ISSN 1985-0220 FEBRUARI - MEI 2015 Bil.1/2015 olume ccuracy peed ms 34 Sekitar Sekitar PROGRAM BOOKS4U 2015 PROGRAM BOOKS4U 2015 ms30 Membudayakan ICU Sihat Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat ms 05 Menarik Edisi FEBRUARI - MEI 2015 ms 8 Sihat I I MY JOB MY JOB BEKERJA SEBAGAI SATU SATU PASUKAN PASUKAN Bersama YBHG. DATO' KETUA PENGARAH ICU JPM Temubual Temubual Eksklusif ms 14 BERJIHAD Beri Perkhidmatan TERBAIK ms 13
40
Embed
PPROGRAM BOOKS4U 2015 ROGRAM BOOKS4U 2015 30 …Kursus Pengendalian Peralatan Audio dan PA Sistem 33 ... memperkenalkan sistem percukaian baharu itu bagi mendapatkan hasil negara yang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISSN 1985-0220 FEBRUARI - MEI 2015
Bil.1/2015
olume ccuracy peed
ms34
Sekitar Sekitar PROGRAM BOOKS4U 2015 PROGRAM BOOKS4U 2015 ms30
Membudayakan
ICUSihat
Pekerja SihatProduktivitiMeningkat
ms05
Menarik Edisi FEBRUARI - MEI 2015
ms8
Sihat
II MY JOBMY JOB
BEKERJASEBAGAISATUSATUPASUKANPASUKAN
BersamaYBHG. DATO'KETUA PENGARAHICU JPM
TemubualTemubual Eksklusif
ms 14
BERJIHADBeriPerkhidmatanTERBAIK
ms13
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 20152
Majlis Nota Serah Tugas Ketua Pengarah ICU JPMpada 15 April 2015
Assalamualaikum WBT dan Salam Pengenalan 1ICU JPM.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat iIlahi atas kesempatan berkhidmat dalam satu organisasi cemerlang di bawah kepimpinan Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof. Ungkapan Jazakallah khairan kathira atas kepercayaan untuk menerajui Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang saya rumuskan sebagai satu unit tulang belakang yang penting bagi menyokong organisasi mencapai misi dan visi yang ditetapkan.
Faktor-faktor kepentingan peranan BKP dalam penyediaan sumber, prasarana dan perkhidmatan sokongan yang menepati piawaian, serta legasi kecemerlangannya merupakan satu cabaran besar buat saya orang baru. Saya amat mengharapkan
sokongan semua pihak untuk BKP terus berfungsi sebagai pemacu strategik yang berkesan demi kelestarian kecemerlangan ICU JPM. Justeru, saya sentiasa mengalu-alukan apa jua pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan demi kebaikan kita semua.
Paparan Temubual Santai di mana keluaran pada kali ini ialah Bersama Ketua Pengarah ICU JPM yang baru merupakan transformasi yang cuba digarap. Sidang redaksi sentiasa bertekad melaksanakan pembaharuan dengan harapan warga Jabatan Perdana Menteri amnya dan warga ICU JPM khasnya merasai kelainan dalam meningkatkan ilmu pembacaan.
Selain itu, pelbagai program dan aktiviti dari Bulan Februari hingga Mei tahun ini telah meninggalkan impak dan kesan positif dalam konteks jalinan hubungan dan kerjasama.
Ini bersesuaian dengan saranan YAB Perdana Menteri pada Perhimpuan Bulanan JPM Mei lalu supaya penjawat awam mempunyai semangat kerjasama untuk bergerak secara satu pasukan yang padu dan kuat serta harmonis supaya mentaliti silo dalam perkhidmatan awam dapat dihapuskan. Besar harapan saya supaya warga kerja ICU JPM perlu lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran-cabaran baru khususnya dari kalangan pelanggan yang berpendidikan dan mempunyai harapan yang lebih tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan.
Sekian untuk kali ini. Selamat Membaca.
Ketua Editor
T E R U S K A N T R A D I S IK E C E M E R L A N G A NK E C E M E R L A N G A N
ILHAM BICARA EDITOR
Bekerja Sebagai Satu Pasukan 05
Laporan Audit Negara 2014 Siri 1 07
Berjihad Beri Perkhidmatan Terbaik 08
Lawatan Ketua Setiausaha Negara Ke Miri, Sarawak 10
Platform Tangani Isu Sosial 11
Peralihan Kepimpinan Melestari Kecemerlangan 12
I Love My Job 13
Temubual Eksklusif (Q&A) BersamaYBhg. Dato' Ketua Pengarah ICU JPM 14
Rampaian Peristiwa 16
Lawatan Turun Padang Ketua PengarahICU JPM Ke SK. Ulu Lubai, Limbang 28
Books4U Pupuk Minat Membaca 30
Pelaksanaan EKSA ICU JPM Tahun 2015 31
Workcamp Unit Integriti 32
Kursus Pengendalian Peralatan Audio dan PA Sistem 33
Membudayakan ICU Sihat 34
Kursus Asas MS Offi ce untuk Anak-anakKakitangan ICU JPM 35
Ehwal Perkhidmatan 36
Apresiasi Perkhidmatan 40
FEBRUARI - MEI 2015
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 20154
Agensi Pusat yang Unggul dalam Penyelarasan dan
Pemantauan Pembangunan Negara
Agensi Pusat yang Memacu Pembangunan Negara
Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan
dan Penilaian Dasar, Program dan Projek dengan
Mengamalkan Tadbir Urus yang Baik dan Budaya
Kerja yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti
ä Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan
dan outcome Program/Projek Pembangunan
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
ä Mengurus Peruntukan serta melaksana dan
memantau Program/Projek Khas
YAB Perdana Menteri
ä Menyelaras, memantau dan menilai Program/
Projek Kesejahteraan Rakyat
Sewaktu pertama kali saya didiagnos menghidap Bell’s
Palsy, doktor yang saya temui berpesan, “Promise me that you will laugh more, smile more, and be happy.A happy you is a healthy you. Don’t let anyone tell you differently”. Tanpa mendapatkan steroid, tanpa pil-
pil yang memualkan, saya bergantung harap sepenuhnya pada
keajaiban Allah dan keyakinan bahawa dengan mengamalkan
senyuman, memenuhkan hari-hari dengan gelak tawa (walau
dalam hati meraung menangis Dia sahaja yang tahu) dan
melakukan rutin face facial pasti penyakit ini akan lenyap dan
saya kembali sembuh. Berkat dorongan keluarga dan teman-
teman sepejabat yang tidak jemu menggembirakan hati yang lara
ini, saya boleh katakan saya sudah 70% sembuh. Perkembangan
yang sangat positif yang mustahil dapat saya capai sekiranya
saya melakukannya sendiri.
Pancaroba setiap daripada kita adalah pelbagai. Kalau hendak
difi kirkan setiap masalah yang datang, orang kata “memang satu
kerja tak jalan”. Boleh jadi anda yang membaca Dari Kaca Mata
ini sedang berdepan dengan bermacam krisis hidup, boleh jadi
berkaitan kewangan, keluarga, anak, kerjaya, penyakit, keyakinan
diri dan sebagainya. You can fake a smile but your eyes can never lie. Hati yang sedang berkecamuk akan membuatkan
kita tidak bermaya untuk meneruskan hidup. Kerja barangkali
akan dibiarkan terbengkalai, keluarga akan diketepikan, rakan-
rakan juga boleh jadi akan terpalit dengan aura suram yang kita
bawa. Cakap mungkin mudah tetapi berapa ramai di antara kita
yang benar-benar komited untuk bangkit melawan dan tidak
menyerah kalah?
Saya selalu berpegang kepada kata pepatah ‘selepas hujan
pastinya muncul matahari’. Bagaimana caranya untuk bangun
semula? Tiada formula dan bukan juga mudah. Cuma saya
percaya dalam apa keadaan sekalipun, rohani yang perlu
dibersihkan dahulu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan
jawapan terbaik datang dari Maha Pencipta. Bentanglah sejadah
dan mohon pada-Nya agar diberikan petunjuk, kedamaian fi kiran
dan kelapangan dada. Selepas damai, sedikit demi sedikit akan
datang rasa reda dan kita pasti nampak lebih jelas laluan mana
yang harus dituju serta keputusan penting mana yang harus
didahulukan. Tidak juga salah mencari a human figure yang
boleh dijadikan faktor mencari semula semangat yang hilang itu.
Go find every possible reason to be happy again.
Bila yang kita tahu kita di tahap reda dan boleh menerima
kekurangan sendiri? It is when you are capable of laughing at yourself over your weaknesses. Pada ketika ini, katakanlah
apa sekalipun, kita tahu kita cukup kuat dan bersedia untuk
mengharungi jalan di hadapan yang ‘panjang’. Tiada siapa pun
yang inginkan masalah kerana hakikatnya masalah jika tidak
ditangani dengan baik hanya akan menjejaskan kualiti hidup
yang telah kita semai dengan cantik sedari awal. Jadi, jika
kita dirundung situasi yang menyesakkan, jangan duduk dan
tunggu ia beredar pergi dengan sendiri. Mungkin akhirnya akan
berlalu juga tetapi mengambil masa. Rempuh dan bina semula
kebahagiaan hidup, Because life is not about waiting for the storms to pass, it’s about learning how to dance in the rain.
daridariKacaMataKacaMata
Alasan UntukBAHAG IA
ACCURACY
SPEED
VOLUME
Perkhidmatan Teras Utama
VisiProfil Jabatan
P r o f i l J a b a t a n
Misi
Moto
KOLUM BICARA
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 5PEMBANGUNAN NEGARA
Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) : Penjawat awam boleh
berjihad dengan memberi
perkhidmatan terbaik kepada rakyat
dan masyarakat.
Berucap di Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang, (APC)
Jabatan Perdana Menteri 2014 Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr.
Ali Hamsa berkata, cara ini dilihat
sebagai sumbangan yang amat besar,
semoga usaha murni dan ikhlas ini
akan diberkati oleh Allah SWT.
Beliau berkata:
anugerah ini hanya satu langkah permulaan dan
ia perlu bergerak seiring dengan penyampaian perkhidmatan berkesan, kecekapan tadbir urus yang baik dan mengutamakan budaya kerja cemerlang.
Kecemerlangan individu sahaja tidak cukup bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Kecemerlangan seharusnya diterapkan dalam budaya kerjasama sepasukan selari dengan nilai 'Cepat, Tepat dan Integriti' dan prinsip 'Produktiviti, Kreatif dan Inovasi' yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 ".
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201514 TEMUBUAL EKSKLUSIF
Temubual Eksklusifbersama YBHG. DATO' KETUA PENGARAH ICU JPMOleh Ainnul Dzhamira Mohd Soffi ainnul.soffi @icu.gov.my
1 Latar belakanghidup.
Saya dilahirkan di Kg. Sungai
Lampam, Teluk Intan, Perak. Saya
mendapat pendidikan daripada
sekolah rendah ke sekolah menengah
di Perak sebelum melanjutkan
pelajaran peringkat ijazah di UKM.
2 Siapa yang mendorong Dato’ masuk ke sektor
kerajaan dan memilih PTD?
Saya pernah ditawarkan biasiswa
termasuk oleh Bank Negara dan
Bank Rakyat. Semasa temuduga
mendapatkan biasiswa seorang
panel bertanyakan soalan “kenapa
orang Melayu pemalas?” Soalan itu
membuatkan saya rasa terpanggil
untuk membuktikan yang orang
Melayu bukan malas dan saya ambil
jurusan Development Economic
sebab it’s interesting. I need to bring
change to the rural people. I came
to know about PTD so i made up
my mind at that time to join PTD.
Saya berjaya dalam temuduga Bank
Negara dan dilantik sebagai seorang
pegawai kerajaan selepas enam
bulan di Bank Negara.
3 Perbezaan peneraju/pengurusan ICU dahulu
dan sekarang.
Tiada banyak perbezaan, kita masih
terlibat dengan core business ICU-
pemantauan ,pelaksanaan projek
khas dan (pembasmian) kemiskinan.
Cuma dari segi intensity sekarang
lebih mencabar. Leadership style
sahaja berbeza. Well, no two person
are the same in this world.
4 Perasaan Dato’ sebaik sahaja mendapat berita
dilantik sebagai KP ICU.
Saya rasa bersyukur sebab saya rasa
tidak akan kembali ke ICU selepas
keluar ke Pasca Banjir. Namun
Alhamdulillah. Struktur ICU telah
sedia ada mantap.
5 Pandangan tentang cara kerja kakitangan di ICU jika
ada yang perlu dibaiki?
We have come a long way tapi
kita perlu terus menambah baik
terutama dari segi komitmen dalam
menjalankan tugas dan lebih
passionate dalam kerja. Anggaplah
tugas itu satu ibadah. Kerja yang kita
buat adalah atas pilihan kita tiada
siapa memaksa kita untuk bekerja
kerajaan dan perlu untuk semua
rakyat mendapat faedah atas usaha-
usaha kerajaan. Semua penjawat
awam berkhidmat kepada satu
stakeholder iaitu Malaysia (negara)
jadi elaklah bekerja dalam silo.
Aku adalahseperti apa yang
kamu fikirkan". So always think
positive.
YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd YusofKetua Pengarah ICU JPM
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya :YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore - the man needs no introduction. Selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah ICU JPM yang baharu, Jawatankuasa Kandungan Buletin ICU berpeluang menemu ramah beliau bagi mengenali
beliau dengan lebih dekat lagi. Santai dan bersahaja beliau menjawab setiap soalan yang diutarakan namun misi beliau jelas dalam membawa ICU lebih maju ke hadapan.
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 15
6 Perbezaan ketara semasa belajar di Jepun
– penerapan dalam budaya di Malaysia.The quest for knowledge. Mereka
tidak membuang masa. Mereka
sanggup balik lewat untuk belajar
dan bekerja. Ketekunan dalam
bekerja that is something that we
can emulate. Sifat itu dipupuk dari
kecil untuk mencari ilmu dan tidak
memperlekehkan masa.
7 Globalising the next civil servant. Komen Dato’.
Pada saya penjawat awam tidak boleh
lari daripada trend dunia semasa.
Change the way we do things. Kita
perlu lebih komited. Doing more
with less. Jika negara luar boleh
kenapa tidak kita. Kita less tolerant
dalam pembaziran dan efficiency.
Jangan kekal pada cara lama but
embrace latest technology and be
more professional dan harapnya lebih
sayang kepada negara.
8 Jenis buku dan bacaan macam mana yang Dato’
suka.
Saya suka buku tentang pengurusan,
motivasi dan agama.
9 Merakyatkan perkhidmatan awam –
sejauh mana achievement kerajaan setakat ini.
We have done and achieved a
lot. Penjawat awam juga adalah
warganegara, ordinary citizen of the
country. Penghormatan sewajarnya
merupakan satu pendorong bagi
penjawat awam sama-sama merasai
faedah secara dua hala, rakyat dan
penjawat awam.
10 What did you do to wind down after hectic hours
at work?I love to play ping pong, i wish i could
do more like three times a week. I also
like to listen to music to unwind.
11 Tips kekal sihat, awet muda dan yang paling
penting kekal fokus dalam kerja.
I try to exercise three times a week.
Sekiranya sibuk dan saya lama tidak
bersenam, I don’t use the lift, I climb
the stairs. I like to drink warm water in
the morning after waking up. Focus is
a big challenge. Saya rasa cemburu
dengan Tan Sri Khalid, Tan Sri Shukry
kerana mereka sangat fokus dan
sangat cepat memahami pertukaran
daripada satu tajuk ke satu tajuk lain.
Something i need to improve.
12 Your favourite word – perkataan yang selalu
Dato’ sebut.
Positive and secret. ‘Aku adalah
seperti apa yang kamu fikirkan’.
So always think positive.
13 ICU lima (5) tahun akan datang.
Saya ingin melihat ICU sebagai
sebuah organisasi yang dipercayai
oleh our stakeholders dan sebuah
organisasi yg ada jenama tersendiri.
Dedicated, passionate, komited dan
benar-benar menjalankan tugas
dengan penuh integriti.❚
5 FAKTA YBhg. Dato' Ketua PengarahPERLU Anda Tahu1. Nama timangan
2. Perkara mustahil yang ingin dilakukan
3. Jika saya bukan seorang pegawai kerajaan
5. Idola
4. Rancangan TV kegemaran
*Jawapan adalah tulisan tangan sebenar YBhg. Dato' Ketua Pengarah ICU JPM
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201516
1 Julai 2014 : Program Ihya Ramadan 2014 @ Surau Bangunan Perdana Putra
7-8 Julai 2014 : Sesi Penilaian Anugerah Inovasi JPM @ Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Blok B1, Kompleks JPM
17 Februari 2015 : Mesyuarat Pre NBOS Bersama Ketua Setiausaha Negara @ Dewan Persidangan
26 Februari 2015 : Mesyuarat New Blue Ocean Strategic (NBOS) @ Dewan Persidangan
RAMPAIAN PERISTIWA
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 17
5 Mac 2015 : Mesyuarat Jawatankuasa Bumiputera Sabah Sarawak Bil. 1/2015 @ Dewan Persidangan
10 Mac 2015 : Bengkel SDSI 2015 @ Dewan Banquet
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201518 RAMPAIAN PERISTIWA
11 Mac 2015 : Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web Bil. 1/2015 @ Bilik Gerakan Khas
Mesyuarat ICU JPM bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) Zon Utara, Pantai Timur, Sabah & Sarawak
19 Mac 2015 : Zon Utara @ PPPN Pulau Pinang
28 Mei 2015 : Zon Sarawak @ PPPN Sarawak
20 April 2015 : Zon Pantai Timur @ PPPN Terengganu
27 April 2015 : Zon Sabah @ PPPN Sabah
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 19
25 Mac 2015 : Majlis Sejambak Budi @ Pullman Putrajaya Lakeside
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201520 RAMPAIAN PERISTIWA
31 Mac 2015 : Workcamp Audit Dalam EKSA @ Dewan Banquet
17 Mac 2015 : Lawatan Kerja Tan Sri Ketua Pengarah ICU JPM ke Pulau Manis, Pekan, Pahang
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 21
1 April 2015 : Majlis Nota Serah Tugas Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (PTP) yang baharu @ Bilik Gerakan Khas
1 April 2015 : Kursus Sehari Berskala Besar - POWER @ Dewan Taklimat
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201522 RAMPAIAN PERISTIWA
26-28 April 2015 : Kursus Fotografi & Kewartawanan @ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi
21 April 2015 : Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) @ Bilik Mesyuarat Utama
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 23
29 April 2015 : Malam Sanjungan Budi @ Shangri-La Hotel Putrajaya
11 Mei 2015 : Bengkel Pemahaman ISO @ Dewan Banquet
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201524
12 Mei 2015 : Mesyuarat Bumiputera Sabah Sarawak Bil. 2/2015 @ Dewan Persidangan
14 Mei 2015 : Lawatan AKRAB Ke ICU JPM @ Dewan Banquet
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 25
19 Mei 2015 : Mesyuarat Pegawai Tertinggi (MPT) @ Bilik Mesyuarat Utama
18 Mei 2015 : Bengkel Transformasi ICU JPM @ Dewan Banquet
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201526 RAMPAIAN PERISTIWA
21 Mei 2015 : ICU JPM dan Media dalam Rancangan Selamat Pagi 1Malaysia @ RTM, Angkasapuri
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 27
26 Mei 2015 : IDB Requesting Meeting with ICU JPM @ Bilik NADI
27 Mei 2015 : Workcamp Pelan Pemulihan Projek-projek Lewat Jadual Bil. 2/2015 @ Bilik Gerakan Khas
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201528 PEMANTAUAN PENILAIAN
U lu Lubai, Limbang, Sarawak : Langkah
kerajaan dalam
program Transformasi
Perkhidmatan Awam
bertujuan untuk merakyatkan
perkhidmatan awam seterusnya
melaksanakan dasar pembangunan
negara. Penjawat awam diminta
sentiasa berfikiran positif dan kreatif
ketika melaksanakan tanggung jawab.
Perkhidmatan yang diberikan bukan
sahaja diukur dari segala macam
kemudahan dan infrastrukur malah
diminta supaya sentiasa berfikiran
di luar kotak demi penyampaian
perkhidmatan yang lebih berkesan
kepada seluruh rakyat jelata sama
ada di bandar mahu pun luar bandar.
Selaku agensi yang melaksanaan
pemantauan ke atas pelaksanaan
projek projek kerajaan dan projek
khas YAB Perdana Menteri, ICU
JPM sentiasa mencari ruang untuk
meningkatkan lagi prestasi bagi
memenuhi kehendak stakeholder
dan kumpulan sasar khususnya
masyarakat luar bandar. Lawatan
Turun Padang YBhg. Dato' Ketua
Pengarah ICU JPM ke Limbang baru
baru ini adalah salah satu proses
merelisasikan program Transformasi
Perkhidmatan Awam.
Pemilihan SK Ulu Lubai, Limbang
sebagai lokasi lawatan turun
padang adalah bertepatan dengan
senario semasa iaitu untuk melihat
kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh sekolah berkenaan meskipun
lokasinya terletak jauh di pedalaman.
Bercakap dalam perjumpaan
dengan warga SK Ulu Lubai, YBhg.
Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd
Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM,
mengucapkan tahniah kepada Guru
Besar dan warganya yang telah
melahirkan pelajar dan sekolah yang
cemerlang meskipun menghadapi
kekangan dan kekurangan
kemudahan asas. Ia boleh dijadikan
teladan dan motivasi untuk berjaya.
YBhg. Dato' Ketua Pengarah juga
berharap dengan adanya jalan
perhubungan yang disiapkan pada
tahun 2011, masyarakat di sini dapat
dapat berhubung dengan cepat dan
mudah dengan dunia luar khususnya
ke Pekan Limbang untuk berulang alik
malah dapat mengurangkan masa
dan kos pengangkutan seterusnya
meningkatkan hasil pendapatan
penduduk. ICU JPM sedia membantu
SK Ulu Lubai kerana akhirnya ia turut
menyumbang kepada pembangunan
negara.
SK Ulu Lubai dikenali sebagai
Permata di Belantara kerana
pencapaiannya bukan sahaja di
peringkat nasional malah menaikkan
nama Malaysia di mata dunia dalam
bidang pendidikan. Sekolah ini telah
membuktikan bahawa kekurangan
kemudahan bukan alasan untuk
cemerlang bila mana sekolah ini telah
diiktiraf sebagai sekolah luar bandar
pertama di Malaysia yang dinobatkan
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) Kohort Dua oleh Timbalan
Perdana Menteri, YAB Tan Sri
Muhyiddin Yasin pada tahun 2012.
Tidak setakat terhenti di situ, sekolah
rendah yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Penghantar,
pernah m u n c u l j o h a n A n u g e r a h
Commonwealth Ecucation Good
Lawatan Turun Padang KETUA PENGARAHKe SK. Ulu Lubai, LimbangOleh Raymie Amiril [email protected]
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 2015 29
Practices Award 2009 dan pernah
memenang UNESCO Educational
International Best Practices 2011
di China. Sekolah yang hanya
mempunyai 30 orang pelajar bagi
sessi 2015, telah memenangi beratus
anugerah di peringkat daerah
Limbang dan memenangi pelbagai
anugerah di peringkat negeri dan
nasional.
SK Ulu Lubai wujud sejak 1964.
Pernah ditutup pada tahun 1976
oleh kerana guru dan dibuka semula
tahun 1977. Dari segi geografinya,
ia terletak di tengah belantara dan
tanah kebun masyarakat kaum Iban.
Sebelum 2011, jalan perhubungan ke
Pekan Limbang adalah sungai dengan
mengunakan perahu memakan masa
4 jam. Sejak ada jalan gravel, masa
perjalanan dapat di pendekkan ke
sejam lebih.
Kesedaran, kesungguhan, kreativiti,
inovasi dan kerjasama yang
ditunjukkan oleh SK Ulu Lubai
telah menjadikan cemerlang dan
dikenali ramai. Untuk mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan,
factor penempatan di bandar dengan
segala kemudahan dan kelengkapan
sahaja tidak cukup sekiranya minda
tidak dididik untuk berusaha dan
berdaya maju. Kejayaan sekolah
di pedalaman ini boleh dijadikan
contoh bahawa kekurangan bukan
halangan untuk berjaya. Kerajaan,
melalui Rancangan Malaysia Lima
Tahun (RMLT) akan terus membawa
pembangunan di luar bandar
agar semua rakyat menikmati erti
pembangunan yang sebenarnya.❚
Buletin ICU JPMFebruari - Mei 201530
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya : Program BOOKS4U yang