Pokok PandanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandan
Pengelasan saintifik Alam: Order: Keluarga: Genus: Spesies:
Tumbuhan Pandanales Pandanaceae Pandanus P. amaryllifolius
(tiada pangkat) Monocots
Nama binomial Pandanus amaryllifoliusRoxb.
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok
yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan
sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara
tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan
Melayu. Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan
pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi
berbau lebih wangi. Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika
dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam
masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun
panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini
adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui
keratan.
Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan
meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau
dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai
runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia
memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan
Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadang kala
direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia
boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam
bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam
berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand
dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga
digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan
r sirap. Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan l da di
Vietnam. Daun pandan memiliki ciri-ciri [1] penyingkir lipas.
Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau
2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti [2] putih, beras
jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra). .
Rumpun pandan
[sunting]Rujukan1. Li J. and Ho S.H. Pandan leaves (Pandanus
amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent. Proceedings
of the 9th National Undergraduate Research Opportunites Programme
(2003-0913). 2. S. Wongpornchai, T. Sriseadka, S. Choonvisase
(2003). "Identification and quantitation of the rice aroma
compound, 2-acetyl-1-pyrroline, in bread flowers (Vallaris glabra
Ktze)". J. Agric. Food. Chem.51 (2): 457 462.
doi:10.1021/jf025856x. PMID 12517110.
Van Wyk, Ben-Erik (2005). Food Plants of the World. Portland,
Oregon: Timber Press, Inc. ISBN 088192-743-0
[sunting]Pautan
luar
Spices: P. amaryllifolius
Pandanus amaryllifolius photo
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bertemu lagi
dalam segmen FloraFauna. Kali ini dikongsikan pula perihal pokok
pandan. Pokok pandan merupakan sejenis pokok yang banyak
kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi
makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti
sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Pokok
pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus
pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia
Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus
seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul
dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. Kegunaannya
yang pelbagai seperti dijadikan sebagai bahan perasa, pembungkus,
pewarna dan pewangi telah menyebabkan daun pandan atau nama
botaninya pandanus amaryllifolius merupakan tanaman yang paling
berguna buat masyarakat Malaysia. Tanaman yang dipercayai berasal
dari Bangka, Indonesia dan kini telah tersebar luas di kawasan
tropika Asia Tenggara ini sebenarnya turut mempunyai khasiat ubatan
yang tersendiri. Pandan yang juga dikenali sebagai pandan wangi
atau pandan rampai, fragrant screw pine (Inggeris), ban lan
(Mandarin), rampe (Sri Lanka), bai toey (Thailand), la dua
(Vietnam) dan ketaki (Bangladesh) adalah dari jenis tanaman
bersifat saka. Tumbuhan dari keluargapandanaceae ini adalah
sekeluarga dengan pokok mengkuang. Terdapat 600 jenis spesies dalam
keluarga genus pandanus yang dikenali di serata dunia. Pokok pandan
jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas sebagai
perisa dalam masakan. aunnya digunakan segar atau dikeringkan dan
terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di
negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani
berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan
nasi dan kuih. aun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang
kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak
bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan
sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob
bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun
pandan dan digoreng. aun ini juga digunakan sebagai perasa bagi
pencuci mulut seperti kek pandan dan sirap.
Pokok pandan mudah tumbuh dan dipelihara. Pokok pandan tumbuh
berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung
seperti pedang. aunnya berbau wangi dan merupakan tumbuhan yang
sejuk. aun pandan tumbuh berlapis-lapis dan bersilang. Warnanya
hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujungnya. Pokok pandan
boleh membaik melalui akar atau anak pokok. aun pandan dikatakan
mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan zat
warna. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan
pandan wangi kecil. Kebanyakan daripada tanaman pandan wangi di
negara ini adalah jenis pandan wangi kecil. Bunganya majmuk dan
berwarna putih. Pelbagai kegunaan
Bagi tujuan kegunaan sebagai perasa dan pewarna, daun pandan
akan diekstrakkan sebelum digunakan. Ekstrak tersebut akan
digunakan dalam pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih
tradisional seperti kuih tepung talam, ketayap (kuih gulung),
cendol, seri muka, buah melaka, bingka/bengkang (utara) serta
minuman. Maka tidak hairanlah
terdapat pelbagai syarikat yang menggunakan ekstrak perasa
makanan pandan ini dalam produk keluaran mereka. aunnya yang
dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat, kuih tako atau
boleh digunakan sebagai pembalut/pembungkus ayam untuk
dibakar/panggang, resepi yang agak terkenal ialah 'pandan chicken'.
aunnya boleh digunakan dalam bubur/pengat/serawa, nasi lemak, nasi
ayam, sirap untuk menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan
dalam masakan. Bagi kegunaan luar, bahagian yang banyak digunakan
adalah daunnya. Antara kegunaan daun pandan adalah
untukmenghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Mereka yang
mahu menghitamkan rambut dikatakan boleh menggunakan daun pandan
bagi membantu proses penghitaman rambut tersebut. Caranya adalah
dengan mengambil 7 lembar daun pandan yang kemudiannya dicuci
bersih. Setelah daun tersebut dipotong-potong kecil, rebus dengan
seliter air hingga warna air berubah menjadi warna hijau. Embunkan
air rebusan tadi selama semalaman. Keesokan harinya, campurkan air
rebusan daun pandan tadi dengan air perahan 3 biji buah mengkudu
masak. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut. Lakukan 3
kali seminggu sehingga hasilnya kelihatan. Selain itu, dikatakan
daun pandan juga mampu menghilangkan masalah kepala berkelemumur.
Caranya adalah dengan menggunakan ramuan air perahan daun pandan
yang telah digiling halus yang kemudiannya dicampurkan dengan air.
Lumurkan air perahan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur.
Biarkan ramuan ini kering selama setengah jam sebelum dibilas.
Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang. Cara ini juga
dikatakan mampu merawat masalah keguguran rambut. Turut punyai
khasiat ubatan Untuk tujuan perubatan pula, daun juga yang menjadi
pilihan. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatik, dikatakan
daun pandan juga berkhasiat dalam merawat masalah ini. Penghidap
dikatakan boleh menggunakan ubat gosok yang dihasilkan daripada 3
helai daun pandan yang diseduh dengan setengah cawan minyak kelapa
yang telah dipanaskan. Aduk ramuan ini sehingga rata dan apabila
sejuk, gosokkan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah. Masalah
lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun
pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang
kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga
menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1
gelas pada waktu pagi dan malam. Bagi mengatasi masalah angin dalam
badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi
butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai
daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2
liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila
sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.
aun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya
ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air
yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari. Selain itu,
daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit
demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia. Lain-lain
senarai kegunaan daun pandan : Pewangi bedak sejuk Pewangi asli
bunga rampai
Salah satu daun yang dicampurkan ke dalam air mandian untuk
ibu-ibu yang baru melahirkan (dalam pantang) Ubat pencegah lipas -
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam
kabinet dapur. Insya Allah lipas akan berkurangan. Pewangi kereta -
gunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik.
Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
Walaupun daun pandan mempunyai pelbagai kegunaan, namun untuk
tujuan perubatan, dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih
dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.