Page 1
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
Polistirena
Pengenalan
Polistirena merupakan salah satu polimer yang ditemukan pada sekitar tahun 1930, dibuat
melalui proses polimerisasi adisi dengan cara suspensi. Stirena dapat diperoleh dari sumber alam
yaitu petroleum. Stirena merupakan cairan yang tidak berwarna menyerupai minyak dengan bau
seperti benzena dan memiliki rumus kimia C6H5CH=CH2 atau ditulis sebagai C8H8. Secara
laboratorium dapat dibuat melalui dehidrogenasi etil benzene, yaitu dengan melewatkan etilena
melalui cairan benzena dengantekanan yang cukup dan aluminiumklorida sebagai katalisnya. Etil
benzena didehidrogenasi menjadi stirena dengan melewatkannya melalui katalis oksida aktif. Pada
suhu sekitar 6000C stirena disuling dengan cara destilasi maka didapatkan polistirena.Reaksi yang
terjadi sebagai berikut :
Polistirena padat murni adalah sebuah plastik tak berwarna, keras dengan fleksibilitas yang
terbatas yang dapat dibentuk menjadi berbagai macam produk dengan detil yang bagus.
Penambahan karet pada saat polimerisasi dapat meningkatkan fleksibilitas dan ketahanan kejut.
Polistirena jenis ini dikenal dengan nama High Impact Polystyrene (HIPS). Polistirena murni yang
transparan bisa dibuat menjadi beraneka warna melalui proses compounding.
Stirena pertama kali diproduksi secara komersil pada tahun 1930 sebelum terjadi perang
dunia ke-II dan memegang peranan penting dalam perkembangan kimia polimer. Setelah perang
1
Page 2
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
dunia II sudah banyak pengolahan stirena menjadi polistirena dan kopolimernya secara
komersial. Polistirena banyak dipakai dalam produk-produk elektronik sebagai casing, kabinet dan
komponen-komponen lainya. Peralatan rumah tangga yang terbuat dari polistirena, a.l: sapu, sisir,
baskom, gantungan baju, ember.
Sifat-sifat Polistirena
Ketahanan kerja pada suhu rendah (dingin) : Jelek
Kuat Tensile 256 (j/12) : 0,13-0,34
Modulus elastisitas tegangan ASTM D747 (MNm x 10-4 ) : 27,4-41,4
Kuat kompresif ASTM D696 (MNm) : 74,9-110
Muai termal ASTM 696 (mm C x 10) : 6-8
Titik leleh (lunak 0C) : 82-103
Berat jenis ASTMd 792 : 1,04-1,1
Elongasi tegangan ASTM 638 (%) : 1,0-2,5
Kuat fexural ASTM D790 (mnM) : 83,9-118
Tetapan elektrik ASTM 150 (10 Hz) : 2,4-3,1
Kalor jenis (kph) (Kg) : 1,3-1,45
Kegunaan Polistirena
Makanan yang beredar tidak terlepas dari penggunaan bungkusan dengan pelbagai maksud,.
Selain melindungi kualiti, makanan juga dimaksudkan untuk promosi. Bungkusan plastik banyak
digunakan demi keunggulan dan keuntungannya. Bungkusan plastik tersebut diperbuat daripada
beberapa jenis polimer iaitu Polietilena terephthalate (PET), Polivinil klorida (PVC), polietilena
(PE), Polipropilena (PP), Polistirena (PS), Polikarbonat (PC) dan melamin.
Diantara bungkusan plastik tersebut, salah satu jenis yang cukup popular di kalangan
masyarakat pengeluar mahupun pengguna, iaitu Polistirena, terutama Polistirena foam. Polistirena
foam dikenal luas dengan istilah styrofoam yang seringkali digunakan dengan tidak tepat oleh orang
awam kerana sebenarnya styrofoam merupakan nama dagang yang telah ditentukan oleh syarikat
Dow Chemical, oleh pembuatnya Styrofoam dimaksudkan untuk digunakan sebagai insulator pada
bahan pembinaan bangunan, bukan untuk bungkusan makanan.
2
Page 3
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
Bungkusan Polistirena foam dipilih kerana mampu mempertahankan makanan yang panas /
sejuk, tetap selesa dipegang, mempertahankan kesegaran dan keutuhan makanan yang dibungkus,
ringan, dan inert terhadap keasidan makanan. Disebabkan kelebihan tersebut, bungkusan Polistirena
foam digunakan untuk mengemas makanan siap saji, segar, mahupun yang memerlukan proses
lebih lanjut. Banyak restoran siap saji menyuguhkan hidangannya dengan menggunakan bungkusan
ini, begitu juga dengan produk-produk makanan seperti mi segera, bubur ayam, kopi, dan yogurt.
Selain itu, polisterena juga boleh digunakan dalam bidang lain seperti seni. Ia boleh
digunakan untuk membuat arca, model-model, dan dijadikan latar sesuatu lukisan. Ia dipilih sebagai
bahan seni kerana ciri-cirinya yang ringgan, senang dipotong dan boleh diwarnakan.
Bagaimana Pembuatan dan Sifat-sifat Polistirena?
1. Polistirena foam dihasilkan dari campuran 90-95% Polistirena dan 5-10% gas seperti n-
butana atau n-pentana. Dahulu, blowing agent yang digunakan adalah CFC (Freon), kerana
golongan sebatian ini boleh merosakkan lapisan ozon maka saat ini tidak digunakan lagi,
kini digunakan blowing agent yang lebih mesra alam sekitar.
2. Polistirena dibuat dari monomer stirena melalui proses pempolimeran. Polistirena foam
dibuat dari monomer stirena melalui pempolimeran suspense pada tekanan dan suhu
tertentu, selanjutnya dilakukan pemanasan untuk melunakkan resin dan menguapkan sisa
blowing agent.
3. Polistirena bersifat kaku, telus, rapuh, inert secara kimia, dan merupakan penebat yang baik.
4. Sedangkan Polistirena foam merupakan bahan plastik yang mempunyai sifat khusus dengan
struktur yang tersusun dari butiran dengan kerapatan rendah, mempunyai berat ringan, dan
terdapat ruang antara butiran yang mengandungi udara yang tidak dapat menghantar panas
sehingga hal ini membuatnya menjadi insulator panas yang sangat baik. Pada umumnya,
semakin rendah kerapatan foam, akan semakin tinggi kapasiti insulasinya.
5. Simbol untuk kod pengenalan resinpolistirena yang dibangunkan oleh American Society of
the Plastics Industry (SPI) adalah (logo panah memainkan), simbol ini menyatakan jenis
plastik (Polistirena, PS) dan memudahkan proses kitar semula.
3
Page 4
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
Bahaya Polistirena
Polistirena merupakan plastik yang inert sehingga relatif tidak membahayakan kesihatan,
yang perlu diwaspadai adalah kemungkinan berlakunya migrasi daripada monomer stirena ke dalam
makanan yang boleh menimbulkan risiko bagi kesihatan. Bahaya monomer stirena terhadap
kesihatan setelah terdedah kepada dalam jangka panjang, antara yang lain adalah :
1. Menyebabkan gangguan pada sistem saraf pusat, dengan gejala seperti sakit kepala, letih,
kemurungan, disfungsi system saraf pusat (masa reaksi, memori, dan kelajuan visiomotor,
fungsi intelektual, hilang pendengaran, dan neurofati periperal.
2. Beberapa penelitian epidemiologik menduga bahawa terdapat hubungan antara paparan
stirena dan meningkatnya risiko leukemia dan limfoma.
3. Berdasarkan data IARC, stirena termasuk bahan yang diduga boleh menyebabkan kanser
pada manusia (kumpulan 2B) iaitu terdapat bukti terbatas pada manusia dan kurang cukup
bukti padan binatang.
4. Monomer stirena boleh masuk ke dalam janin jika bungkusan Polistirena digunakan untuk
mewadahi makanan beralkohol, kerana alkohol bersifat boleh melintasi plasenta. hal ini
menjelaskan mengapa dalam rangkaian tubuh kanak-kanak ditemui monomer stirena
meskipun anak-anak tersebut tidak pernah terdedah secara langsung. monomer stirena juga
boleh mencemar ASI, hal ini dibuktikan dalam kajian di New Jersey yangmenyebutkan
bahawa 75% daripada 12 sampel susu ibu telah tercemar oleh stirena.
Pencemaran
Polistirena didakwa mampu mengeluarkan bahan kimia berbahaya jika dipanaskan
terutamanya apabila bahan tersebut dijadikan pembungkus makanan yang masih panas. Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada
bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.
Pembungkus makanan polisterina yang biasa kita guna mengandungi stirena berbahaya
kepada kesihatan. Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mengelaskan stirena sebagai
bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Stirena boleh
4
Page 5
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Pendedahan
kepada kepekatan stirena yang tinggi berupaya merendahkan bilangan sel darah merah.
Polistirena juga mengandungi bahan tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam
sekitar. Kedua-dua bahan ini memerlukan jangka masa 500 tahun untuk dihuraikan secara
semulajadi. Tambahan pula, hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental
Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22
berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan
yang lain. Bahan-bahan kimia daripada bekas polisterin akan menyerap ke dalam makanan dan
kemudian ke dalam tubuh manusia.Usaha menggelakkan penggunaan polisterina haruslah diberi
perhatian oleh semua pihak. Sukar untuk kita berubah jika tiada usaha yang agresif diambil untuk
melarang penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, semua warga IPG KPT haruslah menyokong
kempen polisterin sifar di premis makanan di dalam kampus serta di semua majlis-majlis yang
dianjurkan di dalam kampus. Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, maka menjadi
tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya dan bukan memusnahkannya.
Persatuan Pekilang Plastik Malaysia menyatakan sebanyak 1.8 juta tan
metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di Malaysia pada tahun 2008 . Sementara 108,000 tan
metrik polistirena digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 000 tan pada tahun 2008.
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor berharap penggunaan
polistirena sebagai bekas makanan dapat dikawal. Kita boleh gantikan dengan plastik seperti
tupperware.
Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S.
Peiarapakaran menyatakan terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun
peraturan ini tidak menghalang peniaga dan orang ramai.[1]
5
Page 6
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
Langkah-langkah Penghasilan Model Lukisan
1. Scan dan simpan gambar yang diperlukan
2. Open file tersebut dalam Adobe Photoshop
3. Gunakan Magic Wand Tool untuk select object.
4. Delete bahagian yang kotor.
5. Gunakan Eraser Tool untuk bersihkan bahagian yang diperlukan.
6
Page 7
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
6. Print out gambar yang telah edit.
7. Photostate x300% untuk besarkan bahagian-bahagian setiap gambar.
8. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan.
7
Page 8
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
9. Guntingkan setiap bahagian gambar tersebut.
10. Letakkan gambar diatas polistrirena dan potong polistrirena mengikut saiz gambar dengan
menggunakankan pemotong polistrirena.
11. Membuat bentuk di atas polistrirena dengan menggunakan alat soldering iron.
12. Warnakan setiap bahagian polistrirena dengan poster warna.
8
Page 9
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (KAD POLISTRIRENA) SPL3412
13. Tamparkan setiap bahagian polisttirena dengan glue gun atau glue putih.
14. Hasil kerja .
9