Fathur Rahman Fi Aqai’dul Iman m.s 4 baris 12 dari atas “Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya yang ada pada badannya..." 1. Hukum Syara’ atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata, Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, ta’luk yang memberi bekas, walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah mutlak. Allah jadikan matahari –Sifat Wahdaniah- esa pada af’al menafikan ada kuasa selain dari Allah Ta’ala. 2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita, disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha, pilihan ikhtiar juz’iah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal sahaja. “Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...” 3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji tauhid tidak boleh taklid, fiqh ada kena
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Fathur Rahman Fi Aqai’dul Iman
m.s 4 baris 12 dari atas
“Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya
yang ada pada badannya..."
1. Hukum Syara’ atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata,
Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil
menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, ta’luk yang memberi bekas,
walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah
mutlak. Allah jadikan matahari –Sifat Wahdaniah- esa pada af’al menafikan ada kuasa selain dari
Allah Ta’ala.
2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita,
disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha,
pilihan ikhtiar juz’iah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal
sahaja.
“Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...”
3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan
benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan
adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji tauhid
tidak boleh taklid, fiqh ada kena taklid malah ada wajib taklid. Bab tauhid yang boleh taklid hanya
11. Jabariah pula mengatakan tiada usaha melainkan dari Allah, hamba ini seolah-olah mayat,
seperti wayang kulit kepercayan sebegini adalah bahaya boleh keluarkan syarat taklif dan ditakuti
kepada kafir.
12. Kemudian Al-Fadhil ustaz membaca kitab kedua “Daqaiqul Akhbar” pada menceritakan
keadaan pada hari kebangkitan semula, dimana menyeru orang yang menyeru “dimana ahlul
fadhli?” maka bangun segerombolan kecil maka masuklah mereka kedalam syurga, lalu ditanya
oleh malaikat siapakah mereka, mereka itu adalah orang yang apabila dizalimi mereka sabar.
13. Barangsiapa yang sabar dengan maksiat maka akan diangkat 300 darjat Allah bagi 1 darjat
jaraknya antara langit dan bumi. Setiap maksiat ada empat unsur, manusia, dunia, syaitan dan
hawa nafsu. Siapa yang sabar dalam mentaati Allah maka akan diangkat sebanyak 600 darjat,
jarak satu darjat adalah antara langit dan bumi. antaranya orang yang menuntut ilmu.
“Awwaluddin makrifatullah, fa’lam” maka tuntutan untuk mengenal Allah kena dengan cara ilmu
juga.
14. Barangsiapa yang sabar dalam musibah akan diangkat darjat 900 darjat, jarak antara satu
darjat adalah diantara arasy dan 7 petala bumi. (bukan 7 petala cinta) sabar yang paling diganjari
adalah sewaktu mula-mula ditimpa musibah (As-sabru fi sadamil ula). Arasy ada perhiasan, ditulis
kalimah La ilaha illallah, Muhammadar Rasullullah, maka oleh itu dinding rumah kita jangan
biarkan kosong dengan kalimah Allah dan Muhammad. Wallahu’alam.
Post: Ustaz juga promote kuliah Habib Umar yang akan diadakan pada 20 April kuliah subuh di BBU, Jumaat di UTM dan malamnya di Masjid Jauhar Mutiara Rini. Datnglah ambil imu dari ulama berketurunan Rasulillah. Semoga anda beroleh berkat dunia dan akhirat.
Sheikhuna bersama Sheikh Muhd Zainul Asri Mudir Maahad Darul Hadis, Alor Setar Kedah. Mulutnya tidak lekang dengan Selawat dan Salam kepada Rasulullah.
6. Adab Dunya wa Din – Adab menuntut ilmu mesti menghina diri dan merendah diri, maka kita
akan menerima ghanimah (habuan) ilmu, jika tiada keduanya maka Haramlah ia Ghanimah.
7. Hak seorang guru kepada murid seperti hak tuan kepada hambanya. Kata saidina Ali
Sesungguhnya sesiapa yang mengajarku, dia akan menjadi tuan aku, sekiranya ia mahu ia boleh
menyuruhku, sekiranya ia mahu ia boleh membebaskanku, dan sekiranya ia mahu ia boleh
membiarkan aku.
Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi mempunyai Daurah tetap di Pondok Ledang sebulan sekali. Alim Hadis ini banyak menulis Risalah berkenaan Ulumul Hadis untuk diskusi dan membaca Sunan Tarmizi di Madrasah As-Shatiri di Kampung Melayu Johor Bahru.
8. Imam Shafie semasa sedang mengajar datang orang yang berpakaian compang camping dari
tempat sampah lalu Imam bangun dan memeluk orang tersebut. Imam Shafie menjelaskan bahawa
orang tersebut telah memberi ilmu cara mengenal anjing jantan dan anjing betina.
9. Alimnya Imam Shafie, sehingga Imam Ahmad belajar darinya. Imam Shafie dibenarkan memberi
fatwa semasa umur 15 tahun. Semasa memberi fatwa Al-Imam makan epal disebalik selindangnya
Tuan Guru Baba Haji Ghazali Ahmad Al-Fathoni, seorang Alim dalam Ilmu Akidah dan Kalam turut mempunyai daurah sebulan sekali di Pondok Ledang. Masih lagi mensyarahkan Matan Aqidah Thohawiyah dan lain-lain risalah berkenaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
10. Sekarang banyak orang dapat ilmu tanpa keberkatan, tetapi memberi musibah atas diri dan
musibah atas orang lain. Hari-hari ada sahaja hukum baharu yang keluar dari ilmu google. Allah
berfirman “Fas alu Ahla Zikra” Tanyalah kepada Ahli Zikra iaitu orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan. “Ahli” itu adalah orang yang sebenar-benar takut kepada Allah SWT. Akan datang
Dajjal datang mula dengan orang Alim, kemudian mengaku wali Allah, kemudian mengaku
Nabiullah kemudian akhirnya mengaku diri nya lah Allah.
11. Para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana atas perbuatan mereka.
Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia adalah pada jalan Allah (fisabilillah) sehingga ia
Post: Semoga isteri dan anak-anak pak cik memahami betapa kurangnya masa yang dapat diluangkan demi untuk memburu ilmu bagi kemanfaatan dunia akhirat. Pesanan akhir ...hidup di dunia ini sementara akhirat jua kekal abadi, oleh itu kejarlah akhirat ..nanti engkau akan lihat dunia akan mengejarmu pula!.