OLEH: TUAN MASTURA TUAN SOH NURAZIDAWATI MOHAMAD ARSAD RIAN VEBRIANTO PM. DR. KAMISAH OSMAN
OLEH:TUAN MASTURA TUAN SOH
NURAZIDAWATI MOHAMAD ARSADRIAN VEBRIANTO
PM. DR. KAMISAH OSMAN
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa kini, bidang pendidikan memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi
Satu daripada enam teras strategi dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar
Daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), terdapat banyak jurang pendidikan yang telah dikenalpasti antara lokasi bandar dan luar bandar serta jantina pelajar terutamanya dalam mempelajari mata pelajaran sains
Dalam era pendidikan masa kini, pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran utama setiap pelajar dan pihak sekolah serta institusi pendidikan
Selain daripada keputusan peperiksaan, pencapaian pelajar juga diukur dari segi penguasaandan pemahaman terhadap apa yang dipelajari, peningkatan konsep kendiri dan kemampuan untuk berinteraksi serta berkomunikasi secara berkesan
Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat peranan lokasi sekolah dan jantina murid dalam mempengaruhi pembentukan kemahiran abad ke-21 pelajar
Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari
Untuk berdaya saing dalam era digital, tenaga kerja negara seharusnya fasih dalam bahasa dan mahir mengendalikan teknologi.
Di sinilah tanggungjawab sistem pendidikan dalam menyediakan murid menghadapi cabaran global abad ke-21.
Kemahiran abad ke-21 bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem pendidikan negara tetapi merupakan perluasan kemahiran tradisional yang mengadaptasikan teknologi dan persekitaran kerja baru.
Douglas Ruskoff dalam Playing the Future (1996) dalam NCREL (2002) menyatakan; ”Students are natives to cycberspace, where the rest of us are immigrants”. Kanak-kanak pada hari ini mempunyai pandangan terhadap dunia yang berbeza dengan orang dewasa.
Hal ini kerana mereka membesar dengan akses terhadap maklumat dan idea tanpa batasan yang diperoleh daripada media interaktif.
Akses murid terhadap peralatan abad ke-21, dalam laporan Prensky (2001) menyatakan bahawa masa harian kanak-kanak diisi dengan menggunakan komputer, permainan video, pemain muzik digital, telefon dan berbagai-bagai lagi peralatan dalam dunia digital.
Abad ke-21 merupakan era di mana sektor pekerjaan memerlukan pekerja berkemahiran kebolehpasaran yang meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, bekerjasama dalam pasukan dan kesediaan mempelajari sesuatu yang baru (National Institute of Literacy and the Small Business Aministration 1999).
Menurut NCREL: enGauge 21st century skills (2002), kemahiran abad ke-21 mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan–kemungkinan yang bakal dihadapi dalam masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi dan canggih yang sentiasa berubah serta penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.
Secara khususnya, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui peranan lokasi sekolah dan jantina murid tingkatan empat dalam membentuk kemahiran abad ke-21.
Jadual 1 Konstruk dan bilangan item soal selidik yang dibina
Rajah 1. Kemahiran Abad Ke-21 Mengikut M-21CSI
Rajah 2. Peranan Lokasi Sekolah dan Jantina Murid terhadap M-21CSI
Jenis Kemahiran Kesan Utama Nilai kesignifikanan
Tindakan
Literasi Era Digital JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.006**0.089**0.834**
Signifikan (eta squared=0.10)Tidak signifikanTidak signifikan
Pemikiran Inventif JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.763*0.006*0.829*
Tidak signifikanSignifikan (eta squared=)
Tidak signifikan
Komunikasi Berkesan
JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.029**0.639**0.447**
Signifikan (eta squared=)Tidak signifikanTidak signifikan
Produktiviti Yang Tinggi
JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.616*0.366*0.491*
Tidak signifikanTidak signifikanTidak signifikan
Norma dan Nilai Kerohanian
JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.931*0.000*0.145*
Tidak signifikanSignifikan (eta squared=)
Tidak signifikan
Kemahiran Abad ke-21
JantinaLokasiJantina*Lokasi
0.466*0.011*0.839*
Tidak signifikanTidak signifikan Tidak signifikan
Rumusan Analisis ANOVA dua hala
* Signifikan pada aras 0.01, **Signifikan pada aras 0.05
Analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor
min yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid tingkatan empat dari segi literasi era digital dan komunikasi berkesan, manakala dari segi lokasi sekolah terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian.
Daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa lokasi sekolah dan jantina pelajar turut memainkan peranan dalam pembinaan kemahiran abad ke-21 pelajar.
Justeru, pihak tenaga pengajar khususnya hendaklah tahu tentang keanekaragam pelajar mereka serta menggunakan serta menyesuaikan pendekatan yang berbeza-beza mengikut situasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memiliki keupayaan yang diharapkan.