POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN POLITEKNIK UNGKU OMAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh PERAK, MALAYSIA Tel: (05) 545 7656, 545 7260 Faks: (05) 547 1162 www.puo.edu.my NOTIS PANGGIL BALIK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI LATIHAN DISEMBER 2016 Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: 1. Latihan industri akan tamat pada 14 APRIL 2017 (Kecuali yang ada arahan tertentu untuk melewatkan tarikh tamat). Anda dikehendaki meninggalkan tempat latihan anda dengan penuh beradab, baik, sempurna dan selamat. 2. Proses penilaian (penilaian laporan LI & pembentangan (termasuk pelajar LI Semester Akhir)) selepas tamat latihan diadakan selama 5 hari bermula 17 APRIL 2017 hingga 21 APRIL 2017. Sila berhubung dengan Pensyarah Penilai masing-masing untuk temujanji berkaitan proses penilaian selepas tamat latihan ini sepanjang tempoh yang dinyatakan. (Rujuk dalam iPUO untuk maklumat Pensyarah Penilai 2 Minggu sebelum tamat LI). 3. Bagi tujuan ini, pelajar perlu/dikehendaki memastikan: i) Surat Tamat Latihan (yang telah disahkan oleh penyelia/pengurus organisasi latihan) telah di”UPLOAD” ke dalam iPUO (dibuka mulai 27 MAC 2017 hingga 21 APRIL 2017). ii) Mencetak Borang Pengesahan Tamat Latihan Industri (dicetak terus melalui sistem iPUO selepas surat tamat LI dimuat naik). iii) Buku Refleksi Harian dan Refleksi Mingguan lengkap dan disahkan oleh syarikat (t.t & Cop). iv) Laporan Akhir Latihan Industri yang lengkap. v) Menjalani proses penilaian selepas tamat latihan dalam tempoh yang ditetapkan. 4. **Bagi pelajar-pelajar yang sedang LI di Sabah/Sarawak, boleh melakukan proses penilaian melalui telefon. Pelajar juga perlu menyediakan dokumen lengkap (softcopy) iaitu: 1) Laporan Akhir (.pdf); 2) Slide Pembentangan. Perkara tersebut perlu dihantar kepada pensyarah penilai temuduga dan unit perhubungan dan latihan industri melalui emel sebelum tempoh penilaian (sebelum 14 APRIL 2017). 5. Borang Practical Task (Appendix 1) dan Reflective Journal (Appendix 2) hendaklah dihantar melalui faks 05-5425509 atau email [email protected] / [email protected] mulai minggu ke-18 (dua (2) minggu sebelum tarikh tamat latihan industri) atau selewat-lewatnya sebelum atau pada 14 APRIL 2017. (***Salinan asal perlu diserahkan kepada Penyelaras LI Jabatan masing-masing). 6. Semua pelajar adalah tertakluk di bawah peraturan yang sedang berkuatkuasa. Unit Perhubungan dan Latihan Industri Tarikh: 14 Mac 2017