Top Banner
24

PPT-Pusat-pembelajaran2

Sep 05, 2015

Download

Documents

ivytan2191

Pusat-pembelajaran
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • A. KEPENTINGAN PUSAT PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH

  • Dalam pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, pengurusan ruang adalah satu perkara yang penting dalam melaksankan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

    Dalam penyediaan aktiviti, guru perlu mengambil kira ruang dan pusat pembelajaran khusunya untuk menyediakan aktiviti kelas dan kumpulan.

    Dalam menjalankan aktiviti, murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan.

    Ruang pembelajaran yang disediakan perlulah lengkap dan kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid .

  • MENURUT ROHANI ABDULLAH (2003), RUANGPEMBELAJARAN DALAMBILIKDARJAHPRASEKOLAHSEHARUSNYA DIBAHAGI KEPADA PUSAT PEMBELAJARAN TERTENTU BAGI MEMBOLEHKAN:

    Murid nampak lebih jelas pilihan ruang apabila menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif. Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk ,warna dan sebagainya.
  • PUSATPEMBELAJARANATAUSUDUTYANGPERLUADA
    DALAMSEBUAHBILIKDARJAH PRASEKOLAH BERDASARKAN KOMPONEN PEMBELAJARAN IALAH:

    Pusat bahasaPusat manipulatifPusat drama atau main masak-masakPusat seni dan krafPusat kognitif (sains dan matematik)Pusat teknologiPusat kerohanian dan moralPusat perbualan awal
  • PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Pusat Bahasa dan komunikasi diwujudkan untuk membolehkan muid:

    Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

    Mempertingkatkan interaksi dengan bahan ( gambar , bahan maujud, carta, model, bahan cetakan dan lain-lain)

    Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata

    Memupuk sikap sayangkan bahan bacaan

    Menanam minat membaca

    Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis

    Membina keyakinan diri .

  • PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL

    Pusat Kerohanian dan Moral menyediakan persekitaran yang membolehkan murid :

    Memupuk semangat cintakan agama

    Memupuk nilai dan akhlak yang baik

    Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam

    Memupuk seamangat cintakan Negara .

  • PUSAT KOGNITIF
    (ASAS SAINS DAN MATEMATIK)

    Pusat kognitif embantu menyediakan situasi pembelajaran yang bertujuan untuk :

    Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang proses sains dan matematik.

    Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor, asas nombor dan asas sains.

    Meningkatkan kemahiran proses sains seperti membuat pemerhatian , pengelasan, perbandingan dan menjalankan ekperimen.

    Meningkatkan kemahiran berfikir dan proses sains seperti seperti :

    Memerhati

    Mengelas

    Menyelesaikan masalah

    Menjalankan eksperimen

    Membuat ramalan









  • PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA
    (PENDIDIKAN SENI DAN PENDIDIKAN MUZIK)

    Susun atur dan peralatan serta bahan dalam pusat ini membolehkan murid:

    Mengecam danmembezakan pelbagai bunyi seperti bunyi haiwan, bunyi alam semula jadi dan bunyi alat muzik.

    Menikmati muzik melalui :

    - Alat muzik/genderang

    - Alat ciptaan sendiri

    - Alam sekitar

    Melahirkan dan meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi

    Menjalankan penerokaan pelbagai bahan semulajadi dan kitar semula

    Menjalankan penerokaan konsep tekstur, saiz, warna dan bentuk .

    Menghasilkan sesuatu rekaan atau ciptaan pelbagai bahan .

  • PUSAT TEKNOLOGI

    Pusat ini diwujudkan bagi membolehkan murid:

    Menggunakan pelbagai peralatan teknologi

    Memperolehi maklumat

    Berinteraksi dengan bahan teknologi untuk belajar mengikut kemampuan sendiri

    Memperkaya pengalaman pembelajaran.

  • PUSAT MANIPULATIF

    Pusat ini diwujudkan bagi membolehkan murid:

    Meninngkatkan koordinasi motor halus

    Menumpukan aperhatian dan meningkatkan ketekunan

    Menggunakan kemahiran baerfikir bagi menyelesaikan masalah

    Melahirkan imaginasi dan kreativiti

  • PUSAT MAIN PERANAN

    Pusat main peranan boleh diwujudkaaan di ruang dalam kelas.aktiviti main peranan yang dijalankan membolehkan murid:

    Menjalankan aktiviti sendiri

    Berinteraksi dan berkomunikasi

    Mengalami suasana seperti rumah, klinik kedai dan lain-lain

    Melahirkan emosi, minat dan bakat.

    Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman

    Memupuk nilai murni

    Melahirkan semangat perpaduan anatara kaum


  • B. BAGAIMANA MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF

  • Pusat Kerohanian dan Moralperlu menyediakan persekitaran yang membolehkan murid

    Memupuksemangatcintakanagama dan perpaduan.

    Memupuk nilai dan akhlak yang baik.

    Menyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alam.

    Memupuk seamangat cintakan Negara.

    Memupuk nilai menjadi suatu amalan.

  • SAMBUNG

    Unsur yang diterapkan dalam pusat ini hendaklah ringkas, mudah dan padat. Contohnya: menggunakan kad gambar untuk menerangkan sesuatu nialai moral.Murid dididik dengan nilai-nilai murni contohnya bertanggungjawab, baik hati,kepercayaan kepada Tuhan, hormat-menghormati, berterima kasih. Nilai-nilai murni ini dipupuk agar dapat diaplikasi semasa aktiviti dijalankan.
  • CONTOH PUSAT PEMBELAJARAN KEROHANIAN DAN ISLAM

  • Pusat kerohanian dan Moral

    Tunjang kerohanian , sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral .Pusat Kerohanian dan Moral terdiri daripada dua jenis ruang, iaitu Ruang Pendidian Agama Islam dan Ruang Pendidikan Moral.Pusat kerohanian dan Moral menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak :Memupuk semangat cintakan agama.Memupuk nilai dan akhlak yang baikMenyedari adanya Tuhan sebagai pencipta alamMemupuk semangat cintakan Negara
  • Kanak-kanak dididik dengan nilai-nilai murni contohnya bertanggungjawab, baik hati, kepercayaan kepada Tuhan, hormat-menghormati, berterima kasih,. Nilai-nilai murni ini dipupuk agar dapat diaplikasi semasa aktiviti digalakkan.Ruang Pendidikan Agama Islam Tujuan diwujudkan pusat ini adalah untuk :Memupuk semangat cintakan agama dan perpaduanMemupuk nilai dan akhlak yang baikMenyedari adalah Tuhan sebagai pencipta alam.Kanak-kanak dibimbing bersuci, berwuduk , melakukan pergerakan solat. Selain mengenal asas bahasa Al-Quran, menghafaz beberapa surah. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui aktiviti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid dan bermain.
  • d. Bagaimana cikgu dapat memupuk nilai dalam aktiviti harian?

  • Bagi aspek estetika guru sepatutnya boleh merancang, mengurus dan melaksanakan fizikal dan estetika Kreativiti seperti Seni Visual, Muzik, Drama dan Gerakan Kreatif.

    Contohnya guru yang hendak mengajar perkembangan motor halus dan aktiviti bagi kanak-kanak ialah menggunakan tangan untuk meramas santan. Guru menerangkan caramemerah santan menggunakan tangan dan tidak menggunakan mesin untuk menjimatkan tenaga elektrik.

  • b. Murid-murid juga akan melakukakan hafazan bagi surah-surah pendek dan doa-doa pilihan.

    Manakala dalamPendidikan Moralmurid-murid akan dipupuk dengan perlakuan-perlakuan bermoral sepanjang berada di prasekoah.

    Nilai-nilai yang akan difokuskan adalah terkandung dalam KSPK dan diantaranya adalah seperti kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi, hormat-menghormati dan sebagainya.



  • c. Melalui lakonan serta komunikasi yang berkisarkan kehidupan seharian serta nilai-nilai yang perlu ada.

    Sebagai contoh: melakonkan watak ibu yang membasuh baju menggunakan mesin basuh dengan jumlah yang banyak untuk menjimatkan tenaga ataupun aktiviti membaca arahan untuk membuat pembakar solar.

  • Terima Kasih.