah tetapi bagi kampung di dua lokasi yang jauh, mereka terpaksa mengunakan sistem giliran atau budi bicara keluarga tahun ini di kampung isteri, tahun depan di kampung suami dan seterusnya.

1) Selesaikan menyelesaikanPenggunaan imbuhan yang tidak tepatSesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan.2) bagi bagi bagi Tertambah sesuatu perkataan semasa menulisKesalahan ini mungkin disilap tulis atau ditaip tanpa disedari.3) guna mengunakan Penggunaan imbuhan yang tidak tepatPerkataan guna perlu ditambahkan dengan imbuhan awal meng dan imbuhan akhir kan

Salah :Balik kampung bolehlah dianggap sebagai fenomena, malah pesta paling meriah dan satu pergerakan rakyat paling besar pada satu-satu masa di Malaysia.KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARBetul :Balik kampung bolehlah dianggap sebagai fenomena, malah pesta yang paling meriah dan satu pergerakan rakyat paling besar pada satu-satu masa di Malaysia.

4) pesta paling pesta yang paling

Penggunaan Kata Hubung Pancangan RelatifKata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil dengan menggunakan yang.

KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARSalah :Di kampung, melihat kepada jumlah kenderaan di miliki orang melayu hari ini menunjukkan mereka tergolong dalam kumpulan golongan mampu milik.Betul:Di kampung, melihat kepada jumlah kenderaan dimiliki orang melayu hari ini menunjukkan mereka tergolong dalam kumpulan golongan mampu milik.

5) di miliki dimiliki Kesalahan dari segi perbendaharaan kataPerkataan di tidak perlu dijauhkan sekiranya di belakangnya terdapat kata kerja.

KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARSalah :Biasanya senarai paling atas ialah kerana mereka mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu dan bapa terutama mereka yang jarang pulang ke kampung.Betul :Biasanya senarai paling atas ialah mereka mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu dan bapa terutama mereka yang jarang pulang ke kampung.

6) ialah kerana ialahIalahdan kerana merupakan kata hubung.Hanya satu kata hubung boleh digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa pada satu masa.

KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARSalah :Ada yang berhijrah sebaik saja tamat alam persekolahan untuk mencari pekerjaan di bandar atau mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan atau swasta, mengikut suami, menuntut institut pengajian tinggi di luar negara dan sebagainya.Betul :Ada yang berhijrah sebaik sahaja tamat alam persekolahan untuk mencari pekerjaan di bandar atau mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan atau swasta, mengikut suami, menuntut institut pengajian tinggi di luar negara dan sebagainya.

7) Saja sahaja Penggunaan kata percakapanPerkataan saja merupakan kata percakapan perkataan sahaja

KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARSalah : Fenomena meninggalkan kampung berlaku seawal usia 12 tahun apabila anak ditawar untuk belajar di sekolah berasrama penuh.Betul : Fenomena meninggalkan kampung berlaku seawal usia 12 tahun apabila anak ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh.

8) Ditawar ditawarkan Penggunaan imbuhan yang tidak tepat Perlu disertakan dengan imbuhan akhir iaitu kan.

Salah : Walaupun balik kampung sering berlaku setiap kali cuti awam yang panjang atau apa bila keluarga mengadakan kenduri kendara, nikah kahwin dan pelbagai urusan lain, suasana pada Aidilfitri ini sangat berbeza.KESALAHAN BAHASA DALAM RENCANA AKHBARBetul : Walaupun balik kampung sering berlaku setiap kali cuti awam yang panjang atau apabila keluarga mengadakan kenduri-kendara, nikah / kahwin dan pelbagai urusan lain, suasana pada Aidilfitri ini sangat berbeza.

9) apa bila apabila Kesilapan ejaanTidak perlu jarak antara perkataan tersebut10) kenduri kendara kenduri-kendaraTanda sempang perlu digunakan untuk menyambungkan kata yangdiulang dan kata ganda.11) nikah kahwin nikah / kahwin Mengandungi maksud yang sama.