Top Banner
AQIDAH DAN AKHLAK LARANGAN BERBOHONG DALAM ISLAM AHLI KUMPULAN TITA EFTITA BINTI AMAT SAMSUDIN NURUL ANIS NABILAH BINTI MOHD REDUZAN NUR FARAH AFIQAH BINTI MOHD FADZLI SITI HAMIDAH BINTI MAHBUD FAKULTI : PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN SESI : 2011/2012
10

Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

Nov 12, 2014

Download

Education

Hamidah Harith

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

AQIDAH DAN AKHLAKLARANGAN BERBOHONG

DALAM ISLAM

AHLI KUMPULAN TITA EFTITA BINTI AMAT SAMSUDIN

NURUL ANIS NABILAH BINTI MOHD REDUZAN NUR FARAH AFIQAH BINTI MOHD FADZLI

SITI HAMIDAH BINTI MAHBUD

FAKULTI : PERUBATAN DAN SAINS KESIHATANPROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHANSESI : 2011/2012

Page 2: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

OBJEKTIF Mengetahui makna, hukum dan dalil

pengharaman berbohong

Mengetahui akibat atau balasan bagi manusia yang berbohong

Mengetahui sama ada, ada kondisi di mana berbohong adalah dibolehkan

Mengetahui hikmah pengharaman berbohong

Page 3: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

DEFINISI BOHONG

DARI SUDUT BAHASA

Bohong dalam Bahasa Arab disebut “kizb”, berasal dari kosa kata “kaziba” yang merupakan lawan kata sadaqa yang bererti benar atau jujur. Pelaku bohong itu disebut kazib dan apabila sering melakukan kebohongan maka pelakunya disebut kazzâb.

Definisi bohong berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka ialah percakapan yang berlainan daripada perkara yang sebenarnya

Page 4: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

DARI SUDUT SYARIAT ISLAM Syaikhul Islam Imam al-Ghazali mengertikan dusta atau

bohong adalah “Bentuk tidak seimbangnya antara lahir dan batin, antara berbuat dan berkehendak serta antara perbuatan lidah dan perbuatan hati.”

Raghib al-Ashfahani berkata: “Asal jujur dan bohong adalah dalam perkataan, baik itu pada perkara yang telah lampau, akan datang, atau berupa sebuah janji. Dinamakan bohong karena ucapannya menyelisihi apa yang ada di dalam hatinya.”

Berkata Imam Nawawi: “Ketahuilah, madzhab Ahlus Sunnah berkata bahawa bohong adalah menkhabarkan sesuatu yang menyelisihi kenyataannya, sama saja engkau sengaja atau tidak sengaja. Orang yang berbohong dengan tidak sengaja, maka tidak ada dosanya, akan tetapi ia akan berdosa apabila melakukannya dengan sengaja.”

DEFINISI

Page 5: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

HUKUM BERBOHONGHARAM Firman Allah swt:“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka-reka pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mereka-reka pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.”( 116 : an-Nahl)

Page 6: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

SITUASI YANG DIBENARKAN BERBOHONG1. Ketika Perang2. Mendamaikan Antara Dua Orang

Yang Sedang Berbalah3. Antara Suami Dan Isteri

Page 7: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

AKIBAT/BALASAN BAGI MANUSIA YANG BERBOHONG

1. Para Pendusta Tidak Akan Mendapat Hidayah

2. Ia Dijauhkan Dari Rahmat Dan Mendapat Laknat Dari Allah

3. Dusta Menyebabkan Pelakunya Menuju Kejahatan.

4. Tercalit Salah Satu Sifat Kemunafikan5. Melakukan Khianat Yang Besar.6. Dusta Menyebabkan Keraguan,7. Tidak Mendapat Berkat.

Page 8: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

KISAH TELADANRASULULLAH SAW TIDAK BERBOHONG

WALAUPUN KETIKA BERGURAU

Contoh gurauan Rasulullah SAW dapat dilihat menerusi berikut:

1. Ibu saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Safiyyah binti Abdul Muttalib memohon agar Rasulullah mendoakannya syurga. Maka Rasulullah berkata bahawa orang tua tidak akan masuk syurga. Kata-kata Rasulullah ini telah menyebabkan ibu saudara baginda yang sudah tua itu menangis. Rasulullah kemudian menerangkan maksud sebenar kata-katanya tadi iaitu penghuni syurga dijadikan muda belaka, sudah tentu tiada orang tua yang memasuki syurga.

2. Daripada riwayat Anas bin Malik, telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya". Lalu jawab Rasulullah "Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya". Kemudian Rasulullah pun menerangkan maksud kata-katanya iaitu setiap unta adalah anak kepada unta yang lain, jadi bukanlah bermaksud baginda akan memberikan unta kecil bahkan unta dewasa yang menjadi anak kepada unta yang lain.

Page 9: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

HIKMAH PENGHARAMAN BOHONG

Memupuk jati diri Islam dalam memerangi nafsu jahat

Disenangi dan dipercayai oleh orang lain Urusan harian dapat dilaksanakan

dengan lancar Mematuhi sunnah Rasulullah untuk

meninggalkan sifat-sifat buruk Membina suasana yang harmoni dalam

kalangan masyarakat

Page 10: Ppt akidah dan akhlak (berbohong)

RUJUKAN Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (2011). PERIBADI MUSLIM. Edisi

Pertama. Selangor : Yamani Angle SDN BHD.  Emri El Wahab (2011), Fitrah Islami Online, BOHONG YANG

DIBENARKAN, http://fitrahislami.wordpress.com/tag/hukum/

Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM) (2012). Web Rasmi JAKIM. JANGAN BERBOHONG. http://www.islam.gov.my/e-hadith/jangan-berbohong

DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKR (2011). Madah Insan Yang Murni. SETIAP INSAN DIBALAS. http://madahalinsani.blogspot.com/2011/08/setiap-amalan-dibalas.html

Laman seri (2011). GURAUAN RASULULLAH SAW.http://laman-seri.blogspot.com/2011/11/gurauan-rasulullah-saw.html