NAMA PENSYARAH: Ustaz Mahadi bin Mohamad NAMA PELAJAR: Nurul Wafa’ Binti Mohd Ali (033239) Nik Nor Zuraidah Binti Nik Sidek (033044) Rabiatul Adawiyah Binti Ahmad (032967) Siti Nur Jamilah Binti Mohd Nasir (032993) USULUDDIN DENGAN KAUNSELING SEMESTER 5 2014|2015
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
NAMA PENSYARAH:Ustaz Mahadi bin Mohamad
NAMA PELAJAR:Nurul Wafa’ Binti Mohd Ali (033239)Nik Nor Zuraidah Binti Nik Sidek (033044)Rabiatul Adawiyah Binti Ahmad (032967) Siti Nur Jamilah Binti Mohd Nasir (032993)
USULUDDIN DENGAN KAUNSELING SEMESTER 52014|2015
TAJUK:
Berzikir Secara Beramai-ramaiDikatakan Bidaah.
Menjadi salah satu isu palingsensitif dalam kalangan umat islamdi Malaysia pada masa kini.
Disensasikan oleh golonganekstrem tertentu.
Mereka menghukumkannyasebagai bidaah yang sesat.
HUJJAH GOLONGAN PENENTANG MAJLIS ZIKIR
Kitab al- Sunnah Wal al-Bid’ah (hal. 41)
Apabila dibuat kajian mengenai kesahihan hadis ini, lafaz hadis ini didapati tidak pernah wujud dalam kitabSunan al-Darimi. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis lain. Maka, status hadis ini adalah dha’if dan
tidak kuat untuk dijadikan hujjah.
Hadis ini dha’if kerana perawinya:
1) Al-Rabi’ bin Sobih الربيع بن صبيح ) )
- Seorang yang benar, tetapi lemah hafalannya.- Seorang ahli ibadah dan ahli peperangan.
2) ‘Ata’ bin al-Saa’ib عطاء بن السائب ) )
- Seorang yang thiqah (boleh dipercayai) tetapi berlaku kecelaruan darisegi hafalannya kerana lemah daya ingatannya pada akhir hidupnya.
3) Abu al-Bakhtari أبو البخرتي ) )
- Tidak sempat bertemu dengan Abdullah bin Mas’ud (terputus sanad).- Seorang pembohong, pendusta dan pereka hadis palsu dan hadis maudhu’.
ULASAN HADIS
MARI KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI
1. Dalil-dalil2. Ulasan Para
Ulama Muktabar
TUJUANNYA:
• Memberi pengetahuan
• Kesedaran Kuat
KukuhMantap
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w suatu ketika telah keluar menuju ke arah suatumajlis perhimpunan para sahabatnya. Lantas rasulullah s.a.w bertanya “apakahyang menyebabkan kamu semua duduk di sini?” lalu mereka menjawab: “ kami semua duduk di sini kerana berzikir kepada Allah s.w.t, memuji-mujiNYa keranatelah memberi hidayah untuk kami kepada Islam dan kerana nikmat kurniaan-
Nya untuk kami.
Lantas Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Demi Allah, tidak ada yang menyebabkankamu duduk disini melainkan yang demikian itu? Mereka semua menjawab:
“demi Allah, tidak ada yang mendorong kami duduk berhimpun disini melainkankerana itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “ sesungguhnya bukanlah aku meminta kamu semuabersumpah kerana beranggapan kamu berbohong, tetapi sesungguhnya Jibrail
telah mendatangiku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t berbanggamenyebut-nyebut kebaikan kamu dan memuji-mujinya dihadapan para
malaikatNya.
HUJAH 1
Hadis Riwayat Imam Muslim:
Berhimpun secara beramai-ramai untuk berzikir mengingati Allah bukanlah amalan bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Para sahabatberhimpun dan
berkumpulberamai-ramaidalam masjid kerana inginberzikir pada
Allah
Bahkanamalansunnah
yang sangat
digalakandalamIslam.
Allah berbanggadihadapan para
malaikat-Nya denganmenyebut-nyebut danmemuji-muji tindakanpara hambaNya yang berhimpun beramai-ramai kerana berzikir
mengingatiNya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim :
“Daripada Abu Hurairah r.a, katanya : “Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya Allah
SWT memiliki kumpulan para malaikat yang meronda-ronda pada jalan-jalan laluan orang-
orang Islam, mencari-cari orang-orang yang sedang berzikir. Oleh itu, apabila mereka
menemui suatu kaum yang sedang berzikir mengingati Allah SWT, maka mereka akan segera
memangiil para malaikat yang lain dengan berkata : “marilah ke mari dengan segera ke tempat
tujuan kamu.” Rasulullah SAW bersabda lagi : “Lalu para malaikat tersebut mengelilingi
disekeliling orang-orang yang berzikir, dengan sayap-sayap mereka, sesetengahnya berdiri di
atas sesetengah yang lain sehingga berakhir sampai ke langit dunia.” Rasulullah SAW
bersabda : “Maka tuhan mereka bertanya kepada mereka (iaitu para malaikat), sedangkan Dia
lebih Mengetahui keadaan hambaNya daripada mereka : “Apakah yang diucapkan oleh
hamba-hambaKu?” Lalu para malaikat menjawab : “Para hambaMu mengucapkan tasbih,
takbir dan tahmid kepadaMu, juga menyebut-nyebut nama kemuliaanMu.” Rasululullah SAW
bersabda lagi : “Maka Allah bertanya pula : “Adakah para hambaKu melihatKu semasa
berzikir?” Lantas para malaikat menjawab : “Jika mereka dapat melihatMu, nescaya mereka
menjadi lebih kuat beribadah, lebih kuat mengagung-agungkan dan memuji-muji Kamu dan
semakin banyak lagi ucapan tasbih mereka kepadaMU.
ULASAN HADIS
I. Pengajaran yang dapat diambil daripadagabungan semua sanad hadis ini, yangdimaksudkan dengan majlis-majlis zikirialah majlis-majlis yang mengandungiamalan berzikir kepada Allah SWTdaripada semua jenis zikir (tasbih, takbirdan selain keduanya) untuk kebaikandunia dan akhirat.
II. Syeikh Abdul Rahman al-Mubarakfuri mengulas bahawa Imam al-’Aini berkata dalam
kitabnya “al-Umdah”, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “mencari-cari orang
berzikir” merangkumi solat fardhu dan sunat, membaca al-Quran, membaca hadis,
mengajar ilmu-ilmu agama, melakukan perbincangan dengan para ulama’ dan
seumpamanya. Berlaku perbezaan pendapat antara al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani
dan Imam al-’Aini dalam permasalahan apakah yang dimaksudkan dengan majlis-
majlis zikir dan orang-orang berzikir dalam hadis (makna khusus atau makna umum).
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani memilih makna khusus kerana melihat dan merujuk
kepada makna zahir lafaz-lafaz hadis daripada pelbagai riwayat. Sementara Imam al-
’Aini memilih makna umum kerana melihat dan merujuk kepada apa yang terkandung
dalam pelbagai riwayat daripada lafaz-lafaz zikir hanya merupakan contoh-contoh
lafaz zikir sahaja. Secara zahirnya maksud sebenar yang dikehendaki dalam hadis
adalah makna khusus sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar.
III. Syeikh al- Mulla Ali al-Qari berpandangan bahawa
pendapat yang paling tepat dan kuat ialah pandangan Imam
al-”Aini iaitu makna umum. Ia juga merangkumi solat fardhu
berjemaah dan solat sunat berjemaah, membaca hadis-hadis
Nabi SAW, mempelajari dan menghadiri kuliah ilmu-ilmu
agama, mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan
hal ehwal agama dan sebagainya. Beliau menyatakan lagi
bahawa membaca al-Quran adalah lebih afdhal daripada
segala jenis zikir. Segala jenis doa dan istighfar juga
termasuk dalam kategori zikir.
Solat juga mengandungi bacaan ayat-ayat suci al-Quran di
dalamnya, zikir-zikir khusus yang dibaca dalam rukun-rukun
tertentu, selawat atas Nabi SAW dan kaum kerabatnya dan
doa-doa khusus. Oleh sebab itu, dalam konteks ibadah solat,
lebih sesuai dan lebih releven kalau masukkan solat fardhu dan
solat sunat yang dilakukan secara berjemaah dalam kumpulan
majlis-majlis zikir.
Begitu juga dengan pengajian ilmu hadis. Kerana dikhususkan
kepada pembaca hadis-hadis Nabi. Sudah pasti nama Nabi
akan selalu disebut dan selawat ke atasnya secara tidak
langsung. Justeru, amat sesuai kalau dimasukkan juga
pengajian ilmu hadis dalam kumpulan majlis-majlis zikir.
PENGAJARAN HADIS
Kelebihan majlis zikir, orang-orang yang berzikir, berkumpul untuk berzikir,
dan orang yang duduk bersama-sama dengan orang-orang berzikir secara
tidak langsung akan termasuk dalam ahli kumpulan ini, akan memperolehi
semua kelebihan yang dianugerahkan dan sebagai suatu penghormatan
kepada mereka walaupun orang tersebut tidak bersama-sama dengan
mereka yang berzikir pada permulaan majlis zikir.
Ada ulama berpendapat bahawa zikir daripada anak Adam lebih tinggi dan
lebih mulia kedudukannya daripada zikir para malaikat. Hal ini kerana zikir
anak Adam dalam keadaan banyak gangguan dan mempunyai pelbagai
halangan.
( : ص)عن أيب هريرة وأيب سعيد اخلدري أهنا شهدا على النيبملالئكة أنه قال ال يقعد قوم يذكرون هللا عز وجل إال حفتهم ا
.فيمن عندهوغشيتهم الرمحة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم هللا
Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id Al-Khudri r.a.: “Sesungguhnya kedua-duanya bersaksi atas kenyataan Nabi SAW telah bersabda: “Tidak duduk berhimpun suatu kaum untuk berzikirkepada Allah SWT melainkan para malaikat melingkungi merekadengan sayapnya-sayapnya, rahmat Allah akan menyelubungimereka dan ketenangan akan turun atas mereka dan Allah SWT dengan bangganya menyebut-nyebut dan memuji-muji kebaikandan ibadah yang mereka lakukan di hadapan para nabi dan paramalaikat-Nya.”
(Sahih Muslim, jil.13, hal.212)
HUJAH 3
Hadis tersebut juga telah diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Muslim, Ibnu Majah,
Abu Daud Al-Thoyalisi, Abdu Ibnu
Humaid, Abu Ya’la Al-Musili, Ibnu
Hibban, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu
Syahin daripada Abu Hurairah r.a. dan
Abu Sa’id Al-Khudri r.a. yang berbunyi:
املالئكةما من قوم يذكرون هللا إال حفت هبم: قال( ص)أن رسول هللا •.عندهوغشيتهم الرمحة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم هللا فيمن
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: “Tidak ada suatu
kaum yang berkumpul dan berhimpun semata-mata untuk
berzikir kepada Allah SWT melainkan para malaikat
melingkungi mereka dengan sayap-sayapnya, rahmat Allah
SWT akan menyelubungi mereka dan ketenangan akan
turun kepada mereka dan Allah SWT dengan bangganya
menyebut-nyebut dan memuji-muji kebaikan dan ibadah
yang mereka lakukan di hadapan para nabi dan para
malaikat-Nya.”
(Riwayat At-Tirmidzi dalam As-Sunan no. 3378)
Berzikir secara berseorangan atau berzikirsecara beramai-ramai tiada masalah.
Berzikir secara berjemaah itu dalilnyaterdapat dalam hadith yang sahih.
Bagaimana boleh menghukum zikir secaraberjemaah adalah sesat dan masuk nerakasedangkan Rasulullah tidak melarangnyabahkan ada nas yang sahihmembolehkannya